Anda di halaman 1dari 16

Kisah Ayah & Anaknya

fairus muhamad darus


Ada seorang ayah
yang menjelang
ajalnya, di hadapan
si isteri beliau
berpesan DUA hal
kepada dua orang
anaknya
Pesanan Pertama:
Jangan menagih hutang kepada orang yang
berhutang kepadamu.
Pesanan Kedua:
Jika pergi ke kedai berniaga jangan sampai
mukamu terkena sinar matahari
Maka tiba waktunya…
ayah yang dikasihi meninggal dunia
Beberapa tahun
kemudiannya,
Anak yang sulung
berjaya
menguruskan
perniagaan dan
menjadi jutawan
Manakala anak yang bongsu tidak berjaya
dalam perniagaan dan hidup tanpa
kemewahan
Pada suatu hari si ibu
bertanyakan hal
kehidupan anak-
anaknya tentang
pencapaian hidup
mereka
Jawab anak yang bongsu :
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan
bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada
orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku
susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak
membayar sementara aku tidak boleh menagih”.
“Ayah juga berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari
rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari.
Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh
berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya
penggunaan wangku bertambah banyak”.
Kepada anak yang
sulung yang
bertambah kaya,
si ibu pun bertanya
hal yang sama.
Jawab anak sulung :
“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah.”

“Kerana Ayah berpesan


supaya saya tidak menagih
kepada orang yang
berhutang kepada saya,
maka saya tidak pernah
memberi hutang sehingga
dengan demikian modal
tidak susut”.
“Ayah juga berpesan agar supaya jika saya
berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak
boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi ke
kedai sebelum matahari terbit dan pulang
sesudah matahari terbenam.
Oleh kerana kedai saya buka dibuka lebih awal dan
ditutup lebih lewat berbanding kedai yang lain.
Menyebabkan kedaiku menjadi laris kerana
beroperasi lebih lama.
MORAL CERITA :
Kisah tadi menunjukkan bagaimana sebuah pesanan di
difahami dengan persepsi yang berbeza.
fikiran yang positif
Jika kita fikir dengan
maka segala kesulitan menjadi batu lonjatan untuk kita
berjaya tetapi jika kita berfikir dengan fikiran yang
negatif (sempit) maka kesulitan itu menjadi halangan…
pilihan ada di tangan anda.
“Berusahalah melakukan hal biasa dengan
cara yang luar biasa”.

fairus muhamad darus | fairusmd@gmail.com | 2009

Anda mungkin juga menyukai