Anda di halaman 1dari 6

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam

yang berkaitan dengan perbuatan.


Contoh

Akan Belum Masih

Telah Sudah Harus

Boleh Dapat Hendak

Mesti

1. Kereta api dari utara telah sampai.


2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

1.Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan
ragam.
2. Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
3. Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada
masa hadapan, dan pada masa lampau.

Kata Bantu Ayat Contoh


Aspek
akan Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.

belum Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.


masih Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.
pernah Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.
sedang Ibu sedang menyiram pokok bunga.
sudah Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.
telah Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.
4. Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.

Kata Bantu Ayat Contoh


Ragam
boleh Adik sudah boleh membaca dengan lancar.
dapat Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.
harus Kita harus menghormat ibu dan bapa.
hendak Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang
nanti.
manu Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.
mesti Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.

5. Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih
sedang, masih belum, dan sebagainya.
6. Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu,
harus boleh, dan sebagainya.
7. Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat
tertentu.
Contohnya :

Kata Bantu Aspek Ayat Contoh


dan Kata Bantu
Ragam
masih boleh “Pakaian itu masih boleh dipakai,” kata ibu kepada
adik.
sedang hendak Kapal terbang itu sedang hendak mendarat di
lapangan terbang.
belum boleh Buah mangga itu belum boleh dimakan.
belum dapat Pihak polis belum dapat menangkap pencuri itu.
belum hendak Kami belum hendak pulang lagi.
akan dapat Pemenang kuiz akan dapat melancong ke New
Zealand.

8. Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :

Kata Bantu Ragam Ayat Contoh


dan Kata Bantu
Aspek
harus sudah Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu kerana
sudah petang
mesti akan Sampah itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.
mesti boleh Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.
mesti sudah Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam
prediket.
Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata
nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Contoh ayat:
-Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
-Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
-Rojak ialah makanan kegemaran saya.
-Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Dalam bahasa Melayu, ialah dan adalah merupakan kata pemeri

Ialah

Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh :
i. Ayah saya ialah guru
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu

Adalah

Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
nama

Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.

* Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut.

Contoh :
i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa
Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut:

Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan hormatnya/ ………………….

Latihan Kata Pemeri

A. Pilih jawapan yang betul.

01. Hari ini ialah hari jadi Ahmad.


A. Betul
B. Salah

02. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.


A. Betul
B. Salah

03. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
A. Betul
B. Salah

04. Cita-cita saya adalah menjadi seorang


pakar jantung.
A. Betul
B. Salah

05. Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.


A. Betul
B. Salah

06. Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
Masyiroh Taib.
A. Betul
B. Salah

07. Tuduhan itu ialah palsu.


A. Betul
B. Salah

08. Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
A. Betul
B. Salah

09. Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.


A. Betul
B. Salah

10. Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.


A. Betul
B. Salah

B. Pilih kata pemeri yang sesuai.

1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.

2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam

3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.

4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja


5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.

6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.

7. Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.

8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.

9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.

10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.

Bahagian C
Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1. Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan Jantung Malaysia dengan


Soy Rich.

2. Ayahnya _______________seorang bekas polis.

3. Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.

4. Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ibu saya.

5. Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan


para pekerja sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai