Anda di halaman 1dari 1

5 Tip Bina

Kerjaya Cemerlang
1 Imej Cemerlang
Apabila mengenali ramai orang dalam bidang pekerjaan,
maka adalah penting untuk anda selalu menunjukkan imej
yang baik dengan selalu menjaga sikap dan tabiat anda.
Peliharalah hubungan baik dengan rakan sekerja dan
pelanggan anda, kerana ini sangat penting untuk kemajuan
pekerjaan anda.

2 Optimis dan Fleksible


Bersikap optimis dan fleksible dengan melihat segala jenis
perubahan sebagai cabaran dan bukannya ancaman. Sukar
untuk anda berjaya jika tidak fleksible terhadap segala
perubahan yang berlaku.

3 Kuasai Teknologi Maklumat


Pelajari dan kuasai maklumat dan pengetahuan berkaitan
dengan teknologi kerana kemajuan teknologi masa kini
berkembang dengan pesatnya. Jangan jadikan alasan
kegagalan menyiapkan pekerjaan anda kerana tidak
menguasai teknologi sebagai penyebabnya.

4 Belajar Mengurus
Belajar untuk mengurus dan mengko-ordinasi segala urusan
dengan baik kerana ini akan banyak membantu anda dalam
pekerjaan.

5 Peka Pada Persekitaran


Peka terhadap segala perkara yang boleh memajukan
organisasi anda. Bersikaplah secara pro-aktif dan ianya bukan
menjadi satu kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai