Anda di halaman 1dari 3

Praktis Esei 1

Tamadun Hwang Ho
Tamadun Hwang Ho mempunyai negara kota iaitu Bandar Anyang.
Bandar Anyang terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Bandar Anyang
didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama. Raja menduduki
lapisan teratas masyarakat termasuklah golongan bangsawan, pembesar dan
pengawai kerajaan. Lapisan bawah masyarakat terdapat golongan artisan, petani
dan golongan hamba. Dinasti Shang mengamalkan pemerintahan beraja.
Golongan pembesar memiliki tentera masing-masing seperti tentera berkuda
dan tentera berjalan kaki. Masyarakat Tamadun Hwang Ho mengamalkan
kepercayaan animisme, politeisme, penyembahan roh nenek moyang, Tuhan
Syurga, dan Tuhan Bumi. Tulisan China di tamadun tersebut berasal dari
rekahan tulang Oracle.

Mendorong Kemajuan Ekonomi


Antara faktor yang mendorong kemajuan ekonomi Tamadun Hwang Ho
termasuklah pembinaan sistem pengairan. Pemimpin Shang telah memberikan
tumpuan terhadap pembangunan pertanian. Terusan dibina untuk mengairi
kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir. Kemajuan pertanian
membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan
cangkul dan sabit. Petani mula menggunakan batas untuk tujuan pertanian. Alat
yang dibuat daripada kayu ditukarkan kepada alat yang dibuat daripada besi.

Kepentingan Pertanian Kepada Negara


Pertanian dapat menaikkan pendapatan sesebuah negara. Import barangan
makanan juga dapat dikurangkan. Pengeluaran bahan makanan dapat memenuhi
keperluan penduduk dalam sebuah negara. Pengeluaran bahan mentah untuk
keperluan industri seperti getah juga dapat dipenuhi. Peluang pekerjaan akan
meningkat kerana pertanian melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar.
Masyarakat yang miskin juga akan berkurang kerana lebih peluang pekerjaan.

Praktis Esei 2
Ciri-Ciri Kerajaan Agraria Dan Kerajaan Maritim
Kerajaan Agraria ialah kerajaan yang kegiatan ekonominya berasaskan
pertanian, penternakan, pemungutan hasil hutan dan sungai. Lokasinya terletak
di kawasan subur seperti di lembah sungai. Contohnya kerajaan Dvaravati,
kerajaan Sungai Merah, dan kerajaan Sungai Mekong. Lokasi petempatan pula
terdapat di kawasan pendalaman seperti kawasan berbukit dan di lereng tanah
gunung berapi seperti kerajaan Taruma.
Kerajaan Maritim umumnya terletak di lembah sungai di kawasan pesisir
pantai dan di kepulauan. Pada peringkat awal, anggota masyarakat petempatan
ini menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut. Petempatan
kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan. Antara petempatan ini
merupakan kawasan pengeluar bijih logam. Hasil yang terlebih akan
didagangkan di kalangan petempatan tersebut.
Perkembangan Pelabuhan Negara Kita
Faktor-faktor yang menjadi perkembangan pelabuhan negara kita
termasuklah sesetengah daripada pelabuhan pembekal telah berkembang maju
serta mendapat status pelabuhan kerajaan. Kedah Tua terdapat Gunung Jerai
yang menjadi panduan kapal pedagang pada waktu malam melalui nyalaan api.
Kedah Tua mempunyai kedudukan strategik kerana laluan perdagangan di
antara kerajaan besar seperti China dan India dan juga menjalinkan hubungan
dengan kerajaan besar tersebut. Laluan Selat Melaka juga terlindung daripada
tiupan angin monsun barat daya dan timur laut. Banyak barang dagangan yang
dapat diperolehi dari luar seperti kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan
manik.
Keistimewaan Negara Kita Yang Boleh Digunakan Untuk Memajukan Ekonomi
Negara kita, Malaysia terletak di kawasan strategik iaitu di antara laluan
perdagangan China dan India. Negara kita juga mempunyai bahan mentah yang
banyak. Malaysia sudah merdeka dan mencapai keamanan negara. Kawasan
Malaysia juga subur dan berpotensi. Teknologi moden telah digunakan di
negara kita. Pelbagai produk yang kreatif juga dihasilkan untuk menjadikan
kehidupan di negara kita lebih mudah.

Praktis Esei 3
Membandingkan Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional Dan Ekonomi Dagangan
Ekonomi tradisional dikenali sebagai ekonomi sara diri. Hasil
pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil. Teknologi yang mudah juga
digunakan. Jumlah buruh adalah terhad dan modal yang digunakan juga adalah
kecil. Pasaran bagi hasil ekonomi tradisional adalah kecil. Aktiviti utama ialah
bertani dan berternak.
Ekonomi dagangan merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara
besar-besaran untuk tujuan perdagangan dan dieksport ke luar negeri. Matlamat
utama ekonomi dagangan adalah keuntungan yang besar. Ekonomi dagangan
memerlukan modal yang besar dan sumber tenaga buruh yang banyak.
Penggunaan teknologi dalam ekonomi dagangan adalah tinggi. Pemasaran dan
pasaran juga lebih luas.
Faktor Perkembangan Getah
Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah termasuklah sumbangan
Henry N. Ridley yang berusaha membawa masuk getah ke Tanah Melayu.
Ridley berusaha menyakinkan para peladang untuk menanam getah. Dia juga
mengagihkan benih secara percuma. Ridley berjaya menemukan cara penorehan
getah yang sesuai, iaitu sistem menoreh secara ibidem. Cara tersebut tidak
merosakkan pokok.
Perkembangan perusahaan getah juga disebabkan perkembangan industri
pembuatan kasut, tayar basikal, peralatan elektrik dan kereta. Akibatnya harga
getah melambung tinggi.
Kemasukan modal asing seperti modal milik pelabur Eropah juga
merupakan salah satu faktor perkembangan perusahaan getah.
Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal
asing turut memainkan peranan dalam perkembangan perusahaan getah. Pihak
British menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kapada
peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.

Anda mungkin juga menyukai