Anda di halaman 1dari 121

MELUKIS DAN MEMBUAT GAMBAR

Definisi Menggambar Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Alat, Media Dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Tujuan Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.

Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi

b) Aras Aplikasi dan Analisa Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif c) Aras Sintesis dan Penilaian Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik tersebut. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanakkanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

CATAN

Definisi Catan 1. Catan ialah proses menghasilkan seni 2D dengan menggunakan bahan pewarna 'pigment' terlarut dalam pelarut (atau medium) dengan agen pengikat (gam) kepada permukaan sokongan seperti kertas, kanvas, atau dinding. 2. Aktiviti catan membolehkan seorang pelukis meluahkan perasaan dengan berus dan warna. Aktiviti catan dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. 3. Komponen alat yang digunakan dalam catan :

Pewarna - cat air, cat minyak, cat poster, arklik, gouch, tempera dan fresko. Agen Pelarut - gam arab, minyak linsid, turpentin, air. Alatan - pembancuh warna, berus cat, kanvas, kertas.dinding.

Sejarah Catan Sejarah catan dikatakan bermuala sejak Zaman Yunani Purba. Pada masa itu catan dihasilkan bertujuan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media catan pada masa itu ialah mozek dan fresko.Zaman kelahiran semula atau zaman pembaharuan atau Zaman Renaissance (Bahasa Perancis) merupakan zaman kemuncak senilukis di Eropah. Pelukis-pelukis tersohor pada zaman itu ialah Leonardo da Vincci yang menghasilkan karya 'Monalisa', Albrecht Durer dengan catannya bertajuk ' The Great Piece of Turt). Albrecht Durer mendapat gelaran "Bapa Catan Air Eropah". Pelukispelukis zaman itu menghasilkan catan realistik.

Title: Great Piece of Turf, Study of Weeds By: Albrecht Durer (1471 - 1528) Original Size: 31 x 40 cms / 12.2 x 15.7 inches Medium: Watercolour and Bodycolour on Vellum

'Monalisa' Leonardo da Vincci.

Pada abad ke 2 hingga ke 20, muncul aliran baru dalam seni catan. Pelukis-pelukis mula mempersembahkan catan dalam semi abstrak dan abstrak. Pelukis-pelukis pada masa itu ialah Paul Cezzane, Vincent van Gogh, Pablo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollock dan lain-lain. Pelukis tempatan yang terkenal pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Young Man Seng. Mereka banyak menghasilkan catan air yang berkisar kepada lanskap tanah air.

Beach Beauty, 1961. Mohd. Hoessein Enas (1924-1995); Oil on canvas; 63cm x 84cm.

Malayan Rural Scene Abdullah Ariff (Malaysia (1904-1962) Medium : Cat air

Saiz : 11 1/2x 15in (29cm x 39cm)

Zaman, Aliran dan Perkembangan Seni Barat. 1. Zaman Pertengahan


Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian Kebanyakan karya arca dinding Seni Neo Klasik, Seni Romantik, Seni Medieval' Pelukis: Giotto, Duccio

Seni Neo Klasik 2. Zaman Renaisancce


Zaman Pembaharuan seni catan Figuara menjadi tumpuan utama dalam pengkaryaan Karya seni mendapat tempat dikalangan bangsawan dan istana Seni Romantik, Klasik, Naturalisme Pelukis : Leonardo da Voncci, Albrecht Durer, Rephael, Micheiangelo

3. Zaman Baroque dan Rococo


Dikenali zebagai zaman Renaissance tinggi Baroque membawa maksud 'mutiara yang tidak sempurna tetapi indah' Menekankan komposisi, aksi, warna dan pencahayaan Latar belakang karya gelap dan cahaya tertumpu pada objek Seni Barroque, Dutch Painting Pelukis : Berlini, Rembrandt, Rubens

The Militia Company of Captain Frans Banning Cocq Karya Rembrandt 4. Abad ke 18 (Romantisne Neo-Klasik) Munculnya stail kesenian Barok (Baroque) dan Rococo yang mengutamakan sifat indah dan riang. Media yang digunakan ialah fresko dan cat minyak. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan dan potret. Gaya catan bersifat realistik dan dekoratif. Contoh-contohnya pelukis ialah Hermenz van Rijin Rembrant (Belanda 16061669). Jean Antoine Watteau (Perancis 1684-1721)

BAHAN

BAHAN

CIRI-CIRI - Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiup.

Cat air

Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas. Bahantara ialah air Pengilat Gam arab Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat nipis , tebal

Cat minyak

dan legap. Sesuai digunakan dia atas permukaan kanvas. Bahantara ialah turpentine. Pengilat minyak linsid Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik yang tertua.

Cat tempera

Sesuai di atas permukaan kertas dan kanvas. Bahntara ialah telur kuning. Pengilat ialah air. Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas

Cat Gouce

permukaan kertas. Bahantara air dan pengilat gam arab. Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat air dan

Akrilik

cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap. Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan kanvas. Bahantara ialah air. Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika kapur

Fresko

plaster masih lembab. Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.

TEKNIK- TEKNIK CATAN CAT AIR

TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK

TEKNIK-TEKNIK CAT AIR

1.

Teknik basah atas basah

Menghasilkan kesan lut sinar. Teknik paling istimewa dan dramatik. Paling sukar dikawal sapuan warnanya. Teknik basah atas kering

2.

Merupakan teknik yang paling banyak digunakan kerana kesesuaiannya dengan beberapa jenis media senang dikawal dari segi sapuan warna Dapat menghasilkan kesan lut sinar.

3.

Kering atas basah

Permukaan kertas dibasahkan terlebih dahulu Kemudian dengan menggunakan warna terus dari tiub sapukan ke atas kertas yang telah di basahkan.

4.

Kering atas kering Memberikan kesan legap Menimbulkan kesan jalinan.

Tokoh Catan Tanah Air dan Karyanya

Pelukis : Dzulkifli Buyong Tajuk : 'KAPAL KERTAS' (1966) Media : Kapur Pastel

Pelukis : Dzulkifli Buyong Tajuk : 'MEMBAKAR SEMUT' (1967) Media : Kapur Pastel

Pelukis : LatiffMohiddin Tajuk : 'PAGO-PAGO' ( 1964) Media : Cat Minyak

Pelukis : Peter Harris Tajuk : RUMAH RAKIT (1956)

LUKISAN
Pengenalan 1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. 2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. 3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka. Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan 1. Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. 2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 3. Catan merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak. 4. Alatan dan bahan lukisan pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. Teknik Melukis 1. 2. 3. 4. 5. Teknik garisan Teknik garisan pangkah Teknik titik Teknik lorekan Teknik campuran

Media Lukisan Pensel 1. Dibuat daripada arang dan tanah liat. 2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. 3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

Pensel mempunyai pelbagai saiz

Saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza

Contoh-contoh lukisan pensel

Arang 1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. 2. Media yang tertua sekali. 3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. 4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

Arang yang digunakan untuk melukis Arang juga dibuat seakan-akan pensel

bagi memudahkan pengendalian

Beberapa jenis arang yang

Kesan lorekkan daripada arang

terdapat di pasaran

Hasil karya daripada media arang

Media Pen dan ink 1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya 2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza 3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan

Lukisan media pen

Lukisan pen menggunakan

teknik titik

Media Pastel 1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. 2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel

Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon

Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

Lukisan media pastel

MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA Media dan Ciri-Ciri PENSEL -Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya. -Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil. -Pensil yang keras ditandakan dengan nilai H dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai B Contoh

PENSEL WARNA -Mempunyai pelbagai warna pilihan. -Boleh digosok untuk mencampurkan warna. -Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil

PEN -Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal. -Memberi kesan tajam dan kemas. -Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.

CHARCOAL -Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke-18. -Memberi kesan hitam dan legap. -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor. -Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan. SOFT PASTEL -Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan. -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor. -Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan OIL PASTEL -Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang tebal. - Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN TEKNIK CONTOH LUKISAN

Teknik pointilisme 1. Membuat titik-titik ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej. Ketebalan tititk dapat menghasilkan ton.

Teknik gosokan 2. Menggosok media dia atas permukaan bagi menghasilkan ton dan membentuk imej.

Teknik hatching3. Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej dan ton.

Teknik cross hatching 4. Melorek secara bersilang bagi menghasilkan ton

Asas Sebelum Melukis

1. Memilih teknik melukis. 2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan. 3. Memilih objek untuk dilukis. 4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan. 5. Membuat Lakaran objek. 6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap. 7. Tetingkap fokus merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. Memilih sudut yang menarik dan indah. Digunakan untuk melukis di luar studio.

Pengetahuan Asas

1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis: o Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap. 2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk.

KOLAJ
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan di atas permukaan. Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain. Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Langkah ketiga akan melekatkan kepingan-kepingan di atas lakaran kemudian baru mewarnakan latarbelakang dengan warna air.

Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.

Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas lukisan yang telah dilukis gambar.

Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).

Kolaj jakin. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan ditampal mengikut kreativiti masing-masing

Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika muridmurid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.

Kolaj Tisu. Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik halus2 dan ditampal keatas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Masih lagi kolaj tisu. Contoh ini sesuai dihasilkan oleh murid2 tahap 1

Kolaj jenis susah. Dihasilkan daripada majalah lalu membentuk imej yang tersendiri tanpa melukis gambar.

MONTAJ
PENGENALAN Montaj merupakan potongan gambar-gambar yang berkaitan untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantumkan untuk menjadi satu ilustrasi. Hasil seni akan mengandungi sebahagian daripada imej-imej yang ada seperti foto-foto yang disusun supaya bercantum, bertindih dan diubah untuk menghasilkan suatu imej. DEFINISI Aktiviti menampal dan melekatkan bahan pada permukaan untuk menyampaikan tema dan mesej pengajaran, kecintaan, kesesuaian, peperangan dan alam sekitar. Komposisi gamabr akan disusun mengikut teknik superimpose iaitu dengan menyusun pelbagai susunan gambar secara kreatif. Unsur-unsur warna harmoni dan warna-warna kontra juga digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan. Aktiviti montaj yang menggunakan Image Editing Software dapat menarik minat murid untuk menghasilkan montaj. ALAT DAN BAHAN UNTUK MEMBUAT MONTAJ 1. Gambar foto sebenar, contohnya gambar ahli keluarga, gambar artis dan sebagainya. 2. Gambar yang telah diimbas menggunakan pengimbas. 3. Gunting, pisau, kertas dan gam.

Contoh-contoh Montaj :

SENI CETAK
Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Seni cetak dalam penghasilan karya memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan karya. Penghasilan ulangan cetakan disebut edisi dan dikira sebagai karya asli.

SEJARAH CETAKAN Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China.Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15.Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia.Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan. Pada akhir tahun 1950-an,beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan(contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu). Awal tahun 1960an,teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.Seterusnya,diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN Cetakan terbahagi kepada 4 jenis iaitu : i. Cetakan timbulan ii. Cetakan benam/intaglio iii. Cetakan stensil/serigraphy iv. Cetakan planografi/litografi i . Cetakan Timbulan Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Antara jenis cetakan timbulan ialah : o Cetakan lino o Cetakan blok kayu o Cetakan timbul/kolograf/kolaj

Contoh Hasil Cetakan Lino

Contoh Hasil Cetakan Blok Kayu Dan Kolograf

ii. Cetakan Benam/Intaglio Memerlukan plat logam yang diguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak untuk mendapatkan kesan benaman pada permukaan. Warna atau dakwat cetakan memerlukan bahagian benaman untuk dakwat melekat dan seterusnya dicetak atas permukaan. Antara kaedah mencetak jenis benam ialah : Turisan (engraving) Gurisan asid (etching) Akuantin (aquatint) Mesotin (mezzotint)

Contoh-contoh cetakan benam /intaglio

iii. Cetakan Planografi atau Litografi Diperkenal dan dikembangkan proses penghasilan oleh seorang rakyat dari Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798. Teknik Penghasilan : Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok untuk menghasilkan imej cetakan. Proses cetakan ini menggunakan kaedah yang dinamakan litografi. Teknik penolakan minyak dengan air.Permukaan imej yang telah dilukis menggunakan krayon minyak dan disapu dengan gam arab yang dicampur dengan asid nitrit. Kekalisan antara air dengan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan pensel. Cetakan dihasilkan menggunakan mesin penggelek untuk cetakan.

Contoh-contoh cetakan planografi atau litografi

iv. Cetakan stensil/serigraphy Menggunakan pemidang kain sutera saring untuk mencetak imej. Imej yang dihasilkan adalah lebih tepat dan penghasilan cetakannya mempunyai rupa atau bentuk yang lebih kemas berdasarkan imej asal yang didedahkan atau expose. Cetakan stensil boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan disapukan/diletakkan dakwat pada bahagian ditebuk.Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk. Cetakan stensil juga boleh menggunakan potongan kertas/plastik yang ditebuk dan dijadikan panduan atau contoh dasar (template).Imej yang terhasil dari permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk pada permukaan panduan atau contoh dasar (template). Antara bahan-bahan cetakan yang digunakan adalah : Kain sutera saring Pemidang Imulsi(cecair kimia) Sekuji(squeege) Kain atau kertas Kotak lampu/light box

TEKNIK RESIS
Resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang keperingkat warna gelap.

Tema : Bahan Organik Tajuk : Alam Semula jadi 1 Bahan : Lilin, Canting, Kain putih, pensel, warna air ( untuk batik ) dan berus mewarna. Teknik : Resis dengan kain

Tema : Bahan Organik Tajuk : Alam Semula jadi II Bahan : Lilin, Kertas lukisan, berus, warna air dan bekas air. Teknik : Resis dari warna air

Tema : Campuran bahan organik dan geometri Tajuk : Corak tidak terancang Bahan : Kertas lukisan, krayon, warna air, pensel, berus dan bekas air dan tisu. Teknik : Krayon resis batik

Tema : Bahan geometri Tajuk : Kertas pembalut hadiah Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin warna, warna air, pensel, berus dan bekas air Teknik : Krayon resis dengan warna air

Tema : Campuran Bahan Organik dan Geometri Tajuk : Corak Batik Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin, warna air, berus mewarna dan bekas air. Teknik : Krayon Resis Batik

Tema : Bahan Geometri Tajuk : Corak Bebas Bahan : Kertas lukisan, warna poster, lilin biasa, pensel, berus mewarna. Teknik : Resis dengan warna poster

Tema : Bahan Organik Tajuk : Pemandangan Bahan : Lilin biasa, warna air, kertas lukisan, berus mewarna dan bekas air. Teknik : Resis dengan warna air

Tema : Organik Tajuk : Alam Semulajadi Bahan : Warna air, lilin biasa, kertas lukisan, berus dan bekas air. Teknik : Resis dari warna air dan lilin biasa.

GOSOKAN
Apakah itu GOSOKAN? Gosokan merupakan proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah proses penerokan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Ia merupakan cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil catakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kerta yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu dan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya sapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalina dan ton. Menurut Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Gosokan dapat memperkembangkan seria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat selesa dan sebagainya. Apabila kita mengapikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berlainan boleh

menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

GOSOKAN Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Teknik gosokan Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja. Gosokan potongan kertas Contoh:

STENSILAN

Stensilan merupakan teknik menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletajjan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan siserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Langkah 3 memerlukan kesabaran supaya corak hiasan yang dibentuk cantik. contoh:

PERCIKAN

Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai warna. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair. Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan PERCIKAN . satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. . satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite . style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. . Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. . teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata . kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.

. buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. . kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. . Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. . Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. . percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan.

PERCIKAN
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuhtumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. RENJISAN DAN PERCIKAN DEFINISI

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.

Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

ALAT DAN BAHAN


Warna air Warna poster Berus warna

CONTOH-CONTOH GAMBAR RENJISAN

TEKNIK GURISAN Pengenalan Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Cara Membuat 1. Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon. Anda semua

digalakkan menggunakan kreativiti masing2 dalam pemilihan unsur seni warna. Warnakan sehingga kertas lukisan penuh

2. Setelah siap mewarna lapisan krayon yang pertama (seperti diatas), Lakukan kemasan pertama iaitu bersihkan lebihan krayon pada kertas lukisan.

3. Setelah itu, dengan menggunakan krayon berwarna hitam, warnakan lapisan kedua sepenuhnya

menggunakan warna hitam.

4. Hasil lapisan krayon yang kedua adalah seperti diatas. Lakukan kemasan yang kedua iaitu

membersihkan serpihan krayon yang tertinggal pada kertas lukisan anda.

5. Dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang tajam tanpa ubat pensel) mula melukis ikan paus dengan menggunakan teknik gurisan. Hasilnya, anda akan melihat ikan paus anda

bewarna-warni.

Contoh-Contoh Karya

TEKNIK CAPAN
Pengenalan Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semula jadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan. Definisi Teknik capan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ cat poster) dan dicap ke atas sesuatu permukaan. Satu teknik menghasilkan karya dari imej sedia ada. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Keperluan membuat capan. Kertas lukisan, warna air, berus warna. Contoh bahan: sayur-sayuran seperti kentang,

bawang besar, dan bendi. Daun, putik kapas dan cap jari juga boleh digunakan Contoh Karya

TEKNIK MOZEK
Pengenalan Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan. Definisi Teknik mozek ialah sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. Satu imej yang disusun berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau kertas Bahan-bahan 1. Kertas warna yang dipotong kecil. 2. Gunting dan gam.

Contoh karya

Teknik: Mozek Tajuk: Itik Alat & bahan: Kertas Lukisan, Kertas Warna, Gunting, Gam

Teknik: Mozek Tajuk: Kucing kesayangan saya Alat & bahan: Kertas Lukisan, Kertas Warna, Gunting, Gam

Teknik: Mozek Tajuk: Ikan Alat & bahan: Kertas Lukisan, Kertas Warna, Gunting, Gam

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


PENGENALAN Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: (i) (ii) (iii) (iv) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

APA ITU CORAK ? Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebeas. MOTIF CORAK Alam semulajadi-bunga, siput

Bahan buatan manusia Geometri Abjad Rupa barangan kraf Malaysia

SUSUNAN CORAK

Penuh Turun separa Berulang Orgee Batu bata Berpusat Sendeng

Berombak Bertindih Jidar Bertimbul Berlajur Cermin

Jenis corak

Contoh gambar

CORAK BERPUSAT

CORAK SELANG SELI

KALIGRAFI

AKTIVITI CORAK TERANCANG


Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi

AKTIVITI CORAK TIDAK TERANCANG


Pualaman Tiupan Ikatan dan celupan Renjisan dan Percikan

Jenis corak

Contoh gambar

PUALAMAN

TIUPAN

IKATAN

LUKISAN
PENGENALAN

Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan. Lukisan adalah aktiviti melakar dan melukis menggunakan media kering. Mencorak menggunakan teknik lukisan dalam aktiviti mencorak dan membuat rekaan adalah melukis corak menggunakan media kering.

DEFINISI LUKISAN Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad.

MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA -Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya. PENSEL -Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil. -Pensil yang keras ditandakan dengan nilai H dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai B. -Mempunyai pelbagai warna pilihan. -Boleh digosok untuk mencampurkan warna. -Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil -Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal. PEN -Memberi kesan tajam dan kemas. -Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.

PENSEL WARNA

-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke18. -Memberi kesan hitam dan legap. CHArCOAL -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor. -Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan. -Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan. SOFT PASTEL -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor. -Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

-Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang tebal. -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar OIL PASTEL Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

CONTOH GAMBAR CORAK YANG DIHASILKAN OLEH TEKNIK LUKISAN

CATAN
PENGENALAN -Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan. - Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus -Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan catan digunakan bagi menghasilkan corak yang terdiri daripada penggunaan warna air.

MEDIA MENGHASILKAN CATAN BAHAN CIRI-CIRI Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiup. Cat air Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas.Bahantara ialah air. Pengilat Gam arab Cat minyak Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas permukaan kanvas. Bahantara ialah turpentine. Pengilat minyak linsid Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan kanvas. Bahntara ialah telur kuning. Pengilat ialah air. Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas permukaan kertas. Bahantara air dan pengilat gam arab. Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat air dan cat Akrilik minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap. Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan kanvas. Bahantara ialah air. Fresko Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika kapur plaster masih lembab. Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.

Cat tempera Cat Gouce

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK YANG DIHASILKAN MELALUI TEKNIK CATAN

CETAKAN
PENGENALAN

Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan. Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matrik. Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan batu untuk litografi blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan. Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan

Lazimnya dalam mebuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang digunakan ialah papan lino atau alam semual jadi yang ditebuk dan diukir seperti kentang Bahan diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan yang rata.

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK CETAKAN

Menebuk ubi kentang untuk membuat cetakan

CAPAN
PENGENALAN Penggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan. Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah kerana ia tidak memerlukan blok cetakan. DEFINISI Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari. ALAT BAHAN MENGHASILKAN CAPAN

Warna air Warna Poster Cap jari Kentang Bawang Bendi Pelepah pisang Batang betik Daun

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK CAPAN

LIPATAN DAN GUNTINGAN


PENGENALAN

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas dan menggunting mengikut corak yang dikendaki. Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.

Bahan-bahan yang diperlukan 1. gunting 2. gam 3. pensil tulis 4. kertas lukisan 5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang lain) Contoh-contoh gambar teknik lipatan dan guntingan

RESIS
PENGENALAN

Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang telah dilukis dengan lilin, krayon atau oil pastel. Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan mendapatkan corak warna. Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik. Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap.

DEFINISI

Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin dua bahan yang berbeza untuk mendapatkan hasil penolakan warna. Resis menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal. Di dalam mencorak teknik resis juga digunakan untuk menghasilkan corak yang terancang iaitu corak yang dilakar oleh pengkarya.

ALAT DAN BAHAN


Krayon Oil pastel Lilin Warna air Warna poster

CONTOH-CONTOH GAMBAR RESIS

KALIGRAFI
PENGENALAN

Kaligrafi, ) Bahasa

dari bahasa

Yunani; "keindahan"

+ "menulis" dengan indah

Jepang Nihongo )

adalah seni menulis

dengan pen sebagai hiasan. Tulisan dalam bentuk kaligrafi biasanya tidak untuk dibaca dengan konsentrasi tinggi dalam waktu lama, karena sifatnya yang unik untuk dibaca.

Meskipun kaligrafi dalam tulisan arab lebih dikenal, tetapi banyak pula penerapan aplikasi ke dalam tulisan latin.

Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi. Biasanya isinya disadur ayat-ayat Al-Quran. Bentuknya bermacam-macam, tidak selalu pena diatas kertas, tetapi seringkali juga ditatahkan di atas logam atau kulit. Salah satu bentuk penerapan kaligrafi Islam sebagai seni hias adalah di Istana Al Hamra, Spanyol.

KALIGRAFI DI DALAM BIDANG MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN


Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan. Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran.

Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan.

CONTOH-CONTOH GAMBAR KALIGRAFI

PUALAMAN
DEFINISI

Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

CIRI-CIRI PUALAMAN

Cat minyak menghasilkan kesan berkilat pada kertas. Cat yang dikacau di dalam air menghasilkan jalinan yang menarik. Setelah kering kertas boleh dipotong untuk membuat rekaan seperti beg kertas, penanda buku, kad ucapan dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN MEMBUAT PUALAMAN

Cat minyak Air kertas tray atau bekas turpentin

CONTOH-CONTOH GAMBAR PUALAMAN

pualaman di atas kanvas

TIUPAN STRAW
DEFINISI

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat rekaan Dengan munggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan kertas ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.

ALAT DAN BAHAN


Warna air Warna poster Straw Kertas

contoh gambar alat dan bahan untuk membuat teknik tiupan straw

CONTOH-CONTOH GAMBAR TEKNIK TIUPAN STRAW

IKATAN DAN CELUPAN


PENGENALAN

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi. Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia. Garam digunakan sebagai bahan penyerapan. Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.

DEFINISI

Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan yang menghasilkan corak yang menarik.

ALAT DAN BAHAN IKATAN DAN CELUPAN


Kain Tisu Dye Tali Manik, batu atau bahan lain yang boleh menimbulkan lebih kesan jalinan.

CONTOH-CONTOH GAMBAR IKATAN DAN CELUPAN

RENJISAN DAN PERCIKAN


DEFINISI

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

ALAT DAN BAHAN


Warna air Warna poster Berus warna

CONTOH-CONTOH GAMBAR RENJISAN

percikan warna dari berus

POSTER
DEFINISI Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat, berkomunikasi, memberi peringatan dan promosi barangan. CIRI-CIRI POSTER

Berupaya menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui maklumat lanjut. Berupaya menyampaikan mesej dengan cepat dan berkesan. Huruf, muka taip dan ilustrasi berkaitan dengan maklumat utama yang ingin disampaikan, dinyatakan dalam bentuk ringkas dan jelas.

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM POSTER


Tajuk utama. Penerangan yang ringkas atau cogan kata. Ilustri gambar.

CONTOH KARYA POSTER

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi: Arca timbul Arca asemblaj Arca bergerak Arca stabil Model Diorama Boneka Topeng Origami

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG - Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. - Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain. - Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan . TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. Tingkatkan Daya Kreativiti -Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958)) - June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. - Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi 1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. 2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. 4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen. 5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh. 7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Arca Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud mengukir,menebuk, memotong, melarik dan sebagainya Jenis-jenis arca land,instalasi, stabil, mobail binaan, timbulan, luakan, asemblaj, arca tambahan

Definisi ARCA:

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Jenis Jenis Arca

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

ARCA TIMBUL

PENGENALAN

Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga menyampaikan sesuatu mesej. Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan. Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.

DEFINISI ARCA TIMBUL

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI

-Kayu -Plaster of paris -Pahat -Pisau

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA TIMBUL

ARCA ASEMBLAJ

PENGENALAN

Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan menarik. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid. Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

DEFINISI ARCA ASEMBLAJ Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

CONTOH-CONTOH ARCA ASEMBLAJ

ARCA
BERGERAK/MOBAIL
Merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi arca. Boleh juga dikenali sebagai arca bergerak atau arca kinetik. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak.

