Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TEMA 2: BERINGAT SUPAYA SELAMAT


UNIT 3: SAYANGI NYAWA ANDA
1. KEMAHIRAN MEMBACA, KEMAHIRAN MENULIS

Pada akhir pembelajaran murid dapat:


a) Membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai
b) Menyenaraikan maksud perkataan yang berwarna merah dalam petikan dengan
merujuk kamus dan glosari

Media sosial ialah medium komunikasi utama yang popular pada masa ini. Laman sosial
yang sering digunakan ialah Facebook, WhatsApp dan Instagram. Para remaja
menggunakan medium ini untuk meluahkan perasaan, berkongsi maklumat peribadi, dan
memuat naik gambar. Telefon pintar yang mempunyai capaian Internet memudahkan remaja
mengemaskinikan maklumat mereka. Oleh hal yang demikian, mereka terdedah kepada
ancaman maya seperti kecurian data peribadi, buli siber, komplot Internet, gangguan
seksual, dan penggodaman.
Pendedahan aktiviti harian secara keterlaluan dalam media sosial akan
memudaratkan pengguna, misalnya mendedahkan barang berharga dan lokasi diri. Situasi
ini akan menarik perhatian orang ramai untuk memanipulasikan maklumat dengan niat yang
tidak baik. Jenayah siber juga berlaku kepada netizen yang sering mendedahkan maklumat
secara melampau. Menurut kajian, warga siber di Malaysia menghabiskan masa tidak
kurang 20 jam sehari untuk melayari laman sosial. Hal ini akan menjejaskan kesihatan
mental dan fizikal pengguna media sosial tegar.

Perkataan Maksud

Komunikasi

Medium

Internet

Maya

Penggodaman

Media sosial

Siber
Netizen

Anda mungkin juga menyukai