Anda di halaman 1dari 4

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk

menentukan kejayaan sesebuah negara.


Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas.

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya
untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini
menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu
pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana
yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan
mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.

Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita
haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa,
agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam
suasana aman dan damai. Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk di kalangan
jiran tetangga melalui semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat
kejiranannya dikatakan semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan
dengan keluarga dan kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang
terdekat. Melalui hubungan sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan
rompakan dapat dikurangkan. “Jiran sepakat membawa berkat” juga dapat diperhatikan
melalui suasana kemesraan, tolong-menolong, dan saling menjaga kebajikan sesama
mereka.

Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga


akan mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat
melahirkan perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan. Selain itu, dengan adanya aktiviti
bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat
dijimatkan. Ini juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan
bersama, bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan,
semangat bersatu di kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini
diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada
kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak
tertentu sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi
komitmen, maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat
seperti “aur dengan tebing” perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah
organisasi.
Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat
bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan
setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu
dan berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas
positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka
kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar,
budaya membaca, dan lain-lain akan gagal.

Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab
itu rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah
teruk. Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang
melanda negara dirasai bersama-sama.

Oleh yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “Bersatu teguh bercerai
roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat
berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul
seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya
keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara.
Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “Bersatu teguh
bercerai roboh” demi kebahagiaan kita semua.
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”.
Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.

“Bersatu teguh bercerai roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk
diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini
menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu
pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana
yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan
mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.Dalam konteks
negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati
peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam.
Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.

Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk dalam kalangan jiran tetangga
melalui semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya
dikatakan semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan
keluarga dan kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat.
Melalui hubungan sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat
dikurangkan. “Jiran sepakat membawa berkat” juga dapat diperhatikan melalui suasana
kemesraan, tolong-menolong, dan saling menjaga kebajikan sesama mereka. Semangat
gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga akan mempererat
hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan perasaan
kekitaan dan kesedaran kebangsaan.

Selain itu, dengan adanya aktiviti bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan
individu, masyarakat, dan negara dapat dijimatkan. Hal ini juga bermakna, sesuatu kerja berat
akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama, bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing”. Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan,
semangat bersatu dialam kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini
diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada
kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak
tertentu sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi
komitmen, maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat
seperti “aur dengan tebing” perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah
organisasi.
Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat
bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan
setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu
dan berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas
positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka
kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar,
budaya membaca, dan lain-lain akan gagal. Tambahan pula, negara sekarang sedang
mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu rakyat harus bersama-sama membantu
memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk. Rakyat dan kerajaan tidak boleh
mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda negara dirasai bersama-sama.

Oleh hal yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “bersatu teguh bercerai
roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat
berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul
seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya
keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara.
Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “bersatu teguh
bercerai roboh” demi kebahagiaan kita semua.

Anda mungkin juga menyukai