Anda di halaman 1dari 3

Tahap 2

TAJUK : PENUNGGU KAMPUNG KEBAYAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para hadirin dan hadirat sekalian.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “PENUNGGU KG. KEBAYAN.
Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung yang dinamakan kg.Kebayan
yang juga dikenali sebagai kg. Berhantu. Hal ini diketahui semenjak kematian anak
perempuan ketua Kampung yang bernama Zanita. Zanita seorang gadis yang
sombong, tidak mahu mendengar cakap ibu bapa dan seorang yang berani mencuba.
Kawan-kawan, terlebih dahulu biar saya ceritakan kisah Zanita.

Pada suatu malam jumaat, Zanita berjalan hendak ke rumah kawannya yang
bernama Adila. Ketika didalam perjalanan, Zanita terdengar bisikan halus yang
memanggil namanya berulang-ulang kali berbunyi Zanita…… Zanita

Zanita berasa sangat takut. Dia menyesal sebab tidak mendengar nasihat
bapanya yang melarangnya keluar di waktu malam. Tetapi Zanita tetap berkeras
untuk pergi ke rumah kawannya Adila. Lalu dia pun berlari sekuat hati menuju ke
rumah kawannya itu.

Sesampai sahaja di halaman rumah Adila, Zanita terlihat seorang wanita


mendukung bayi di hadapan rumah Adila. Wanita itu berpakaian putih, berambut
panjang, berwajah putih dan bergigi taring, wanita itu menyanyi juga sedang
menyanyi sambil mendodoi seorang bayi kecil.

Tubuh Zanita mula mengigil ketakutan melihat wanita itu dan berasa amat
takut sekali. Zanita terus lupa hasrat untuk terus ke rumah Adila dan ingin pulang.
Apabila dia berpaling wanita itu sudah berdiri dihadapannya. “Ke mana kamu nak
pergi? Kata wanita itu. A.. a…a…a.. ku mahu pulang ke rumah kata Zanita.
”Malangnya, kamu tidak dapat pulang, ha ha ha ha.. ha.. ” ketawa wanita itu lalu
mengigit leher Zanita menggunakan gigi taringnya. Tubuh Zanita berlumuran
darah….

Pada keesokan harinya, lebih kurang jam 6 pagi, apabila Adila bangun dari
tidur dan membuka jendela dia amat terperanjat melihat Zanita terbaring di depan
rumahnya dengan berlumuran darah. Tanpa membuang masa Adila bergegas
mengejutkan ayah dan ibunya yang masih tidur.

Ayah dan ibu Adila yang melihat tubuh Zanita berlumuran darah terkejut dan
dengan tidak membuang masa terus menyuruh Adila pergi ke rumah Zanita
memberitahu perkara tersebut kepada ayah dan ibu Zanita.

Sesampai sahaja di rumah Zanita, Adila pun menceritakan perkara yang


berlaku ke atas Zanita kepada ibu bapanya. Ibu bapa Zanita sangat terkejut
mendengar berita itu segera ke rumah Adila. Sesampai di rumah Adila ibu Zanita
terus menerus menitiskan air mata penuh kesedihan melihatkan keadaan mayat
anaknya yang menyayat hati itu. Hari itu juga mayat Zanita selamat dikebumikan.
Selepas beberapa minggu setelah kejadian itu berlaku, ayah Zanita membuat
rancangan untuk menghapuskan pembunuh anaknya itu. Beliau tahu perbuatan itu
bukanlah perbuatan manusia biasa tetapi adalah perbuatan iblis. Dengan itu dia pun
memohon pertolongan daripada Ustaz zam yang alim lagi warak dikampung itu.

Pada malam Jumaat setelah sebulan kematian Zanita, dengan beraninya Adila
berseorangan berjalan menuju ke kebun ayahnya. Sedang dalam perjalanannya, tiba-
tiba ada seorang wanita berambut panjang mendukung bayi menghadang jalan di
hadapannya. Adila ketakutan dan berteriak meminta tolong. Lantas Pak Haji Zam
yang sudah ada di sana melaungkan azan dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Wanita tersebut mengigil ketakutan dan dengan perlahan-lahan tubuhnya


terbakar hangus dan meninggalkan bau hanyir dan meloyakan.
Penduduk kampung sedar bahawa wanita itulah yang telah membunuh Zanita.
Setelah kejadian itu barulah penduduk di kg Kebayan hidup aman dan damai.

Kawan-kawan, cerita saya tadi hanyalah rekaan semata-mata tiada berkaitan


dengan yang hidup atau yang mati. Namun dari cerita tadi, kita boleh mendapat
beberapa pengajaran iaitu :

1. Kita harus mendengar cakap ibu bapa dan mesti sentiasa mendengar nasihat
mereka.
2. Sikap berani itu memang baik tapi biarlah berani dengan tidak membuat tuli.
3. Kita sebagai manusia mestilah sentiasa berbuat baik, meminta ampun dan
sembah kepada Tuhan yang maha esa.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai