Anda di halaman 1dari 2

Laporan Ceramah Menangani Kebakaran

Pada 1 Mac 2017, Kelab Keselamatan, Sekolah Kebangsaan Intan Perdana


menganjurkan ceramah “Menangani Kebakaran” yang disampaikan oleh Encik Tajudin
bin Isa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Daerah Port Dickson. Ceramah bermula
pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid


tentang cara mengelakkan dan menangani kes kebakaran.Beberapa tindakan dan tip
telah disampaikan oleh Encik Tajudin.Menurut beliau,apabila memasak pastikan tidak
ada benda yang mudah terbakar berdekatan dengan dapur.Bahan seperti kain
pengelap, minyak masak, plastik atau kertas perlu dijauhkan.

Murid-murid diingatkan bahawa sikap cuai adalah antara punca utama


berlakunya kebakaran. Kita perlulah mematuhi peraturan penggunaan peralatan dan
sentiasa berhati-hati.Proses pendawaian dan penyambungan elektrik yang salah akan
menyebabkab litar pintas.Akibatnya, berlakulah kejadian malang tidak berbau,Oleh
itu,beringatlah sebelum kena.

Selain itu,murid-murid disarankan supaya tidak mudah panik jika berlaku


kebakaran. Mereka perlu segera menghubungi pihak bomba dengan menyatakan lokasi
dan status kebakaran.Kita boleh menggunakan kain lembap, pasir atau alat pemadam
api sekiranya berhadapan dengan api yang masih kecil.

Secara keseluruhannya,objektif ceramah untuk menambah pengetahuan dapat


dicapai.

Laporan disediakan oleh, 6 MAC 2017

…………………………..

(NADIA BT NASIR)
Setiausaha,
Kelab Keselamatan,
SK Intan Perdana
Soalan:

1. Apakah tujuan ceramah diadakan?


2. Apakah tip bagi mengelakkan daripada berlakunya kebakaran?
3. Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kebakaran?

Anda mungkin juga menyukai