Anda di halaman 1dari 11

Bentuk Kerajaan Awal

Dibahagi 2 : - Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim- Berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.

Kerajaan Agraria
1. Kerajaan berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. 2. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati Sungai Menam, Thailand dan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam) 3. Selain itu dapat juga di pedalaman kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia.. 4. Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra (Jawa tengah) , Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim

4. Terbentuk secara evolusi jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan. 5. Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan. 6. Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura. 7. Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.

8. Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. - Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. raja dan kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) bina sistem pengairan dan baray tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor. 9. Kerajaan Angkor kuat - kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. - Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum upaya tampung penduduk yg ramai.

Kerajaan Maritim
Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan. 2. Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai Musi, Kedah Tua Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman. 3. Kerajaan utama : Langkasuka ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sungai Merbok dan Sg.Muda ), Chih Tu ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an ( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau Tioman.
1.

3. Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut jadi kampung nelayan Wujud lebihan pengeluaran didagang jadi pusat dagang pelabuhan pembekal spt Klang dan Kuala Selingsing ( Perak ). 4. Maju jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh. 5. Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda laluan dagang antarabangsa. jadi pelabuhan entrepot 6. Emas banyak T. Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera Bumi Emas. 7. Bahasa melayu bahasa lingua franca

Kerajaan Maritim Srivijaya


1. Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg besar.- Kawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka. 2. Rakyat terdiri orang laut dan pelbagai golongan lain. 3. Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka. Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya 4. Anutan agama Hindu. 5. Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara i. Ada bala tentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka. ii. Kedudukan pelabuhan yang strategik dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara China dan India. iii. Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah taklukannya.

Kerajaan Maritim Kedah Tua


1. Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot. Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar. Banyak terpengaruh dengan Srivijaya. 2. Panduan ke pelabuhan Gunung Jerai. 3. Kedudukan strategik Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan Timur dan Barat. 4. Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah. Barangan luar spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.

Ciri-Ciri Kerajaan Maritim


1. 2. 3. 4. Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan Pelabuhan entrepot Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar, orang laut. 5. Wujud bahasa lingua franca 6. Kerajaan maritim ada bala tentera laut yang besar dan kuat. 7. Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal 8. Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.

Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim


1. Pelabuhan Pembekal bekalkan barangan tempatan kepada pedagang kemudian pelabuhan kerajaan apabila menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan jadi pelabuhan entrepot membekalkan hasil tempatan dan luar kepada perdagangan antarabangasa. 2. Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal

Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria


1. Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. Berlaku perdagangan cara tukar barang @ sistem barter. 2. Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal guna tukang kayu kerajaan agraria. 3. Kerajaan maritim juga perlukan gajah diperoleh dari kerajaan agraria. 4. Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan hubungan diplomatik.

Anda mungkin juga menyukai