Anda di halaman 1dari 5

Tahap 1 TAJUK : DUA EKOR KAMBING MENYEBERANG SUNGAI

Ada seekor anak kambing. Ia mempunyai bulu putih dan


sepasang tanduk yang pendek. Anak kambing ini bernama anak
kambing putih. Seekor anak kambing lagi mempunyai bulu hitam
legam dan sepasang tanduk yang pendek juga. Anak kambing ini
bernama anak kambing hitam. Kedua-dua ekor anak kambing ini
tinggal di tebing sungai. Anak kambing putih tinggal di sebelah
timur sungai manakala anak kambibng hitam pula tinggal di
sebelah barat sungai.
Sungai itu tidak luas tetapi dalam. Air sentiasa mengalir di
dalam sungai itu. Ada sebuah titian merentangi sungai itu. Titian itu
sempit, hanya boleh dilalui seekor kambing semasa. Pada suatu
harim anak kambing putih hendak pergi ke tebing sebelah barat,
ia hendak berjumpa dengan sahabat-sahabatnya. Anak kambing
putih bernyanyi-nyanyi ketika menyeberang sungai. Pada masa itu
juga, anak kambing hitam mahu menyeberang sungai. Ia mahu
mencari makanan. Di sana terdapat rumput yang segar lagi
lembut. Anak kambing hitam sudah tidak sabar lagi hendak
menikmati rumput-rumput yang segar itu. Anak kambing hitam
menyanyi-nyanyi juga ketika menyeberang sungai.
Anak kambing putih berjalan menuju sebelah barat sungai
manakala anak kambing hitam berjalan menuju sebelah timur
sungai. Kedua-dua ekor kambing itu terus berjalan. Akhirnya
mereka bertembung di tengah-tengah titian. Anak kambing putih
tidak boleh lalu ke seberang timur dan anak kambing hitam juga
tidak boleh lalu ke seberang barat pula. Masing-masing tidak
mahu mengalah dan menganjak dari tempat masing-masing.
Mereka masih dengan kedegilan masing-masing untuk tidak
mahu mengalah. Mereka terus berdegil dan tidak mahu
mengalah, anak kambing hitam menggertak kakinya
menyebabkan anak kambing putih juga semakin marah lalu anak
kambing putih menghala tanduknya ke arah anak kambing hitam.
Apabila anak kambing hitam melihat anak kambing putih berbuat
begitu, anak kambing hitam tidak mengaku kalah dan dua juga
menghala tanduk ke arah lawannya. Kemudian kedengaran bunyi
” bang,bang” . apa benda tu kawan-kawan? Ha...rupa-rupanya
kedua-dua anak kambing itu berlaga. Bunyi itu kemudian diikuti
dengan bunyi ” plop!Plop! Flash!ha..ini apa pula kawan-kawan?
Bunyi anak-anak kambing yang degil itu jatuh ke dalam sungai....
Tahap 2 TAJUK : PENUNGGU KG. KEBAYAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para hadirin dan


hadirat sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “PENUNGGU
KG. KEBAYAN.
Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung yang
dinamakan kg.Kebayan yang juga dikenali sebagai kg. Berhantu.
Hal ini diketahui semenjak kematian anak perempuan ketua
Kampung yang bernama Zanita. Zanita seorang gadis yang
sombong, tidak mahu mendengar cakap ibu bapa dan seorang
yang berani mencuba. Kawan-kawan, terlebih dahulu biar saya
ceritakan kisah Zanita.
Pada suatu malam jumaat, Zanita berjalan hendak ke rumah
kawannya yang bernama Adila. Ketika didalam perjalanan, Zanita
terdengar bisikan halus yang memanggil namanya berulang-ulang
kali berbunyi Zanita…… Zanita Zanita berasa sangat takut. Dia
menyesal sebab tidak mendengar nasihat bapanya yang
melarangnya keluar di waktu malam. Tetapi Zanita tetap berkeras
untuk pergi ke rumah kawannya Adila. Lalu dia pun berlari sekuat
hati menuju ke rumah kawannya itu.
Sesampai sahaja di halaman rumah Adila, Zanita terlihat
seorang wanita mendukung bayi di hadapan rumah Adila. Wanita
itu berpakaian putih, berambut panjang, berwajah putih dan
bergigi taring, wanita itu menyanyi juga sedang menyanyi sambil
mendodoi seorang bayi kecil. Tubuh Zanita mula mengigil
ketakutan melihat wanita itu dan berasa amat takut sekali. Zanita
terus lupa hasrat untuk terus ke rumah Adila dan ingin pulang.
Apabila dia berpaling wanita itu sudah berdiri dihadapannya. “Ke
mana kamu nak pergi? Kata wanita itu. A.. a…a…a.. ku mahu
pulang ke rumah kata Zanita. ”Malangnya, kamu tidak dapat
pulang, ha ha ha ha.. ha.. ” ketawa wanita itu lalu mengigit leher
Zanita menggunakan gigi taringnya. Tubuh Zanita berlumuran
darah….
Pada keesokan harinya, lebih kurang jam 6 pagi, apabila
Adila bangun dari tidur dan membuka jendela dia amat
terperanjat melihat Zanita terbaring di depan rumahnya dengan
berlumuran darah. Tanpa membuang masa Adila bergegas
mengejutkan ayah dan ibunya yang masih tidur. Ayah dan ibu
Adila yang melihat tubuh Zanita berlumuran darah terkejut dan
dengan tidak membuang masa terus menyuruh Adila pergi ke
rumah Zanita memberitahu perkara tersebut kepada ayah dan ibu
Zanita.
Sesampai sahaja di rumah Zanita, Adila pun menceritakan
perkara yang berlaku ke atas Zanita kepada ibu bapanya. Ibu
bapa Zanita sangat terkejut mendengar berita itu segera ke rumah
Adila. Sesampai di rumah Adila ibu Zanita terus menerus menitiskan
air mata penuh kesedihan melihatkan keadaan mayat anaknya
yang menyayat hati itu. Hari itu juga mayat Zanita selamat
dikebumikan. Selepas beberapa minggu setelah kejadian itu
berlaku, ayah Zanita membuat rancangan untuk menghapuskan
pembunuh anaknya itu. Beliau tahu perbuatan itu bukanlah
perbuatan manusia biasa tetapi adalah perbuatan iblis. Dengan
itu dia pun memohon pertolongan daripada Ustaz zam yang alim
lagi warak dikampung itu.
Pada malam Jumaat setelah sebulan kematian Zanita,
dengan beraninya Adila berseorangan berjalan menuju ke kebun
ayahnya. Sedang dalam perjalanannya, tibatiba ada seorang
wanita berambut panjang mendukung bayi menghadang jalan di
hadapannya. Adila ketakutan dan berteriak meminta tolong.
Lantas Pak Haji Zam yang sudah ada di sana melaungkan azan
dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Wanita tersebut mengigil
ketakutan dan dengan perlahan-lahan tubuhnya terbakar hangus
dan meninggalkan bau hanyir dan meloyakan. Penduduk
kampung sedar bahawa wanita itulah yang telah membunuh
Zanita. Setelah kejadian itu barulah penduduk di kg Kebayan hidup
aman dan damai.
Kawan-kawan, cerita saya tadi hanyalah rekaan semata-mata
tiada berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. Namun dari
cerita tadi, kita boleh mendapat beberapa pengajaran iaitu :
1. Kita harus mendengar cakap ibu bapa dan mesti sentiasa
mendengar nasihat mereka.
2. Sikap berani itu memang baik tapi biarlah berani dengan tidak
membuat tuli.
3. Kita sebagai manusia mestilah sentiasa berbuat baik, meminta
ampun dan sembah kepada Tuhan yang maha esa.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai