Anda di halaman 1dari 6

1

APLIKASI
MODUL GATEH SPM CSL2014

KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)

Bahagian A

[Masa dicadangkan : 45 minit]

[30 markah]

Lihat rajah di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara
untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga
250 perkataan

KEMPEN CINTAILAH
BAHASA KITA

MENGANJURKAN
AKTIVITI
CARA
-CARA KEBAHASAAN
MEMARTABATKAN
BAHASA
KEBANGSAAN PENERBITAN
BAHAN BACAAN

Prosedur:

1. Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti:

i. Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan


ii. Tema : bahasa kebangsaan

CSL2014
2

iii. Kata kunci : cara-cara


PENDAHULUAN

Ayat 1: Mutakhir, isu yang berkaitan dengan.........................(sebutkan tema) dalam


TEMA kalangan........................... (sebutkan isu ini melibatkan siapa) tidak pernah sunyi daripada
menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia.
Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk
Ayat 2: meningkatkan/memperkasakan ATAU menangani/membanteras ......(tema)........di negara ini
JUSTIFIKASI kerana......(peribahasa)...........
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Ayat 3 : Persoalannya, apakah.......................................( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan
TUGASAN tanda tanya (?)
Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah
sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia.
Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa
kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah
caracara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

ISI PERTAMA

Ayat Topik Rumus Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif + ialah/adalah
dengan + (ISI PERTAMA)
GAPO Ayat 1 Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang
paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita.
Ayat Huraian 1 Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan
BAKPO dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri
pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum.
Ayat Huraian 2 Rumus Di samping itu, + (ISI) + juga mestilah + (BILA/DI MANA/CADANGAN)
BAKPO LAGI? Ayat 3 Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh
pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Ayat Contoh Rumus Sebagai contoh, + (ISI) + seperti...
Ayat 4 Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti
LAGU MANA penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan
poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan
Ayat Penegas Rumus Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN)
Ayat 5 Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk
YO LO KO NI? memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah
dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang
diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri
pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah
diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai
contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta
penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen
Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

CSL2014
3

ISI KEDUA

Rumus Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN Tukar kata kunci)
Ayat Topik
GAPO Ayat 1 Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai
langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.
Rumus Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat Huraian Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh
BAKPO pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para
pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau
penulisan.
Ayat Huraian Rumus Lagipun, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN)
BAKPO Ayat 3 Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim
kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu.
Rumus Misalnya, + (ISI) + termasuklah...
Ayat Contoh Ayat 4 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah
LAGU MANA pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain.
Rumus Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi kedua
Ayat Penegas Ayat 5 Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan
YO LO KO NI bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti
kebahasaan.

Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh
dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti
kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para
pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini
juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya
persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan
bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh
dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti
kebahasaan.

ISI KETIGA

Rumus (TUGASAN Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI)
Ayat Topik Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah
GAPO penerbitan bahan bacaan.
Rumus Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)
Ayat Huraian Ayat 2 Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa
BAKPO kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan
penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat
sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan.
Ayat Huraian Rumus Tambahan pula, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN)
BAKPO Ayat 3 Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya
dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan
kualitinya.
Rumus Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi ....
Ayat Contoh Ayat 3 Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi
LAGU MANA majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa

CSL2014
4

semasa setiap lapisan masyarakat.

Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan


Ayat Penegas Ayat 4 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh
YO LO KO NI dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan.
Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama
pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan
masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang
diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa
menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik,
antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis,
penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan di negara kita.

KESIMPULAN

Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk me.........


Saranan + + Tema + agar.......
Harapan Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)
Seruan Ayat 2 Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat
yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar
bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk
menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

Contoh Karangan Lengkap:

CSL2014
5

Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan


masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam
pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua
pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini
kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan?

Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling
berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat
meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan
sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan
sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan
dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan
dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara
untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah
yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat
demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi
pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa
kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh
dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah
khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan
termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain.
Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa
kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan


bahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa
kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta
berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk
menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan
ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan
tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan
merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa
semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan
antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di
negara kita.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa


kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa

CSL2014
6

kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang


kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

CSL2014

Anda mungkin juga menyukai