Anda di halaman 1dari 3

Di sebuah lebuh raya, kemalangan jalan raya telah berlaku. Beberapa orang anggota.

polis dan
ahli bomba sedang berusaha untuk mengeluarkan penumpang kereta yang cedera. Di tepi jalan
raya tersebut kelihatan sebuah papan iklan yang besar. Ayat yang tertulis di atas papan iklan
tersebut ialah "PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT.
Gambarkan suasana tersebut.

Di dalam sebuah kilang membuat payung, kelihatan dua orang pekerja sedang melukis corak di
atas payung payung yang telah siap dibuat. Di sebelah mereka, dua orang pekerja sedang
meletakkan payung-payung yang siap dibuat ke dalam sebuah kotak.
Lukiskan suasana dalam kilang tersebut.

Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik jualan.
Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang diminati mereka. Di
sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik berwarna warni yang dipamerkan.
Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat.

Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh tumbuhan yang
aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar sedang berehat.
Gambarkan suasana tersebut.

Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut tersebut,
terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di dalam laut juga terdapat
pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda terasa amat kagum dengan pemandangan
di dasar laut tersebut. Gambarkan suasana berkenaan.

Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan. Kelihatan beberapa
buah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di sebelah tepi rumah rumah tersebut,
pokok pokok ditumbangkan oleh angin kencang. Gambarkan suasana yang cemas itu.

Pameran reka cipta sains sedang dijalankan di dalam sebuah makmal. Kelihatan beberapa orang
pelawat sedang memerhati satu reka cipta baru yang kreatif. Di atas meja-meja di sekitar mereka
terdapat pelbagai reka cipta yang lain dipamerkan. Gambarkan suasana tersebut dari pandangan
yang dekat.

Pertandingan menyanyi sedang diadakan di sebuah dewan. Kelihatan seorang peserta sedang
beraksi dan menyanyi lagu di atas pentas dewan yang penuh dengan sinaran cahaya pelbagai
warna. Gambarkan suasana berkenaan dengan memberi penekanan kepada, sinaran cahaya di
atas pentas.

Pada waktu subuh, seorang penternak lembu sedang membawa lembu 1embunya ke sebuah
padang yang berdekatan dengan kandang lembu untuk memakan rumput. Di sekitar padang
tersebut, terdapat pokok-pokok kelapa yang tinggi. Gambarkan pemandangan tersebut.

Di dalam sebuah perpustakaan, seorang pelajar sedang mencari buku rujukan. Di sebelahnya
terdapat beberapa buah meja dan kerusi, di mana beberapa orang pelajar sedang membaca buku.
Di belakang mereka terdapat rak rak buku yang penuh dengan buku buku. Lukiskan sudut
pemandangan dalam perpustakaan tersebut.

Di belakang sebuah rumah papan, terletak sebuah pasu bunga yang ditanam dengan tumbuhan
yang cantik. Di sebelahnya terletak beberapa bekas tembikar besar yang telah pecah. Lukis
gambar tersebut pada pandangan dekat dengan memberi penekanan kepada, tumbuhan hijau dan
bekas bekas tembikar yang telah pecah.

Di dalam sebuah bilik, seorang pandai keris sedang membuat ukiran di atas sebilah keris. Di atas
sebuah meja yang terletak berdekatan dengannya, terdapat beberapa keris yang telah siap dibina.
Gambarkan suasana dalam bilik tersebut.

Di kawasan luar dewan berlepas sebuah terminal lapangan terbang, kelihatan penumpang
penumpang pesawat sedang bersiap sedia untuk memasuki bilik pelepasan. Ada antara mereka
yang bersalam salaman dan melambai lambaikan tangan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan
mereka. Gambarkan suasana ini dengan memberi perhatian terhadap perspektif yang betul.

Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing yang menyerupai
kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di atas sejenis kenderaan ajaib dan
menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan awan dan habuk berwarna warni berterbangan
di hadapan pintu masuk. Langit di atas hampir ditutupi dengan asap yang berwarna kemerah
merahan. Gambarkan suasana yang sungguh aneh ini.

Di satu sudut padang bola yang lapang, seorang penjual sate sedang sibuk mengipas sambil
merenjis sate dengan minyak masak di gerainya yang bertempat di bawah sepohon pokok besar.
Matahari sudah terbenam dan langit kelihatan hampir gelap. Api menjulang dan asap bakaran
naik ke udara. Terdapat beberapa orang pelanggan berkumpul di keliling gerai, menunggu
bungkusan sate yang telah dipesan. Kereta mereka terletak di tepi jalan. Gambarkan keadaan ini.