STABAIL
Stabail adalah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawangawang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahagian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendisendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawangawang.

CONTOH ARCA

CONTOH ARCA

MODEL

PENGENALAN Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti.

DEFINISI MODEL Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan. Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL

Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape. Pemotong -Gunting, pisau. Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH GAMBAR MODEL

ORIGAMI
PENGENALAN Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun. Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini. DEFINISI berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.

ALAT DAN BAHAN

Kertas Gunting Pisau

CONTOH-CONTOH GAMBAR ORIGAMI

DIORAMA Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, di diri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Diora ma pada masa moden digunakan untuk menggambarkan keadaan sesungguhnya dari landskap keadaan sejarah, kejadian alam, dan keadaan kota untuk kebutuhan pendidikan atau pertunjukan. Sajian pemandangan dalam ukuran kecil yang dilengkapi dengan patung dan perincian lingkungan seperti aslinya serta dipadukan dengan latar yang berwarna alami; pola atau corak tiga dimensi suatu adegan atau pemandangan yang dihasilkan dengan menempatkan objek dan tokoh di depan latar belakang dengan perspektif yang sebenarnya sehingga dapat menggambarkan keadaan yang sebenarnya Pameran spesimen satwa liar atau pemandangan dalam ukuran aslinya yang dilengkapi dengan lingkungan alam asli dan latar yang bercat

PROSES DIORAMA Garden Diorama

Alat-alat: Kotak kasut Kertas EVA Foam tanah liat Krayon Cat Acrylic Gam Gunting bahan-bahan dekoratif: straw, manik-manik, kapas, dan lain2 mata (serangga) Kad manila

LANGKAH 1

Gunakan kotak kasut jenis (tutup melekat ke tempat) dan kotak ubat nyamuk sebagai penahan seperti yang dilekatkan di atas. LANGKAH 2

Cat bahagian belakang kotak ini menggunakan cat arkilik. LANGKAH 3

Bat bahagian dalam pula menggunakan warna yang berbeza. Anda juga boleh menggunakan kertas warna dan tampalkan sahaja mengikut cita rasa anda. Kemudian gamkan sisi2 kotak supaya ianya lebih kemas.

LANGKAH 4

Tampalkan eva foam dan hiaskan seperti di atas. Kemudian, lekatkan pula kapas2 berbentuk awan di beberapa sudut. LANGKAH 5

Bina tingkap menggunakan eva foam pelbagai warna. LANGKAH 6

Hasilkan pula bunga matahari menggunakan kad manila berwarna dan straw minuman seperti di atas.

LANGKAH 7

Letakkan pula tanah liat dan bentukan seperti di atas LANGKAH 8

Gunting kertas dan jadikan daun berbentuk panjang dan cucukan pada tanah liat di sudut kotak tersebut. LANGKAH 9

Hasilkan bunga2 yang comel ini menggunakan eva foam, dan lekatkan spring pada bawah bunga tersebut. Lekatkan pada tanah liat.

LANGKAH 10

ca

Hasilkan serangga2 seperti di atas. LANGKAH 11

Susun atur serangga2 yang telah siap seperti di atas.

1:72, 1:48, 1:43, 1:35, 1:32, 1:24, 1:16, 1:1

PENGENALAN.

Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala masyarakat Mesir kuna pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia. Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan untuk upcara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali dijumpai di makam-makam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.

DEFINISI BONEKA Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang

digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.

Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.

JENIS JENIS BONEKA

Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.

1. Boneka Sarung Tangan / Jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.

2. Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

3. BONEKA WAYANG KULIT Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang

biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Contoh boneka wayang kulit.

4. Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti

kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat.

5. Boneka Bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Contoh boneka bertali.

6. Boneka Beg Kertas. Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas

7. Boneka pinggan kertas. Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Contoh boneka kertas.

8. Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Contoh boneka penuh.

9. Boneka tangan. Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita Contoh boneka tangan

hendaklah memasukkan tangan kedalam boneka. adalah itik, ayam dan kucing.

Contoh boneka tangan.

KRAF TRADISIONAL
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-temurun mengikut kaum masing-masing. Jenis-jenis Kraf Alat domestik Alat permainan Alat mempertahankan diri Batik Seni tekat Tembikar Anyaman Kelarai Ukiran

ALAT PERHIASAN DIRI


Konsep alat perhiasan diri Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Jenis-jenis serta kemahiran alat perhiasan diri

Dokoh - ialah perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan pemakaian baju kebaya. Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga). Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul supaya tampak lebih menarik. Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai oleh kaum wanita

Pengetahuan dan contoh-contoh alat perhiasan diri

cucuk sanggul dokoh

Anting-anting pending

ALAT DOMESTIK
PENGENALAN Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian. DEFINISI ALAT DOMESTIK Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK Batu giling Batu kisar Tudung saji Tudung rotan Tudung saji mengkuang Kukuran duduk dan kukuran silang Dulang paha tembaga air mawar Cerek tembaga CONTOH-CONTOH GAMBAR BARANGAN DOMESTIK

TUDUNG SAJI

BATU PENGISAR

KUKUR DUDUK

KUKUR BERSILANG

LESUNG BATU

CEREK TEMBAGA

ALAT PERTAHANAN DIRI Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.

CONTOH-CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI -Keris -Lembing -Perisai -Golok

CONTOH-CONTOH GAMBAR ALAT PERTAHANAN DIRI

CONTOH BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS

BATIK

Konsep dan sejarah batik Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejakabad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatanbatik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagaialat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan

denganmenggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejaktahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik'

yangbermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telahdiperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat diKelantan dan Terengganu.

Kemahiran dan jenis-jenis batik

Batik lukis : Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik skrin: Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Batik pelangi Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik blok: Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blokcorak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yangtertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarnasebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Pengetahuan tambahan dan contoh-contoh corak batik

ALAT DAN BAHAN

Canting- Mecanting batik Kain putih - Melukis batik Berus- Menyapu warna Lilin- Bahan untuk mecanting batik. Damar- Bahan untuk mecanting batik. Sodium silikat-mematikan warna Kuali- Merebus kain Dye batik-mewarna batik

MOTIF BATIK Motif geometri Motif flora Motif fauna Motif isen

BAHAGIAN CONTOH-CONTOH GAMBAR BATIK

TEKAT
PENGENALAN Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

FUNGSI TEKAT

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

PERANAN INSTITUSI ISTANA

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

TOKOH TEKAT

1. Ahdijah bt. Hasim Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adi guru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.

2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan

Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat. JENIS-JENIS TEKAT

1. Tekat Timbul Bunga Emas Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

PROSES MENEKAT * Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.

* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua

dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.

* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.

CONTOH-CONTOH GAMBAR TEKAT

TENUNAN
PENGENALAN Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif. SEJARAH SONGKET 1. Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. 2. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. 3. Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negerinegeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. 4. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang. 5. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. 6. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. 7. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. 8. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya sera cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

MOTIF 1. Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. 2. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. 1. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya

berasaskan bunga-bungaan. 2. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometric. 3. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. 4. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. 5. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

JENIS TENUNAN

CONTOH

TENUNAN BUNGA PENUH corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain.

SUSUNAN BUNGA TABUR corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

SUSUNAN BERCORAK susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.

ANYAMAN

DEFINISI ANYAMAN Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahanbahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. ALAT DAN BAHAN 1.ROTAN Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk. Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan 2.POHON MENGKUANG Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan keras.

3.BULUH Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan menarik.

TOKOH ANYAMAN Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

LAIN-LAIN TOKOH

Cik siah Jumaat dari Terengganu (mencipta kelarai sambas). Hjh Asiah Bt Salleh (mencipta motif tapak harimau) Hjh Semek (mencipta kelarai mak meh) Esah bt Said (mencipta kelarai sisik kelah) Dayang Aisah (mencipta kelarai bunga)

CONTOH-CONTOH GAMBAR ANYAMAN

ALAT PERMAINAN
PENGENALAN

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah:
a) Congkak b) Wau c) Batu seremban d) Sepak raga e) Gasing

CONGKAK Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Latar Belakang Congkak Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000SM hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Contoh Gambar Congkak

WAU Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Cara Permainan Wau Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias

berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang,

kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa. Jenis-Jenis Wau
a) Wau bulan b) Wau jala budi c) Wau kucing d) Wau kenyalang e) Wau barat f) Wau daun

g) Wau burung

Jenis-Jenis Wau

Bahagian Badan Wau

Proses Penghasilan Wau


1. Memilih buluh 2. Meraut buluh 3. Membuat rangka 4. Menampal rangka 5. Membuat corak 6. Menampal corak 7. Memasang teraju

Anda mungkin juga menyukai