Anda di halaman 1dari 5

PUSAT TUISYEN BERLIAN BAKTI BM PT3 2018

TEKNIK PENULISAN KARANGAN PT3 YANG EFEKTIF

PENDAHULUAN

Ayat 1: Mutakhir, isu yang berkaitan dengan......................... (sebutkan tema) dalam


TEMA kalangan............................(sebutkan isu ini melibatkan siapa) tidak pernah sunyi daripada
menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia.
Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk
Ayat 2: meningkatkan/memperkasakan ATAU menangani/membanteras.........(tema)........di negara
JUSTIFIKASI ini kerana......(peribahasa) ...........
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Ayat 3 : Persoalannya, apakah....................................... ( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan
TUGASAN tanda tanya (?)

Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak
pernahsunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi
di Malaysia.Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk
memperkasakan Bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

Mutakhir, isu yang berkaitan dengan gejala merokok dalam kalangan murid sekolah tidak pernah
sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di
Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk
menanggani gejala ini yang boleh memusnahkan masa depan anak murid di negara ini kerana
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk membanteras
gejala merokok dalam kalangan murid sekolah?

1 OLEH CIKGU PUWANES KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


PUSAT TUISYEN BERLIAN BAKTI BM PT3 2018
ISI PERTAMA

Ayat Topik Rumus Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif +
ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA)
Ayat 1 Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang
paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’.
Ayat Huraian 1 Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan
dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang
peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum.
Ayat Contoh Rumus Sebagai contoh, + (ISI) + seperti ...
Ayat 3 Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti
penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan
poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan
Ayat Penegas Rumus Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN)
Ayat 4 Tegasnya, kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan
adalah dengan mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’. Hal ini dikatakan demikian kerana
kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota
masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari,
iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan.
Tegasnya, kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan yang paling berkesan.

Pada pendapat saya, cara untuk membanteras gejala merokok yang paling berkesan adalah dengan
mengadakan kempen ‘Tidak Kepada Rokok’. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh
pihak sekolah dapat meningkatkan kesedaran murid sekolah tentang pentingnya menjaga kesihatan paru-paru
untuk hidup sihat. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan risalah,
pameran bahaya merokok, serta penghasilan pelbagai poster yang berkaitan dengan kesan merokok. Tegasnya,
kempen ‘Tidak Kepada Rokok’merupakan cara untuk membanteras gejala merokok dalam kalangan murid
sekolah yang paling berkesan.

ISI KEDUA

Rumus Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN – Tukar kata
Ayat Topik kunci)
Ayat 1 Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai
langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.
Rumus Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat Huraian Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para
pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau
penulisan.
Rumus Misalnya, + (ISI) + termasuklah...
Ayat Contoh Ayat 3 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah
pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain.
Rumus Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi kedua
Ayat Penegas Ayat 4 Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan
bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti
kebahasaan.

2 OLEH CIKGU PUWANES KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


PUSAT TUISYEN BERLIAN BAKTI BM PT3 2018
Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh
dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana
aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu
menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau
penulisan. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas,
pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh
dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan
menganjurkan aktiviti kebahasaan.

Selain itu, peranan ibu bapa juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi
membanteras gejala merokok dalam kalangan murid sekolah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

ISI KETIGA

Rumus (TUGASAN – Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI)
Ayat Topik Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah
penerbitan bahan bacaan.
Rumus Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat Huraian Ayat 2 Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa
kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan
penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat
sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan.
Rumus Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi ....
Ayat Contoh Ayat 3 Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi
majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa
semasa setiap lapisan masyarakat.
Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan
Ayat Penegas Ayat 4 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh
dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan
bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan
melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk
mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau
hiburan. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik,
antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat.
Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

3 OLEH CIKGU PUWANES KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


PUSAT TUISYEN BERLIAN BAKTI BM PT3 2018
Usaha membanteras gejala merokok yang berikutnya ialah kesedaran diri pelajar terbabit
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

KESIMPULAN

Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk


Saranan + me......... + Tema + agar.......
Harapan Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)
Seruan Ayat 2 Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat
yang berbilang kaum di negara kita kerana ’Bahasa Jiwa Bangsa’!

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan


agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi
wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana ’Bahasa Jiwa
Bangsa’!

…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………

4 OLEH CIKGU PUWANES KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


PUSAT TUISYEN BERLIAN BAKTI BM PT3 2018
Contoh Karangan Lengkap:

Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak
pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium
komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya
terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan
bahasa kebangsaan?
Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling
berkesan adalah dengan mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’. Hal ini dikatakan
demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat
meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan
sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan
sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan
dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan
dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara
untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.
Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah
yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat
demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi
pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa
kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh
dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah
khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan
termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain.
Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa
kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.
Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah
penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan
dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan
penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada
untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang
diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua
golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh
diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai
dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan
merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan di negara kita.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa
kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang
kaum di negara kita kerana ’Bahasa Jiwa Bangsa’!

5 OLEH CIKGU PUWANES KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Anda mungkin juga menyukai