Anda di halaman 1dari 2

Kurikulum Dunia Seni Visual sekolah menengah mengandungi empat bidang iaitu;

1. Menggambar

2. Membuat Corak Dan Rekaan

3. Membentuk Dan Membuat Binaan

4. Mengenal Kraf Tradisional.

Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard
kandungan iaitu;

1. Persepsi Estetik

2. Aplikasi Seni

3. Ekspresi Kreatif

4. Apresiasi Seni.

Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standad
kandungan.

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual
(unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan
karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI

Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa
seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF

Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan
penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan
kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai