Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN SYARAHAN

Cantik nian pulau sikuai,


Pasirnya putih teramat indah,
Sebelum materi aku mulai,
Marilah serentak mengucap Basmallah.
Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis,Yang Berusaha Puan Pengetua Cemerlang Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Sabak Bernam,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru,
dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Menangani Covid 19 Bersama Barisan
Hadapan’.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Pada tanggal 14 Mac 2020,negara kita telah dikejutkan dengan berita
penularan penyakit yang sangat berbahaya iaitu Corona virus atau lebih mesra
dipanggil Covid 19.Covid 19 dikatakan penyakit yang sangat berbahaya kerana
telah meragut berates ribu nyawa.Penyakit ini juga mudah dijangkiti iaitu
dengan cara batuk dan bersin oleh individu bergejala,sentuhan dengan
individu bergejala serta menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan
virus.
Kita cukup beruntung kerana memiliki pemimpin yang bijak dalam menangani
pandemik covid 19 ini.Hal ini dikatakan kerana mereka lebih mendahulukan
keselamatan orang awam.Sebagai bukti,kerajaan telah melaksanakan ‘Perintah
Kawalan Pergerakkan’(PKP) bagi menghentikan penyebaran virus berbahaya
ini.Tambahanya lagi,kerajaan juga telah melaksanakan Bantuan Prihatin
Nasional semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan bagi membantu
rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat
wabak ini akan menerima dan boleh memohon pelbagai bantuan serta inisiatif
yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.
Hadirin yang dikasihi,
Buat pengetahuan anda semua,barisan hadapan bukan sahaja terdiri daripada
barisan pemimpin kerajaan malah doktor dan jururawat ialah barisan hadapan
yang sanggup merawat pesakit-pesakit dengan memakai PPE yang merupakan
pakaian tiga lapis.Mereka juga sanggup mengorbankan masa mereka yang
sepatutnya bersama keluarga tercinta untuk merawat pesakit-pesakit.Mereka
juga berani untuk mengambil risiko merawat penyakit yang sangat mudah
dijangkiti ini.
Sidang hadirin,
Seperti yang anda semua ketahui,kerajaan telah mengeluarkan beberapa garis
panduan bagi mengelak wabak ini terus merebak.Antaranya ialah penjarakkan
fizikal iaitu mengekalkan jarak sejauh satu meter antara satu sama lain di
tempat awam.Selain itu,pemakaian pelitup muka di tempat awam telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan.Bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka
akan dikenakan kompaun sebanyak RM1000.Akhir sekali,kerajaan telah
menetapkan beberapa SOP di sekolah,kedai makan dan juga kilang untuk
memeriksa suhu dan menulis nama atau scan di QR code yang disediakan bagi
memastikan keselamatan rakyat ditempat awam.
Tuntasnya,Kita sebagai rakyat yang prihatin hendaklah mematuhi arahan yang
telah dikeluarkan kerajaan.Selain itu,kita juga perlu membantu orang yang
memerlukan seperti yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.Sebelum saya
mengakhiri syarahan saya pada hari ini,izinkan saya menyampaikan serangkap
pantun.
Pak Mamat punya burung Kenari,
Burung dijemur hingga siang,
Pembicaraan berakhir sampai disini,
Salah dan janggal mohon maafkan.
Sekian itu sahaja daripada saya.Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai