Anda di halaman 1dari 2

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang

dikasihi sekalian. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Perpaduan Asas Pembangunan Negara'. Sidang hadirin, Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu. Pembangunan pula bermaksud segala pembaharuan dan kemajuan yang membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa amalan bersatu pada dalam kalangan rakyat merupakan dasar kepada kemajuan sesebuah negara seiring dengan gelombang modenisasi. Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru rakyat Malaysia membentuk benteng pertahanan yang teguh menentang anasiranasir luar. Kerjasama dan hubungan yang erat akan memastikan negara kita, Malaysia terus maju dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin kita pada masa lalu akan menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja. Perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan akan sia-sia begitu sahaja. Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berhati waja, kita haruslah menghargai kemerdekaan yang telah diperoleh ini dan berusaha mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam jiwa kita demi pembangunan negara. Hadirin sekalian, Lihatlah keadaan kini di Bangkok, Thailand. Rakyat negara jiran kita tidak berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara diplomasi dan sebagai implikasinya, demonstrasi, pergaduhan, keganasan dan lain-lain berlaku pada setiap hari. Perkara yang lagi menyedihkan ialah banyak nyawa yang tidak berdosa melayang begitu sahaja. Para hadirin yang dihormati, Negara kita kini telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dan dihormati di mata dunia. Kecemerlangan negara kita dalam pelbagai bidang walaupun mempunyai rakyat yang berbilang bangsa menyebabkan negara lain cemburu dengan pencapaian negara kita. Malaysia telah dijadikan negara contoh oleh negara-negara dunia ketiga. Biarlah mereka cemburu melihat pencapaian nusa kita yang sememangnya merupakan berkat amalan nilai bantu-membantu dan nilai toleransi. Pepatah Melayu ada mengatakan 'bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat'. Sidang hadirin yang dikasihi,

Anda mungkin juga menyukai