Anda di halaman 1dari 3

NAMA : RONNIEIZAN BIN ROSLIN

TAJUK : BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH

(PENDAHULUAN)

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh.

Sekalung apresiasi buat pengerusi majlis,

Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

Penjaga loceng yang setia bersama loceng keramatnya,

Seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerana mempertemukan kita


dalam satu majlis ilmu yang bermakna ini.

InsyaAllah pada hari ini, saya akan cuba membawa hati-hati para
hadirin agar turut serta bersama saya menyalami dan mendalimi akan satu
maudhu’ islami yang bertajuk

“ BERSABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH”

Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk


mendefinisikan tajuk syarahan saya terlebih dahulu.

(DEFINISI)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sabar menurut kamus dewan ialah tenang,

Manakala dalam menghadapi bermaksud menempuh,

dan musibah pula ialah malapetaka atau bencana.

Oleh yang demikian, bersabar dalam menghadapi musibah dapat


didefinisikan sebagai tenang dalam menempuh segala malapetaka atau bencana

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Saya akan kongsikan 3 kunci utama bagi menguatkan hujah syarahan saya pada
hari ini.

1) Pertama, “Sabar sebagai medan memohon pertolongan Allah”.

Kita sebagai seorang manusia tidak pernah terpisah daripada diuji


dengan pelbagai ujian atau kesusahan. Antaranya, ujian kesakitan, ujian
kemiskinan, ujian kehilangan orang yang tersayang atau ujian kerosakan
harta benda.

Kita sebagai seorang muslim, perlulah redha dan bersabar dengan


segala ujian atau musibah yang terjadi kerana itulah salah satu cara untuk
kita memohon pertolongan Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153;

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada


Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang
yang sabar.”

Dengan ini jelaslah bahawa, sabar ketika berhadapan dengan musibah


adalah satu medan untuk memohon pertolongan Allah SWT.

Hadirin sekalian,

2) Hujah saya yang kedua ialah, “Sabar, meningkatkan keimanan dan


ketakwaan kepada Allah”.

Sabar adalah satu sifat yang terpuji dan tinggi nilainya. Bagi orang yang
beriman, akan melihat musibah sebagai pintu rahmat untuk meningkatkan
keimanan dan ketakwaan kepada-Nya. Seterusnya mendekatkan diri
dengan syurga Allah.

Perjalanan kita bukanlah semata-mata di dunia ini sahaja. Jika kita


bersabar ketika berdepan dengan musibah, maka sudah tentu Allah akan
memberi ganjaran dan kebahagiaan di hari akhirat kelak.

Contohnya, kita dapat lihat dalam kisah penderitaan Nabi Ayub a.s. yang
diuji dengan penyakit kulitnya sehingga ditinggalkan oleh dua isterinya dan
dihalau dari kampungnya, tetapi baginda tetap bersabar dengan ujian
tersebut, malah menambahkan lagi ketaatannya kepada Allah. Akhirnya,
Allah mengurniakan kesembuhan kepada Nabi Ayub a.s.

Konklusinya, sifat sabar ketika menghadapi musibah dapat


meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah.

3) Seterusnya, hujah saya yang ketiga, “Sabar, mendidik jiwa yang cekal dan
sentiasa bersyukur.”

Apabila kita diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah atau pelbagai rintangan,
hati tetap kena sabar, cekal, bersyukur dan yakin pasti ada hikmahnya. Bak kata
orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Maka, ajari hati untuk menerima pilihan Allah dengan gembira, kerana tidak ada
yang lebih mengetahui daripadaNya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannnya.”

Ingatlah, sehebat manapun sesuatu ujian itu, sesukar manapun di mata kita,
percayalah kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.

(KESIMPULAN)

Kesimpulannya, sabar ketika menghadapi musibah itu indah, kerana


kemenangan itu akan datang bersama kesabaran.

Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai