Anda di halaman 1dari 2

Tuh an Sen ti asa Mengu ji Kes ab ar an Ma nusia

KEHIDUPAN umat Islam di alam ciptaan Allah ini tidak terkecuali daripada berhadapan dengan ujian dan cabaran. Allah
sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian, apatah lagi orang beriman dan kuat beribadat. Ujian Allah bertujuan
menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama ada mereka bersabar atau sebaliknya. Allah menjelaskan dalam al-
Quran bahawa setiap manusia pasti diuji. Manusia pula perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana
atau musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah. Malah, manusia perlu mempunyai daya kekuatan,
kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuan manusia bersabar ketika berdepan
dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami
mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau
tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31) Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan
sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2) Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan
takwa dan beriman kepada Allah.

Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar. Iman
adalah ikatan perhubungan antara manusia dengan Allah. Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina kekuatan
dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan. Sebagai manusia seharusnya kita tunduk terhadap apa jua ujian
Allah dengan sabar. Bagaimanapun, kebiasaannya ramai kecundang apabila menghadapi ujian Allah, mudah putus asa,
resah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah, apabila
ditimpa kesusahan, kemiskinan, kesakitan dan permasalahan, kita semakin tercabar dan hilang sabar. Ada pula hampir
melupakan bahawa segala yang berlaku adalah kudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar. Rasulullah bersabda,
maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya."

Umat Islam tidak seharusnya bercakap kosong, tetapi mampu bertindak berbekal kesabaran di dada, menangani keadaan
yang berkemungkinan memudaratkan serta disusuli dengan menunaikan kewa jipan kepada Allah dan menyelamatkan diri
daripada melakukan perkara mungkar. Justeru, umat Islam yang mempunyai akidah yang teguh akan mudah menerima
bencana, kesukaran, cabaran dan masalah yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia sendiri, perlu sabar
menghadapi ujian Allah itu.

Allah berfirman bermaksud: "Jika kamu bersabar dan bertakwa, sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang
patut diutamakan." (Surah Ali Imran: ayat 186) Allah berfirman lagi, bermaksud: "Dan berikanlah berita gembira kepada
orang yang sabar. Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah
yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah: ayat 155-157).

Begitulah kelebihan sifat sabar yang bukan sahaja menjanjikan kejayaan di dunia bahkan kenikmatan di akhirat. Justeru,
kita perlu menanam sifat sabar pada diri dan ahli keluarga, di samping tidak meremehkan hal fardu kifayah. Kesabaran
seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai