Anda di halaman 1dari 12

BUMI KITA WARISAN KITA

Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau dendangan Zainal Abidin yang pernah


hangat satu ketika dulu, pasti kita sedar akan mesej yang cuba disampaikan tentang
betapa eratnya alam sekitar dengan manusia.
Bait-bait awal dalam lagu tersebut 'Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia
dicemar manusia, yang jahil ketawa' memberi isyarat yang jelas kepada kita sebagai
manusia atau satu-satunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir dan
bertindak sewarasnya dalam menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding
ini.
Selagi kita terus mengamalkan sikap negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan
alam sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, maka kita sendiri akan
menerima padahnya.
Buktinya, hari ini perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon,
kesan rumah hijau, banjir kilat, kenaikan suhu global, pencemaran udara dan air
bertoksik adalah antara kesan buruk yang terpaksa ditanggung oleh kita kerana
kealpaan dalam menjaga alam sekitar.
Banyak pihak yakin bahawa salah satu cara terbaik untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada
golongan kanak-kanak.
Melentur buluh
Bukanlah alasan yang bijak jika kita mengatakan anak-anak masih terlalu kecil dan
mentah untuk memahami keperluan menjaga alam sekitar.
Pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' memberi maksud bahawa anak-
anak perlu diasuh sebaik mungkin pemikiran dan sikapnya untuk menjaga alam
sekitar supaya mempunyai rasa bertanggungjawab yang dibawa sehinggalah mereka
menjadi dewasa.
Banyak inisiatif yang boleh difikirkan dan diamalkan oleh ibu bapa terutamanya
dalam kehidupan seharian di rumah.
Sebagai memberi kesedaran dan pendidikan awal tentang penjagaan alam sekitar,
ibu bapa boleh membelikan atau membawa anak-anak ke perpustakaan untuk
membaca bahan-bahan yang berkaitan.
Sebagai alternatif lain, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melayari laman-
laman web seperti www.kitarsemula.com, www.kid-at-
art.com atau www.compostguide.com dan sebagainya yang sarat dengan maklumat,
panduan dan petua penjagaan alam sekitar.
Melalui bahan-bahan pembacaan seperti ini, secara umumnya anak-anak akan dapat
menghayati konsep 3R dalam penjagaan alam sekitar, iaitu 'reduce'' (kurangkan),
'reuse' (gunakan semula) dan 'recycle' (kitar semula).
Anak-anak perlu diberitahu akan fakta-fakta yang bersifat realisitik tentang alam
sekitar. Misalnya, beratus-ratus pokok dapat diselamatkan daripada ditebang jika
kertas-kertas terpakai dikitar semula secara bijak.
Kitar semula
Begitu juga fakta bahawa kitar semula bahan buangan mampu menjimatkan kos
pengendalian pembuangan sampah sarap sehingga ratusan juta ringgit oleh
kerajaan.
Antara usaha-usaha lain dalam penjagaan alam sekitar yang boleh diterapkan
kepada anak-anak di rumah adalah:
l Mengasuh anak-anak menggunakan sumber alam secara berhemah terutama
penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan di dapur
boleh dikitar semula untuk menyiram tanam-tanaman. Suis elektrik dan lampu perlu
dimatikan jika tidak digunakan lagi.
l Menggalakkan anak-anak untuk tidak membuang sampah merata-rata tetapi buang
di tempat yang sepatutnya. Adalah lebih baik juga untuk mendidik dan memberikan
contoh kepada mereka dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dan
tidak boleh dikitar semula seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya.
Wujudkan tong sampah di rumah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut bagi
memudahkan anak-anak membuang sampah mengikut kategorinya.
l Mengajar anak-anak untuk mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium
dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula yang
memberikan bayaran ke atas bahan-bahan tersebut.
Anak-anak akan turut berminat menambahkan jumlah wang tabungan mereka dari
semasa ke semasa dengan cara yang mudah sebegini.
l Beritahu anak-anak bahawa sisa-sisa makanan harian tertentu boleh dikitar semula
menjadi 'baja kompos' yang boleh digunakan sebagai baja untuk menanam bunga
atau sayur.
Dengan cara ini anak-anak akan turut dapat dididik akan konsep 'berbakti kepada
tanah' dan memberikan pulangan melalui hasil tanaman bunga-bungaan atau sayur-
sayuran.
l Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula oleh anak-anak
dengan cara mengumpulkan atikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku skrap atau
ensiklopedia peribadi tentang apa sahaja topik yang menjadi minat mereka.
l Ibu bapa perlu menerapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula
barang-barang yang difikirkan tidak perlu seperti pakaian lama yang boleh dibuat
kraf tangan menjadi beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh
diubahsuai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca.
l Pakaian milik anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan
kepada anak-anak yatim atau badan-badan kebajikan.
Begitu juga dengan amalan di mana pakaian dan barang-barang permainan anak-
anak boleh dihadiahkan kepada rakan-rakan mereka yang lain.
l Untuk mengurangkan penggunaan beg plastik terutamanya yang
berunsurkan styrofoam dan tidak mamu dilupuskansecara semulajadi, terapkan
amalan membawa beg sendiri dalam diri kita dan anak-anak ketika hendak
membeli-belah.
l Galakkan anak-anak untuk menyertai program yang berkaitan dengan
pemeliharaan alam sekitar. Misalnya menyertai program gotong royong
membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam
sekitar dan sebagainya.
Kita perlu sedar bahawa walaupun sumbangan kita dan anak-anak terhadap
pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar nampak seperti terlalu kecil, namun jika
semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab yang serupa, sudah tentu ia akan
menjadi begitu berkesan dan bermakna.
Sikap positif dalam menjaga warisan alam sekitar sebegini diharapkan akan menular
menjadi budaya yang akan terus dipraktikkan oleh anak-anak kita ini pada masa
hadapan dan diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Kebersihan Alam Sekitar Warisan Negara.

Bumi yang tiada rimba


Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan


Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Yang dihormati

Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan
keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya,
seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian.
Assalamualaikum dan salam pertemuan.

Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula
membuat tarian salsa ataupun tarian poco-poco, akan tetapi menyampaikan pidato
saya iaitu,

Kebersihan Alam Sekitar Warisan Negara.

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato
ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan .
Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu
perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan Alam Sekitar Warisan
Negara.

Sidang pendengar yang penuh santun,


Bumi Malaysia, diketahui sebagai gedung khazanah alam yang unik dan bernilai. 
Namun, akibat sikap tamak manusia yang menjalankan aktiviti penebangan hutan
yang tidak terkawal dilihat sebagai satu perbuatan yang mencemari keadaan dan
kebersihan semulajadi kawasan tersebut. Golongan ini tidak pernah memikirkan
nilai-nilai yang tersimpan bersama alam ini, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit
segala khazanah alam ini hilang akibat industri yang dijalankan atas nama
pembangunan. Sebagai contoh, Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum antara
menjadi sasaran untuk pembinaan kuari batu kapur. Sedangkan, ia antara warisan
negara yang memiliki pelbagai kehidupan flora dan fauna yang menyimpan artifak-
artifak arkeologi era Neolitik. Bahkan jua, aktiviti kuari batu kapur ini mengakibatkan
pencemaran kepada kebersihan udara di Negara kita yang akan menjejaskan
kesihatan masyarakat dan mengganggu keadaan iklim serta cuaca di Malaysia.

Sidang pendengar yang dihormati,

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan, bagaikan isi dengan kuku,
bagai irama dengan lagu. Oleh itu, hutan ditebang, hutan dimusnahkan, hutan
diterokai akan mencemari kebersihan habitat hidupan, lantas pastilah haiwan-
haiwan akan terjejas dan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika satu hari,
monyet-monyet, harimau-harimau mahupun gajah-gajah ingin berumah bersama
kita. Bahkan jangan terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu,
pokok yang tumbuh melilit di tepi pagar.

Sidang pendengar yang setia,

Terdapat pula, segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab dengan


melakukan perbuatan pencemaran seperti membuang sampah dan sisa toksik
secara terbuka dan tidak terkawal. Tindakan buruk ini adalah cara mudah bagi
mereka melepas tangan tentang tanggungjawab semata-mata bagi mengaut
keuntungan dan memudahkan kerja. Tidak pula difikirkan soal keburukan dan
kerugian kepada masyarakat dan sumber alam itu sendiri. Kesannya, tercemarlah,
kotorlah, hilanglah identiti keunikan sungai-sungai seperti di Sungai Rejang dan di
Sungai Klang. Maka hilang lagi warisan negara yang sepatutnya menjadi tatapan di
mata dunia dan generasi yang akan datang.

Sidang saksi yang bermisi,


Banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat
masalah kebersihan alam sekitar. Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-
sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanam sikap mencintai alam
sekitar untuk warisan sepanjang zaman. Ingat, alam gemilang, hidup pasti
cemerlang. Jadi, anda bayangkan andainya alam boleh berkata-kata mungkin inilah
luahan rasa sebatang pokok meranti ataupun rintihan seekor semut api merah.
Konklusinya, manusia yang mengancam manusia sendirilah turut terancam. Tepuk
dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. Kebersihan Alam Sekitar Warisan
Negara, Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarkatuh. Pemidato bestari, mohon permisi!
Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat


bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada
sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang
untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia,
gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis
haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita
suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan
negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran
kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan
dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik.
Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan
aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas
marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan
meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari


semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan
suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan
suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan
kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya,
pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem
persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan
dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan
tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti
lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada
manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut
melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan
dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika


persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan
pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam
rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada
bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran
bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.
Selain itu, air merupakan sumber
asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh
tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari
dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air.
Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air
bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih
merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan
unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat  haruslah berganding bahu
dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan
alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-
tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.
Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat
haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai
contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber
makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia.
Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa
toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-
tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam
sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan
dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam
negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat
memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong
juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta
menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita
akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin


bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan, Ia
turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping
udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan
saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam sekitar
dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG


 205876

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang
tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit
sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama.
Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan
sejahtera.
Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang
bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar
sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan
oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita
menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan
suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam
keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai
boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan
perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia
akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam
sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara
daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa
pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran
hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam
kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan
air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu
tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran
air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian
mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air
di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini
membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang
bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil
seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya,
kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin
kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan


kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan
fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi
dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan
biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan
pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan
salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan
hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini
akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam
sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh


Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan
oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan
pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula
dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula
adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu,
penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara
tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga.


Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat
mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan
demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan
mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap
makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit
dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan


menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan
bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan
untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat
meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang
perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan
kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan
tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi


yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini
seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel,
pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi
meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi
memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan
supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai