Anda di halaman 1dari 3

NAMA :.. TINGKATAN :..

LUKISAN
PENGENALAN

1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih
kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya.
Penggunaan warna amat terhad.
3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik
dan lukisan dalam kajian figura mereka.

PERBEZAAN LAKARAN LUKISAN DAN CATAN

Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.
Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton,
cahaya, ruang dan komposisi.
Catan merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang
memerlukan bahantara air dan minyak.
Alatan dan bahan lukisan pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.
TEKNIK MELUKIS
1. Teknik garisan, gosokan
2. Teknik garisan silang pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik garisan selari
5. Teknik campuran.
MEDIA LUKISAN
1. Pensel
2. Arang

Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.


Media yang tertua sekali.
Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang
pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam
3. Media Pen dan ink

Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen
marker dan sebagainya
Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci
4. Media Pastel

Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang
berbeza.
Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang
dari warna tersebut tertanggal
ASAS SEBELUM MELUKIS

1. Memilih teknik melukis.


2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus
untuk lukisan pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik
lenyap.
7. Tetingkap Fokus - Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. Tujuannya untuk
memfokus sesuatu objek atau benda. Memilih sudut yang menarik dan indah. Digunakan untuk melukis di
luar studio.
NAMA :.. TINGKATAN :..

BIL TEKNIK LUKISAN LUKISKAN CONTOH


1 LUKISAN TEKNIK TITIK
Salah satu daripada teknik lukisan
adalah teknik titik atau lebih dikenali sebagai
'pointillism'. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik
ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang
dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan
dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan
memberi hasil yang tidak memuaskan.
Kesabaran diperlukan dalam
menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak
sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan
terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi
menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu
menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu
dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara
ton cerah, sederhana dan gelap.
Mulakan dengan ton yang cerah dan
tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi
mendapatkan ton yang gelap

2
LUKISAN TEKNIK SILANG PANGKAH / CROSS
HATCHING

TEKNIK GOSOK

4 TEKNIK CAMPURAN
NAMA :.. TINGKATAN :..

Anda mungkin juga menyukai