Anda di halaman 1dari 2

Kunci Bahasa

(Abdul Hadi Yusof)


MAKSUD SAJAK
Rangkap

Maksud
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur

yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik

walaupun berlaku perubahan masa.


Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul

sebarang kekeliruan.

Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

Bahasa digunakan untuk berkomunikasi


Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan

susunan kata serta bahasa yang puitis.

TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat.

Bahasa penuh dengan keindahan dan

digunakan untuk berkomunikasi


PERSOALAN
1

Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan

orang lain terguris hatinya.


2

Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan

tidak akan hilang ditelan zaman.


3

Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk

menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.

Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara

berhemah.
BENTUK
Terikat
Terdapat enam rangkap
Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.
GAYA BAHASA
Pengulangan kata - Contoh: bahasa dan tidak
Bahasa Arab - Contoh: ukhwah dan ummah
Metafora - Contoh: jambatan ukhwah
Asonansi - pengulangan vokal i - Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah
Aliterasi - pengulangan konsonan b - Contoh : bahasa berbuah
NILAI
Bersopan santun - Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.
Pemurah - Contoh: tidak lokek pada ummah
PENGAJARAN
Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris
hati orang lain.
Contoh: Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah
Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
Contoh: Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah

Anda mungkin juga menyukai