Anda di halaman 1dari 2

PERKATAAN CANGGIH UNTUK DIGUNAKAN DALAM KARANGAN on: May 03, 2008, 03:42:00 PM MENDABIK DADA Maksudnya: Kesombongan

an akibat kejayaan / keangkuhan

Quote

Pelajar itu mendabik dada kerana Berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

MENGKODIFIKASIKAN UNDANG-UNDANG Maksudnya: Menyelaras undang-undang / peraturan Peranan mahkamah adalah untuk mengkodifikasikan undang-undang negara. KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKAL Maksudnya: Keseimbangan rohani dan jasmani Kestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu mampu menempa kejayaan MEKANISME KAWALAN Maksudnya: Alat / aspek yang mengawal sesuatu Mekanisme kawalan yang lebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah harga barangan runcit. PANDANGAN SARWA Maksudnya: Pemikiran biasa / umum Pandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu menjadikan polemik itu sukar diselesaikan. ANJAKAN PARADIGMA Maksudnya: Perubahan demi kemajuan atau kebaikan Anjakan paradigman penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus globalisasi. RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMAN Maksudnya: Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa Kemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak zaman. LANDASAN BERFIKIR Maksudnya: Cara berfikir Landasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya. MASYARAKAT KONVENSIONAL Maksudnya: Masyarakat umum / biasa Masyarakat konvensional memang mementingkan aspek kebendaan sahaja.

MENGAIBKAN DIRI Maksudnya: Memalukan diri Tindakan lelaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya. ALMA MATER Maksudnya: Sekolah / universiti / tempat pelajar Dia telah kembali ke alma mater untuk memberi sumbangan kewangan. KEMAPANAN FIKIRAN Maksudnya: Keteguhan cara berfikir Kemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah. MELUASKAN HORIZON PEMIKIRAN Maksudnya: Meluaskan pandangan / pemikiran Remaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden ini. MENGGABUNGJALINKAN ELEMEN Maksudnya: Menggunakan pelbagai aspek Kajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menentukan kecacatan bayi dalam rahim ibunya. MERANGSANG EKONOMI Maksudnya: Mengaktifkan proses ekonomi Langkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang ekonomi negara yang sedang merudum. LEBIH INTELEKTUAL DAN BERKETERAMPILAN Maksud: Lebih bijak dan berkebolehan Pelajar era globalisasi ini harus lebih intelektual dan berketerampilan untuk menangani cabaran pendidikan. SIMBIOSIS Maksudnya: Dua benda yang ada hubungan atau kaitan yang rapat Hubungan simbiosis antara Datuk Ali dengan Tan Sri Murah begitu menarik untuk dikaji oleh pemerhati politik. MASIH BERMAIN DENGAN FANTASI Maksudnya: Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang Budak itu masih bermain dengan fantasi setelah selesai menyaksikan filem berunsur sains fiksyen itu.

Anda mungkin juga menyukai