Anda di halaman 1dari 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA

MUDA PERGURUAN ( PPISMP ) SEM 2 AMBILAN JANUARI 2012 PS 2311P : PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK: CATAN DAN CETAKAN

NAMA : ENTUYAN ANAK RAMBA NO. KAD PENGENALAN : 850309 -13 5642 NO MATRIK : 2011192310036
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING :

En. Suhaimi bin zakaria

PENGHARGAAN

Syukur pada Tuhan dengan limpah kurnianya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya menjulang penuh penghargaan kepada Encik Suhaimi Pensyarah Pembimbing Pendidikan Seni Visual ( PS 2311P ). Beliau telah banyak membantu saya sepanjang proses pembentukkan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa, serta kawan kawan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkaikan sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan seni. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terima kasih sekali lagi untuk semua.

BIODATA

Nama No Kad Pengenalan No Matrik Kump / Unit No Tel Emel

: Entuyan Anak Ramba : 850309 -13 - 5642 : 2011192310036 : PPISMP 2C / PENDIDIKAN KHAS : 019 8650869 : yanentuyan@yahoo.com

CATAN
Definisi Catan Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik. Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.

Sejarah Seni Catan Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.

Karya Eugene Delacroix Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Berjodol Liberty Leading the People (1830). Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.

Karya Van Gogh Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.


Aliran Impressionisme. Berjodol : Bedroom. Mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang. Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

Karya Warhol Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20. Aliran Pop Art. Berjodol Marylin Monroe Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu. Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

Aliran-aliran seni catan di barat Klasik Barroque Romanticisme Impressionisme Post-Impressionisme Ekspressionisme Kubisme Surelisme Seni Pop

Aliran Klasik Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura sebagai pemusatan tumpuan karya. Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi. Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni. Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan. Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Leonardo Da Vinci

Aliran Romanticism Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Eugene Delacroix Aliran Barroque Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi. Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap Karya tertumpu kepada objek.

Rembrandt van Rijn Aliran Impressionism Aliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukid secara detail. Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

Edgar Degas

Aliran Post-Impressionisme Realiti itu sentiasa baru dan tegas bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk. bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan. melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

George Seurat Aliran Kubisme Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga

Pablo Picasso

Aliran Ekpresionisme Menolak ciri-ciri tradisi klasik Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang dramatik Tidak ada imej yang jelas. Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Wassily Kandinsky Aliran Surelisme Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued. Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Salvador Dali Aliran Seni Pop Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist. Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar. Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Andy Warhol

Bahan - Bahan Catan

Cat Minyak 1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub. 2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat. 3. Bahantara: turpentin. 4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan

Cat Air 1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub. 2. Pengilat: gam arab. 3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu

beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

Cat Poster 1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol. 2. Ciri-ciri: bersifat legap. 3. Bahantara: air. 4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras. 5. Kertas katrij tebal atau licin.

Cat Akrilik 1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering. 2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an. 3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto. 4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering. 5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

Cat Tempera 1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk. 2. Pengilat: kuningg telur. 3. Bahantara: air.

4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal. 5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna. 6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

CATAN CAT MINYAK 1. Sejenis pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.

2. Bahan Pengilat ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.

3. Bahantara yang digunakan ialah turpentine.

4. Ciri-ciri: bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan.

5. Alat dan bahan yang digunakan seperti berus pelbagai saiz, pisau palet, plat pembancuh warna, bekas minyak linsid, turpentine, kekuda (easel), kanvas atau sebarang permukaan.

Cat Minyak

Pelbagai bentuk berus

Minyak Linsid

Kanvas yang telah diregangkan

Kekuda (easel) Proses Penyediaan Kanvas

1. Siapkan pemidang kayu mengikut saiz yang dikehendaki (pastikan kukuh dan tidak boleh dilentur).

2. Gunakan stapler gun untuk meregangkan kanvas atau kain belacu.

3. Kain dipaku di sisi pemidang dengan kemas dan tegang.

4. Sapukan gam kanji yang cair, glu enamel atau akrilik primer untuk menutup lubang pada kain.

5. Sapukan cat emulsi putih ke atas lapisan gam kanji cair tadi setelah kering.

6. Pastikan jalur catan emulsi menyilang supaya permukaan kanvas rata dan

licin.

Proses Catan Cat Minyak

1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang. 2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek. 3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan

perspektif, bentuk dan jalinan. 4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan

CATAN CAT AIR Alatan Dan Bahan 1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub. 2. Pengilat: gam arab.

3. Bahantara: air 4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan. 5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal. 6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah.

cat air dalam tiub

cat air jenis kek

Cat air boleh dimasukkan ke dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula.

Pelbagai saiz dan bentuk

Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura

Gam arab Proses Catan Cat Air 1. Penyediaan Kertas Cat Air

Kotak Alatan Cat Air

Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape). 2. Penetapan Tajuk Catan Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi. 3. Membuat Lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam. 4. Proses Mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. 5. Kemasan dan Persembahan Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

CETAKAN Definisi Cetakan Ialah Proses Terapan Blok Ke Atas Sesuatu Permukaan. Pengenalan Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring. Jenis-Jenis Cetakan 1. Cetakan timbulan: Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.

2. Cetakan benam: Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin. Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.

3. Cetakan planograf: Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi. Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. Menggunakan blok batu kapur. Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

4. Cetakan stencil (sarigrafi):

Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.

Cetakan Stensil ( Sarigrafi ) Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka.

Peralatan dan bahan yang dikehendaki

sekuji ( digunakan untuk mencetak )

Alatan Dan Bahan

1. Skrin 2. Dye fabrik atau pewarna 3. Sekuji 4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin) 5. Kain atau kertas untuk cetakan 6. Kertas (untuk melukis imej) 7. Cutter/pisau (untuk memotong imej) 8. Pita pelekat 9. Stepler gun

Proses Cetakan

Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang.

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.

Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak.

Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain di bahagian bawah skrin.

Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki.

Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yangsempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

Karya cetakan yang telah siap.

REFLEKSI

Saya telah diedarkan tugasan Pendidikan Seni Visual oleh En. Suhaimi. Tugasan ini adalah tugasan kerja kursus individu dan perlu disiapkan dalam masa sebulan. Tugasan ini mengandungi dua tajuk khas iaitu catan dan cetakan. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah dan saya berusaha menyelesaikannya. Salah satu masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini ialah pengurusan masa. Oleh kerana, saya terpaksa membuat rujukan untuk dua tugasan dalam satu masa bak kata pepatah, menyelam sambil minum air dan saya juga membahagikan kerja-kerja menaip tugasan ini dengan tugasan lain. Namun demikian, saya berjaya mengharungi cabaran ini dengan membahagikan masa untuk berbincang dan bertanya demi menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, walaupun pada mula kertas tugasan diberikan saya berasa soalannya amatlah rumit. Tetapi di atas berkat bimbingan pensyarah kami saya serba sedikit memahami kehendak soalan dan berusaha menyelesaikan tugasan. Saya berusaha mencari maklumat tentang definisi, sejarah dan menaipkan isi yang dicari. Saya mengasah bakat seni untuk melakar, melukis, mewarna, mencetak dan mencetuskan idea dengan pelbagai jenis alatan dan bahan yang digunakan. Saya telah mengharungi cabaran ini dengan tidak berputus asa dan meluangkan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Selepas menjalankan kerja kursus ini, saya juga banyak mendapat ilmu pengetahuan tentang seni catan dan cetakan. Ianya adalah pembelajaran yang amat sukar tetapi keberkesanannya adalah untuk jangka masa yang panjang. Kesimpulannya, kerja kursus ini sememangnya membantu saya untuk meningkatkan mutu kerja dalam membuat kertas kerja. Oleh itu, apa yang saya pelajari ini semoga berguna kepada anak-anak bangsa dan negara pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai