Anda di halaman 1dari 6

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang


pemotong kayuyang tua dan miskin. Adapun kemampuannya
hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana
besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah
peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.Pergilah si tua
tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu
api.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana
sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari
kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur
usianya....

Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....Tiba-tiba... genggamannya semakin


lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur ke dalam sungai yang
dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak
terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib.

Maka., bersimpatilah pari-pari di langit melihat kegundahan si tua tersebut. Lalu si


pari-pari menawarkan diri untuk membantu si tua mencari kapaknya semula. Maka terjunlah
pari-pari ke dalam sungai.
Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil membawa kapak emas lalu
dihulur kepada situa. “Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memiliki kapak
semahal ini”, kata si tua dengan sedih. Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai
dan timbul Kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya.

Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu
menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila
terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari
menyerahkan kapak tersebut kepada si tua.

Sebagai balasan kejujurannya, kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan oleh
pari-pari. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan
kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.

Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dalam melakukan sesuatu.


TAJUK: Pemotong Kayu Yang Jujur
BAHASA : BAHASA MELAYU
TAHUN : 2008
PENGARANG :-
PENERBIT :-
JENIS BACAAN :
BAHAN DIGITAL
https://aybercerita.blogspot.com/2016/04/pemotong-kayu-jujur-yang.html

SINOPSIS:
Pengajaran yang pertama ialah,kita mestilah jujur walau dalam apa keadaan
sekalipun.
Pengajaran yang kedua pula,kita haruslah bekerja keras apabila mencari rezeki.
BELALANG YANG DEGIL

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor


belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa
gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang
indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-
bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum.

Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari
satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman
itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman
itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain


tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk
berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan turun
sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian.

Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana


keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat
lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati.
Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun
dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya
untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit.
Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit.

Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari


sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang
yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat
belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain
untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan
sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Pengajaran: kita hendaklah mendengar nasihat orang lain.


TAJUK: BELALANG YANG DEGIL
BAHASA : BAHASA MELAYU
TAHUN : 2008
PENGARANG :-
PENERBIT :-

JENIS BACAAN :
BAHAN DIGITAL
https://ahmadsalehen.blogspot.com/2012/04/belalang-yang-degil.html

SINOPSIS:
Kisah seekor belalang yang hanya tahu berseronok. Tidak mahu bekerja keras

untuk mencari makanan. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama
menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan

lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari

makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang

tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat

akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat

terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. Lebah mencari

semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan

sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.


KURA-KURA INGIN TERBANG

Dalam sebuah hutan, ada seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik.
Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan
kolam tempat mereka bermain juga kering.

Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati


kerana dia tidak boleh terbang. Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya
mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut.
Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.
Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik.

Apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi


hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung. Kura-kura
merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak
kehairanan.

“Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura


boleh terbang….!”

Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka


mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang.

Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang
dibawa oleh itik. Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas ke
bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit
kura-kura kelihatan retak di sana sini.

TAJUK: kura-kura yang ingin terbang


BAHASA : BAHASA MELAYU
TAHUN : 2008
PENGARANG :-
PENERBIT :-
JENIS BACAAN :
BAHAN DIGITAL
https://www.popmama.com/kid/4-5-years-old/alfon/dongeng-anak-kura-kura-yang-
ingin-terbang/2

SINOPSIS:
Mengisahkan seekor kura-kura yang ingin terbang. 2 ekor itik telah memenuhi
permintaan kura-kura dengan syarat angan mmebuka mulut. Tetapi kerana terlalu
suka kura-kura terlupa pesanan tersebut. Dia akhirnya jatuh dan badannya retak.

Pengajaran:
1) Kita hendaklah mendengar nasihat yang diberikan.
2) Janganlah bermimpi jika sesuatu perkara itu mustahil hendak dilakukan.
3) Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Anda mungkin juga menyukai