Anda di halaman 1dari 9

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009

C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

Cat Industri Dalam Catan:


Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

Hamidi bin Abdul Hadi

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Seri Iskandar Perak,Malaysia
midihadi@yahoo.com

ABSTRAK

Tumpuan utama penyelidikan ini adalah mengenalpasti,menilai dan mendokumentasikan


keupayaan cat industri dalam penghasilan jalinan atau kesan visual. Kesan visual seperti
kesan resapan, kesan licin,kasar,berkilat,lut sinar dan menghasilkan kesan-kesan jalinan
dekoratif yang dikenali ‘Marbling effect’,’Alligator effect’,’bleeding effect’dan ’blister
effect’ pada permukaan kanvas. Dapatan daripada penyelidikan ini diharap dapat
digunakan dalam perkembangan seni tampak khususnya seni catan, malah diharap dapat
digunakan sebagai bahan rujukan kepada golongan artis profesional,pendidik seni atau
guru seni, para pelajar,pakar pembaik pulih karya seni dan sejarahwan seni.Kajian ini
telah menilai dan mengenalpasti tidakbalas cat enamel yang dicampurkan dengan 4 jenis
bahan pelarut. Bahan pelarut yang telah digunakan adalah Turpentine, Thinner, Methanol
dan Polyurethane. Campuran cat dan bahan ini dilakukan secara berasingan dan
seterusnya diaplikasikan di atas kanvas melalui teknik Tuangan ‘Dripping Coulage’untuk
menghasilkan kesan tampak. Kaedah penyelidikan ini menggunakan kaedah
ekperimentasi yang dilakukan di dalam studio catan. Pam penyedut kecil (syringe) dan
(dripping Bottle) dengan menggunakan ukuran mililiter.Kedua, Setiap kajian dilakukan di
atas kanvas yang sama dan bersaiz 30cm X 30cm. Kesan visual pada permukaan kanvas
akan direkod dengan menggunakan kamera Olympus FE-100, 4.0 megapixel.Penilaian
dilihat dari jenis-jenis kesan jalinanyang terhasil pada permukaan kanvas. Dapatan dari
kajian yang telah dilakukan, setiap bahantara menghasilkan kesan atau jalinan yang
berbeza. Campuran cat enamel dengan Turpentine menghasilkan kesan jalinan yang
lebih lut sinar,nipis dan bersaiz besar berbanding bahantara Thinner. Bahantara methanol
menghasilkan kesan legap,pekat,bersaiz kecil dan wujud kesan ‘Alligator effect’ dan
kesan ‘blister’.Manakala bahantara polyurethane menghasilkan kesan berkilat,licin,legap
(Opaque) dan lain-lain kesan.

Keywords:
Enamel Industrial Paint,Bahantara atau Medium,Permukaan,Jalinan.

Paper number | 4896558


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

1.0 PEGEALA

Penggunaan bahan cat dalam catan telah melalui satu perkembangan teknologi yang sangat
panjang.Secara tidak lansung perkembangan teknologi membantu kepada pembangunan seni visual.
Perkembangan bahan cat dalam seni visual juga disebut ;
Menurut Gunter Buxbaum,1993;

“ Painting,enamel,glass and dyeing techniques reached an advanced state of development in


Egypt and Babylon. A synthetic lapis lazuli ( a silicate of copper and calcium) is still known as
Egyptian blue. Antimony sulphide and galena (lead sulphide) were commonly used as black
pigments...”

Gerakan keinginan yang tinggi dalam inovasi perkembangan bahan dalam lukisan telah lama
dipraktikan bermula dari penemuan lukisan-lukisan prehistori iaitu lebih 60 000 tahun yang
lalu.Seperti penemuan manganese brown, arang, tanah liat di lukisan-lukisan Gua Pleistocene oleh
orang-orang yang tinggal diselatan Perancis, Utara Sepanyol, Utara Afrika yang dihasilkan lebih 30
000 tahun lalu dan catan yang berasaskan enamel,glass dan dye teknik berkembang dengan pesatnya
di Mesir dan Babylon (Iraq).

Begitu juga elemen jalinan atau kesan yang terdapat pada permukaan samada disedari atau
tidak memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Elemen ini mampu mencetuskan
kepelbagaian reaksi dalam menjalani kehidupan kita seharian sebagai contoh pakaian yang
mempunyai jalinan yang kasar dan keras mungkin memberi kita satu reaksi tertentu. Begitu juga
peranannya dalam seni visual, elemen seni seperti bahan dan Kesan jalinan yang dihasilkan oleh
pengkarya seni catan pada permukaan kanvas memberi pelbagai reaksi melalui visual atau sentuhan.

Menurut Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton

“Texture is the surface character of a material which can be experienced through touch or the
illusion of touch. Texture is produced by natural force or through an artist’s manipulation of the art
element”

Begitu juga dengan perkembangan seni visual khususnya seni catan dewasa ini. Pengkarya-
pengkarya cuba mencari pelbagai kaedah dalam penghasilan karya mereka.Percubaan yang pelbagai
tidak terbatas menggunakan bahan-bahan yang telah sedia popular seperti cat minyak,akrilik,cat air
malah ramai pengkarya mencuba bahan-bahan yang bukan konvensional dalam penghasilan karya
mereka seperti Karya Hamdan Shaarani ,Figure 1 yang bertajuk “Siri Refleksi # Part 5”,2005,Cat
Minyak atas kanvas menggunakan bahantara air,Turpentine dan cat minyak sebagai bahan
penyokong didalam karyanya.

Menurut Hamdan Shaarani,2009;

“saya menggunakan teknik simbahan campuran cat akrilik,air sabun,bitumen,turpentine dan


cat minyak.Peringkat pertama simbahan dan semburan cat akrilik diatas kanvas dan seterusnya
semburan air sabun dan simbahan bitumen yang telah dicampur sedikit turpentine secara
serentak.Seterusnya cat minyak yang dicampur dengan turpentine disimbah diatas permukaan kanvas
yang sama bagi menghasilkan kesan latar belakang yang sesuai dengan subjek kajian saya”

Paper number | 4896558


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

Figure 1 Hamdan Shaarani “Siri Figure 2 Hamidi Abdul Hadi


Refleksi # Part 5”,2005. ‘Spread’,2005.
Sumber: Artis Hamdan Shaarani Sumber: Koleksi Peribadi Hamidi Hadi,2005.
2009
Berdasarkan karya Hamdan Sharaani beliau menggunakan pelbagai bahan dan teknik bagi
menghasilkan kesan visual dalam penghasilan karya catan beliau.Bahan dicampur untuk mendapat
Terdapat kesan ‘simulated texture’ dan “invented texture” di dalam karya “Siri Refleksi # 5”.
Kesan ini sengaja dihasilkan oleh pengkarya melalui campuran bahan seperti air,bitumen dan cat
minyak. Kaedah ini digunakan oleh pengkarya sebagai elemen pembantu dalam menyelesaikan
permasalah permukaan, peniruan subjek dan menyelesaikan permasalahan teknikal dan reprentasi
dengan bijak. Figura 2, Karya Hamidi Abdul Hadi, bertajuk “spread”, banyak mengunakan bahan cat
enamel dan bahan pelarut Turpentine dan Thinner dalam menghasilkan kesan visual. Karya ini
menggunakan teknik “Dripping Coulage” yang diaplikasikan di atas permukaan kanvas tanpa turap.
Kesan Jalinan yang mempunyai nilai tonal yang pelbagai terhasil daripada campuran bahan pelarut
dan kuantiti larutan yang berbeza.

Figure 2:Morris
1 Louise “Bellatrix”,1961.
Sumber:

Figure 4: Jackson Pollock “Fenthom”,1961. Figure 5: Gambar Perinci figure 4 karya bertajuk “Fenthom”.
Sumber : Judith Collins, John Welchman, David Chandler, David
A. Anfam,1983
3 Figure 4 dan 5: karya Jackson Pollock yang bertajuk “Fenthom”1961.Jackson Pollock artis
professional yang popular dengan gelaran “Jack the Dripper”, mengaplikasikan cat enamel dan
teknik tuangan dalam catan-catannya.Kesan jalinan impasto yang sangat padat, kasar dan berat
dapat dilihat dan disentuh. Menurut Herschel B.Chipp,1968 “Theories of Modern Art”;

Paper number | 4896558


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

Jackson Pollock, Three Statement,1944-1954.


“ My painting does not come from the easel. I hardly ever stretch my canvas before painting. I
prefer to tack the unstretched canvas to the hard wall or the floor. I need the resistance of hard
surface. On the floor I am more at ease. I feel nearer, more a part of the painting, since this way I can
walk around it, work from the four sides and literally be in the painting. This is akin to method of the
Indian sand painters of the west. I continue to get further away from the usual painter’s tools such as
easel ,palette ,brushes ,etc. I prefer sticks, trowels ,knives, and dripping fluid or a heavy impasto with
sand, broken glass, and other foreign matter added. When I am in my painting, I’m not aware of what
I’m doing. It is only after assort of “ get acquainted” period that I see what I have been about. I have
no fears about making changes ,destroying the image ,etc. ,because the painting have a life of its own.
I try to let it come through. It is only when I lose contact with the painting that the result is a mess.
Otherwise there is a pure harmony, an easy give and take, and the painting comes out well.”

Perubahan bahan dan teknik aplikasi ke atas kanvas menjadi satu kaedah bagi pengkarya ini.
Jackson Pollock yang menghasilkan karya dengan menggunakan bahan industrial dan berkarya dengan
kaedah unkonvensional yang bukan menjadi satu amalan yang popular diwaktu itu.Amalan ini
mungkin disebabkan oleh perubahan sikap pengkarya. Penggunaan alatan melukis, bahan,proses
berkarya yang dilakukan diatas lantai, permukaan kanvas akan menghasilkan pengalaman jalinan
visual yang pelbagai.Proses berkarya begini menjadi satu penyataan dalam karya-karya catan beliau.

3.0 KAEDAH PEYELIDIKA

2.0 LITERATUR : PERKEMBAGA EKPLORASI BAHA DALAM CATA

Menurut Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton, 1994 “
Art Fundamental, Theory and Practice”, WCB Brown & Benchmark Calmann & King Ltd,London.

“Media and Techniques: The nineteenth and tweentieth centuries have produced numerous
advances in scientific technology. These have spun off into many areas, including art. Artistic people
have made use of new media and techniques as aids to their creative expression”

Kemajuan dalam teknologi moden memberi kesan kepada perkembangan seni dan perubahan
sikap perkarya seni.Suasana ini dapat dilihat bagaimana bahan dan teknik yang pelbagai dimanipulasi
oleh para pengkarya seni dalam penghasilan karya kreatif seperti catan. Pengkarya yang pada awalnya
sebagai pengguna bahan yang dihasilkan daripada penemuan-penemuan teknologi cat telah
mencetuskan satu fenomena baru dalam seni kreatif. Perubahan ini mungkin perubahan sikap
pengkarya daripada sebagai pengguna kepada pengekplorasi bahan dalam kontek disiplin seni.

Menurut Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton,
1994

“…there has been a deluge of new media and techniques. Some are extensions of traditional
approaches, while others are without precedent. All have been absorbed into artist’s armory.
Traditional painting media have expended by the addition of acrylics, enamels, lacquers, preliquefied
watercolors and other plastics…”

Perubahan sikap pengkarya yang telah beralih dari kepenggunaan bahan khusus catan seperti
“artist oil paint” yang tradisional kepada kepenggunaan bahantara cat industri dalam berkarya. Antara
faktor yang mendorong perubahan sikap dalam kepenggunan bahan cat industri antaranya disebabkan
4 faktor memenuhi desakan ekpresi kreatif.

Bagi memenuhi matlamat tertentu dalam berkarya dan kesedaran keupayaan bahan memberi
kesan dan makna. Maka pengkarya sering mencuba pelbagai bahan atau material sebagai bahantara
pengucapan idea dalam karya.

Paper number | 4896558


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

“ different grades of graphite in the pencil can become a factor. In ink drawing, a felt-tip pen
has a different expression potential than a crow-quill pen. The softening effect of water in the ink or
on the paper can drastically change the meaning of an image”

Kefahaman terhadap sesuatu bahan adalah penting dalam berkarya kerana setiap bahan
mempunyai sifat yang berbeza antara satu dengan lain. Perbezaan ini mampu menghasilkan kesan
jalinan yang mempunyai karektor yang pelbagai. Peranan pengkarya adalah membuat pemilihan yang
sesuai mengikut keperluan atau matlamat pengkarya.

3.0 KAEDAH PEYELIDIKA

3.1 PEGUMPULA DATA


1. Pengumpulan data melalui Penyelidikan perpustakaan dan lapangan.
2. Penyelidikan ekperimentasi di dalam studio : Penyelidikan hanya bersifat manual iaitu
melalui aktiviti menghasilkan kesan oleh artis tanpa alat bantuan penyelidikan yang
khusus yang digunakan didalam makmal ujikaji.
3. Pendokumentasian: Pesampelan. Di sini saya memikirkan perlu ada satu prosedur kajian
yang khusus seperti jadual atau carta kajian yang dirangka bagi menghadkan proses
aplikasi atau tindakan keatas subjek kajian. Prosedur ini perlu bagi mengelakkan
berlakunya proses yang tidak terkawal dan memakan jangka masa kajian yang panjang.
Sila rujuk carta prosedur kajian:

3.2 AALISIS DATA

1. Analisa data visual dari aspek formalistik elemen. Semua data-data kesan visual
dikumpul,dianalisa hanya merangkumi aspek formalistik sahaja iaitu dari aspek kesan
resapan ,rupa bentuk atau kesan fizikal yang terhasil diatas permukaan kanvas. Maka
dengan ini penilaian aspek konseptual atau estetik tidak diambil kira.
2. Kesemua kajian dilakukan di dalam studio,Bahan yang digunakan ialah Enamel Jotun
Gardex warna hitam. Aplikasi menggunakan teknik “dripping coulage” ke atas permukaan
kanvas cotton tanpa turap (coating). Suhu bilik 28 selsius. Nisbah campuran 1:2 iaitu
1enamel:2 bahan pelarut dengan kuantiti dalam ml (3.5ml Pewarna: 7ml Bahan pelarut).
3. Huraian terhadap data hanya merangkumi seperti yang digariskan dalam prosedur
penilaian. Prosedur penilaian ini direka untuk memudahkan proses penyelidikan dimana
skop kajian atau permasalahan dapat dikenalpasti dan huraian tidak terkeluar daripada
objektif kajian.

Paper number | 4896558


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

3.3 CARTA ALIRA KAJIA

CARTA ALIRA KAJIA : EKPERIMETASI BAHA DA


BAHATARA

TEKIK KESA
MEDIA BAHATARA APLIKASI DAPATA
SIMPLIG

THINNER huraian

SPIRIT huraian

DRIPPING
EAMEL TURPENTINE COULAGE" huraian

POLYURETHAN huraian

4.0 DAPATA KAJIA

4.0.1 DAPATA UJIKAJI KEATAS EAMEL DA THIER.

Figure 6: Kesan campuran bahan


Enamel dan Thinner.
6 Sumber : Artis Hamidi Hadi,2008
Analisis Rupabentuk dan jalinan.
Rupabentuk yang terhasil dengan campuran enamel dan bahan Thinner ini berbentuk
bulatan dengan garisan sisi yang lebih kemas dan jelas. Kajian menunjukkan terdapat kesan
yang dikenali sebagai “Bleeding effect” yang lebih mirip seperti gegelung atau ‘hallo’ jelas
Paper number | 4896558
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

kelihatan sekitar sisi jalinan.Manakala jalinan yang terhasil tiada menunjukkan perubahan
tonal yang ketara berbanding warna asal enamel.Kesan legap . Tiada kesan-kesan yang jelas
seperti kesan “Blister effect”,“Alligator effect.”,’marbling’.

4.0.2 DAPATA UJIKAJI KEATAS EAMEL DA TURPETIE.

Figure 7: Kesan campuran enamel dan


Turpentine.
Sumber: Artis Sumber : Artis Hamidi Hadi,2008

Analisis Rupabentuk dan jalinan.


Rupabentuk yang terhasil dengan menggunakan bahan Turpentine berbentuk bulatan
dengan garisan sisi yang lebih kabur dan tidak jelas serta seakan kesan “kabus”. Terdapat
sedikit kesan yang dikenali sebagai “Bleeding effect” yang nipis dan tidak berapa jelas
disekitar bulatan. Manakala jalinan yang terhasil menunjukkan terdapat perubahan tonal .
Kesan lut sinar atau “transperance”,lembut , ringan dan sedikit legap “Flat matte” dibahagian
tengah subjek. Dibahagian sisi atau sempadan subjek kajian terdapat seakan kesan
“kabus”.Tiada kesan “Blister effect”, “Alligator effect.” dan ‘marbling’.

4.0.3 DAPATA UJIKAJI KEATAS EAMEL DA METHAOL.

Figure 4: Kesan methanol dan Figure 3: Gambar terperinci


Enamel. kesan Methanol dan enamel
Sumber: Artis Sumber : Artis Sumber: Artis Sumber : Artis
Hamidi Hadi,2008 Hamidi Hadi,2008

Analisis Rupabentuk dan Jalinan.


Rupabentuk yang terhasil dengan menggunakan bahan Methanol berbentuk sedikit
oval, organik dengan garisan sisi yang bergerigi yang jelas. Subjek menunjukkan amat sedikit
kesan yang dikenali sebagai “Bleeding effect” disekitar subjek kajian.Manakala, jalinan
menunjukkan tiada perubahan tonal berbanding tonal asal enamel apabila bahan Methanol
7 dicampurkan.Kesan jalinan lebih legap,kasar dan tebal. “Flat matte” di semua bahagian.
Terdapat kesan “mengerutu” (Alligator effect) pada. Manakala dibahagian sisi dan sekeliling
subjek kajian terdapat kesan “berbiji”, kasar dan berkilat.Kesan jalina lebih kearah “actual
texture”.Terdapat juga sedikit kesan “Blister effect”,bagaimanapun tiada kesan yang lainnya
seperti “marbling effect”, “berkabus” dan Lut sinar.

Paper number | 4896558


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

4.0.4 DAPATA UJIKAJI KEATAS EAMEL DA POLYURETHAE.

Figure 5: Kesan campuran enamel dan


Polyurethane
Sumber: Hamidi Abd Hadi 2008

Analisis Rupabentuk dan jalinan.


Rupabentuk jalinan yang terhasil menggunakan bahantara Polyurethane berbentuk
bulatan yang sempurna, sedikit organik dengan garisan sisi bergerigi atau bersudut yang jelas.
Tiada kesan yang dikenali sebagai “Bleeding effect” atau bergelung atau (hallo) sama sekali.
Tiada perubahan tonal berbanding tonal asal enamel.Perbezaan antara bahan ini dengan
Methonal adalah tebaran resapan yang lebih luas.Kesan lebih legap di semua bahagian.
Terdapat kesan “menggerutu” pada subjek berbanding daripada thinner dan Turpentine yang
lebih lut sinar . Dibahagian sisi dan sekeliling subjek kajian terdapat kesan “berbiji”, kasar dan
berkilat.Tiada kesan yang lainnya seperti “marbling effect”, “blister effect”, “berkabus” dan
Lut sinar.

Justeru hasil kajian yang telah dibuat terdapat beberapa bahantara yang boleh
dikategorikan Bahan pelarut dan bukan bahantara pelarut. Turpentine dan Thinner
dikategorikan bahan pelarut kerana bahan pelarut boleh dicampurkan dengan enamel dan
ianya boleh digunakan sebagai pencair bagi enamel. Manakala Methanol atau spirit
mempunyai komposisi yang berbeza dengan enamel.Daripada hasil kajian spirit atau methanol
dikategorikan bahan yang bersifat terletak “diantara” elemen minyak dan air. Dan ianya tidak
sesuai dikenali sebagai bahan pelarut atau pencair, kerana campuran enamel dengan bahan ini
menyebabkan enamel akan berkumpul dan membentuk “Butterly” . Manakala Polyurethane
pula dapat digunakan sebagai bahan pemekat enamel. Daripada kajian yang dilakukan
campuran bahan ini menghasilkan kesan legap (opaque), tebal dan berkilat dan ianya tidak
banyak mengkurangkan nilai tonal atau “intensity” warna berbanding bahan turpentine.

