Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan
karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. Bentuk-
bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan
sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht
Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian
figura mereka.



Definisi Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan
warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk,
saiz, warna dan jalinan.













Alat, Media dan Bahan

Lukisan memerlukan alat, media dan bahan untuk menghasilkan karya hasil ilustrasi
pelukisnya. Alat, media dan bahan yang digunakan adalah seperti berikut :

1. Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
2. Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
3. Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
4. Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
5. Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
6. Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
7. Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
8. Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
9. Marker pelukisan (rendering marker)
10. Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal



Jenis-jenis Kertas Lukisan

Lukisan akan dilukis di atas kertas lukisan khas seperti berikut. Kertas lukisan khas
tersebut adalah seperti berikut :

1. Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
2. Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
3. Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk
pen.
4. Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia
terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan
pastel.
5. Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip,
kertas fotokopi, kertas suratkhabar.







Perbezaan Lakaran, Lukisan dan Catan

Lakaran, lukisan dan catan adalah adalah proses yang berlaku secara berurutan dalam
proses menghasilkan lukisan yang lengkap.

1. Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca
idea serta perkembangannya.

2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik
menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.

3. Catan merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan
bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan
minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan
dakwat.



Teknik Melukis



1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.













Media Lukisan

1. Pensel

1. Dibuat daripada arang dan tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat
lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan
tekanan pada pensel.




Pensel mempunyai pelbagai saiz




Saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza




Contoh-contoh lukisan pensel




Contoh lukisan pensel

2. Arang
1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan
tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang
singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.


Arang yang digunakan untuk melukis


Arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian

Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran


Kesan lorekkan daripada arang


Hasil karya daripada media arang


Hasil karya lukisan media arang

3. Media Pen dan ink
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen
teknikal, pen marker dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan


Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz


Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz

Llukisan media pen


Lukisan pen menggunakan teknik titik


4. Media Pastel
1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan
lorekkan yang berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna
bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal


Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel


Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon


Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret


lukisan media pastel


Lukisan media pastel

Pelukis Tempatan
1. Latiff Mohidin
(Abdul Latiff bin Haji Mohidin, A. Latiff Mohidin, Alma)
LAHIR : 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
ALAMAT : 73, Jalan AU5C/6, Lembah Keramat, Hulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur.





Anak kepada bekas syeikh haji ini awal-awal lagi telah memperlihatkan bakat
seninya. Sewaktu berumur sembilan tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat
minyak. Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu
menulis puisi.




















Hasil karya Abdul Latif Mohidin

2. Ismail bin Embong

NAMA : Ismail Embong
UMUR : 64 tahun
ASAL : Kuala Terengganu, Terengganu
KARIER : Pelukis dan pakar rujuk seni negara
PENDIDIKAN : Kolej Seni dan Rekaan di England dalam bidang seni bina
KARYA TERKENAL: Sulalatus Salatin: Empayar Kesultanan Melayu Melaka
ANAK : 11 orang

































Hasil karya Ismail Embong

Pelukis Luar Negara

1. Leonardo da Vinci











Nama : Leonardo Di Ser Pierob (Bererti Leonardo Putra Piero asal Kota Vinci.
Lahir : 2 mei 1519 (umur 67) di Amboise, Touraine (sekarang Indre-et-loire, Perancis)
Kewarganegaraan: Itali
Bidang : Seni dan ilmu.
Karya terkenal : Mona Lisa, The Last Supper, The Vitrurian Man.



Hasil karya Leonardo da Vinci : Potret Mona Lisa


2. Pablo Picasso

Pablo Ruiz Y Picasso dilahirkan tahun 1881 di kota Malaga, Spanyol. Ayahnya
seniman dan guru kesenian. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah jadi
pelukis jempolan pada umur belasan tahun. Tahun 1904 dia menetap di Paris dan untuk
selanjutnya tinggal di Perancis. Picasso betul-betul seorang seniman yang teramat produktif.
Selama kehidupannya selaku seniman yang luar biasa panjang itu --sekitar masa waktu tiga
perempat abad-- dia sudah mencipta lebih dari 20.000 hasil seni yang terpisah-pisah satu
sama lain, rata-rata lebih dari 5 karya dalam seminggu yang berlangsung selama 75 tahun!
Dia meninggal dunia di kota Mougins, Perancis, tahun 1973.
































Hasil karya Pablo Picasso

Penutup

Kesimpulannya, lukisan adalah hasil karya untuk meluahkan perasaan oleh pelukis
yang dipindahkan daripada jiwa pelukis ke permukaan rata seperti kertas, kain, dinding dan
sebagainya. Lukisan juga turut memindahkan imej alam semulajadi ini ke permukaan rata
untuk dinikmati oleh semua orang di dunia ini. Setiap pelukis mempunyai nilai seni yang
tersendiri seperti Abdul Latif Mohidin, Ismail Embong, dan pelukis terkenal dunia iaitu
Leonardo da Vinci.

Anda mungkin juga menyukai