Anda di halaman 1dari 3

Keseronokan meneroka Hutan Simpan itu menyebabkan kami lupa akan

kepenatan yang kami alami. Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang


menjerit…

Mulakan cerita kamu dengan, ‘Tiba-tiba, Anita yang berjalan di


belakang menjerit…’

Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami


semua amat terkejut lantas menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya
apabila terlihat Anita terbuai-buai pada seutas tali yang tergantung pada
sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah, kami terus berlari
menghampirinya. Rupa-rupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat yang
mungkin dipasang oleh pemburu.
Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada
lilitan jerat tersebut. Cikgu Ali segera mententeramkan Anita kerana
bimbang kaki Anita akan tercedera teruk.
Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan
melepaskan Anita. Akhirnya, kami menemui punca ikatan jerat itu yang
diikat pada pangkal pokok tersebut. Bolehlah Anita diturunkan dengan
melepaskan ikatan itu nanti.
Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung
untuk menyambutnya. Manakala beberapa orang murid lagi diminta untuk
memegang tali yang akan dihuraikan oleh Cikgu Ali supaya Anita dapat
diturunkan dengan perlahan-lahan.
Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu
dengan berhati-hati. Kemudian, Anita diturunkan dengan perlahan-lahan.
Akhirnya, Anita berjaya diturunkan dengan selamat.
Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian,
Cikgu Ali meminta kami berwaspada kerana di dalam hutan begini, banyak
perkara yang tidak diduga boleh berlaku.
Sudahkan cerita di bawah ini.

Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik


menerangi jalan, tetapi saya perlu berhati-hati. Saya bimbang termasuk
lubang atau terbabas ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat
berbual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba-tiba saya ternampak
susuk tubuh manusia menuju belakang balai raya.

Sambungkan karangan kamu dengan "Tanpa membuang masa ………

Tanpa membuang masa , saya memberhentikan basikal. Ahmad


kehairanan, tetapi saya segera memberitahunya. Ahmad faham. Basikal
saya baringkan di tepi jalan raya.

Tiba-tiba saya terdengar cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki
itu seorang pencuri. Dua bulan lalu kaset dan pinggan mangkuk dicuri
orang. Mungkinkah kejadian yang sama akan berulang ?

Pencuri itu mesti ditangkap, kata hati saya. Saya meminta Ahmad
mengawasi pencuri itu kerana saya hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi
sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang baru
keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah Tuk Ketua. Saya
masuk ke perkarangan masjid. Di situ saya segera ceritakan apa yang
saya lihat. Tuk Ketua segera memberi taklimat . Kemudian mereka segera
bergerak menuju ke balai raya.

Sampai di balai raya, seramai lima orang menuju ke bahagian


belakang dan sebahagian lagi menjaga bahagian kiri, kanan dan depan.
Mereka melangkah serentak merapati balai raya. Lelaki di dalam balai raya
itu perasan, tetapi tidak sempat melarikan diri. Lelaki itu akhirnya dapat
ditangkap. Kemudian Tuk Ketua mengucapkan terima kasih kepada saya
dan Ahmad.
Karangan 3

Amila tidur agak lewat malam itu kerana sibuk mengulang kaji pelajaran.
Ujian PKBS 2 akan tiba tidak lama lagi. Ibu dan bapa Amila sudah lama
tidur. Tiba-tiba....

Tiba-tiba Amila terdengar bunyi tapak kaki orang yang sedang


berjalan di atas atap rumah mereka. Amila cuba mengamati bunyi itu. Bulu
tubuh Amila mula berdiri kerana Amila mula berasa takut. Tidak berapa
lama selepas itu, bunyi tapak kaki itu pun berhenti.

Amila pun menyambung kerjanya. Tiga minit kemudian, terdengar


bunyi pinggang di atas meja terjatuh. Amila sungguh terkejut kerana bunyi
itu terlalu kuat. Amila pun segera keluar dari biliknya untuk melihat apa
yang terjadi. Dilihatnya tiada seorang pun yang berada di dapur. Amila
hairan kenapa ibu dan bapanya tidak sedar dengan bunyi yang kuat tadi.

Tiba-tiba Amila ternampak satu lembaga yang berambut panjang di


dalam kegelapan yang berdiri di hadapan dapur masak. Amila terpegun
ketakutan. Amila terus menjerit sekuatnya apabila ada tangan yang
memegang bahunya dari belakang. Amila hampir pengsan.

Bila dia menoleh ke belakang rupa-rupanya itu adalah tangan


bapanya manakala yang di dapur adalah ibunya yang menyediakan lauk
untuk bersahur. Barulah Amila perasan bahawa jam sudah menunjukkan
pukul 3 pagi.

Anda mungkin juga menyukai