Anda di halaman 1dari 3

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan
1 oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul
dan penuh kesantunan.
Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan
2
bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga
3
tidak timbul sebarang kekeliruan.
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan
4
sesama insan.
5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi
Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-
6
ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis.
TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan
untuk berkomunikasi
PERSOALAN
1. Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain
terguris hatinya.
2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan
hilang ditelan zaman.
3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk
menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara
berhemah.
BENTUK
1. Terikat
2. Terdapat enam rangkap
3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.
GAYA BAHASA
1. Pengulangan kata
Contoh: bahasa dan tidak
1. Bahasa Arab
Contoh: ukhwah dan ummah
1. Metafora
Contoh: jambatan ukhwah
1. Asonansi - pengulangan vokal i
Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah
1. Aliterasi - pengulangan konsonan b
Contoh : bahasa berbuah
NILAI
1. Bersopan santun
Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.
1. Pemurah
Contoh: tidak lokek pada ummah
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.
Contoh: Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah
1. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
Contoh: Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah

Anda mungkin juga menyukai