Sekumpulan wanita sedang berbual bual di hadapan sebuah rumah tradisional Melayu pada
waktu tengah hari. Ada di antara mereka yang duduk di atas tangga dan ada yang berdiri di sisi
tangga itu. Kelihatan beberapa pasang selipar berselerak di keliling kaki tangga. Di ruang
hadapan, dua orang kanak kanak sedang asyik mengejar seekor ayam jantan. Gambarkan suasana
berlengah lengah dan riang gembira ini.

Seorang wanita tua yang bersanggul berbaju Melayu dan berkain sarung sedang memetik bunga
dari sepohon pokok kecil di taman. Pokok kecil itu dikelilingi oleh tumbuhan tumbuhan bunga
lain yang berwarna warni. Di latar juga kelihatan warna kehijau hijauan dari tumbuhan tumbuhan
lain. Ekspresi wajah orang tua ini nampak tenang dan tenteram walaupun mukanya telah
berkedut. Gambarkan suasana ini dari jarak dekat.

Di tepi sebatang jalan yang sibuk di kota raya, beberapa orang pekerja sedang memasangkan
sebuah papan iklan. Kelihatan dua orang pekerja sedang menaikkan papan iklan ke atas tiang
dengan bantuan dua orang pekerja lagi yang berada di atas tangga. Di latar belakang, kelihatan
bangunan tinggi dan rendah tersusun rapat antara satu sama lain dengan tompok tompok hijau
tumbuhan di sana sini. Gambarkan suasana ini.
Pemandangan di hulu sungai pada waktu pagi. Kelihatan seekor burung sedang bertenggek di
atas dahan pokok yang tumbang di tepi sungai. Terdapat juga beberapa ekor ikan berenang di
celah-celah rumput yang tumbuh di dalam air yang jernih itu. Sinaran matahari mengakibatkan
permukaan air sungai berkilau kilauan. Gambarkan suasana yang nyaman dan menyenangkan itu
dari jarak dekat.

Anda bersama seorang rakan telah menyelam ke dasar laut untuk membuat kajian kehidupan
laut. Ketika anda sedang asyik meneliti sejenis tumbuhan ganjil yang beraneka warna dan
jalinan, tiba tiba seekor ikan duyung muncul dari belakang tumbuhan itu. Anda amat terperanjat
kerana ikan duyung itu mempunyai wajah yang sangat menakutkan dan badan yang ditumbuhi
dengan duri duri yang tajam. Gambarkan keadaan ini.

Gambarkan suasana di sebuah kebun rambutan dengan pohon pohon yang kelihatan kekuning-
kuningan atau kemerah-merahan kerana hasil buah rambutan yang sangat lebat. Di satu sudut
kebun, kelihatan beberapa orang pekerja sedang memuatkan bakul-bakul buluh yang berisi buah
rambutan ke atas lori yang sedang menunggu. Terdapat juga pekerja pekerja yang sedang
memikul bakul buah ke arah lori tersebut. Catkan gubahan dengan memberi perhatian kepada
pecahan ruang yang menarik.

Suasana pasar pagi di desa. Kelihatan penduduk kampung sedang sibuk berulang alik dan
berbolak-balik di lorong yang sempit antara gerai gerai beraneka bentuk dan susunan dengan
barangan jualan yang berpelbagai jenisnya. Gambarkan keadaan riuh rendah dan hiruk pikuk
antara penjual dengan pembeli itu.

Suasana di bilik darjah. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bergurau senda sebelum guru
masuk kelas dan memulakan pelajaran. Terdapat buku buku latihan dan teks serta alat tulis
berselerak di atas meja dan beg sekolah di atas beberapa kerusi yang kosong. Papan hitam di
latar juga penuh dengan tulisan nota yang belurn dipadamkan. Gambarkan keadaan ini.

Pada musim kemarau, padi yang hampir masak telah layu dan sawah menjadi kering kontang. Di
beberapa tempat kelihatan tanah yang merekah akibat cuaca yang panas dan kering itu. Di bawah
sepohon pokok besar, seorang petani tua sedang merenung dan bertafakur tentang keadaan
sawah yang mengecewakan dengan ekspresi wajah yang benar benar sedih dan sayu. Gambarkan
situasi yang memilukan hati ini dengan memberi perhatian kepada bahagian ruang depan, ruang
tengah, dan ruang belakang yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai