Anda di halaman 1dari 2

Panduan buat pilihan tanpa sesal.

Pernah anda berasa di persimpangan ingin membuat keputusan terbaik, namun


tidak mampu melihat masa depan. Lalu anda mengikut gerak hati, memejamkan
mata dan bertawakal. Anda membuat pilihan dan mengharap itulah yang terbaik.

Bagaimana membuat keputusan yang baik tanpa merasa sangsi? Sebelum


membuat keputusan, ada beberapa perkara yang perlu kita selidik dan lakukan bagi
mengelakkan konflik yang mampu kita hindari.

- Analisi keadaan.

Sebelum kita membuat pilihan atau keputusan ada beberapa perkara yang perlu
jelas dan soalkan seperti: Perlukah kita membuat keputusan? Kenapa kita perlu
membuat pilihan? Apakah pilihan yang kita ada? Bagaimana kita boleh
mengklasifikasikan pilihan itu?

- Bezakan antara 'kehendak' dan 'kemestian'.

Banyak perkara yang kita inginkan dalam hidup dinamakan 'kehendak'. Namun, kita
sering terikat dengan perkara mandatori yang perlu kita lakukan yang kita
kategorikan sebagai 'kemestian'. Timbanglah kedua-duanya dan buat pilihan yang
terbaik dengan suara hati dan kawal emosi.

Ketika membuat pilihan kita harus menentukan apa yang kita lakukan benar-benar
memenuhi kehendak dan keperluan, justeru dalam apa jua keadaan pun, kitalah
yang akan menerima implikasinya. Dalam pada itu, cuba buat pilihan dalam
keadaan tenang.

- Mencari maklumat tepat dan mengumpul data.

Carilah maklumat tepat mengenai pilihan yang ingin kita buat. Seandainya kita
ingin menukar kerjaya, carilah maklumat mengenai (Contohnya, tuntutan, ganjaran,
suasana dan budaya kerja) melalui saluran yang boleh dipercayai.

- Menimbang risiko.

Setiap pilihan yang ingin kita lakukan pasti ada risikonya. Jujurlah menganalisis
keadaan dan menggariskan risiko yang mungkin kita hadapi. Selongkarilah risiko
yang mendatang dan gariskan kemungkinan tanpa ingin menyoroknya.

- Berbincang dengan Pakar.

Ada waktunya, kita mungkin perlu berbincang dengan dengan pakar atau individu
yang lebih mengetahui sesuatu perkara bagi membimbing kita membuat pilihan
dan keluar daripada kemelut pilihan serta dilema yang sedang kita hadapi.
Sebenarnya keputusan terletak pada tangan kita, Cuma pakar membantu kita
melihat keadaan dengan lebih jelas.
- Memohon petunjuk dan berserah kepada Tuhan.

Pohonlah petunjuk daripada Allah untuk disempurnakannya selepas kita cuba


mengusahakan yang terbaik. Allah adalah sebaik-baik pendengar dan petunjuk.

Selepas membuat pilihan, percayalah inilah pilihan yang terbaik buat diri kita.
Hampir semua perkara yang kita lakukan dalam hidup ini berdasarkan pilihan yang
kita buat dan yang tidak kita buat. Buatlah pilihan tanpa rasa kesal!

Anda mungkin juga menyukai