5.0 RUMUSA

Justeru hasil kajian yang telah dibuat terdapat beberapa bahantara yang boleh
dikategorikan Bahan pelarut dan bukan bahantara pelarut. Turpentine dan Thinner
dikategorikan bahan pelarut kerana bahan pelarut boleh dicampurkan dengan enamel dan
8 ianya boleh digunakan sebagai pencair bagi enamel. Manakala Methanol atau spirit
mempunyai komposisi yang berbeza dengan enamel.Berdasarkan daripada pengamatan dan
pengalaman, bahantara spirit atau methanol tidak sebadi atau dapat melarutkan cat
enamel.Maka dari proses pengamatan methanol mungkin dikategorikan bahan yang bersifat
terletak “diantara” elemen minyak dan air. Dan ianya tidak sesuai dikenali sebagai bahan

Paper number | 4896558


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F ERE N CE O N S CI E N TI FI C &S O CI AL R ES EA RC H

pelarut atau pencair, kerana campuran enamel dengan bahantara ini menyebabkan enamel akan
berkumpul dan membentuk “Butterly” . Manakala Polyurethane pula dapat digunakan sebagai
bahan pemekat enamel. Daripada kajian yang dilakukan campuran bahan ini menghasilkan
kesan legap (opaque), tebal dan berkilat dan tiada perubahan nilai tonal yang ketara
berbanding bahantara turpentine.

Dengan penemuan diluar jangkaan daripada hasil ujikaji yang dilakukan. Setiap bahan
mempunyai sifat dan karektor kesan yang tertentu. Kesan yang terhasil daripada reaksi dan
tindakbalas pelarut dan cat enamel adalah berbeza.Kesan turpentine dan Thinner adalah
hampir sama dari aspek rupa-bentuk dan saiz tetapi banyak perbezaan berlaku antaranya dari
aspek tonal,kesan serapan iaitu saiz dan jalinan. Fenomena ini juga berlaku pada bahan
Methanol, di mana saiz yang sama sekali lebih kecil dan rupa-bentuk organik.begitu dengan
kesan bahantara Polyurethane yang tersendiri,kesan legap dan berkilat,. Kesedaran dan
kefahaman keatas bahan dan keupayaannya dalam menghasilkan kesan jalinan dalam karya
adalah penting. Kesan visual seperti ini di dalam seni tampak adalah sangat penting kerana ia
dapat mewakili imajan-imajan plastik atau sebagai satu fakta realiti dalam seni tampak
khususnya dalam seni catan. Bahan ini boleh dijadikan rujukan kepada golongan artis
profesional,pendidik seni atau guru seni, para pelajar,pakar pembaik pulih karya seni dan
sejarahwan seni dan diharap dapat dijadikan satu gagasan idea didalam perbendaharaan
tatabahasa seni tampak Negara.

RUJUKA

1. Robert L. Feller, 1986 “ Artists’ Pigment – A handbook of History and characteristic”,


National Gallery of Art, Washington. USA.
2. K.Mclaren “ The colourscience of Dyes and Pigments.
3. Gunter Buxbaum,1993 “Industrial Inorganic Pigments” VCH,New York.
4. Willy Herbst, Klaust Hunger “ Industrial organic Pigment”
5. Herschel B.Chipp,1968 “Theories of Modern Art”, University of California Press,USA.
6. Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton, 1994 “ Art
Fundamental, Theory and Practice”, WCB Brown & Benchmark Calmann & King
Ltd,London.
7. Ralph Mayer,1991 “ The Artist’s Handbook of Material & Technique” Fifth edition.
8. Sam Hunter,John Jacobus,Daniel Wheeler,2004 “Modern Art”, Prentice Hall,NY,USA.
9. Judith Collins, John Welchman, David Chandler, David A. Anfam,1983 “ Techniques of
Modern Art” Chartwell Book, New Jersey.USA.
10. Barry Schwabsky,2006 “Vitamin P New Perspectives in Painting”, Phaidon,London.

Paper number | 4896558

Anda mungkin juga menyukai