Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Thumbelina

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami istei yang baik hati. Mereka tidak mempunyai anak. Namun
mereka berdua terus berdoa supaya dikurniakan seorang anak.

Pada suatu hari, seorang pari-pari muncul lalu memberi bijih benih kepada pasangan suami
isteri itu. Pari-pari itu menyuruh mereka untuk menanam dan menjaga benih itu dengan baik.
Menurut pari-pari itu lagi, sekiranya mereka menjaga benih itu dengan baik, mereka akan beroleh
kebahagiaan.

Si isteri pun menanam bijih benih tersebut dalam pasu bunga. Tidak berapa lama kemudian,
biji benih itu mengeluarkan anak pokok dan akhirnya berbunga. Hari demi hari bunga itu semakin
membesar.

Sampai suatu ketika, bunga itu terus berkembang dan di dalamnya terdapat seoang kanak-
kanak perempuan yang bersaiz ibu jari tangan. Pasangan suami isteri itu amat bersyukur kerana
akhirnya mereka dikurniakan seorang anak. Mereka menamakan kanak-kanak itu Thumbelina.

Thumbelina diberikan satu balang air sebagai tempat permainan. Thumbelina duduk di atas
daun besar sambil mendayung mengelilingi balang air. Pada waktu malam pula, dia akan tidur di atas
tilam dengan berlapikkan bulu ayam, daun-daun dan kelopak bunga.

Pada suatu malam, ketika Thumbelina sedang nyenyak tidur, seekor katak yang hodoh
muncul. Ia ingin mengahwinkan Thumbelina dengan anak lelakinya. Katak itu pun mendapat akal.

Katak itu membawa Thumbelina lari. Thumbelina diletakkan di atas daun pokok lili, di tengah-
tengah aliran air sungai. Apabila Thumbelina tesedar, dia berasa sangat terkejut melihat air di
sekelilingnya. Katak itu bersuara dengan nyaring memberitahu bahawa Thumbelina akan dikhawinkan
dengan anak lelakinya.

Thumbelina menangis teresak-esak. Seekor ikan berasa kasihan mendengar tangisannya. Ia


pun menggigit tangkai daun pokok lili lalu menolak daun itu ke tebing sungai. Ikan itu kemudiannya
memanggil rakan, seorang tikus untuk membantu Thumbelina.

Tikus yang baik hati itu membawa Thumbelina ke sarangnya. Dia berasa sangat gembira
tinggal disitu. Pada suatu hari, Thumbelina ternampak seekor burung layang-layang yang tercedera.
Dia mengubati burung itu dan menjaganya sehingga sembuh.

Apabila burung itu sembuh, dia membawa Thumbelina terbang sehingga sampai di sebuah
taman yang cantik. Thumbelina terlihat seorang lelaki yang bersaiz sepertinya dan memakai mahkota.
Rupa-rupanya lelaki itu meruapakan seorang raja kepada bunga-bungaan di situ. Mereka berdua jatuh
cinta lalu berkahwin.

Setelah beberapa ketika, Thumbelina berasa sedih kerana merindui ibu bapanya. Burung
layang-layang itu pun membawa Thumbelina menemui ibu bapanya. Thumbelina sangat gembira dan
begitu juga ibu bapanya. Biapun kini suda tinggal bersama raja di taman, Thumbelina berjanji akan
selalu menziarahi ibu bapanya.

Pengajaran daripada cerita ini ialah, kita haruslah menyayangi ahli keluarga kita. Selain itu, kita
juga haruslah saling tolong menolong antara satu sama lain yang dalam keadaan susah.

Anda mungkin juga menyukai