Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KARANGAN MENYAMBUNG CERITA

Soalan 1
Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang
terletak di hadapan sekolah. Tiba-tiba...

Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ...

Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku mempercepat langkah . Ada murid sekolah kemalangan . Hatiku
berdebar, rasa-rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di atas jalan dengan
berlumuran darah. Aku berlari mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku.

            Tidak lama kemudian, van ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital . Aku melihat kepalanya berdarah dan badannya luka .
Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya.Alya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku menelefon ibu bapanya .

            Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka.
Kemudian, seorang doktor keluar . Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih tidak stabil. Dia
kehilangan banyak darah.

            Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat . Seterusnya , aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian
ini. Aku meminta kebenaran untuk menemani ibu bapa Alya.

            Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi riuh rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul
di hospital. Aku melihat kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka menyatakan Alya sudah meninggal dunia.

            Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya. Benar, Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih
menyayanginya. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Soalan 2

Keseronokan meneroka Hutan Simpan itu menyebabkan kami lupa akan kepenatan yang kami alami. Tiba-tiba, Anita yang berjalan di
belakang menjerit…

Mulakan cerita kamu dengan, ‘Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit…’

Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami semua amat terkejut lantas menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya
apabila terlihat Anita terbuai-buai pada seutas tali yang tergantung pada sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah, kami terus berlari
menghampirinya. Rupa-rupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat yang mungkin dipasang oleh pemburu. 

            Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lilitan jerat tersebut. Cikgu Ali segera mententeramkan Anita kerana
bimbang kaki Anita akan tercedera teruk.

            Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan melepaskan Anita. Akhirnya, kami menemui punca ikatan jerat itu
yang diikat pada pangkal pokok tersebut. Anita boleh diturunkan dengan melepaskan ikatan itu nanti. 

            Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung untuk menyambutnya. Manakala beberapa orang murid lagi diminta
untuk memegang tali yang akan dihuraikan oleh Cikgu Ali supaya Anita dapat diturunkan dengan perlahan-lahan.

            Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu dengan berhati-hati. Kemudian, Anita diturunkan dengan perlahan-
lahan. Akhirnya, Anita berjaya diturunkan dengan selamat.

            Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian, Cikgu Ali meminta kami berwaspada kerana di dalam hutan begini,
banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku.

Soalan 3

Aku sedang membuat kerja sekolahku,tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru ke tingkat atas. Jeritan adik jelas
kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana pintu berkunci.

            Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah dan ibuku belum pulang.
Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut. 

            Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku
pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di kepala adik. 

            Kulihat wajah adik telah berubah. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku.
Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo. 

            Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah
supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.

            Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka pintu “Kenapa kepala adik berbalut?”
tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”. Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka
pun tertawa mendengar ceritaku itu. 

Soalan 4

Aku tinggal seorang diri di rumah kerana ayah dan ibu menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di kampung. Pada malam tersebut hujan
renyai-renyai. Tiba-tiba aku terdengar pintu pagar hadapan rumah dibuka.Aku pun membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

            Dengan perlahan dan penuh cermat, aku mengintai melalui jendela tetapi tidak nampak sesiapa di situ. Keadaan di halaman rumah gelap-
gelita dan sunyi sepi. Kelihatan hujan gerimis yang masih turun telah membasahi pepohon yang menghijau. Bunyi tik-tak hujan masih
kedengaran. Hatiku berdebar-debar. Aku terus memperhatikan sekeliling buat beberapa ketika.Tiba-tiba, aku ternampak kelibat suatu lembaga
berjalan berjengket-jengket menuju ke garaj rumahku. Lembaga itu agak sasa. Kemunculan lembagatersebut membuatkan aku semakin takut dan
mula menggigil.

            Badanku berpeluh dan fikiranku bercelaru bagaikan cacing kepanasan.Terlintas di benak fikiranku untuk mendapatkan bantuan daripada
ketua kampung yang tinggal berdekatan. Aku berlari pantas ke bilik untuk mendapatkan telefon bimbit. Aku menjadi begitu cemas sekali pada
detik yang genting sebegini tetapi aku tetap berusaha untuk mendapatkan nombor telefon ketua kampung. Panggilanku berjaya disambungkan
akhirnya. Aku menjadi gagap pada ketika itu. Namun, aku masih berupaya untuk menceritakan kejadian itu kepada ketua kampung dengan serba
ringkas.

            Setelah itu, aku bergegas ke tingkap semula untuk mengintai pergerakan lembaga tersebut. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutup
dengan sehelai kain. Aku hanya mampu berdoa sambil menunggu ketua kampung dan penduduk kampung yang lain datang.

            Tidak lama kemudian, kelihatan cahaya lampu suluh disuluh ke arah rumah aku. Rupa-rupanya, ketua kampung yang membawa beberapa
orang penduduk kampung telah sampai ke rumah aku. Mereka segera mengepung kawasan hadapan rumahku. Ketua kampung bersama beberapa
orang penduduk kampung memberikan amaran kepada lembaga tersebut untuk menyerah diri. Lembaga yang menyorok itu tidak dapat
melepaskan diri.

            Akhirnya, lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya dia ialah seorang pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan.
Dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Aku berterima kasih kepada ketua kampung yang sudi memberikan bantuan.
    

Soalan 5

Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau. Tiba-tiba aku
terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun dari tempat tidurku, namun
pelbagai andaian bermain di kepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.

                     Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan
diri untuk mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang pencuri sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera
menutup lampu kalau-kalau pergerakkanku diperhatikan.
          
                     Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkok-bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke
sudut halaman.

                     Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama kemudian, pihak polis pun tiba. Kedua-dua pencuri itu telah
ditangkap. Kedua-duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.

                     Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya ibu dan ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan berasa
lega. Ibu dan ayah tercengang melihat polis di sekeliling kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

                     Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu datang memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan
mengingati peristiwa itu sebagai kenangan manis buatku.

Soalan 6

            Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-
kanak tersebut tersembam di atas tanah. 

            Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan
ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu
berdarah.

            Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang
redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu
terseliuh atau mungkin patah. 

            Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ.
Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk
mengampu tangannya yang cedera.

            Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa
yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri.

            Ahmad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu tanpa berlengah-
lengah terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati
ketika bermain.

Soalan 7

Tulis sebuah karangan yang bermula dengan petikan berikut:

Ayah dan ibu tiada di rumah. Saya ke dapur untuk minum air. Tiba-tiba hidung saya terbau sesuatu. Tanpa berlengah saya……

Mulakan karangan kamu dengan “Tanpa berlengah saya……”


Tanpa berlengah saya mencari punca datangnya bau tersebut. Bau itu seperti ada sesuatu yang dimasak dalam tempoh yang lama. Saya segera ke
dapur untuk mengelakkan tragedi buruk daripada berlaku.

      Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati cerek untuk menjerang air sudah terbakar. Saya perlu bertindak cepat sebelum cerek yang
terbakar tidak merebak ke seluruh dapur. Otak saya berputar ligat dan jantung pula berdegup kencang.

      Saya segera menunduk, mematikan gas dan mencabut wayar yang menyambung gas tersebut. Kemudian saya keluar rumah mencari pasir
tetapi tiada. Baldi di tepi tangga saya capai dan isi dengan air.

      Pengetahuan sains saya perlu gunakan dalam saat yang genting seperti ini. Saya masukkan serbuk sabun ke dalam baldi yang hampir dipenuhi
air. Kemudian, saya menyiram cerek tersebut.  

      Syukur saya kepada Tuhan kerana cerek yang terbakar dapat dipadamkan. Tekak yang mulanya dahaga kini sudah kenyang. Ketika itu saya
terdengar ayah dan ibu meluru masuk.

      “Tidak tahu siapa yang menjerang air tadi, sehingga lupa untuk tutup. Nasib baik dapat dipadamkan,” jelas saya seperti bertih
digoreng sebelum ayah dan ibu bertanya. Mereka menarik nafas lega kerana tiada perkara buruk yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai