Anda di halaman 1dari 76

BAHAGIAN A

[30 markah]
[masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SISTEM PENDIDIKAN
PENEMPATAN RAKYAT

PROGRAM
KEMASYARAKATAN

PERPADUAN KAUM

AMALAN RUMAH
TERBUKA

Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu. Demikianlah kata-kata Perdana Menteri
Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas memperkenalkan Rukun
Negara kepada rakyat Malaysia. Kata-kata almarhum memang ada kebenarannya kerana bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Saya yakin bahawa banyak cara boleh dilakukan untuk
mengukuhkan perpaduan kaum kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan rakyat adalah melalui sistem
pendidikan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan memainkan peranan
penting sebagai agen perpaduan. Pihak sekolah bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam
kelas yang harmoni, yakni diduduki murid berbangsa Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum lain.
Oleh sebab rambut sama hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar di dalam kelas di
samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.
Kerajaan pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang kaum
di sesuatu tempat. Hal ini dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina jurang
pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama di sesuatu kawasan petempatan, kita dapat
bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing. Sulaman kasih dan amala hormatmenghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk rakyat supaya hidup harmoni dan bersatu
padu.
Pada masa yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh pihak
kerajaan. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti tahunan suoaya kita
dapat memupuk perpaduan kaum. Semua kaum mestilah memahmi konsep berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat membersihkan tempat tinggal,
malah dapat bergaul mesra dan hidup serumpum bagai serai. Amalan inilah yang dikatakan
semangat 1Malaysia rakyat kita.

Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan rencah
penting untuk menyuburkan semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya
bolehlah diadakan pada hari perayaan. Dengan berbuat demikian, semua kaum dapat
dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan dengan penuh bermakna. Apabila berbualbual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa kita dapat berkenalan dan lebih
memahami kebudayaan masing-masing.
Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu.
Hal ini dikatakan demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina negara
yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab itu, tanpa rakyat tiadalah negara. Rakyat haruslah
berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni demi membentuk
masyarakat majmuk yang bersatu padu. Malaysia Boleh!

Kebajikan warga tua sentiasa menjadi isu yang hangat diperbualkan oleh ahli masyarakat.
Hal ini demikian kerana masyarakat madani di negara kita tidak pernah diajar menjadi seperti
kacang lupakan kulitnya. Oleh hal yang demikian, warga tua yang berkeluarga mahupun tidak
berpunya apa-apa lagi menjadi permata hati pelbagai pihak termasuk kerajaan badan bukan
kerajaan. Hari warga tua kala ini menjadi lebih bererti apabila pelbagai pihak dalam masyarakat hari
ini sanggup memainkan peranan penting untuk membantu warga tua menjalani kehidupan haria
yang lebih bermakna sementara menanti panggilan Ilahi.
Pihak kerajaan Malaysia sentiasa meletakkan warga tua di tahap yang tinggi acap kali
belanjawan negara dibentangkan di Parlimen. Perdana Menteri, merangkap portfolio Menteri
Kewangan telah membentangkan peruntukan yang "bahagia" sekali gus memberikan keceriaan
kepada golongan tua. Elaun sara hidup warga emas telah dipertingkatkan seiring kenaikan harga
barangan keperluan. Pengumuman ini membawa seribu harapan dan jutaan ukiran
senyuman di bibir warga tua. Oleh sebab itu, warga tua dapat melangsungkan sisa-sisa hidup
dengan lebih bermakna dan gembira.

Badan Bukan Kerajaan di Malaysia juga mempamerkan kesungguhan mereka untuk


menghulurkan bantuan dan sokongan hidup kepada warga emas. Hal ini demikian kerana warga tua

memerlukan perhatian daripada setiap pihak. Oleh hal yang demikian, badan kebajikan "Tzu Chi"
umpamanya membuka lebih seratus buah klinik kebajikan dengan harapan warga tua dapat
membuat pemeriksaan doktor secara percuma dan mendapat rawatan serta nasihat doktor yang
bertauliah yang memegang pada prinsip "buat baik berpada-pada buat jahat jangan
sekali". Hal ini dapat mengelakkan dan menurunkan tahap obesiti dan masalah kesihatan lain yang
kian menyerang warga tua akibat pengabaian aspek kesihatan.
Ahli masyarakat sentiasa digalakkan supaya menghormati dan mentaati warga tua yang lebih
berpengalaman dalam aspek kehidupan. Yang boleh kita lakukan ialah menggembirakan hati dan
membahagiakan hidup mereka. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak supaya membantu datuk
dan nenek mereka yang tidak bertenaga, terutamanya ke tandas atau sewaktu berjalan-jalan. Apabila
luangan masa berkualiti dikongsi bersama warga tua, kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dicapai
sekali gus merealisasikan slogan"rumahku syurgaku jua". Dengan berbuat begitu, masyarakat
yang penyayang dan prihatin dapat dilahirkan.
Akhirulkalam, setiap daripada kita berpeluang melalui hidup pada usia lanjut. Mahukah kita
melihat warga tua hidup merempat di lorong-lorong kemiskinan? Oleh hal yang demikian,
pendidikan mengapresiasi warga tua haruslah dimulakan sejak kecil kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Dengan semangat ingin membantu dan meringankan beban kehidupan
warga emas, setiap daripada kita mampu mengubah kehidupan mereka daripada duka menjadi suka.
Sebagai penutup bicara, ingatlah bahawahari ini hari mereka, esok hari kita.

Sejak 1990-an lagi, Malaysia sudah pun berjaya menganjurkan kempen Tahun Melawat
Malaysia. Kejayaan ini diteruskan sekali demi sekali sehingga kini. Tahun 2007 sekali lagi
dikenali sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan slogan "Malaysia Truly Asia" Keaslian
Malaysia sebagai negara Asia yang termaktub dalam lagu temakempen ini sekali gus membuka
mata dan minda seantero dunia. Walau bagaimanapun, banyak pihak berpendapat bahawa
langkah yang diambil untuk memajukan industri pelancongan sebelum ini belum sampai tahap
berprestij dan kurang efektif. Oleh hal yang demikian, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah
sampai lengan.
Kempen dan usaha mempromosikan Malaysia di persada dunia merupakan rencah utama
yang dapat meningkatkan imej negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau
ini. Hal ini demikian kerana promosi dan kempen dapat mempercepat langkah kerajaan menguaruarkan aktiviti Tahun melawat Malaysia ke seluruh pelosok jagatraya. Melalui media massa dan
jerayawara (aktiviti "road show"), saya yakin Malaysia dapat menarik perhatian pendarmawisata
dari segenap sudut dunia. Hal ini memang mirip dengan lirik lagu "Malaysia Asia Sebenar" yang
dimainkan di corong-corong radio. Justifikasinya, saya yakin bahawa kempen Tahun Melawat
Malaysia akan sukses.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab, sistem pengangkutan


yang efisien di sesebuah negara memainkan peranan penting untuk menjana perkembangan
industri pelancongan. Malaysia yang masih kekurangan dari segi kemudahan pengangkutan yang
sistematik perlu ukur baju di badan sendiri sekali gus membuat anjakan paradigma dalam soal
pengangkutan awam. Rungutan dan luahan ketidakpuasan hati pelancong mestilah diambil kira.
Oleh sebab itu, kerajaan mestilah menyusun strategi pembangunan dengan menyediakan
kemudahan pengangkutan bertaraf lima bintang sebagai pemangkin usaha menjadikan Malaysia
sebagai destinasi persinggahan pelancong dari seluruh dunia yang mendambakan keunikan alam
semula jadinya.
Malaysia sememangnya nusa bertuah kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang
tahun. Kehidupan flora dan fauna yang terpulihara menjadikan Malaysia kaya dengan destinasi
ekopelancongan utama dunia. Penaiktarafan kawasan pelancongan di seluruh negara dengan
chalet, hotel dan kemudahan penginapan lain dapat memberi bonus kepada Malaysia untuk
menjadi destinasi pilihan pelancong. Aspek kebersihan di kawasan pelancongan janganlah
dipandang enteng kerana industri pelancongan menyediakan pelbagai peluang perniagaan dan
pekerjaan kepada penduduk tempatan. Oleh itu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Malaysia pasti boleh!
Kesimpulannya, Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam usaha
memperkembangkan industri pelancongannya. Yang paling penting, rakyat dan kerajaan perlulah
mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan
Malaysia sebagai pilihan utama pelancong. Saya berharappihak berkenaan dapat mengambil
langkah yang sesuai seperti dinyatakan di atas untuk merealisasikan aspirasi negara untuk
mencapai pembangunan dalam bidang pelancongan yang bertaraf dunia. Sebenarnya, genggam
bara api, biarlah sampai jadi abu. Kita mestilah berusaha sehingga nama Malaysia tersohor di
seluruh dunia.

Galakan, dorongan dan nasihat serta tunjuk ajar daripada ibu bapa
penting dalam melahirkan anak yang seimbang daripada segi
rohaniah dan jasminah.
Bincangkan.
Anak merupakan satu anugerah Tuhan kepada mana-mana ibu bapa
pun. Kemunculan anak dalam kehidupan berkeluarga dianggap pemberi
penyeri atau sumber inspirasi pula. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa perlu
memberikan perhatian dan penekanan terhadap usaha mendidik anak juga.
Oleh itu, ibu bapa memang berperanan penting dalam mendidik anak
mereka.
Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang
paling rapat dengan anak mereka. Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa
akan menjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh
teladan mereka pula. Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang
baik boleh mempengaruhi sikap anak mereka pula nanti. Pendek kata,
kerapatan ibu bapa dengan anaklah yang menjadikan peranan mendidik itu
penting dilaksanakan dengan baik.
Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buat anakanak. Setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak pasti akan dirujuk
kepada ibu bapa untuk mendapat panduan menyelesaikannya dan
kegagalan untuk berinteraksi dengan ibu bapa ketika inilah yang
menyebabkan anak-anak terganggu kelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah
ibu bapa yang sedar keadaan ini lalu memberikan pelbagai nasihat dan kata
perangsang yang membantu anak mereka untuk mengharungi zaman
keremajaan mereka dengan baik. Justeru, ibu bapa penting kerana
merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika dibelenggu
pelbagai masalah hidup.
Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikan
kasih sayang kepada anak mereka terutama ketika anak mereka melakukan
kesilapan. Ibu bapa yang bijak mendidik akan memaafkan kesalahan anak
mereka walaupun diri mereka berasa kecewa kerana sedar anak mereka
perlu diberi peluang kali kedua. Tindakan memaafkan kesalahan anak
dengan bijak dan penuh kasih sayang ini akan membentuk anak menjadi
insan yang lebih baik sikapnya. Maka, ibu bapa penting kerana merekalah
tempat kasih sayang bermula dalam hidup remaja itu.
Namun begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga penting
dalam kehidupan remaja. Pihak guru perlulah mendidik generasi muda ini
dengan penuh tanggung jawab kerana masa remaja banyak juga dihabiskan
di sekolah. Semua nasihat dan dorongan yang diberikan oleh pihak guru
pasti meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa pelajar itu lalu membentuk
peribadi yang mulia pula. Jadi, pihak sekolah juga memikul tugas mendidik
generasi muda ini bersama-sama ibu bapa.
Malah, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting
dalam pembentukan akhlak anak-anak mereka. Remaja yang berakhlak
mulia pasti memiliki rakan yang serupa juga akhlaknya. Kegagalan memilih
rakan yang baik akan menyebabkan seseorang remaja itu terjebak ke kancah
negatif yang lebih buruk pada masa hadapan. Oleh itu, anak juga hendaklah

bijak memilih rakan supaya mereka tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak
bermanfaat pula.
Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting dalam didikan
anak kerana mereka umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk
memastikan kehidupan anak berjalan lancar. Kerjasama anak juga penting
supaya semua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah
dan pantas. Anak merupakan satu tugas yang diamanahkan oleh Tuhan
kepada kita semua. Peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya
membuktikan betapa didikan ibu bapa ketika anak itu masih kecil amat
penting lagi bermakna untuk masa depan mereka kelak.

Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan


komunikasi antara satu sama lain.
Huraikan.

Bahasa asing dilihat sebagai bahasa yang tidak digunakan secara meluas atau kerap oleh
seseorang itu. Antara bahasa asing yang terkenal di negara ini meliputi bahasa Inggeris, bahasa
Jepun, bahasa Korea, dan bahasa Arab. Penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris mula
mendapat tempat dalam kalangan pelajar dan pihak media massa turut mempromosikan
penggunaan bahasa ini. Sebenarnya, bahasa asing ada membawa banyak manfaat kepada
seseorang itu.
Sudah pasti kebaikan utama seseorang yang mahir dalam bahasa asing ialah diri mereka
lebih mudah untuk menguasai sesuatu ilmu tersebut. Banyak bahan kajian terutama dalam
bidang teknologi dan sains yang diterbitkan dalam bahasa asing terutama bahasa Inggeris dan
Jepun serta Jerman. Ilmu yang ada dalam bahan bacaan ini hanya boleh dikutip oleh pembaca
yang mahir dalam bahasa asing tersebut. Jadi, mereka yang menguasai bahasa luar boleh
mempelajari pelbagai bidang ilmu yang amat penting itu.
Selain itu, penguasaan bahasa asing membolehkan manusia untuk berhubung dengan
masyarakat dunia luar pula. Komunikasi yang lancar dan baik boleh dilaksanakan jika kedua-dua
individu yang terlibat dalam perbualan itu memahami satu bahasa terutama bahasa asing.
Maksud dan isi tersirat yang wujud dalam komunikasi itu akan dapat difahami dengan tepat jika
individu terbabit memahami bahasa asing secara mendalam. Jelaslah, penguasaan bahasa asing
memudahkan komunikasi dengan masyarakat luar berlaku dalam suasana yang baik terutama
dalam urusan perniagaan, politik dan sosial pula.
Malah, individu yang sanggup mempelajari bahasa asing akan mendapati diri mereka
lebih senang memperoleh peluang pekerjaan terutama dalam era globalisasi ini. Majikan zaman
ini lebih meminati pekerja yang mampu menguasai lebih banyak bahasa kerana mereka mudah
untuk berurusan dengan pengguna dan boleh dihantar bekerja di mana-mana cawangan syarikat
tersebut di seluruh dunia. Diri seseorang yang menguasai bahasa asing ini juga boleh memohon
pekerjaan di dalam dan di luar negara kerana sedar bahasa bukanlah penghalang lagi.
Sesungguhnya, pekerja yang mahir dalam pelbagai bahasa akan mendapati diri mereka senang
memperoleh kerja.
Malahan, kemahiran dalam bahasa asing telah dilihat sebagai satu tuntutan era globalisasi
ini. Maknanya, mereka yang menguasai bahasa asing itu dilihat sebagai unik, menarik, dan
berkebolehan berbanding dengan individu yang hanya tahu bertutur dalam bahasa ibunda

mereka. Kemahiran sebegini menjadikan diri mereka lebih sesuai untuk menghadapi pelbagai
cabaran yang timbul akibat perubahan dalam pemikiran dan cara manusia menjalani kehidupan
harian mereka itu. Maka, berbahasa asing itu dilihat sebagai satu keperluan utama dalam
menjalani kehidupan zaman moden ini.
Pada masa yang sama, individu yang boleh bertutur dalam bahasa asing akan mudah
menyesuaikan diri mereka dalam sebarang suasana, situasi dan tempat. Mereka tidak akan berasa
janggal apabila berada dalam majlis yang menggunakan bahasa asing tersebut. Pemahaman
tentang sesuatu perkara juga akan menjadi lebih mudah kerana mereka boleh menjelaskan
maksud bahasa asing itu ke dalam bahasa ibunda dengan lebih tepat. Lantaran itu, penguasaan
bahasa luar ini menjadikan manusia itu lebih mudah untuk menyesuaikan dirinya dalam sebarang
situasi dan tempat.
Kesimpulannya, semua manfaat yang dihuraikan tadi memang boleh diperoleh apabila
seseorang itu menguasai banyak bahasa asing. Kita harus sedar bahawa sikap mempelajari
bahasa asing ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi satu perkara yang bijak untuk diamalkan
pula. Remaja yang berpandangan jauh akan mula memahirkan diri mereka dalam beberapa
bahasa asing sebelum terlewat. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera yang menjelaskan
bahawa sikap mempelajari bahasa asing ini banyak ditentukan oleh sikap seseorang itu sendiri.
Laman sosial menjadi kegilaan masyarakat kita.
Nyatakan kesan penggunaan laman sosial ini kepada masyarakat kita.
Laman sosial merujuk perisian komputer yang memudahkan interaksi sesama manusia di
dunia global ini. Antara contoh laman sosial yang terkenal ini meliputi Facebook, Twitter, dan
juga MySpace. Generasi muda melihat laman sosial ini sebagai sumber informasi utama mereka
berbanding media massa jenis biasa seperti televisyen dan radio itu. Sebenarnya, penggunaan
laman sebegini mempunyai banyak impak yang harus diberi perhatian oleh semua pihak itu.
Implikasi negatif yang ketara ialah penggunaan laman sosial tanpa kawalan akan
membuang masa seseorang individu tersebut sahaja. Ada ahli masyarakat kita terutamanya
remaja yang begitu asyik dengan teknologi ini lalu menghabiskan masa yang berjam-jam untuk
melayan semua bahan yang ada di laman tersebut. Situasi ini apabila tidak dikekang dengan
efektif boleh menyebabkan seseorang itu membazirkan masa di pejabat dan juga di sekolah
secara sia-sia. Maka, laman sosial bolehlah dikatakan sebagai punca masyarakat kita
membazirkan masa tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah itu.
Selain itu, keburukan laman ini juga dikaitkan dengan amalan pendedahan hal peribadi
seseorang tersebut. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain telah mendedahkan
pelbagai kelemahan individu yang dibenci itu dengan tujuan untuk memalukan mereka. Tindakan
negatif sebegini telah menjadi satu kebiasaan dan membawa kes jenayah apabila mangsa yang
dimalukan itu membuat laporan polis pula. Lantaran itu, ada pihak yang mahu supaya laman
sosial dikawal dengan lebih ketat supaya amalan mendedahkan hal peribadi tidak menjadi
kebiasaan pula.
Tambahan pula, ada pengguna laman sosial ini mencetuskan isu sensitif yang berupaya
menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat majmuk. Sudah banyak
tulisan berunsur perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang disiarkan menerusi laman sosial
ini lalu menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang
kaum begitu mudah terganggu dek kritikan yang berunsur perkauman itu lalu membawa
pergaduhan besar pula. Sesungguhnya, laman sosial ini boleh mencetuskan sesuatu isu sensitif
itu sehingga sukar dikawal dan membawa kemusnahan yang besar.
Namun, kajian juga membuktikan bahawa laman sosial ini memiliki impak positif seperti
menjadi persada masyarakat meluahkan perasaan mereka itu. Kehidupan zaman moden ini
banyak tekanan seperti tekanan kehidupan kebendaan dan tekanan untuk berjaya di sekolah yang
menjejaskan kesihatan perasaan individu tersebut. Kewujudan laman sebegini memudahkan

masyarakat untuk menulis tentang keresahan jiwa mereka lalu mengubati kemurungan tersebut.
Jadi, masyarakat boleh mendapat ketenangan jiwa apabila meluahkan perasaan mereka menerusi
penulisan di laman sosial tersebut.
Malah, masyarakat yang sering melayari laman sosial akan memiliki kenalan yang
banyak tanpa disedari oleh mereka itu. Laman sosial menerima pendaftaran semua ahli
masyarakat di dunia ini tanpa ada sebarang sekatan yang menyebabkan sesiapa sahaja boleh
menghubungi mana-mana pihak yang mereka kehendaki itu. Situasi inilah yang menyebabkan
pengguna laman tersebut memiliki beribu-ribu sahabat dengan satu sentuhan jari sahaja.
Ringkasnya, laman sosial boleh digunakan sebagai alat untuk memperoleh lebih banyak kenalan
di dunia ini.
Kesimpulannya, semua implikasi yang dibentangkan tadi membuktikan laman sosial
memiliki kesan positif dan negatif. Semua pihak terutamanya ibu bapa perlulah mengubah
persepsi mereka terhadap penggunaan laman sosial kerana sekali air bah sekali pantai berubah
yang membuktikan perubahan itu akan berlaku mengikut zaman. Remaja pula hendaklah bijak
menilai penggunaan laman sosial ini supaya mereka tidak menggunakannya dengan cara yang
tidak baik itu. Sudah sampai masanya semua pihak merenung dan memahami bahawa laman
sosial akan terus wujud dan digunakan oleh masyarakat sejagat.
Jenayah terhadap kaum wanita semakin berleluasa sejak akhir-akhir
ini. Sesetengah pihak menyatakan bahawa kejadian ini berpunca
daripada sikap wanita sendiri.
Ulas pernyataan di atas.
Masalah jenayah terhadap kaum wanita memang semakin bertambah saban tahun jika
laporan statistik pihak polis digunakan sebagai garis panduan. Berita media massa juga turut
membuktikan berlakunya peningkatan jenayah sebegini. Ada pihak yang menganggap masalah
jenayah ini banyak disebabkan oleh sikap wanita itu sendiri yang seolah-olah memberikan
gambaran wanita negara ini sengaja sahaja mencari masalah. Jadi, sebelum kita menuding jari ke
arah wanita sahaja, eloklah kita menyelidik pelbagai faktor yang turut menyebabkan peningkatan
kadar jenayah ini.
Memang ramai yang beranggapan sikap wanita yang mudah percaya, tidak berhati-hati
ketika di luar rumah dan sebagainya yang menyebabkan berlakunya peningkatan jenayah
terhadap mereka itu. Pihak polis ada memberitahu bahawa penjenayah menggunakan taktik
meminta pertolongan sebelum melakukan jenayah terhadap orang yang membantu mereka itu
dan biasanya wanitalah yang menjadi mangsa. Namun, persepsi sebegini agak berat sebelah
kerana semua manusia baik lelaki atau wanita pasti akan melakukan kesilapan juga.
Peningkatan jenayah terhadap wanita berlaku kerana kesempitan hidup yang dialami oleh
masyarakat di negara ini. Ada sesetengah pihak yang suka berbelanja besar dan impian tinggi
tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tinggi menggunakan jenayah sebagai cara untuk
mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda itu. Jenayah yang mereka lakukan itu tidak
mengira mangsa tetapi wanita menjadi sasaran utama kerana jantina itu dianggap lemah pula.
Maka, jenayah wanita berlaku bukan kerana diri mereka sahaja tetapi kerana keadaan kehidupan
yang begitu sukar buat sesetengah pihak.
Selain itu, faktor media massa yang sering menyiarkan drama, filem dan program yang
mengandungi banyak adegan ganas telah mempengaruhi penonton. Semua adegan yang ditonton
oleh mereka ini akan dipelajari lalu ditiru ketika mereka melakukan jenayah kerana sudah
nampak keberkesanan strategi itu dalam media massa tadi. Jenayah menculik, ragut, bunuh dan
rompak semuanya boleh dipelajari menerusi media massa dengan mudah. Sesungguhnya,

jenayah berlaku bukan kerana wanita tetapi kerana media massa telah terlalu banyak menyiarkan
program jenayah yang sebegini.
Beberapa ahli psikologi turut bersetuju bahawa banyak kes jenayah berlaku kerana faktor
psikologi seseorang itu. Kebanyakan penjenayah mengalami trauma dalam kehidupan mereka
seperti pernah didera, masalah keluarga, bebanan hutang dan rasa rendah diri yang keterlaluan
serta semua ini memberikan impak dalam penilaian mereka ketika membuat sesuatu keputusan
tersebut. Biasanya tindakan yang mereka ambil itu terlalu ganas atau di luar kawalan diri mereka
sehingga mereka hanya berasa menyesa setelah melakukan kesalahan jenayah itu tetapi sudah
terlambat. Dalam kebanyakan kejadian, wanitalah yang menjadi mangsa mereka melepaskan
perasaan tekanan psikologi mereka itu.
Kesimpulannya, memang banyak jenayah berlaku terhadap kaum wanita tetapi perkara
buruk itu berlaku bukan disebabkan sikap wanita semata-mata sahaja. Semua pihak perlulah
lebih sensitif dan tidak melihat wanita sengaja mencari masalah sahaja kerana pandangan berat
sebelah sebegini tidak mampu menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku. Sebaliknya,
pandangan negatif sebeginilah juga yang menjadikan penjenayah semakin berani untuk
melakukan jenayah terhadap wanita kerana sedar masyarakat sering menyalahkan wanita apabila
berlakunya jenayah. Kita hendaklah melihat penjenayah sebagai satu golongan yang harus
menerima hukuman yang setimpal kerana merekalah yang bertanggungjawab atas semua yang
berlaku itu. Janganlah kita marahkan nyamuk habis kelambu dibakar kerana tindakan itu pasti
akan memberikan impak yang bertentangan dengan kehendak masyarakat semua.
Kebersihan tandas awam mendapat perhatian pihak berwajib sejak akhir-akhir ini.
Anda ingin menyuarakan pandangan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan
kebersihan
tandas
awam.
Tulis
pendapat
anda
itu.
Keadaan tandas awam mencerminkan sikap masyarakat sesebuah negara itu. Semakin
kotor tandas awamnya maka semakin rendahlah tahap kebersihan dalam minda setiap ahli
masyarakat negara tersebut. Keadaan ini menjadi semakin memalukan kerana pelancong asing
akan menilai tahap mentality rakyat negara ini berdasarkan kualiti kebersihan tandas awam kita.
Oleh itu, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan kebersihan tandas
awam
Malaysia
terus
bertambah
baik
pada
masa
hadapan.
Sudah pasti jalan yang paling mudah dan efektif ialah kerajaan perlu mengadakan
kempen kesedaran penjagaan tandas awam secara besar-besaran. Tindakan menganjurkan
kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat cara dan kepentingan mempunyai tandas
awam yang bersih sepanjang masa. Semua maklumat dalam kempen ini boleh difahami oleh
masyarakat terutama generasi muda yang pasti akan tertanam dalam jiwa mereka pula.
Sesungguhnya, tindakan membuat kempen ini begitu mudah tetapi membawa impak yang paling
efektif dalam memupuk sikap menjaga kebersihan tandas awam di Malaysia.
Pada masa yang sama, penguatkuasaan terhadap kebersihan tandas awam perlulah
ditingkatkan jua. Semua tandas awam mestilah mempunyai pekerja yang akan mengawasi tahap
kebersihannya dengan menegur atau meminta pengguna tandas awam yang sengaja tidak
membersihkan tandas selepas digunakan. Penguatkuasaan yang ketat dan tegas ini memang akan
menerima kritikan masyarakat pada peringkat awalnya tetapi lama-kelamaan akan menjadi satu
kebiasaan pula kerana masyarakat mula sedar kepentingan menjaga tandas awam itu. Jadi, tandas
awam boleh menjadi bersih jika pihak penguatkuasaan bertindak tegas dengan mengenakan
hukuman yang lebih tegas terhadap pengguna yang tidak bertanggungjawab itu.
Bukan sahaja penguatkuasaan perlu tegas tetapi kerajaan boleh memberikan kuasa
kepada badan khas atau syarikat untuk mengurus dan menaik taraf tandas awal di negara ini.

Langkah menjadikan tandas awam diuruskan oleh pihak tertentu lebih praktikal kerana pihak ini
sudah pasti mempunyai kemahiran dan sumber kewangan untuk menguruskan tandas awam yang
telah diamanahkan kepada mereka itu. Kewujudan satu system pengawasan dan pembersihan
yang sistematik menjadi kriteria untuk mempunyai tandas awam yang bersih dan baik. Justeru,
kerajaan perlulah memberikan pengurusan tandas awam ini kepada pihak yang berkemampuan
untuk
menguruskannya
dengan
lebih
baik.
Malah, pihak berkuasa tempatan juga boleh mengambil inisiatif yang lebih berkesan
untuk menaik taraf dan menjaga kebersihan tandas awam itu. Kajian yang lebih menyeluruh
perlu dilakukan sebelum membina sesebuah tandas awal seperti melihat aspek keperluan
pengguna, kaedah mengawasi kebersihan dan reka bentuk tandas awam juga penting supaya
tandas awam yang dibina itu boleh diuruskan dengan mudah, murah tetapi bersih. Sikap
membuat penyelidikan sebelum membina tandas awal secara terus boleh membantu pihak
berkuasa tempatan pada masa hadapan terutama apabila reka bentuk tandas yang dibina itu sukar
untuk dibersihkan pula. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan perlulah lebih peka dan bijak dalam
usaha
untuk
membina
tandas
awam
di
negara
ini.

Selain itu, program tandas awam angkat juga boleh diperkenalkan di negara ini. Program ini
akan membenarkan tandas awam dijadikan sebagai tandas angkat kepada badan-badan korporat
yang sudah pasti akan menjadi tandas itu dengan lebih baik selaras dengan imej koprorat mereka
juga. Amalan ini secara tidak langsung turut menjadikan semua pihak bertanggungjawab dalam
memastikan tandas awam Malaysia terus dalam keadaan bersih dan bukannya menjadi tugas satu
pihak sahaja. Jelaslah, program tandas awam angkat ini nampak remeh tetapi praktikal untuk
diamalkan kerana syarikat swasta mempunyai peruntukan kewangan yang cukup untuk
memastikan tandas awam mereka itu berada dalam keadaan yang baik.
Kesimpulannya, penjagaan tandas awam menjadi urusan semua pihak di negara ini.
Setiap anggota masyarakat mesti sedar dan bertanggungjawab serta berganding bahu untuk
meningkatkan tahap kebersihan tandas awam ini. Jika semua pihak menjalankan tugas mereka
sudah pasti harapan untuk melihat kemudahan tandas awal di negara ini setanding dengan negara
luar pasti akan tercapai jua nanti. Bak kata orang tua-tua, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih membuktikan semua perkara itu boleh dicapai jika kita memiliki keazaman yang kuat
untuk memperolehnya.

Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini.
Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing
ini. Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran pendatang
asing ini.
Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan kini. Ada
masyarakat yang menganggap pekerja asing ini penting dan ada yang menganggap mereka
sebagai pengacau yang harus dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan isu ini turut
dimainkan oleh media massa yang memang menangguk di air keruh. Jadi, adakah pekerja asing
hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah disebalik kehadiran pekerja luar negara
ini?
Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu
memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai
sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga
menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama
penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan
dan pekerja asing datang memenuhinya.
Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang
menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan
kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja
tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih
sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini
menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing.
Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari
bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang.
Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat
sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggap mempunyai
pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Bukankah ini satu
pandangan yang kita harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan negara kita?

Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar
jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak
mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu dan jenayah menjadi tempat untuk mereka
memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, semakin ramai
pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di negara kita.
Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa.
Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke
negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk membangunkan
semula ekonomi negara secara efektif. Sebaliknya, wang negara digunakan untuk menjana
ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan
keluarga pekerja asing itu. Jadi, keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau
ketika negara dalam kegawatan ekonomi.
Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan dan menyelamatkan negara.
Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerja asing tetapi cara mengawal kedatangan
mereka, cara menentukan sektor pekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh bekerja untuk
mereka di negara ini. Ringkasnya, masalah ini akan terus menghantui kita buat sekian lama.
Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf tangan untuk dijual
kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang mempertikaikan usaha mereka ini.
Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia.
Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan kraf tangan
terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh tindakan kerajaan yang giat
memberi galakan supaya mereka menjalankan aktiviti kraf tangan ini untuk menambah
pendapatan mereka. Cuma yang menyedihkan ialah masih ada suara-suara sumbang yang
menganggap tindakan penduduk desa ini tidak akan berjaya. Jadi, apakah pencetus yang
menyebabkan ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha penduduk desa ini?
Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu kerja
penduduk desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama ini masih di takuk lama
yakni tiada perubahan drastik seperti reka bentuk dan penggunaan warna produk. Mereka
menganggap aktiviti sampingan penduduk desa ini memang tidak mengutamakan kualiti. Pada
mata golongan ini, kualiti barangan luar negara sahaja yang lebih baik walaupun anggapan
mereka itu jauh daripada kebenarannya seperti peribahasa jauh panggang daripada api.
Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk desa itu sendiri.
Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan ketiadaan usaha-usaha konkrit untuk
memasarkan hasil kraf tangan ini terutama di pasaran antarabangsa. Ketiadaan usaha ini atau
lebih tepat lagi agensi khas untuk memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf
tangan negara. Mereka mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas untuk tujuan pemasaran
barangan
kraf
ini
sahaja.
Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan golongan yang
menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong asing yang kecil dan kekurangan
minat dalam kalangan pelancong tempatan untuk membeli hasil kraf tangan pada mereka telah
menyebabkan usaha ini tidak perlu diteruskan atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah
pelancong asing yang lebih ramai harus disediakan sebelum usaha kraf tangan ini diberi galakan
yang
menyeluruh.
Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam usaha

meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat kerajaan tidak memberi
galakan yang secukupnya seperti ketiadaan pelepasan cukai keuntungan atau memberi bantuan
teknikal dalam usaha menembusi pasaran luar negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung
kepada kerajaan tanpa berusaha sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga di luar negara
dalam
usaha
mengembangkan
pasaran
kraf
tangan
negara.
Kesimpulannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS, Kementerian
Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang serius tanggapan negatif segelintir
masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu haruslah proaktif dalam membuat perancangan untuk
menangani pandangan negatif mereka ini. Mungkin agensi kerajaan ini harus menggunakan
pendekatan yang baru atau unik dalam usaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa kraf tangan
negara memang berpotensi untuk dikembangkan secara komersial.

Khidmat masyarakat sudah mula mendapat perhatian remaja di negara ini.


Huraikan impak positif yang timbul menerusi amalan ini kepada remaja.
Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan
masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan pula. Antara
tindakan yang termasuka dalam kategori khidmat masyarakat ini ialah membantu orang tua di
rumah orang tua, anak-anak yatim di rumah kebajikan dan juga menjalankan kutipan derma
untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang tertentu atau memerlukan bantuan segera itu.
Amalan murni ini sudah mula tertanam dalam diri remaja di negara ini kerana sudah wujud
pelbagai persatuan yang menjurus untuk membantu golongan yang sebegini di negara kita ini.
Lantaran itu, memang ada banyak impak positif yang timbul dalam jiwa remaja yang melibatkan
diri
mereka
dalam
aktiviti
ini.
Sudah pasti impak yang paling ketara ialah remaja itu akan menyedari erti kehidupan
yang sebenarnya atau realiti kenyataan hidup. Dalam usaha mereka membantu golongan ini
remaja akan memahami betapa pentingnya kehidupan ini dihargai dan digunakan dengan sebaik
mungkin tanpa melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka pada masa
depan. Remaja akan melihat diri mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan itu dengan lebih
baik lalu mampu melahirkan satu pandangan yang positif tentang erti kehidupan yang hakiki dan
bukannya sekadar seperti katak di bawah tempurung sahaja. Maka, semakin banyak aktviti
sebegini
dilakukan
semakin
luaslah
pandangan
hidup
remaja
itu
kelak.
Tambahan pula, penglibatan remaja dalam aktiviti membantu golongan yang memerlukan
bantuan ini akan menghalang mereka daripada terbabit dalam kancah yang tidak sihat. Bukan
sahaja mereka sudah mempunyai pemahaman erti kehidupan yang jelas tetapi aspek masa turut
membantutkan peluang mereka untuk terbabit dalam aktiviti yang tidak sihat pula. Biasanya
aktiviti sebegini dijalankan pada hujung minggu atau ketika musim cuti sekolah yang pastinya
akan menyebabkan remaja menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang positif
daripada memikirkan tindakan yang neatif seperti melepak dan sebagainya. Jelaslah, amalan
khidmat masyarakat berupaya membentuk satu persekitaran yang sesuai buat remaja daripada
terjebak dalam kancah negatif yang sering kita lihat dalam media massa itu.

Satu lagi impak murni yang timbul ekoran melakukan aktiviti khidmat masyarakat ini
ialah remaja akan memahami erti menghormati individu lain. Bagaimanakah perkara ini boleh
timbul dalam diri remaja menerusi amalan yang mudah ini? Remaja pastinya akan melihat dan
berinteraksi dengan golongan tua, kanak-kanak yatim dan orang miskin lalu membawa mereka
melihat keadaan keluarga sendiri seperti ayah, ibu, adik dan diri sendiri yang menimbulkan
keinsafan akan tindakan mereka sebelum ini. Sesungguhnya, remaja yang melibatkan diri dalam
amalan murni ini akan memandang ibu dan ayah mereka dengan satu pandangan yang berbeza
kerana mereka sudah sedar sikap hormat amat penting dalam naluri manusia itu.
Impak terakhir yang boleh dilihat dalam diri remaja ialah imej remaja itu sendiri akan
berubah. Kalau sebelum ini remaja kita sering dipandang serong dengan pelbagai tohaman
dilemparkan kepada mereka baik di dalam media massa mahupun jiran tetangga, imej itu sudah
berubah sama sekali. Remaja yang melibatkan diri dalam khidmat masyarakat akan dipandang
tinggi oleh masyarakat setempat kerana remaja itu sudah membuktikan bahawa diri mereka
mampu melakukan sesuatu yang positif untuk memajukan masyarakat mereka. Jadi, semakin
kerap remaja melibatkan diri dalam khidmat masyarakat semakin tinggilah imej remaja itu pada
mata
masyarakat
dan
keluarganya.
Kesimpulannya, semua impak positif yang dinyatakan di atas bakal timbul dalam diri
semua remaja yang berani melibatkan diri mereka dalam aktiviti murni ini. Semakin banyak
remaja yang terbabit dalam program khidmat masyarakat ini semakin baiklah buat negara kerana
satu kelompok remaja yang berwawasan tinggi berupaya dihasilkan pula. Kewujudan remaja
sebeginilah yang mampu menjadikan negara kita berupaya mengahrungi cabaran globalisasi
yang semakin sengit itu.

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhiakhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini
diamalkan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan
kepentingannya.
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran
bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin
hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak
kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada
kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira
kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama.
Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan
antara
jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang
bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan
semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain
melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur
berdasarkan
majlis
sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran
semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik
sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula
mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta
meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting
dalam
memulakan
usaha
memupuk
semangat
mulia
ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat
hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin
dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan
akan
terus
mekar
dalam
masyarakat
kita.
Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam
masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat
strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling
berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik
tolak
pembentukan
konsep
perpaduan
nasional.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah
yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus
diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri
"siapakah jiran kita?

Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat.
Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan.
Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk
menjaga
kesihatan.
Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap
kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik
kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada
kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat.
Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah
baik.
Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang
sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang seimbag
memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan
seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan
perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh
dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang.
Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk
menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga
dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk
memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini
akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun.
Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu
sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut meningkat
melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh
badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami
oleh seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam

kalangan

masyarakat

moden

terutama

di

negara

ini.

Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan doktor
setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu
mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit
dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan
penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan
oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak
kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak
dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli
kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang
ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada
majlis
perayaan
ini,
semua
kaum
akan
merayakannya
bersama-sama.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama
Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang
disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari
Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini.
Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti
perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada
negara
dan
masyarakat
yang
mendiami
negara
tercinta
ini.
Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi
antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan
yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan
hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang
utuh
di
negara
ini
yang
menjadi
sanjungan
masyarakat
luar.
Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka
yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng
perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan
menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan
remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di
negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini?
Pandangan masyarakat terutama orang luar turut berubah. Negara akan dilihat sebagai
mempunyai keunikan perayaan yang tidak mampu dilihat di negara lain. Kepelbagaian perayaan
ini memberi satu bentuk unik dalam pandangan orang asing terhadap negara ini. Lantaran itu
kehadiran pelancong asing turut bertambah kerana mereka ingin dan berpeluang melihat pelbagai
perayaan dalam sebuah negara daripada pergi ke beberapa negara untuk melihat pelbagai
perayaan.
Malaysia
satu
negara
tetapi
banyak
perayaan.

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang.


Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang
disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali
perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Sudah
pasti
situasi
ini
menjana
pertumbuhan
ekonomi
negara.
Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu
rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu
sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau
itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia
sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan
perayaan.

Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan
merupakan
antara
bencana
alam
tersebut.
Nyatakan
punca-punca
dan
usaha-usaha
menangani
masalah
ini.
Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan
penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan
kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketika bumi
dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini.
Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang
boleh
diambil
untuk
membendungnya
daripada
terus
berlaku.
Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama
kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi
pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk
menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi
menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu,
kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.
Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong
berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan
telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian
bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang
bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai
rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru,
pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan
berhati-hati
supaya
tidak
menjejaskan
sistem
ekologi
secara
drastik.
Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran
sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan
keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa
depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana

manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana
alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan
baik.
Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan
berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada
pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan
harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam
pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan
dengan
mudah.
Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan.
Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah
yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang
dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai
alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu
menangani
isu
ini
dengan
lebih
baik.

Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil
lewa kerana menganggap alam bukan tanggung jawab mereka telah menyebabkan masalah ini
menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana
alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita
menilai nyawa manusia sama seperti alam?

Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal
dikatakan menjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan maklumat.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media cetak
di
negara
ini.
Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara kita
pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin meningkat
saban tahun walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh
mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari informasi sudah mula
kelihatan. Jadi, media cetak di negara ini memiliki peranan-peranan besar yang mampu
membentuk
satu
masyarakat
negara
yang
berkualiti
mindanya.
Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat
kepada masyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang berlaku di
negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita mengetahui semua
perkara yang berlaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikap berlumba-lumba media cetak
untuk mendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan masyarakat sering mendapat maklumat
lebih
awal
mengenai
sesuatu
perkara.
Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita
yang lebih kritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak yang
berlandaskan penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang menyebabkan pembaca
mampu melihat sesuatu peristiwa yang berlaku itu dengan lebih mendalam. Media cetak
mengupas semua isu yang berlaku daripada pelbagai sudut sehingga menyebabkan fenomena
yang berlaku itu difahami oleh amsyarakat. Jelaslah, media cetak mampu menghasilkan satu
generasi masyarakat yang memiliki minda yang kritis apabila membicarakan sesuatu topik.
Malahan, media cetak turut menyiarkan cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran.

Berita-berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu sudah
pasti menjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita jenis ini
memberi satu pengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya menyebabkan
berlakunya satu perubahan diri dan minda mereka terhadap perkara tersebut. Oleh itu,
pembacaan bahan media cetak memberikan pembaca satu pengajaran yang mampu membawa
kebaikan.
Tambahan pula, media cetak mampu menyiarkan bahan-bahan yang boleh menolong
kehidupan seseorang. Iklan mengenai peluang kerjaya, pengumuman sesuatu peristiwa dan
peluang perniagaan dapat membantu kehidupan seseorang. Masyarakat kita masih menggunakan
media cetak untuk mendapatkan kerja berbanding dengan sumber-sumber lain. Jadi, media cetak
bukan sahaja memberi maklumat tetapi menyiarkan bahan-bahan yang boleh membantu
kehidupan
seseorang
itu.
Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting
dalam memastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini. Ruang
untuk media cetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebih murah
berbanding jenis media yang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan kewujudan bahan
media cetak yang lebih mengutamakan isu-isu gosip atau sensasi daripada berita-berita yang
benar-benar berlaku di negara ini.
Kempen nilai-nilai murni yang dijalankan oleh kerajaan mula mendapat perhatian
masyarakat.
Pelbagai
kempen
yang
dilaksanakan
memang
baik.
Huraikan
kepentingan
memupuk
nilai
murni
ini.
Usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam hati nurani rakyatnya telah
mula menampakkan hasil. Usaha melalui iklan, kempen, dan dasar kerajaan telah memberi satu
nafas baru kepada masyarakat untuk menjadi satu masyarakat bertamadun yang mampu
menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami. Jadi, memang nilai-nilai murni memiliki
kepentingan
dalam
pembentukan
masyarakat.
Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua peraturan atau
norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Naluri generasi muda yang suka memberontak dapat
dikawal melalui nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin dalam usaha mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan. Jadi, memang satu perkara baik kalau nilai murni mampu menjadikan
generasi
muda
sebagai
satu
golongan
yang
mematuhi
peraturan
negara.
Lantaran sikap generasi muda yang mematuhi peraturan dapat dijelmakan melalui sikap
mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur jenayah atau tidak bermoral. Kita
tidak lagi mendengar remaja terbabit dalam peras ugut, terbabit dalam dadah, atau menjadi mat
rempit. Remaja akan menjadi satu golongan yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat
tanpa mengira kaum. Bukankah ini satu kejayaan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh
kerajaan?
Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukan nilai murni
memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semua kaum akan menghargai
pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpa menimbulkan sebarang isu sensitif kepada
kaum lain. Keadaan ini menjamin keadaan negara dalam suasana yang harmoni dan sesuai untuk
pertumbuhan ekonomi. Orang memberi, kita berasa, orang berbudi, kita berbahasa.

Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat
negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unik kerana moden tetapi mengekalkan budaya
yang baik. Masyarakat juga masih mempunyai disiplin dan berperibadi mulia. Semua ini akan
memberi satu tanggapan positif kepada negara kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-mana
tempat
mereka
berada.
Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua, menjaga
kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu
melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus
diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni
akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Kerajaan mewajibkan program 1Murid1Sukan di setiap sekolah.


Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
Aktiviti sukan dilihat sebagai satu aktiviti riadah yang baik untuk pelajar di sekolah.
Antara aktiviti yang positif ini meliputi acara larian, bola sepak, hoki, badminton, dan
sebagainya. Pihak media massa turut menyiarkan banyak bahan berita yang menekankan peri
pentingnya sukan dalam kehidupan pelajar yang penuh tekanan itu. Lantaran itu, pelajar yang
menyertai aktiviti sukan akan memperoleh pelbagai kesan baik.
Impak positif yang pertama melibatkan masa lapang pelajar berkenaan dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah. Pelajar tidak akan bercampur dengan golongan yang tidak bermoral
kerana aktiviti sukan dijalankan di kawasan sekolah dengan pengawasan pihak guru pula. Masa
untuk menghabiskan sesuatu acara sukan itu juga memerlukan tempoh yang lama seperti bola
sepak yang pastinya mengambil masa sejam lebih. Jadi, pelajar yang terlibat dalam acara sukan
akan memenuhkan masa lapangnya dengan baik.
Selain itu, pelajar yang sering menyertai aktiviti sukan dikatakan lebih sihat berbanding
dengan pelajar yang melakukan sebarang aktiviti senaman itu. Sukan memerlukan tenaga dan
pelajar pasti akan berpeluh apabila melakukan acara sukan seperti hoki dan badminton itu. Peluh
yang keluar ini turut menyingkirkan toksik badan selain mengurangkan tekanan yang dihadapi
oleh pelajar itu. Jelaslah, pelajar akan sihat kerana masa tidur mereka juga terjaga kerana sudah
keletihan menjalani latihan sukan di sekolah itu.
Malah, pemupukan nilai-nilai murni turut berlaku apabila seseorang pelajar itu menyertai
aktiviti sukan di sekolah. Nilai murni seperti bekerjasama, berbincang, berfikir secara kritis dan
bersemangat juang pasti tertanam kerana semua nilai ini diperlukan dalam sebarang acara sukan
itu. Pelajar yang sudah selalu menyertai sukan akan turut mengamalkan nilai sebegini dalam
kehidupan harian mereka yang penuh dengan dugaan itu. Jadi, nilai-nilai murni dapat dipupuk

jika pelajar menyertai acara sukan di sekolah.


Malahan, pelajar yang berbakat dalam acara sukan ini juga boleh menjadi pasukan
pelapis kepada atlet negara pada masa hadapan. Usia yang masih muda dan peluang untuk dilatih
dalam tempoh tertentu menjadikan pelajar calon terbaik untuk meneruskan kegemilangan
pasukan negara dalam acara sukan akan terus berlaku. Mereka apabila mencapai umur tertentu
pula akan bertanding untuk memastikan imej sukan negara terus terpelihara. Maka, pelajar yang
menyertai acara sukan boleh dilihat sebagai berpotensi untuk mewakili negara pada masa
hadapan pula.
Sukan juga dilihat sebagai satu kaedah psikologi untuk memberikan keyakinan kepada
diri pelajar itu. Acara sukan memerlukan pelajar berinteraksi dan melakukan sesuatu yang diluar
kemampuan biasa mereka itu terutama ketika bersaing dalam pertandingan sukan. Kejayaan
pelajar melakukan sesuatu yang luar biasa dalam sukan boleh memberikan mereka satu
keyakinan bahawa diri mereka bagus dalam sesuatu perkara itu. Sesungguhnya, pelajar akan
melihat diri mereka dengan berbeza setelah menyedari potensi diri mereka menerusi acara sukan
yang disertai itu.

Kesimpulannya, semua impak positif tadi memang boleh dialami oleh pelajar kita yang
menyertai acara sukan tersebut. Ibu bapa hendaklah memberikan sokongan yang padu kepada
anak mereka agar melibatkan diri dalam acara sebegini. Sukan tidak harus dilihat sebagai sesuatu
yang membazirkan masa dan tenaga sahaja kerana kejayaan pelajar tidak harus diukur
berdasarkan kejayaan dalam akademik sahaja bersesuaian dengan slogan badan cergas, otak
cerdas. Sudah sampai masanya kita melihat sukan sebagai satu komponen utama dalam usaha
memajukan sistem pendidikan negara itu.

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh remaja dalam mengharungi kehidupan


zaman globaisasi. Huraikan kemahiran itu.
Kemahiran remaja bermaksud kelebihan yang dimiliki oleh seseorang remaja itu melalui
pendidikan yang diterimanya. Remaja yang berkemahiran boleh mengharungi cabaran kehidupan
dengan lebih baik dan mudah terutama apabila mereka dewasa kelak. Pihak media massa juga
sering menguar-uarkan kepentingan remaja memiliki kemahiran ini dengan menyiarkan pelbagai
berita tentang kemahiran ini. Jadi, apakah kemahiran-kemahiran yang harus dikuasai oleh remaja
kita itu semua?
Kemahiran utama yang harus dimiliki oleh remaja kita ialah mempunyai kebolehan
berbicara dalam dwibahasa itu. Mereka boleh menguasai bahasa asing ini dengan memasuki
kelas bahasa secara peribadi atau berbual-bual dengan rakan yang berlainan keturunan itu ketika
berada di sekolah. Kemampuan berbahasa selain bahasa ibunda ini memberikan satu keyakinan
diri kepada remaja dan peluang untuk memperoleh sesuatu kerjaya pada masa depan juga lebih
cerah. Ringkasnya, kemampuan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa boleh menjadikan diri
remaja itu lebih berketerampilan dalam menjalani kehidupan masyarakat moden itu.
Selain itu, remaja yang bijak akan memahirkan diri mereka dalam teknik berkomunikasi
yang betul. Kebolehan bertutur ini boleh dikuasai dengan baik menerusi amalan bertutur dengan
rakan, guru, dan masyarakat secara umum tanpa mengira situasinya. Kebolehan berkomunikasi
bukan sahaja memudahkan remaja meluahkan perasaan mereka tetapi juga kreativiti tertentu dan
memahami situasi yang sedang berlaku di depan mereka itu. Jelaslah, kemahiran berkomunikasi
ini akan membawa remaja mengharungi kehidupannya dengan lebih yakin terutama alam kerjaya
yang penuh celaru tersebut.
Aspek kemahiran kepemimpinan juga penting dikuasai oleh remaja dalam era globalisasi
ini. Kelebihan aspek ini dikuasai apabila remaja menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh

pihak sekolah terutamanya aktiviti berunsur persatuan dan pasukan beruniform itu. Remaja akan
dididik cara untuk menguruskan sesuatu projek dengan lancar dan efektif sambil memahami ciriciri manusia secara umumnya. Jadi, remaja akan mampu untuk meneruskan kehidupan masa
depan mereka dengan penuh keyakinan kerana sedar diri mereka memiliki kemahiran yang
diperlukan tersebut.
Dunia zaman ini dikuasai oleh kemajuan teknologi komunikasi berunsurkan komputer,
telefon bimbit, dan satelit yang harus difahami oleh remaja. Mereka hendaklah membiasakan diri
menggunakan peralatan komputer dan sebagainya untuk memastikan pengetahuan mereka
terhadap teknologi komunikasi moden begitu mendalam. Kelebihan dalam situasi ini
memudahkan remaja untuk melakukan pelbagai perkara terutama yang melibatkan penggunaan
teknologi komputer pada masa depan itu. Lantaran itu, remaja tidak akan tersisih daripada
pelbagai kejadian yang melanda dunia ini apabila mereka menguasai kemahiran dalam teknologi
komunikasi tersebut.

Akhir sekali, remaja hendaklah memiliki kemahiran berfikir secara rasional dan logik
dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kemahiran ini mampu dikuasai apabila remaja diajar
agar melihat semua sudut pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu isu yang
melanda diri mereka itu oleh pihak ibu bapa dan guru. Pemikiran rasional ini akan menjadikan
remaja tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya, undang-undang, dan
perasaan pihak lain di negara ini. Akibatnya, suasana harmoni di negara ini akan terus wujud
kerana rakyat kita mampu untuk menyelesaikan semua kemelut yang berbangkit secara rasional
dan mengikut fakta yang sahih itu.
Natijahnya, semua kemahiran yang dihuraikan tadi perlulah dimiliki oleh remaja kita
tanpa banyak dalih pula. Pihak ibu bapa dan sekolah perlulah merangka pelbagai aktiviti yang
bersesuaian supaya generasi muda itu menerima latihan yang betul untuk menguasai semua
kemahiran itu. Kegagalan kita sebagai masyarakat untuk menyediakan remaja dalam
mengharungi cabaran hidup masa depan merupakan satu kesalahan yang sukar untuk dimaafkan.
Bak kata pepatah pemuda harapan negara, pemudi tiang negara yang membuktikan betapa
tingginya harapan masyarakat terhadap kemampuan remaja kita untuk meneruskan perjuangan
memajukan negara ini menjadi sebuah negara moden kelak.

Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin diketepikan. Pada pendapat
anda, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasi
gejala ini berlaku.
Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap
bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu
meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak
menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak
berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini?
Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang dan
kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa ibu bapa
tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul kepada anak.
Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan kaedah materialistik untuk mengatasi
kesibukan mereka bekerja itu dalam mendidik anak. Akibatnya, kepincangan akhlak dan semakin
menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan remaja dalam kadar yang begitu pantas serta
meluas.
Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di negara ini dalam tempoh terdekat turut
menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita. Pelbagai program yang tersiar terutama penyiaran
budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi bahasa yang
menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Semakin lama remaja menonton
program yang sebegini semakin terjejaslah konsep budi bahasa yang diterapkan dalam dirinya
oleh ibu bapa dan pihak masyarakat itu. Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi bahasa kerana
terpedaya dengan kandungan palsu atau berunsur imaginasi khayalan media massa yang diimport
itu.
Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan paling utama dalam
membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka harus meluangkan masa dan mempamerkan teladan
yang betul serta memberikan didikan keagamaan kepada golongan muda itu. Remaja lebih
mudah meniru budi bahasa itu apabila melihat sendiri kelakuan baik yang dilakukan oleh ibu
bapa mereka. Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu bapa tidak mementingkan
aspek kebendaan sahaja.

Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan sistem
pendidikan yang menekankan falsafah kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di sekolah
hendaklah menekankan keperluan membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang peribadinya
dalam segi jasmani, rohani, dan intelektual. Masa pelajar banyak dihabiskan di sekolah yang
membolehkan pihak sekolah menyemai nilai budi bahasa ini dengan lebih baik lagi mendalam
itu. Sesungguhnya, kejayaan pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan tugasnya bakal
menghasilkan remaja yang berbudi bahasa itu.
Kerajaan juga boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja dengan
mewujudkan satu program khas untuk remaja. Program Khidmat Negara merupakan satu aktiviti
yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan terutama menekankan lebih
banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan oleh remaja zaman ini. Remaja yang
menyertai program sebegini akan berinteraksi sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama lalu
penyemaian budi bahasa boleh dilaksanakan dengan mudah. Lantaran itu, program yang
bercorak kebangsaan tentang budi bahasa harus dilancarkan oleh kerajaan dengan segera.
Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan
kemelut sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah lagi bertamadun buat
manusia. Jika remaja masih tidak mahu berubah sudah pasti masa depan negara ini akan
mengalami satu zaman kegelapan yang panjang pula kerana budi bahasa merupakan asas
kehidupan manusia sejagat. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang menekankan
betapa pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi bahasa ini dalam merealisasikan hasrat
negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang, dan terbilang itu.
Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini ekoran
peningkatan kes sosial pula.
Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan
insititusi keluarga ini.
Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah,
ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih
banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula. Tindakan media massa yang
memaparkan peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan institusi keluarga telah
menyebabkan semua pihak berasa terkejut lalu pelbagai pendapat kedengaran pula. Jadi, apakah
langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan institusi keluarga di
negara ini terus utuh?
Tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan menggubal satu
perundangan baru yang boleh memastikan keutuhan keluarga di negara ini terus berkekalan.
Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian,
penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan
keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari
dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh memberi
impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan
satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik
di negara ini.
Selain itu, kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang peri pentingnya
institusi keluarga ini diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa
kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki
persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya
untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya
masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah
mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada
masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu keluarga yang
sempurna.

Bukan sahaja penggubalan perundangan dan menjalankan kempen tetapi kerajaan juga
boleh menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan
kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan
perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini pula.
Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan
sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menangani masalah sosial yang berlaku
itu. Sesungguhnya, penubuhan sebuah agensi khas keluarga sebegini mampu menjadikan semua
aktiviti yang dilaksanakan terancang dan tepat kea rah sasarannya.
Tindakan seterusnya ialah kerajaan boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan
yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka dalam
kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiri apabila
sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu
lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh itu,
kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan
berkesan.
Malahan, keutuhan keluarga ini juga mampu ditingkatkan oleh kerajaan dengan
menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang
berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini terutama di
kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa
untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka
mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru, kemampuan
kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini bakal menyaksikan semua
gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula.
Kesimpulannya, semua tindakan yang diutarakan tadi sememangnya mampu
menghasilkan satu institusi keluarga yang utuh di negara ini. Kerjasama semua pihak terutama
ibu bapaamat diperlukan jika tindakan-tindakan ini ingin mencapai sasarannya. Kegagalan untuk
memberikan kerjasama yang sewajarnya pasti menjadikan gejala sosial yang melanda negara ini
terus bertambah saban tahun. Slogan Rumahku, Syurgaku membuktikan betapa pentingnya
keharmonian dan keutuhan keluarga itu buat pendidikan generasi masa depan negara ini.

Bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan tsunami banyak


melanda negara jiran kita. Sebagai sebuah negara yang
mementingkan semangat muhibah serantau, Malaysia harus
bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana
alam tersebut.
Berikan cadangan anda tentang bentuk-bentuk bantuan dan
sumbangan yang dapat disumbangkan oleh rakyat kita kepada
mangsa-mangsa bencana alam tersebut.
Rantau Asia Tenggara merupakan kawasan yang tidak sunyi daripada
kejadian bencana alam yang besar. Bencana alam seperti gempa bumi,
kebakaran hutan, tsunami dan ribut taufan serta letupan gunung berapi
menjadi sesuatu yang biasa pula di rantau ini terutama di Indonesia, Filipina
dan Vietnam. Kekerapan kejadian ini menyebabkan banyak nyawa melayang
dan tidak kurang juga kemusnahan harga benda berlaku dengan tinggi. Oleh
itu, sebagai sebuah negara jiran yang bertanggungjawab, Malaysia telah
banyak menghulurkan pelbagai sumbangan bantuan yang mampu untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh negara jiran itu.
Sumbangan yang paling mudah dan efektif ialah bantuan kewangan
terutama dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan dan minuman.
Malaysia sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kewangan baik dalam
bentuk pinjaman mahupun wang tunai ke Indonesia dan Filipina ketika
negara itu dilanda bencana alam. Bantuan ini berupaya memudahkan rakyat
kedua-dua negara itu untuk meneruskan kehidupan setelah kehilangan
rumah dan pekerjaan mereka akibat kejadian fenomena alam itu. Justeru,
bantuan kewangan menjadi bantuan yang paling penting dihulurkan oleh
Malaysia kepada negara jirannya yang mengalami bencana alam.

Selain itu, negara kita juga ada menghantar pakar-pakar yang boleh
membuat penilaian dan memberikan idea untuk membangunkan semula
kawasan yang dilanda bencana alam itu. Kejadian gempa bumi dan tsunami
mampu memusnahkan kawasan rumah dan bangunan yang memerlukan
kemahiran pakar-pakar untuk membinanya semula dengan segera.
Kehadiran pakar-pakar ini juga memberikan suntikan keyakinan kepada
mangsa-mangsa bencana alam itu untuk membina semula rumah mereka
yang sudah tiada tersebut. Lantaran itu, penghantaran pakar-pakar ke
negara yang dilanda bencana berupaya memastikan proses pembangunan
semula berjalan lancar.
Pada masa yang sama bekalan perubatan juga menjadi sumbangan
penting dari Malaysia ke negara jiran yang dilanda bencana alam itu. Banyak
pertubuhan sukarela negara ini yang menghantar pasukan perubatan
mereka dengan segera ke tempat bencana alam untuk memastikan tahap
kesihatan di sana terjamin untuk memastikan penularan wabak penyakit
seperti taun dan demam tidak berlaku pula. Mangsa-mangsa yang
mengalami kecederaan juga boleh dirawat oleh pasukan perubatan yang
dihantar oleh pertubuhan bukan kerajaan itu. Jelaslah, sumbangan dalam
bentuk perubatan memberikan satu harapan baru kepada negara-negara
jiran kita yang dilanda musibah alam itu.
Malah, Malaysia juga membuat kerjasama yang lebih luas dengan
bersetuju untuk membuat pengawasan dan memperkenalkan dasar-dasar
mencegah bencana alam. Kejadian tsunami beberapa tahun lalu telah
menyebabkan Malaysia dan negara-negara jiran memasang sistem pengesan
amaran awal tsunami di kawasan perairan masing-masing yang
kemudiannya boleh dikongsi maklumat itu ke seluruh negara pula. Konsep
kerjasama sebegini memastikan sebarang kejadian tsunami atau gempa
bumi bawah laut boleh diketahui dengan lebih cepat dan teratur oleh
negara-negara di rantau ini lalu mengurangkan risiko kematian pula. Maka,
negara kita telah memberikan kerjasama yang jitu dan jujur dalam usaha
untuk menangani kejadian bencana alam ini.
Konklusinya, semua sumbangan yang diberikan oleh negara itu telah
dilakukan, sedang dan akan terus dilaksanakan pada masa hadapan. Sikap
sebeginilah yang telah menyebabkan imej negara terus dihormati oleh
negara-negara jiran kerana sanggup berkorban demi kebajikan rakyat negara
lain. Walaupun Malaysia jarang dilanda bencana alam yang mengorbankan
ribuan rakyatnya tetapi kita menyedari kesengsaraan yang dialami itu.
Semoga sikap positif sebegini akan berterusan selama-lamanya.
Semasa negara lain di dunia mengalami ketidaktenteraman berikutan masalah
peperangan, Malaysia tetap berjaya mengekalkan keamanan sosial, ekonomi, dan
politiknya. Keadaan itu banyak didorong oleh usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan
keamanan negara.
Berdasarkan pernyataan tersebut, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
mengekalkan keamanan negara kita.
Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini
terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa
bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan

imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan
tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini
untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.
Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuan
ketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang
berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatan
ketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara
berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negara
menjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi.
Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiran
terutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkan untuk
menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada
masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu
menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihan faham
yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi, kerjasama erat
antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang
tinggi.
Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan
di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat. Pilihanraya dan
proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunaslunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan
keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses
demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek
keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.
Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yang
sudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah
berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan sebarang
masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk
mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang kerana tidak timbul
perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum di sini. Maka, usaha
mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk
memastikan keamanan itu berkekalan.
Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda
negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis
yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negara ini bertambah
baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satu suasana yang tenang
dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuah negara yang baik untuk terus
didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipan mereka telah menjadikan aspek
keamanan di negara ini terus wujud.
Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selamalamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga
kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai
aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.

Kebudayaan warisan bangsa negara ini semakin dilupakan oleh remaja kita dek arus
pembangunan yang rancak itu.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk melestarikan warisan seni budaya.
Kebudayaan warisan bangsa bolehlah ditakrifkan sebagai kebudayaan sesuatu bangsa itu
yang amat dihargai oleh rakyat. Kebudayaan warisan bangsa merujuk budaya yang sudah
diamalkan sejak berkurun lamanya oleh sesuatu bangsa itu. Antara kebudayaan itu meliputi
pakaian, makanan dan juga bahasa yang begitu diagungkan oleh setiap kaum itu. Pihak media
massa juga ada menyiarkan pelbagai ulasan mereka tentang kebudayaan warisan kita yang
semakin terhakis terutama dalam jiwa remaja zaman modern ini. Lantaran itu, pelbagai langkah

susulan boleh diambil untuk memastikan kebudayaan warisan ini terus berkekalan.
Langkah awal sudah pasti melibatkan penggunaan kempen kesedaran yang berkesan oleh
pihak berkuasa. Kempen ini disiarkan melalui media massa dengan menggunakan tokoh budaya
sebagai jurucakap kempen itu bersama-sama informasi yang lengkap tentang kebudayaan kita.
Kaedah ini memastikan remaja memahami dan mengetahui mengenai kebudayaan sendiri dengan
mudah dan menarik pula lalu timbul perasaan menghargainya. Jadi, kempen yang efektif
berupaya untuk memastikan kebudayaan ini terus berkekalan.
Selain itu, pihak berkuasa boleh menubuhkan pelbagai agensi dan institusi latihan yang
berkaitan dengan kebudayaan ini. Peranan agensi ini adalah untuk melancarkan program
berkaitan dengan kebudayaan sepanjang tahun dan institusi ini pula berpeluang melatih remaja
tentang aspek kebudayaan itu dengan baik. Sudah pasti ramai remaja kita akan mahir dalam
tarian, seni tukang, lukisan corak batik dan nyanyian dondang sayang itu. Jelaslah, kewujudan
agensi khas dan institusi latihan menjamin kebudayaan kita ini terus wujud dalam sanubari
remaja kita pula.
Bukan sahaja kempen dilancarkan dan agensi serta insitusi ditubuhkan tetapi perubahan
minda masyarakat terhadap kebudayaan juga harus berlaku dengan drastiknya. Masyarakat
terutama ibu bapa sering memandang rendah aktiviti atau kerjaya dalam bidang kebudayaan
dengan alasan tiada prospek masa depan. Jika ibu bapa melihat kebudayaan sesuatu yang baik
sudah pasti remaja lebih rela untuk melibatkan dirinya dalam sebarang aktiviti budaya ini.
Sesungguhnya, persepsi masyarakat yang kelirulah yang menyebabkan kebudayaan kita terus
whiling ditelan dek zaman.
Malah, pemberian pelbagai insentif daripada pihak kerajaan boleh memberikan galakan
agar masyarakat menghargai kebudayaan ini. Pemberian insentif itu meliputi pemberian geran
kewangan, biasiswa, kemudahan pinjaman dan sebagainya yang memudahkan pihak tertentu
untuk mengikuti latihan atau menganjurkan program berunsur kebudayaan ini. Jika lebih banyak
aktiviti kebudayaan boleh dianjurkan sudah pasti tahap kefahaman masyarakat tentang
kepentingan kebudayaan itu amat dihargai pula. Oleh itu, insentif yang betul dan banyak serta
mudah memberikan satu peluang untuk kebudayaan ini terus wujud di Malaysia.

Tambahan pula, kebudayaan warisan negara ini boleh diteruskan melalui pengawalan budaya
asing ke negara ini. Maksudnya, semua program televisyen yang berunsur budaya kuning
hendaklah dipantau oleh pihak berkuasa kerana penghakisan kebudayaan warisan negara ini
berlaku disebabkan oleh mudahnya budaya luar meresap ke dalam jiwa remaja. Kesukaran untuk
melihat budaya luar mengurangkan risiko buat remaja untuk mengikuti budaya yang tidak sesuai
itu. Maka, tindakan tegas untuk mengawal kehadiran budaya luar menjadi benteng asas
memastikan kebudayaan warisan kita ini terus wujud untuk beberapa dekad akan datang pula.

Kesimpulannya, semua tindakan yang disuarakan tadi memang praktikal untuk


dilaksanakan di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutama remaja itu amat diperlukan agar
kebudayaan kita ini terus berkekalan. Kegagalan untuk mengekalkan kebudayaan sendiri boleh
menyebabkan imej negara dan masyarakat itu sendiri akan musnah dalam sekelip mata sahaja.
Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan betapa
pentingnya kebudayaan sesebuah bangsa itu dalam kehidupan.

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu
golongan ini?
Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan
fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan
fizikal dan mental ini menghalang mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti
sosial, rekreasi, pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara

umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kelainan upaya secara kekal
dan kelainan upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada,
masyarakat kelainan upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi
sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU
meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan
kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal
ini demikian kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam
keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain.
Tidak kupinta lahir ke dunia,
Tidak kuduga cacat begini,
Tiada insan yang mahu dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna justeru golongan
Kelainan Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai
perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak
berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan
tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan
awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak
dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar
mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan
penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan
artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3
seperti Bersamamu kerap kali memaparkan kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian
masyarakat. Melalui rancangan ini, perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak
langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung
khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan
kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati
berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada
mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang. Golongan Kelainan
Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan
peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti,
Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini, OKU dilatih
dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada
makan gaji atau berniaga sendiri. Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi
menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan
dan elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan
pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan
Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat
meringankan beban OKU malah dapat menggembirakan hati mereka dalam meneruskan
kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan
sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang
susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan
modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan
masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan

golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada
orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada
OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang
menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu, kemudahan pendidikan khas ini
mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal.
Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kuota pengajian di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu,
peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka
ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat
dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya
sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani walhal
sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Selain itu, usaha
murni Pasar raya Besar Carrefour yang telah menyasarkan lima peratus daripada pekerjanya
ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada OKU dan membantu
mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk
meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan
hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu
menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh membantu golongan
ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti.
Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam
usaha membantu golongan OKU.

Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.


Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan
harapan mereka itu tercapai.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Pernyataan ini jelas
menunjukkan bahawa hasrat semua ibu bapa di dunia ini adalah sama. Sesungguhnya, ibu bapa
merupakan insan mulia yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang

bagai menatang minyak yang penuh. Mereka merupakan orang yang paling banyak berkorban
demi kesejahteraan hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa, Tiada anugerah yang
lebih berharga yang diberikan oleh ibu dan ayah kepada anaknya kecuali tunjuk ajar dan budi
pekerti yang mulia. Ungkapan ini jelas memaparkan betapa besar pengorbanan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita
perlu sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa kita dan sentiasa bersedia untuk membalas budi
mereka agar kita tidak dianggap sebagai anak yang derhaka atau kacang lupakan kulit.. Satu
perkara yang amat wajar kita lakukan dalam kehidupan kita ialah memenuhi harapan ibu bapa
terhadap kita agar berjaya dalam hidup. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang wajar saya
lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai?
Usaha pertama yang perlu saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai ialah
saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya
akan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar di kelas. Sekiranya terdapat
topik yang tidak difahami, saya akan bertanya kepada guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik pada zaman ini menentukan keadaan masa
hadapan seseorang kerana mereka yang cemerlang dalam akademik biasanya mempunyai masa
hadapan yang cerah. Kejayaan yang saya capai ini, sudah pasti dapat membanggakan kedua-dua
ibu bapa dan keluarga. Pada era globalisasi ini yang penuh dengan persaingan ini, amat penting
bagi seseorang mencapai kecemerlangan akademik untuk bersaing dengan orang lain
terutamanya dalam alam pekerjaan. Masyarakat kini menilai seseorang berdasarkan pencapaian
akademiknya. . Saya akan sentiasa berusaha untuk membolehkan diri saya meraih kejayaan dan
kegembiraan setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Oleh itu, saya akan membuat
persediaan yang rapi sebelum menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan
dengan cemerlang kerana di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.. Pada masa yang sama,
saya juga akan memberi perhatian pada perkara yang berkaitan dengan ilmu selain bidang
akademik. Hal ini kerana saya sedar bahawa kecemerlangan akademik bukanlah segala-galanya.
Seorang insan yang berjaya perlu mahir dalam pelbagai bidang. Tegasnya, saya akan belajar
dengan tekun dan berusaha dengan gigih bagi menunaikan harapan ibu bapa.
Selain itu, saya juga akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam
kehidupan. Saya akan mengamalkan nilai ketabahan, kerajinan, amanah, tidak berputus asa dan
berkeyakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana saya sedar
bahawa orang yang berjaya dalam kehidupan bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang
akademik, malahan perlu menjadi seorang yang cemerlang dari segi akhlak, rohani, intelek dan
emosi iaitu mempraktikkan konsep JERI yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai contohnya, saya akan sentiasa bersopan santun dan menghormati ibu bapa, guru-guru,
jiran tetangga dan orang di sekeliling saya. Amanat ini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan saya dengan orang lain malah dapat membina personaliti yang luhur dalam diri saya.
Saya juga akan sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan bertegur sapa seperti
mengucapkan selamat kepada mereka. Sahsiah yang saya miliki ini pasti akan menggembirakan
hati kedua-dua ibu bapa saya, bak kata pepatah, akhlak yang baik seperti madu, sentiasa manis
dan berkhasiat. Saya akan membuang sikap malas dalam diri agar tidak menghampakan
harapan ibu bapa saya. Akhlak yang terpuji akan menjadi penghias diri dan berjalan seiring
dengan kejayaan yang kita miliki. Kita perlu ingat bahawa sekiranya akhlak seseorang itu buruk,
walau betapa cemerlang pun pencapaiannya dalam akademik tidak akan dihormati dan disegani.
Jelasnya, amalan berbudi bahasa amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama sekiranya
ingin berjaya dalam kehidupan. Pegangan agama yang teguh membolehkan saya mempunyai
benteng keimanan yang kukuh dan ampuh bagi mengelakkan diri saya daripada pengaruh
negatif yang dapat menjejaskan kehidupan saya. Dengan berpegang teguh kepada ajaran agama,
saya akan memiliki jati diri yang utuh untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya ke kancah maksiat. Hal ini kerana Tuhan sentiasa menyeru hambanya
untuk melakukan sesuatu yang baik serta menjauhi perkara yang buruk. Pegangan kepada agama

juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya dan membolehkan saya mempunyai matlamat yang
jelas dalam hidup. Hal ini amat penting dalam menentukan kejayaan saya pada masa hadapan.
Pendidikan agama yang saya peroleh, menjadi pedoman hidup yang boleh membentuk saya
menjadi seorang yang positif dalam segala hal. Saya tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan
yang tidak baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga.
Tegasnya, saya akan berpegang teguh kepada ajaran agama agar dapat mencapai kejayaan dalam
hidup dan membanggakan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan
untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya
tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala
social yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa
memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakanrakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta
ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan
membolehkan saya berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajarkan oleh guru.
Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada
perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak
dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan
mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan
diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam
menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakanrakan yang baik ini
apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup.
Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan
memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya
melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan jiwa dan
stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam
ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang
berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam
hidup saya agar dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
Seterusnya, saya akan meningkatkan keilmuan diri saya dengan pembacaan. Ibnu Khaldun
pernah berkata bahawa membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah
sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa membaca adalah amat
penting dalam menentukan kekuatan dan kejayaan seseorang individu. Saya akan membaca
buku-buku yang berkaitan dengan pembinaan kendiri seperti buku-buku motivasi dan sebagainya
untuk meningkatkan tahap pemikiran diri saya kerana membaca jambatan ilmu. Langkah ini
bagai serampang dua mata kerana selain boleh membantu saya dalam bidang akademik, usaha
tersebut juga dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang berilmu pengetahuan luas. Secara
langsung, kejayaan akan dapat dicapai dalam kehidupan. Saya juga akan cuba memperbaiki
kelemahan diri untuk berjaya dalam kehidupan. termasuk mengatasi sikap malas. Saya akan
mengubah sikap ini untuk mencapai kejayaan dan berubah menjadi seorang yang rajin kerana
rajin dan usaha, tangga kejayaan. Saya berharap agar perubahan yang saya lakukan ini dapat
membolehkan diri saya mencapai harapan ibu bapa iaitu berjaya dalam kehidupan. Apabila
masuk ke alam pekerjaan kelak, saya akan mencari pekerjaan yang stabil dan membalas budi
mereka.

Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan hanya akan
menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya akan sentiasa patuh
kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya sedar bahawa syurga terletak di
bawah tapak kaki ibu. Saya juga sedar bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah
dan pandai saya sekali pun, saya tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam
hidup saya. Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam
daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam masyarakat

dan dunia luar. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima pandangan mereka agar diri
saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin mengakibatkan saya berasa menyesal
buat seumur hidup saya. Mereka merupakan punca tenaga dan dorongan saya untuk mengejar
impian dan cita-cita saya serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya
tidak mungkin berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan
mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian saya dapat dicapai dan yang
paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan berlaku ke atas diri saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai impian dan
kejayaan dalam hidup, saya sebagai remaja perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan.. Saya akan berusaha memastikan agar impian dan cita-cita saya tercapai dan sekali
gus, saya juga dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa saya. Charles Dickens pernah
berkata bahawa kemahuan seperti sebilah pedang yang dapat membuat jalan melalui hutan
rimba. Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa hadapan, tetapi manusia
boleh meramal masa hadapan mereka dengan merancang masa hadapan mereka sebaik-baiknya.
Jelasnya, kita harus memberi peluang kepada diri kita untuk menjadikan impian dan cita-cita
sebagai kenyataan kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT/ DESTINASI


PELANCONGAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara kita
sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong
di negara sendiri? Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang
boleh dikomersialkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan,
Industri Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism.

Klasifikasi ini penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan memudahkan
mereka membuat pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat
tersebut wujud kerana keunikan identiti dan keistimewaan tersendiri. Contohnya, destinasi
pelancongan berasaskan tempat-tempat menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau
Redang dan Taman Negara Bako. Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat
direalisasikan melalui penganjuran Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le
Tour De Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah sektor pelancongan
yang mempunyai identiti tersendiri dapat menarik minat pelancong.
Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik terdapat di negara ini. Malaysia
mempunyai hutan yang menarik. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya,
Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Promosi ini keunikan dan
keindahan alam semula jadi telah diwara-warakan melalui iklan-iklan di media cetak dan media
elektronik termasuklah di laman-laman web. pameran di tempat-tempat awam seperti pasar raya,
pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Contohnya pertandingan memancing Joran anjuran
Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak langsung turut mempromosikan tempattempat menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir dan Empangan Temenggor.
Ringkasnya, Promosi destinasi pelancongan yang giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan
destinasi menarik di Malaysia merupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan utama
pelancong kerana tak kenal maka tak cinta.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan
budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki
masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya
masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke
Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum
Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan
tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal
dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan
masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah
berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang
menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara. .
Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila melancong di pantai, pulau, dan
kawasan tanah tinggi, kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat
Malaysia yang melancong bersama-sama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli
keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson, Desaru
Kota Tinggi, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan lokasi lain yang boleh dijadikan
destinasi pelancongan keluarga. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di
tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di
kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping
melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika.
Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih
dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah
sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang
terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor dominan
menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.
Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya, Mega Mall di
Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain.
Barangan yang dijual di negara kita setanding dengan negara di luar negara. Selain itu, terdapat
juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan
kraftangan Malaysia kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai
pihak. Pada setiap tahun juga, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Contohnya
seperti yang telah dilakukan oleh First World Hotel. Agensi tersebut telah menyediakan pakej
yang murah, serendah RM 88.00 untuk satu malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan,

makan tengah hari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa
tersebut, sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk
memajukan sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu melancong
luar negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha yang
dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di
negara kita merentasi benua dan dunia akan menjadi nyata. Segala usaha yang dirancang dan
direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui
keprihatinan dan rasa bertanggungjawab serta cinta akan negara , nama Malaysia akan menjadi
sebutan dan pilihan utama seluruh penduduk dunia sebagai destinasi merehatkan minda.

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN


Remaja pada masa ini merupakan angkatan muda yang akan menjadi tonggak pemerintahan pada
masa hadapan. Bijak pandai ada berkata, sekiranya kita hendak melihat kepimpinan masa
hadapan, lihatlah remaja yang ada pada masa ini. Lantaran itu, dalam menempuh milenium yang
sarat dengan cabaran reformasi ini, ciri-ciri remaja yang kamil dan mempunyai nilai keinsanan
yang syumul penting untuk membangunkan negara. Dalam hal ini, semua pihak berperanan bagi
melahirkan remaja yang mempunyai ciri-ciri remaja yang berwawasan.

Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana akhlak
yang luhur, datang dari hati yang bersih. Remaja yang berakhlak mulia akan suka didampingi
malah akan meraih rasa hormat daripada orang sekeliling. Remaja yang berakhlak mulia pasti
tidak akan terjebak dengan kemelut sosial yang mementingkan dunia hedonistik semata-mata
serta berusaha untuk menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja-remaja yang
bermasalah. Taat pada agama sudah pasti dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia
kerana semua agama di dunia menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran.
Secara tidak langsung, remaja yang mempunyai sikap mahmudah dapat dilahirkan seterusnya
dapat menjadi seorang insane yang kamil. Remaja yang berakhlak mulia juga sudah pasti dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang mana kaca, yang mana permata, bak kata
peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Jelaslah bahawa
berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.
Selain itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan tinggi.
Remaja yang berwawasan pasti akan berusaha untuk mencari ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu.
Pepatah ada juga mengatakan carilah ilmu sehingga ke negeri China kerana ilmu yang ada
hanya setitik daripada selautan. Malahan, Albert Einstein juga pernah berkata semakin banyak
yang dipelajari, semakin banyak yang tidak diketahui. Dengan melahirkan remaja yang berilmu
pengetahuan, anak muda ini tidak akan mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
serta akan sentiasa dihormati dan disanjung oleh masyarakat sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja
yang berilmu pengetahuan juga merupakan ciri yang vital dalam melahirkan remaja yang
berwawasan.
Di samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk menggapai gamitan
menara impian. Sudah tentulah budaya pesimistik dan culas dikikis serta dibuang jauh untuk
mencapai kejayaan walau seruwet manapun yang diamalkan oleh remaja berwawasan ini. Secara
langsung, remaja berwawasan akan gigih berusaha menggunakan setiap detik dan waktu agar
diisi dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain itu, masa
yang pergi tidak mungkin akan kembali. Oleh itu, remaja yang berwawasan akan memastikan
setiap masa yang terluang diisi dengan perkara yang mendatangkan maslahat seperti menelaah
buku, beriadah atau melakukan ibadah kerana cendekiawan ada mengatakan masa ibarat
pedang,sekiranya kita leka mata pedang itu akan memenggal kita. Jelaslah bahawa, gigih
berusaha merupakan ciri yang signifikan dalam melahirkan remaja yang berwawasan.
Sementelahan itu, bersemangat patriotik juga merupakan ciri remaja berwawasan. Remaja yang
berwawasan akan berusaha menjaga nama baik negara serta memerah keringat untuk menaikkan
nama negara. Remaja yang berwawasan juga akan mengekalkan perpaduan negara yang sudah
sedia terjalin ukhuwah sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi menyahut
seruan Satu Malaysia yang diuar-uarkan oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
Terbuktilah bahawa, remaja yang berwawasan akan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Tuntasnya, semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja yang berwawasan agar
Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok dunia pada masa hadapan.

FAEDAH-FAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER


Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah
di negara kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan
murid sekolah telah mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah bisa
tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.

Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi


maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam
mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu
sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain.
Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam
kalangan pelajar.
Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa
seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh,
program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara
langsung atas talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan
suasana pembelajaran akan lebih ceria.
Seterusnya, faedah belajar menggunakan komputer ialah dapat menjimatkan masa sesi
pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan disediakan terlebih dahulu
oleh guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga dapat dijawab atas talian
tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas. Oleh itu,
faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.
Selain itu, belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik
seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat
terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses
internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu. Jika ini dilakukan, sudah
tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata ,
Usaha Tangga Kejayaan. Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar
berjaya dalam pelajaran.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan
menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Di samping
menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah. Hal ini
bertepatan dengan dasar kerajaan dan saranan Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

KEBAIKAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA


Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman dahulu
lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam
pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. Lantaran itu, Sekolah Berasrama

Penuh (SBP) misalnya, memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lima
bahasa antarabangsa iaitu, bahasa Peranchis, Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui pembelajaran
bahasa antarabangsa. Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak
sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh
itu, banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain
selain bahasa ibunda.
Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk berhubung
atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang akan lebih
berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Sebagai contoh, dengan menguasai
bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu tempat-tempat menarik serta keistimewaan yang
terdapat di negara kita kepada pelancong yang datang ke negara kita. Faedah daripada itu, para
pelancong berasa lebih dihargai malah akan lebih tertarik untuk berkunjung ke negara kita.
Seseorang juga akan lebih memahami psikologi serta penutur jati individu tertentu. Sebaliknya,
tanpa menguasai pelbagai bahasa seseorang sukar untuk menolong walaupun masih mempunyai
niat untuk membantu. Impak daripada itu, para pelancong akan berfikiran negatif dan
berkemungkinan menganggap kita tidak peramah dan bersikap sombong. Jelas bahawa, dengan
menguasai pelbagai kita mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk bertukar fikiran
serta maklumat antara satu sama lain.
Selain itu, dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk memperoleh ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini
ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia.
Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seseorang akan lebih dihormati, dipandang
tinggi serta tidak dianggap bagai katak di bawah tempurung. Sebagai contoh, untuk
meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa Arab
yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran. Sementara itu, bagi golongan pelajar mereka lebih
mudah untuk membuat rujukan sama ada melalui buku-buku atau Internet. Kemahiran
menguasai bahasa Inggeris misalnya, sering kali menjadi halangan kepada pelajar Bumiputera di
pusat pengajian tinggi untuk menghasilkan kajian serta bahan ilmiah yang berkualiti. Tegasnya,
memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang baik sama ada mendengar, bercakap, membaca atau
menulis adalah amat perlu sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia membangunkan modal insan
di negara ini.
Seterusnya, seseorang lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,
baik di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Tambahan lagi kemampuan menguasai dan
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa menjadi semakin penting sekiranya seseorang hendak
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini demikian kerana hampir semua pusat pengajian
tinggi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana kekuatannya sebagai bahasa komunikasi masyarakat dunia. Hal ini
dikukuhkan lagi apabila seseorang ingin melanjutkan pelajaran di negara-negara maju seperti
Jepun dan Peranchis yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar
utama. Tamsilnya, untuk melanjutkan pelajaran di negeri matahari terbit, Jepun pelajar perlulah
mengikuti kurusus untuk menguasai bahasa Jepun terlebih dahulu sebagai pakej untuk terpilih
untuk mengikuti pengajian di sana. Jelas terbukti bahawa penguasaan pelbagai bahasa
memberikan kemudahan kepada setiap orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi di samping mudah untuk memahami budaya dan gaya hidup sesuatu masyarakat
yang ditemui.
Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih
mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan seseorang pekerja yang
berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dianggap mempunyai banyak kelebihan serta
keistimewaan kerana mampu bertutur dengan pelbagai pihak. Sebagai contoh, di Malaysia
seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki
ciri-ciri pekerja yang digemari dan disukai majikan kerana masyarakat majmuk yang terdapat di

negara kita. Di samping itu, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang itu,
menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang kehakiman dan
juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai masa depan yang cerah
kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Begitu juga dalam bidang pelancongan yang amat
memerlukan khidmat pemandu pelancong asing yang boleh menguasai bahasa asing.
Sesungguhnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi menjadi suatu kriteria
dan pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang berkualiti.
Intihanya, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek bahasa tambahan di
peringkat sekolah perlulah dipuji bagi memperkasakan lagi modal insan yang bakal dilahirkan.
Oleh itu, semua pihak khususnya ibu bapa bukan sahaja perlu menerimanya secara positif
malahan memberikan sokongan tanpa wujud perasaan berbelah bahagi. Semua individu
khususnya golongan pelajar perlulah merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan
kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah sekali gus
menyediakan masyarakat yang mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi untuk bersaing di
peringkat global. Justeru, tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin menjadi individu yang
hanya memahami bahasa ibunda atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang pastinya
memberikan kelebihan kepada kita kelak.

CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG


Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada
cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita
tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecapi, negara kita masih
lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak
fikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat
dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga
barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh
dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah
ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat
dituruni.
Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang
berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen
berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar
melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lootze, kehidupan membazir dan tamak
haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah
menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan
dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru
supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan
usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan
membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut
hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan
yang dapat menarik penyertaaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan
artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa
penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh
untuk merungkai masalah kenaikan harga barangan.
Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang
berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan
kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak
dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata
mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan
bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai
kesinambungan idea, tindakan agensi bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna
daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang
patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan
ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau
Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak
ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang
dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang
telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan
CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna
akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak
bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat
seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apakah
gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang
berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada
kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi
bukan kerajaan atau NGO.
Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada
kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut
yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada
manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil
tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa

memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah
memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premispremis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan
juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal,
mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya
dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan
harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar
kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa
yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak
bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.
Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu,
persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak
akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada
menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga
menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan
merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita
sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang
meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan
peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas
gologan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah
menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak
pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna
akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh
para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan
dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka
dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para
pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan
bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut
kenaikan harga barangan di negara ini.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan
masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga
barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar
menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu
ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh
itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk
membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana
Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat
Jenin.

CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU

Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang Perdana
Menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang
mengajarnya membaca dan menulis. Nah, inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang
guru dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat
matahari yang menyinari kehidupan insaniah dengan cahaya ilmunya. Kegigihan guru dalam
mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan. Tanpa usaha dan
pengorbanan guru, tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, caracara menghargai jasa guru yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dan dipericikan
untuk kepentingan bersama.
Memetik kata-kata daripada Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang
menyatakan bahawa pemupukan adab menghormati guru bermula dari rumah dan mengharapkan
ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menghargai jasa guru. Berdasarkan pernyataan
tersebut, jelaslah adab menghormati guru merupakan elemen penting dalam memupuk budi
bahasa dan adab sopan dalam kalangan pelajar. Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika
berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah
sentiasa bermanis muka sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberikan salam ketika
berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, pelajar
yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sikap seperti masuk telinga kiri keluar telinga
kanan perlu dielakkan. Dalam konteks ini, mereka sewajarnya memberikan tumpuan dan
perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan
berbincang tentang pelajaran. Ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, pelajar perlu
menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra.
Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab
sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.
Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga merupakan salah satu cara yang tidak boleh
dikesampingkan oleh pelajar yang terpancar akhlak mulianya. Antara ciri pelajar yang
berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat
dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian
seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin
pelajar untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya
mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang. Peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat, membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam mematuhi
peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah
pelajar. Jelaslah, mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru.
Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan
mengingati dan menghargai jasa guru merupakan amalan yang mulia. Para guru akan berasa
bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai pendidik lagi. Kita
boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei.
Pada hari tersebut, sewajarnya pelajar memberikan hadiah kepada guru yang mengajar mereka
sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang
diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan
dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Nilai bukan ukuran tetapi pemberian yang ikhlas itu lebih
bermakna. Sekiranya pelajar tidak mampu memberikan hadiah, cukuplah sekadaru ucapan
selamat hari guru.

Amalan ziarah-menziarahi guru perlulah dijadikan budaya dalam kalangan pelajar. Menziarahi
guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita menghargai jasa para guru.
Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Sebagai
contohnya, kemungkinan guru ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan
sebagainya kerana malang tidak berbau. Sebagai pelajar, kita perlu menziarahi mereka jika
mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit paha
kanan paha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah
tangan untuk menggembirakan guru sekali gus mengurangkan beban kesakitan yang ditanggung.
Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi
meringankan beban yang mereka tanggung. Hal ini amat bertepatan dengan peribahasa, berat
mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jelaslah bahawa frasa, jasamu dikenang, budimu
disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh
para pelajar.
Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang
telah mengajar dan mendidik kita selama ini. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa
hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang
jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan
daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat
menjalankan tugas mendidik anak watan dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal
dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di
alam barzakh. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa.
Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas
walaupun dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita
mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu
yang kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan. Renungilah bait-bait puisi
di bawah.
Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

DISIPLIN TERAS KEJAYAAN


Mendepani realiti baru era milenium yang pantas berubah dan berkembang ini, masyarakat
dinamik, madani serta inovatif amat diperlukan untuk mencapai kejayaan agar dapat anak watan
di negara ini mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi
seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis. Hal ini demikian, disiplin merupakan cerucuk
fundamental bagi kejayaan sesebuah bangsa. Secara holistik, disiplin merupakan pemangkin bagi
melahirkan sebuah komuniti yang progresif, berketerampilan dan berupaya mendepani setiap
kekangan untuk mengharungi arus perubahan dunia yang semakin mencabar. .
Disiplin dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keinsanan yang syumul. Hal ini demikian,
disiplin merupakan asas bagi sesebuah kejayaan. Contohnya, seseorang pelajar yang ingin
berjaya mestilah rajin untuk mengulang kaji pelajaran, bangun awal ke sekolah, membuat semua
kerja sekolah yang diberikan dan mematuhi peraturan sekolah. Tanpa disiplin, tidak mungkin
seseorang pelajar dapat melakukan perkara-perkara tersebut. Malahan, budaya pesimistik dalam
kalangan pelajar mestilah dikikis demi menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur
Madihah yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008
mendapat 20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang
membelenggu hidupnya sebagai batu penarung. Sebaliknya, disebabkan kerajinan, kegigihan,
ketekunan dan yang paling perdana iaitu disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah
menyuntik semangat dirinya untuk menggapai kejayaan persis kata tokoh terkemuka, Cecil B.
DeMille iaitu orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas
dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang. Jelaslah bahawa disiplin merupakan
formula yang paling manjur untuk anak watan ini meraih kegemilangan dalam kehidupan.
Selain itu, ibu bapa juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk melahirkan sebuah keluarga
sakinah. Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang berat dalam sesebuah institusi keluarga. Ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak agar menjadi warganegara
yang berguna kerana anak yang baru lahir ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorak,
mewarnai dan membentuk keperibadian cahaya mata mereka. Tidak lain tidak bukan, disiplinlah
yang diterapkan dalam diri ibu bapa untuk membentuk diri anak mereka yang gemilang. Bukan
itu sahaja, ibu bapa juga mestilah berupaya menjadi rol model yang baik kerana segala
perwatakan ibu bapa akan dicontohi anak-anak bak kata peribahasa, bagaimana acuannya,
begitulah kuihnya. Malahan, ibu bapa bukan sahaja perlu mendidik anak-anak, mereka juga perlu
menyediakan segala keperluan serta membesarkan anak-anak. Izharnya, ibu bapa juga hendaklah
mempunyai disiplin diri untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan melahirkan anak yang
membudayakan sifat-sifat mahmudah dan menghindari segala unsur mazmumah..
Sementelahan itu, pekerja-pekerja sektor kerajaan mahupun swasta juga tidak terlepas daripada
mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada mereka. Golongan pekerja berkolar putih dan biru ini mestilah menepati masa,
bertanggungjawab dan amanah. Contohnya, seorang pegawai bank mestilah menepati masa
untuk datang ke tempat kerja. Beliau juga hendaklah bertanggungjawab melakukan segala tugas
yang diberikan dan berintergriti terhadap bidang tugas yang melibatkan kewangan. Usahlah kita
diibaratkan seperti dalam peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi. Dalam abad ini,
ketuanan dan keterbilangan sesebuah negara bersandarkan kehebatan ekonominya. kita mahukan
generasi yang diibaratkan duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak bukannya pemimpin yang
hanya tahu menakik darah di batu. Kita perlu lakukan transformasi ekonomi melalui generasi
yang bijak meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan hasilnya mengagumkan seluruh planet
ini Ternyata bahawa, dalam melakukan sesuatu pekerjaan disiplin diri amat penting kerana
kejayaan tidak datang bergolek.

Seterusnya, sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah berdisiplin dan memandu secara
berhemah. Disiplin yang diamalkan dalam pemanduan dapat mengurangkan kadar kemalangan
yang semakin hari semakin meningkat. Seorang pemandu mestilah mematuhi peraturan jalan
raya dengan memasang tali pinggang keledar, mematuhi had laju dan peka terhadap papan tanda
di tepi jalan. Secara tidak langsung, kadar kamalangan yang sudah mencapai tahap mencemaskan
ini lebih-lebih lagi semasa musim perayaan dapat dikurangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tiada mahu langsung kemalangan jalan raya pada
musim perayaan walaupun ramai menganggapnya mustahil. Menurutnya,keadaan "nahas sifar"
ini boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan oleh
faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau jalan tidak elok. Memang Ops Sikap itu
membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa banyak lagi yang
akan mati di atas jalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops
Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri.
Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna
jalan
raya.
Jelaslah bahawa, pemandu yang berdisiplin dan berhemah dapat membantu mengurangkan
kehilangan nyawa yang lebih banyak dan ini bertepatan dengan slogan, pandu cermat, jiwa
selamat.
Di samping itu, sebagai pengguna mestilah bijak mengutamakan disiplin ketika berbelanja.
Dalam dunia yang serba canggih dan wujudnya Internet, masyarakat dapat membeli dan
berbelanja dengan hanya mengakses maklumat hanya di hujung jari sahaja. Masyarakat yang
naf dengan mata kebendaan yang melalaikan akan memboros dan berbelanja berpaksikan hawa
nafsu dan bukannya keperluan. Oleh sebab itu, golongan ini mestilah mempunyai disiplin diri
agar dapat berjimat-cermat dan bijak merancang keperluan mereka. Secara tidak langsung,
golongan ini dapat mengelakkan diri daripada berhutang dengan bank atau lintah darat yang
sentiasa mengintai peluang untuk mengaut keuntungan . Mukhtasarnya, individu yang dapat
mengawal diri daripada terlalu mengikut hawa nafsu dan berlatih untuk mendisiplinkan diri agar
berbelanja secara berhemat pasti dapat mengecapi kehidupan yang sempurna dan mempunyai
sumber kewangan yang stabil bak kata peribahasa beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis.
Akhirulkalam, disiplin merupakan cerucuk utama pembangunan negara kerana dengan disiplin
kita mampu untuk mengadun satu kombinasi usaha yang cukup padu agar nama Malaysia gah di
seluruh pojok dunia. Siapa menyangka bahawa tangan yang menghayun buaian itu boleh
menggoncang dunia. Perkara-perkara ini menunjukkan bahawa orang yang berdidiplin dan
memiliki minda yang positif ialah orang yang tidak gentar akan perubahan dan menyesuaikan
dirinya dengan perubahan tersebut. Dengan itu, sifat itu dengan sendirinya mampu membina
sebuah masyarakat yang kreatif dasawarsa ini. Oleh itu, marilah kita bergabung sinergi dan
merencanakan langkah sederap untuk mengotakan iltizam serta aspirasi negara iaitu Wawasan
2020 yang bakal tiba.

FAEDAH-FAEDAH MELAWAT KE LUAR NEGARA


Melawat ke luar negara merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Lawatan ini biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah, cuti sekolah,cuti bekerja atau hujung
minggu. Jika seseorang itu ingin melawat ke luar negara, ia memerlukan kos perjalanan yang
agak banyak.Sebagai contoh,untuk ke negara China, India, Australia, Indonesia, England dan
lain-lain. Sebenarnya, ada banyak faedah melawat ke luar negara.
Faedah yang pertama ialah kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila kita ke luar
negara,kita akan pergi ke tempat yang belum pernah kita kunjungi. Contohnya,jika kita ke
Indonesia,kita boleh berkunjung ke tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Pancasila. Jika kita
seorang pelajar,kita perlu membuat catatan dan membuat bertanya kepada pegawai yang bertugas
di tempat tersebut, Pengetahuan tersebut boleh dijadikan bahan maklumat kepada kita.
Di samping itu,dengan melawat ke luar negara,kita boleh menambahkan pengalaman.
Contohnya,pengalaman menaiki kapal terbang adalah sangat menarik hati. Kita dapat merasai
pengalaman ketika berada di kawasan pemeriksaan kastam atau imigresen di lapangan terbang.
Semasa di dalam kapal terbang, biasanya penumpang tidak boleh membawa beg yang beratnya
melebihi 25 kilogram dan juga tidak boleh membawa barang-barang yang dilarang seperti
cecair,makanan,senjata tajam dan lain-lain. Pengalaman ini akan menjadi panduan sehingga kita
dewasa.
Selain itu,lawatan ke luar negara dapat memberikan semangat kepada diri seseorang untuk
menjadi lebih baik. Jika kita seorang pelajar,kita akan lebih bersemangat untuk belajar
bersungguh-sungguh. Bagi sesetengah orang, lawatan ke luar negara sangat dinanti-nantikan
kerana tempat tersebut ialah suasana yang sebenar dialami dan sekali gus dapat memberi
motivasi diri terutama apabila kita melihat masyarakat di negara luar yang lebih maju dan hidup
dalam keadaan harmoni seperti di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Bagi seorang yang sudah bekerja,melawat ke luar negara akan menghilangkan rasa bosan kerana
penat bekerja. Contohnya, jika seseorang itu dapat melawat negara beriklim sejuk seperti
England,mereka boleh bermain salji semasa musim sejuk lantas menjadikan mereka lebih teruja
dan seronok kerana dapat berehat sambil melepaskan tekanan kerja dan memperoleh pengalaman
baru di sana. Kita juga boleh berjumpa dengan orang yang berlainan bangsa seperti bangsa
Afrika,Inggeris,Perancis dan lain-lain. Dengan ini,kita juga boleh menambahkan kenalan dari
seluruh dunia, bak kata peribahasa,berkawan biar seribu,berkasih biar satu.
Dengan melawat ke luar negara,kita dapat mengenali budaya orang lain termasuklah budaya
orang Jepun,Indonesia,Arab dan lain-lain. Percakapan juga berbeza di samping cara
hidup,makanan dan sebagainya. Contohnya, di Jepun, mereka akan membongkokkan badan dan
menganggukkan kepala mereka menggantikan budaya bersalaman jika di negara kita.
Seterusnya,melawat ke luar negara dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang.
Amalan nilai murni sememangnya penting bagi diri seseorang supaya lebih dihormati oleh orang
lain. Antara nilai murni tersebut ialah mematuhi peraturan,menepati masa,bekerjasama dan lainlain. Masyarakat Indonesia rajin bekerja,menggunakan bahasa Indonesia dalam apa-apa jua
urusan tidak kira lapisan masyarakat,menjalankan kerja secara berpasukan dan sebagainya,bak
kata peribahasa,bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat.
Akhir kata,melawat ke luar negara banyak memberi faedah kepada setiap orang. Namun begitu
untuk membuat lawatan ke luar negara,kita perlu membuat persiapan rapi seperti menyediakan
dokumen penting,barangan keperluan yang secukupnya supaya perjalanan kita untuk pergi dan

balik tidak mendatangkan masalah serta memberikan 1001 pengalaman manis sepanjang lawatan
itu seperti kata peribahasa,sediakan payung sebelum hujan.

KELUARGA IMPIAN SAYA


Rumahku, syurgaku merupakan ungkapan keramat yang memanifestasikan peri pentingnya
setiap ahli dalam sesebuah keluarga memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin
sehingga menjelmakan kebahagiaan yang menjadikan rumah seumpama syurga. Semua insan
mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, tidak terkecuali saya. Dalam sebuah keluarga yang
bahagia, nilai toleransi, bertimbang rasa, kasih sayang, hormat menghormati dan kejujuran
sewajarnya menunjangi kehidupan seharian ahli-ahlinya. Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga
hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain kerana sikap saling
membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk
dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia
lagi harmoni. Oleh itu, kita harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan
kegelapan itu kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam
kehidupan.
Sesungguhnya setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipan masing-masing demi
mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting
untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu
bapalah yang akan membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa jugalah yang akan memberikan
bekalan yang terbaik kepada anak-anak seperti ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai
murni. Anak-anak pada era globalisasi ini semakin cepat menerima apa-apa yang dipelajari,
maka anak-anak ini perlu dibaja dengan perkara yang baik dan berfaedah serta membuahkan
hasil. Anak-anak umpama sehelai kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa supaya
menjadi sehelai kain batik yang cantik lagi menarik. Sewaktu anak-anak masih kecil, ibu
bapalah yang menjadi guru mereka kerana merekalah guru yang pertama dan terdekat yang
boleh membimbing anak-anak supaya menjadi insan yang berwawasan apabila dewasa kelak.
Anak-anak akan meniru jejak langkah ibu dan bapa kerana mereka merupakan idola anak-anak
mereka semasa kecil dan hal ini dapat diibaratkan bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Haruslah
diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa pasti ada yang akan
menjejaki langkah mereka. Tuntasnya, benarlah bahawa ibu bapa haruslah membentuk sahsiah
anak-anak mereka untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi fizikal mahupun rohani mereka
dan ciri keluarga beginilah yang menjadi impian saya.
Selain itu, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka yang mana intan, yang mana kaca,
iaitu mereka bijak membezakan antara perbuatan yang baik dan sebaliknya. Hal ini disebabkan
oleh sifat anak-anak yang naif lantas tidak berupaya membezakan antara perbuatan yang baik
dan perbuatan yang buruk. Dalam konteks ini ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka
tentang realiti menempuh kehidupan yang diredai Tuhan. Ibu bapa harus mengawasi pergaulan
anak-anak di luar rumah kerana dikhuatiri mereka terlampau bebas sehingga terjerumus ke
lembah dunia yang penuh dengan masalah sosial dan susila yang meruncing sedangkan mereka
masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang. Ibu bapa haruslah memastikan anakanak mereka tidak bergaul dengan rakan yang buruk akhlaknya kerana hal tersebut akan
menggelapkan masa depan mereka. Tidak cukup jika kasih sayang yang diberikan seperti bena
tak bena. Sebaliknya, ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya
selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa juga perlu memastikan
anak-anak memperoleh didikan agama yang mantap sejak anak-anak masih kecil lagi kerana
tanpa pegangan agama yang kukuh mereka akan tersesat seperti layang-layang terputus talinya.
Ironinya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya mereka tidak
tersesat ketika menempuh belantara kehidupan. Dalam benak saya, inilah antara ciri yang perlu
ada dalam keluarga yang menjadi idaman saya.

Anak-anak akan kehilangan semangat untuk melakukan sebarang kerja seharian jika ibu bapa
tidak meluangkan masa dengan mereka walaupun hanya untuk bertanyakan khabar. Lantaran itu,
ibu bapa haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak.
Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya melakukan aktiviti di
luar rumah, bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan
masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya. Ibu bapa
haruslah mengambil berat terhadap anak-anak dengan bertanyakan masalah yang dihadapi,
perkembangan pelajaran di sekolah dan kehidupan sosial mereka. Ibu bapa tidak seharusnya
memperlihatkan sikap rakus dalam mengejar fatamorgana dalam aspek kebendaan sehingga
mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Wang ringgit bukanlah penyelesaian bagi
setiap masalah yang dihadapi tetapi kasih sayang yang ikhlas dari lubuk hati yang suci itu adalah
penting bagi menjana keluarga bahagia. Tidak salah jika ibu bapa mencari rezeki pada siang
hari, tetapi jika sering pulang lewat petang sehingga mengabaikan makan minum anak-anak,
tentu mereka akan makan hati. Peribahasa Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang
kurang memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Walau
bagaimanapun, ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama dengan anak-anak agar
mereka tidak kesunyian di samping dapat membina keluarga bahagia.
Menjadi anak yang derhaka ialah perkara yang dilarang sama sekali dalam mana-mana ajaran
agama. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak haruslah menuruti perintah ibu bapa
mereka. Anak-anak hendaklah belajar dengan penuh kesungguhan dan mendapat keputusan
yang cemerlang kerana pencapaian tersebut dapat membanggakan ibu bapa untuk membalas jasa
mereka. Anak-anak seharusnya memuliakan maruah diri dan maruah keluarga dengan tidak
melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, dan menagih
dadah. Anak-anak sewajarnya mendengar nasihat ibu bapa, bukannya menjadikan diri mereka
tidak ubah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Tidak sepatutnya jasa ibu bapa yang tidak
terbalas itu dilupakan begitu sahaja. Sebagai insan yang bergelar anak kita haruslah mengenang
jasa mereka kerana kita ditegah untuk menjadi seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak haruslah
mengambil alih tugas ibu bapa yang dahulu menjaga kita sewaktu kecil dan kini tugas itu
diambil oleh generasi muda untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah uzur yang sudah tidak
boleh menguruskan diri mereka lagi. Jika ibu bapa boleh menatang kita umpama anak emas,
mengapa kita sebagai anak tidak boleh melakukan hal yang sama? Hal ini disebabkan oleh
mereka masih tidak bijak untuk menghargai seseorang yang telah berjasa kepada diri mereka
sedangkan ibu bapalah yang telah membimbing, mendidik dan menjaga mereka sejak mereka
kecil lagi. Seandainya tiada ibu bapa,siapakah kita pada hari ini? Akhir sekali,anak-anak harus
mentaati perintah ibu bapa agar keluarga bahagia dapat dibina. Sejujurnya, inilah antara ciri yang
perlu ada dalam sebuah keluarga yang menjadi impian saya.
Haruslah menjadi kewajipan dalam institusi kekeluargaan untuk saling hormat menghormati
antara satu sama lain. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan
pertelingkahan, terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak
seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak
langsung. Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,
aman dan damai. Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,
mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati oleh
masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina. Ahli keluarga haruslah bahumembahu antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam
subjek matematik, haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu
ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi
kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang, malah mereka lebih rela
melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah. Kita haruslah mengamalkan sikap berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing dan ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Tegasnya,

saya mengimpikan ahli keluarga yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk
membina keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah
institusi keluarga itu menjadi keluarga yang dihormati.
Kesimpulannya, itulah antara ciri keluarga yang menjadi impian saya, terutamanya setelah saya
dewasa dan membina keluarga sendiri. Semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya saya
berjaya dalam bidang pelajaran yang sudah pasti akan menjadikan masa hadapan saya cerah
kerana kedudukan ekonomi saya yang stabil. Selain itu, saya dan pasangan yang menjadi suri
kehidupan saya akan memikul tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin agar anak-anak akan
menjadikan kami sebagai rol model mereka. Dengan keizinan daripada Yang Maha Esa, mudahmudahan impian saya akan tercapai. Lebih jauh lagi, saya mesti berusaha dengan penuh
kesungguhan agar impian tidak tinggal sebagai mimpi pada siang hari kerana tanpa usaha
tiadalah kejayaan. Semoga fajar yang menyingsing pada sekurang-kurangnya sepuluh tahun
akan datang memberikan sinaran paling gemilang dalam kehidupan saya.

KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)


Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang
besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah dan
mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang
berpaksikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hal ini juga merupakan
rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati
kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama
dilapah. IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan
batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan
negara.
Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya
penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan
luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung Satu Produk. Sebagai contoh kilang
membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha
kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di
pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun keuntungan penjualannya
tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk
mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk
IKS ini, peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah
dijadikan pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran
dan dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini.
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan
penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.
Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan
hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang ramai. Sebagai contoh, kilang
membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta
memasarkan produk mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15
hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos
serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam
kalangan masyarakat setempat . Hal ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu
tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap pengusaha IKS yang
prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan mewujudkan
perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu ada
mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya, para pekerja
tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang
tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk kampung malah dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran.
Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu
meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan
bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini
adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok
memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian
seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan

perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung
yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum
ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan.
Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat.
Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan
dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani
dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan
mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA,
MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan
kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana
kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar
kemiskinan rakyat di negara kita yang tercinta ini.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah melancong ke
separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan budaya daripada
penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya
ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum
bahawa para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia
terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi
warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga, ukiran, labu
sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf tangan
melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit
untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakanrakan apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa tak
tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta
keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ironinya
perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berbilang bangsa
malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.
Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada
masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang
ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini
sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan
meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar
negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah
terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta
individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah
diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS.
Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan
juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan.

KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia.
Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum
mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara
yang sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan
mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan
mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan.
Persoalannya, apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita?
Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita dapat mengenang
jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang
begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan
sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah
darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup
menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini bahawa
kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk mengenang jasa tokoh.
Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat mengukuhkan jati diri
rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin
hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan
sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup
memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat
Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia Ketiga lantaran
tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama negara di persada dunia. Ke manakah
hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh,
bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati
diri.
Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan antara kaum
di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di
negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti.
Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu
padu, bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat
berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang
kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan
pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di
sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.
Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut meningkat.
Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan
sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita
serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu
meningkatkan sumber pendapatan negara sekali gus menjana ekonomi negara.
Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit perlulah bersungguhsungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perang saudara, pergolakan, dan
peperangan yang berlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal,

George Santayana pernah berkata, sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya
semula, Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang
kita kecapi ini.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT


Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan
hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar
ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu
sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang
menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini
dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah
dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana
semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat
di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam
pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan
seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih
mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau
kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk
kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan
ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969
menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan
musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain.
Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial
masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama
dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan
Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera
maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar
tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan
harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan
dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah
berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan
seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti
atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di
sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota
masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang
disediakan oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu
seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang
harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah
satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni,
mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai
aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh,
mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara
ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh
paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo
mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas
menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan
sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga
penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini
banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya
yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan
masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan
besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan
sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita
yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk
pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat
menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa
pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya
masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar
sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting
dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya
cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing
pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak
jagat.

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)


Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan
dalam keadaan cacat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang
menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana
kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat
pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang
hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi
dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang
sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang
mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak
supaya menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan
kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat
penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas
amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam
membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato
Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani
kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak
menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang
menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak
kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan
tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan
maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah
disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat
Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media
massa. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya,
orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan
terbela dengan adanya peranan media massa.
Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu
mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan
OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal
ini bertepatan dengan maksud peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan
ini.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan
untuk membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG


Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis
ditelan arus pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita
dihidangkan dengan pelbagai kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes
pembuangan bayi yang tidak berdosa. Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan
semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan
saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat penyayang hanya
dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga yang
merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam
melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di
nusa tercinta ini.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan
anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang
dalam diri anak-anak sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan
terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat
penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di
samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk
menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa
maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan
melalui pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk
mencurahkan kasih sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri
anak-anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara
kita. Hal ini demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar
penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli
keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka
mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar
kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi
penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah
ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan
mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang.
Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anakanak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan
mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu,
tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan
individu penyayang.

Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak
mereka. Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap
seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian
anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka. Banyak nilai baik yang boleh
ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan
yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi
jiran yang sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap zalim
dan menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak. Nilai-nilai baik ini akan
menjadi ikutan kepada anak-anak. Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama
dan saling-membantu dalam masyarakat akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anakanak yang juga merupakan ahli masyarakat.
Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi
melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam
membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari
segi kewangan serta mampu menyediakan segala kemudahan dan keperluan hidup berumah
tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah keluarga yang saling-menyayangi ,
hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi oleh ibu
bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami
sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa
berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati
budinya. Di samping itu juga, ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli
keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam
kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak akan mencari kasih sayang di luar rumah yang
akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan mereka.
Masyarakat penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat
sekeliling. Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi
mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anakanak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau
atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri
pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan
masyarakat pelbagai kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan
seperti perang saudara yang berlaku di Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku,
anak-anak dapat diajar tentang kepentingan amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah
pelbagai bantuan dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa
bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan
silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat
yang penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan peranan mereka
semaksimum mungkin, namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu
antara anak-anak. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang
berjaya dipraktikkkan akan mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah!, individu
yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta
bangsa yang terbilang.

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM


KALANGAN ANAK-ANAK
Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia telah
menjadi sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan yang
disambut pada tanggal 31 Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara gergasi di pentas antarabangsa. Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan
negara perlu ada dalam diri setiap masyarakat bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang
kemerdekaan yang bertungkus lumus dalam mempertahankan negara yang berdaulat ini. Oleh
itu, keluarga perlu memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk semangat cinta
akan negara dalam diri anak-anak mereka.
Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama dengan
membawa anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium. Di Malaysia, terdapat
sebuah muzium iaitu Muzium Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman
dahulu, pakaian istana, keris-keris yang digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang
penjajah luar. Anak-anak bukan sahaja dapat mengenali tokoh-tokoh terdahulu malah
menerapkan semangat keberanian perwira-perwira negara yang mengamalkan peribahasa biar
putih tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu. Salah satu
tempat bersejarah yang tersohor ialah Melaka yang lebih dikenali sebagai Negeri Bersejarah. Di
Melaka, ibu bapa boleh menunjukkan tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar yang
pernah menjajah negara kita seperti bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa
semangat cinta akan negara dapat disemai melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang
banyak terdapat di Malaysia.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, Bapa Borek,
Anak Rintik, ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam menerapkan semangat cinta
akan negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak sewajarnya menunjukkan etika yang
bertentangan dengan semangat patriotisme itu sendiri. Kita boleh ambil contoh perlakuan yang
pernah menjadi isu suatu ketika dahulu iaitu seorang warga Malaysia yang mempersendakan
lagu Negaraku malah ada yang berani memijak bendera Jalur Gemilang. Ibu bapa perlu
menunjukkan semangat cinta akan negara melalui kibaran Jalur Gemilang dengan bangga untuk
diteladani oleh anak-anak. Secara tidak langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa
pentingnya semangat patriotisme ini. Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang
perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi
mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman penjajah. Tegasnya, peribahasa

melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa untuk melentur
anak-anak mereka menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak kecil lagi.
Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam menguasai
subjek Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana banyak fakta
yang perlu dihafal dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah merasai keperitan tokohtokoh terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu
bapa tidak boleh memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka
jika gagal dalam subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang
perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan negara. Bertitik tolak daripada
itu, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tertekan malah
semangat bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh
menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi
meningkatkan prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini
akan membibitkan rasa cinta terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan kecintaan terhadap
negara.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Pepohon pokok
tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa
bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak. Sebenarnya,
anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi Wawasan 2020 pada masa
hadapan. Kita mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu dilakukan dan boleh dimulakan dengan
langkah-langkah yang telah disarankan di atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat
memupuk malah menguatkan semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya,
semangat patriotisme yang telah sebati dalam diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi
muda yang mantap jati diri.

PERANAN KELUARGA DALAM MENGATASI MASALAH PERLUMBAAN HARAM


DALAM KALANGAN REMAJA/MAT REMPIT
Mat Rempit merupakan mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram di jalan-jalan raya dengan
menunggang motosikal. Kebanyakan mereka berusia antara 15 hingga 30 tahun. Sesetengah
daripada mereka masih berada di alam persekolahan. Mereka gemar menunggang motosikal
secara sendirian dan ada juga yang melakukannya secara berkumpulan. Terdapat sesetengah
daripada mereka yang tidak memiliki lesen memandu. Mereka menjadikan jalan raya sebagai
gelanggang tempat berlumba motosikal. Sekiranya tidak ditangani, masalah ini sangat
membahayakan pengguna-pengguna jalan raya. Oleh itu, keluarga memainkan peranan yang
sangat penting dalam mengatasi masalah perlumbaan haram ini.
Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan memberikan didikan agama dan moral.
Hal ini demikian kerana semua agama seperti Islam, Buddha, Keristian dan Hindu meminta
penganutnya sentiasa melakukan kebaikan. Menurut ajaran Islam, setiap perbuatan yang baik itu
akan dibalas dengan kebaikan, iaitu diberikan pahala, manakala perbuatan yang jahat pula akan
dibalas dengan kejahatan juga, iaitu dosa. Dengan ajaran yang demikian, anak-anak remaja tidak
akan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengajak mereka melibatkan diri dengan
perlumbaan haram. Natijahnya, ajaran agama merupakan senjata yang paling ampuh untuk
mengatasi masalah perlumbaan haram dalam kalangan remaja.
Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Antara lain, ibu
bapa hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang rakan anak-anak dan tempat mereka berada.
Anak-anak tidak seharusnya diberikan keizinan untuk keluar rumah tanpa sebarang tujuan. Hal
ini demikian kerana mereka selalu berlumba haram pada malam minggu atau cuti umum. Jika
ibu bapa membiarkan anak-anak keluar rumah sesuka hati, mereka boleh terlibat dengan
perlumbaan haram. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui tempat anak-anak mereka
pergi dan kawan-kawan mereka. Lebih jauh lagi, ibu bapa juga hendaklah mengenali rakan anakanak mereka.
Di samping itu, ibu bapa juga tidak sewajarnya membenarkan anak-anak di bawah umur
menunggung motosikal. Demikian juga halnya dengan anak-anak yang tidak memiliki lesen
memandu, mereka hendaklah dilarang sama sekali untuk menunggang motosikal. Perbuatan
tersebut adalah salah di sisi undang-undang. Sekiranya ditahan atau ditangkap oleh pihak polis
atau pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, mereka boleh didenda. Sekiranya mereka terlibat

dalam kemalangan jalan raya, kejadian tersebut akan mendatangkan kesusahan kepada mereka,
termasuk juga pihak ibu bapa. Masalah yang dialami oleh ibu bapa akan bertimpa-timpa, bagai
sudah jatuh ditimpa tangga.
Setiap ahli keluarga hendaklah sayang-menyayangi antara satu sama lain. Perasaan dan nilai
kasih sayang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Perasaan tersebut boleh menyebabkan
setiap ahli keluarga merasakan diri masing-masing amat dihargai. Perkara yang lebih penting lagi
ialah kasih sayang tersebut dapat mengelakkan anak-anak remaja daripada terlibat dengan
perlumbaan haram. Dengan hal yang demikian, anak-anak akan berasa disayangi dan tidak
dibenci oleh ahli keluarga masing-masing. Mereka akan berasa bahagia kerana keluarga
memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, bertepatan dengan kata peribahasa bagai
menatang minyak yang penuh.
Dari sudut yang lain pula, abang dan kakak mestilah membantu mengawasi tingkah laku adikadik mereka. Abang dan kakak perlu menjadi mata dan telinga kepada ibu bapa. Jika ada perkara
yang negatif berlaku pada adik-beradik, abang dan kakak hendaklah mengambil tahu dan
menasihati mereka. Abang dan kakak juga tidak sewajarnya merahsiakan perkara yang negatif
tersebut daripada pengetahuan ibu bapa. Dalam hal ini, mereka hendaklah berkongsi masalah
dengan ibu bapa, termasuklah penglibatan adik-adik mereka dengan masalah perlumbaan haram.
Dengan hal yang demikian, masalah perlumbaan motosikal haram dalam kalangan remaja dapat
diatasi.
Kesimpulannya, peranan keluarga sangat penting dalam mengatasi masalah perlumbaan haram
dalam kalangan anak-anak muda. Anak-anak hendaklah mendengar nasihat ibu bapa supaya
mereka tidak terlibat dengan perlumbaan haram. Orang yang berlumba haram, banyak yang
cedera parah dan meninggal dunia. Oleh itu, kita hendaklah bertindak mengatasi masalah ini,
seperti yang terungkap dalam peribahasa cegah sebelum parah.

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL


Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan
dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat.
Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam
siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan
warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng
serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita
sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman
yang berlaku? Mahukah kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya
mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan
yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian
dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk
mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi
mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta
mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak
mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi
tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak
mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah
kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan
pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan
secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan
peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain
permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas
bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan
tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata
peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan
permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada
itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan
permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti

Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui
syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam
sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional
tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar
tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan,
justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat
mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja.
Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat
dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif
mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi
peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu
kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini
perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan
dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak
media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan
tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan
sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan
kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus
dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius
poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih
popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti
permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi
mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari
luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di
sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli
keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung
membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh
berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang
bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional
kepada pelancong asing. Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti
bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan
langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara
yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara
negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan
mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang
agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia.
Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling
bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai
fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu.
Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh
bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan

pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke


peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival
Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan
kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang
tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk
turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya
memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada
pelancong dalam dan luar negara.
Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk
permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia
yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia
melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi
seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan
warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah
budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa
yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap
anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti
beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat
Cemerlang. Malaysia Boleh!
USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PUISI TRADISIONAL DALAM KALANGAN
MASYARAKAT
Selari dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang
bergerak seiring dengan arus globalisasi yang membawa kepada kemajuan pembangunan dan
perubahan besar dalam masyarakat. Rentetan dengan perkembangan tersebut, masyarakat hari ini
lebih terdedah kepada alam siber sehingga memberikan kesan kepada komunikasi serta cara
berinteraksi dalam masyarakat. Lantaran itu juga, masyarakat seakan-akan lupa akan pelbagai
puisi tradisional yang merupakan warisan pusaka masyarakat silam. Sebagi contoh, amalan
berpantun mula dianggap remeh, dipandang enteng serta mula disisihkan daripada arus perdana
kehidupan masyarakat. Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari
pendekatan yang pragmatik lagi efektif bagi mempopularkan puisi tradisional bersesuaian
dengan kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Prakarsa yang
berkesan untuk mempopularkan puisi tradisional patut diusahakan secara bersungguh-sungguh
bagi memastikan genre tersebut tidak terkubur begitu sahaja.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan dan
mempopularkan puisi tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang
sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan puisi tradisional kepada anak-anak mereka
sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka boleh
membelikan anak-anak, buku-buku berkaitan puisi tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang
tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh menganjurkan pertandingan melafazkan pantun melalui program tertentu seperti Hari
Keluarga bagi menghidupkan lagi budaya berpantun dalam kehidupan harian. Inisiatif ini dapat
memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk cuba
mencipta pantun atau melafazkan pantun. Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut secara tidak
langsung akan mempopularkan genre puisi tradisional ini serta mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, usaha pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang memasukkan
puisi tradisional dalam Komsas Bahasa Melayu di sekolah perlu dipuji. Rentetan daripada itu,
pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab atau persatuan yang memberi penekanan kepada
pelbagai puisi tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan Budaya Bangsa, pelajar
boleh belajar tentang cara mencipta dan melafazkan pantun, bersyair serta berseloka. Setelah

mengetahui secara mendalam tentang pelbagai puisi tradisional, pelajar akan lebih rasa berminat
untuk mempersembahkannya. Usaha menanam minat puisi tradisonal terhadap generasi muda
penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa
serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Penglibatan pelajar secara langsung dalam pelbagai
puisi tradisional nescaya dapat mempopularkan genre tersebut di Malaysia daripada membiarkan
seni budaya kita terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak
kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang
sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan puisi tradisional di samping
mengukuhkan kecintaan mereka terhadap budaya bangsa.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional merupakan satu kaedah
yang ampuh untuk mempopularkan genre tersebut di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan
oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan secara terancang dan berkesan
dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak
media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan puisi
tradisional di negara kita. Selain memperkenalkan sejarah dan cara melafazkan sesuatu puisi
tradisional, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan
memelihara puisi tradisional kepada masyarakat. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena
kempen tersebut, seperti peraduan mencipta dan melafazkan pantun, syair, gurindam dan seloka.
Melalui proses tersebut, genre-genre tersebut boleh menjadi lebih popular di merata tempat
bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan
kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti puisi tradisional semakin
popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara-negara jiran misalnya, melalui ASEAN merupakan inisiatif
lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan puisi tradisional. Hal ini demikian kerana
terdapat banyak persamaan budaya dalam kalangan penduduk negara ASEAN seperti Malaysia,
Singapura, Indonesia dan Brunei yang boleh dikongsi bersama. Apabila program tersebut
dilaksanakan maka pelajar dari negara-negara Asean dan Negara luar yang lain yang datang ke
Malaysia, akan berpeluang mengenali lebih lanjut tentang puisi tradisional. Apabila mereka
pulang ke negara mereka kelak,mereka akan mempraktikkan dengan rakan-rakan serta ahli
keluarga mereka. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di
persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana rakyat Malaysia masih
memiliki pelbagai puisi tradisional walaupun menghadapi arus kemodenan. Hal ini penting agar
puisi tradisional tetap kekal terpelihara seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan,tak lekang
dek panas. Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan
menginap di desa-desa. Mereka akan diperdengarkan pelbagai jenis puisi tradisional yang penuh
keunikan. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus
berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas
bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan
mempopularkan puisi tradisional kepada masyarakat dalam dan luar negara.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang
agak praktikal untuk mempopularkan puisi tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui
pertandingan tersebut, semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman
dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia,
segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi
kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan
sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan melafazkan puisi
tradisional di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam
konteks ini, contoh yang terbaik ialah Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang menawarkan Piala Sirih
Pulang ke Gagang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam mencipta dan melafazkan
pantun.Terbukti di sini, penganjuran pertandingan sebegini berjaya memperkenalkan puisi
tradisional dalam kalangan masyarakat sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada
pelancong dalam dan luar negara.

Kesimpulannya, semua bangsa tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk
puisi tradisional lenyap ditelan zaman kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang
begitu tinggi nilainya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah ke arah negara maju pada
tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang mengabaikan
peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap pelbagai pihak tetap teguh
memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar
meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Oleh itu,
setiap anak watan di bumi tercinta ini perlu menyahut cabaran dan mempunyai semangat habis
kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian tersebut.

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA


Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada
pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam
Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan
Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang
lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara
ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan
pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita
hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung,
ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apaapapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk
meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa
induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan
di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton
Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering
menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan
agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program
pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang
sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian
para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah
menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar
program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru,
sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada
muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk
memajukan mutu sukan negara, persis kata pujangga, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru
dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan

Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program


pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut
Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti
kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini,
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para
pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap
tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara
lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan programprogram berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan
para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) hanya bergantung kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan
Boon Heong, serta Datuk Lee Chong Wei. Misi pencarian pelapis baru masih lagi gagal. Namun
begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan
penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat
dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa
secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan
persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola
sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan
menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai
latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam
pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu
menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan
ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada
kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang aktif
dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan
tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga.
Sebaliknya, menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihakpihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakatbakat muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh
negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya
semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai
pelapis muda yang berbakat dan berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja
setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang demikian pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan-badan sukan
untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan
Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan merupakan satu alternatif bijak agar kita
tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang.
Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah
meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat
bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat
didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain
juga akan mendapat rakan pelatih atau sparing partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan
serta latihan intensif ini sudah pasti para atlet mampu bersaing atau bertanding di peringkat
antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil pemain-pemain import semula dalam Liga Bola
Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan
negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah
bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau
ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan kerana hal
ini sedikit banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan
usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh empat tahun, seharusnya
telah mematangkan prestasi kita dalam bidang sukan. Tiada salahnya untuk kita belajar dengan
negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri
dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga
bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak bagai aur dengan tebing, misi untuk
melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia
2014 akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di
tangan, perahu sudah ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat
Malaysia. Semoga slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.

Anda mungkin juga menyukai