Anda di halaman 1dari 6

FOKUS KBAT

Pemahaman Teks
Fokus KBAT 1
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

PESAN IBU BERIBU-RIBU


Kita ada ibu Dia menyatakan kesalnya
ibu kita satu kerana dia alpa
pesanannya beribu-ribu. ibunya berpesan sejak dulu
“Pilihlah kawan yang bermutu
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu Jangan dipilih kawan berhantu.”
“Buat begini jangan begitu Mengenangkan nasib temanku itu
bacalah buku selalu aku merindui pesanan ibu.
kukuhkan diri dengan ilmu Ya, pesanan ibu.
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri Ibu,
pilihlah kawan yang punya petunjuk kuyakini kau mengenali
tolaklah kawan bertabiat buruk.” yang mana permata, yang mana kaca
Ibu yang satu menyekat kita di pintu yang mana budaya, yang mana buaya
bertanya ke mana arah tuju berilah pesanan beribu-ribu
“Jagalah diri selalu malah berpuluh ribu
di luar sana mungkin bencana menunggu.” aku tidak akan jemu
Kita menjadi jemu ini janjiku kerana aku tahu
mendengar pesanan beribu-ribu sempurna seorang ibu
tapi ibu tetap ibu dengan pesanan beribu-ribu.
pesanan bertambah satu dan satu
“Janganlah dibiar kepala berkutu Puisi Melayu Moden,
carilah ubat jerawat batu.” Rahman Shaari,
Anjung Deklamator, 2005
Suatu senja Penerbit Pekan Ilmu Publications
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.

(i) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu. KBAT

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bijak memilih kawan? KBAT

1
Fokus KBAT 2
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

BINTANG

Suatu malam aku duduk


di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu


itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Puisi Melayu Moden,


Siti Zaleha M. Hashim,
Puisi Tunas Bangsa, 2008
Penerbit ‘K’ Publishing Sdn. Bhd.

(i) Banyak nilai yang terdapat dalam sajak Bintang.


Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. KBAT

(ii) Anak-anak merupakan anugerah dan amanah tuhan kepada ibu bapa.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang berakhlak mulia? K B A T

2
Fokus KBAT 3
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada yang memberi buah,


ada yang memberi juadah,
ada yang memberi nasi,
ada yang memberi kain,
ada yang memberi buah-buahan,
akan anak yang diidamkan oleh isterinya.
Maka Miskin pun hairanlah akan dirinya sebab bertuah untungnya maka boleh diberi orang
pasar berbagai-bagai jenisnya. Adapun tatkala akan dahulu jangankan diberinya, hampir pun tiada
boleh, dilemparnya dengan batu dan kayu. Setelah sudah fikir demikian itu maka ia pun kembalilah
mendapatkan bininya. Maka segala buah-buahan dan makanan dan kain baju itu pun ditunjukkan
kepada bininya seraya berceterakan halnya tatkala di pasar itu.
Maka bininya pun menangis tiada mahu makan jikalau tiada buah mempelam yang dalam taman
raja itu. Maka bininya pun berkata, “Biarlah aku mati sekali.”
Maka terlalulah sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya
tiada berdaya lagi. Maka suaminya pun pergilah menghadap Maharaja Indera Dewa itu. Maka baginda
pun sedang dihadap oleh segala anak raja-raja. Maka Miskin pun sampailah ia lalu masuk ke dalam
sekali.
Maka titah baginda, “Hai, Miskin, apa kehendakmu?”
Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya, “Ya Tuanku beribu-ribu ampun,
jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina ini, patik hendak memohon akan mempelam
Duli Syah Alam yang gugur barang sebiji.”
Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan buah mempelam itu barang
setangkai kepada Miskin.”

Dipetik daripada Bahagia Sesudah Derita, antologi Bintang Hati


tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. KBAT

(ii) Kita patut menolong orang yang serba kekurangan.


Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu golongan miskin
keluar daripada kepompong kemiskinan? K B A T

3
Fokus KBAT 4
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah menjadi
mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku membesar berkat
hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-
beradikku hidup atas berkat usaha emak dan bapa membuat tapai ubi untuk dijual.
“Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus di
dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam.
“Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang
untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun rambai. Bapa tidak
mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya kurang enak. Baunya tidak
wangi lagi.
“Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang sama
sejak aku kecil.
Tapai-tapai yang berbalut daun pisang itu dimasukkan ke dalam bakul. Dahulu, bapa meletakkan
bakul itu di atas para. Kini, rumah kami tidak berpara lagi, sudah besar hasil jualan tapai buatan emak.
Bakul itu hanya diletakkan di bilik khas di hujung dapur. Ditutup dan diperam seharian sebelum
matang untuk dimakan. Sebenarnya untuk dijual. Itu punca rezeki emak dan bapa, juga kami
sekeluarga.
Akhirnya akulah yang akan membawa tapai ubi itu ke warung-warung berdekatan. Sudah
menjadi rutin. Aku dan tapai, tapai dan aku seperti ada keserasiannya.

Dipetik daripada Legasi Tapai Ubi, antologi Bintang Hati


tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan dua perwatakan Parjo yang terdapat dalam petikan di atas. KBAT

(ii) Makanan tradisi perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun bangsa.


Pada pendapat anda, apakah kepentingan mengekalkan makanan tradisi ini? KBAT

4
Fokus KBAT 5
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Tak payah susah-susah, Syam. Jualkan saja. Berjuta-juta harga tanah ayah tu.”
“Kalau tanah tu jadi wang, wang tak akan kekal. Sebanyak manapun wang, wang akan habis.”
Mata Hisyam tertancap pada wajah Harun.
“Lalu?”
“Saya dah sebut. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik. Bangunkan tanah
itu. Buat kondo. Sebahagian kita milik, sebahagian kita jual.”
“Kamu ada duit?”
“Duit boleh pinjam dengan bank.”
“Senang kamu cakap, pinjam dengan bank. Kamu tak nampak dah berapa lot tanah di situ tergadai
ke bank kerana tak jelas hutang?” Mata Harun merenung tajam pada wajah Hisyam adiknya.
“Nampak. Tapi itu salah pengurusan. Bukan salah tanah.”
“Habis tu, kamu tak fikir itu semua?”
“Saya dah fikir. Saya dah bincang dengan Kak Halimah. Itu yang saya datang jumpa abang ni.”
“Halimah juga sependapat dengan kamu?”
“Ya, bang,” Hisyam mengangguk.
“Kamu nak urus? Kelulusan apa kamu ada? Dengan bawa teksi, boleh kamu uruskan projek tu?”
Wajah Harun kelihatan jengkel pada wajah adiknya Hisyam.
“Saya sedar, bang. Saya tak ada kelulusan. Tapi pengurusan itu boleh diusahakan.”
“Nak serahkan kepada orang lain yang kita lantik, begitu?”
“Tidak. Tapi Kak Halimah akan uruskan.”

Dipetik daripada Sekeping Tanah, antologi Bintang Hati


tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. KBAT

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh kamu lakukan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan? K B A T

5
JAWAPAN

Fokus KBAT 1
(i) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita harus berhati-hati semasa memilih kawan. Selain itu,
kita mestilah patuh akan nasihat dan pesanan ibu.
(ii) Pada pendapat saya, kita perlu bijak memilih kawan kerana kawan akan membentuk sahsiah kita menjadi insan
yang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita berkawan dengan kawan yang berakhlak mulia, kita akan memiliki
nilai-nilai peribadi yang luhur dan mereka akan membimbing kita ke jalan yang benar. Selain itu, kita perlu bijak
memilih kawan agar tidak terjebak dalam gejala sosial.

Fokus KBAT 2
(i) Dua nilai yang terdapat dalam sajak Bintang ialah nilai kasih sayang. Contohnya, ibu dan ayah penyajak amat
menyayangi penyajak. Selain itu, nilai bertanggungjawab. Contohnya, penyajak bertanggungjawab membahagiakan
ibu dan ayahnya.
(ii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang
berakhlak mulia ialah ibu bapa harus memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak kecil.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Jika ibu bapa mengamalkan nilai-nilai seperti
berbudi bahasa, anak-anak turut akan menjadi anak yang berbudi bahasa.

Fokus KBAT 3
(i) Dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah kasih sayang suami kepada isteri. Contohnya, Si Miskin
sanggup menghadap Maharaja Indera Dewa bagi mendapatkan buah mempelam di taman raja. Selain itu, kemuliaan
seorang raja. Contohnya, Maharaja Indera Dewa memberikan buah mempelam kepada Si Miskin.
(ii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu golongan miskin keluar daripada
kepompong kemiskinan ialah memberikan peluang dan galakan kepada mereka untuk menimba ilmu. Contohnya,
memberikan pendidikan berasaskan kemahiran kepada mereka agar mereka dapat berdikari dan membaiki
kehidupan dan nasib keluarga. Selain itu, pihak kerajaan boleh memberikan bantuan kewangan, pakaian dan
makanan kepada golongan miskin bagi meringankan beban kewangan mereka agar mereka tidak berasa tersisih
dalam arus pembangunan.

Fokus KBAT 4
(i) Dua perwatakan Parjo yang terdapat dalam petikan di atas ialah dia seorang anak yang rajin. Contohnya, dia
menolong emak dan bapanya membawa tapai ubi ke warung-warung berdekatan. Selain itu, Parjo seorang anak
yang patuh kepada ibu bapa. Contohnya, dia akur akan nasihat yang diberitahu oleh emak dan ayahnya tentang
pantang larang tapai ubi.
(ii) Pada pendapat saya, dengan mengekalkan makanan tradisi ini kita akan mengetahui asal usul kita. Dengan itu, kita
tidak akan lupa daratan. Selain itu, resipi makanan tradisi dapat diperturunkan kepada generasi akan datang agar
dapat dikenali dan tidak dilupakan oleh mereka.

Fokus KBAT 5
(i) Dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah masyarakat yang memandang rendah
terhadap kebolehan orang lain. Contohnya, Harun memandang rendah terhadap kemampuan adiknya, Hisyam
untuk menguruskan syarikat keluarga kerana tidak berkelulusan tinggi. Selain itu, masyarakat yang berpandangan
jauh. Contohnya, Hisyam mahu menubuhkan syarikat keluarga dengan membina kondo di atas tanah pusaka.
(ii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang dapat kita lakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan
ialah berkongsi masalah atau berbincang bersama-sama apabila menghadapi masalah. Selain itu, kita boleh
memperuntukkan masa bersama-sama agar hubungan yang erat antara ahli keluarga dapat dikekalkan.

J1

Anda mungkin juga menyukai