Anda di halaman 1dari 2

Enam tip dimurahkan rezeki

Muhasabah Diri

Kehidupan kita tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Sentiasalah


beristighfar dan bertaubat kerana ini akan dipermudahkan turunnya rezeki
daripada Allah S.W.T.

Bertakwa

Sikap bertakwa akan memberikan seseorang itu kelapangan rezeki daripada


Allah S.W.T. Takwa adalah melakukan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan.

Sentiasa Mengingati Allah

Mengingati Allah S.W.T akan menjadikan segala urusan mencari rezeki


sebagai satu ibadah.

Bertawakal

Bertawakal menandakan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T.


selepas menjalankan tindakan yang wajar dalam usaha mencari rezeki.

Beribadah

Beribadah adalah kunci bagi mengundang rezeki Allah S.W.T. jika dilakukan
secara istiqamah.

Menjalin Silaturahim

Menjaga hubungan kaum keluarga yang berhampiran akan membawa


kepada kemurahan rezeki orang disekeliling kita.

Anda mungkin juga menyukai