Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai fungsi yang sangat penting terutamanya kepada
negara kita yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang keturunan. Berdasarkan pengetahuan
sejarah membolehkan kita mengetahui latar belakang kepada sesuatu masalah, tindakan dan isu
dengan tepat dan benar. Melalui sejarah kita akan dapat mengetahui dan memahami latar belakang
negara Malaysia dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah terjadi di negara kita.
Sejarah boleh mengelakkan sikap melampau, dengan kata lain sejarah dapat memberi panduan dan
menjadi guru yang memungkinkan kita terlepas daripada mengulangi kesilapan yang sama. Sejarah
dapat memberi teladan, iktibar, menunjukkan batasan-batasan kerana melalui sejarah kita belajar
daripada contoh-contoh yang pernah berlaku pada zaman lalu (Zainal Abidin, 1991).

Rentetan daripada itu, bidang penulisan merupakan salah satu bidang yang penting dalam disiplin
sejarah. Sejak zaman-berzaman, manusia daripada pelbagai tamadun yang terbesar seperti Islam,
China dan Eropah telah menghasilkan penulisan daripada pelbagai sudut. Orang yang menulis
mengenai pensejarahan digelar sejarawan. Sebagai contoh, sejarawan dalam bidang politik, ekonomi,
ketenteraan atau sosial. Demikian juga bentuk atau hasil penulisan mereka ada yang berupa sejarah
politik, ekonomi, sosial atau ketenteraan. Lazimnya penulisan karya sejarah dihasilkan mengikut
bidang dan kepakaran penyelidik masing-masing (Mohd. Yusof, 1988).

Tambahan pula, kedatangan imperialis Barat telah turut memberi kesan kepada perkembangan
pensejarahan yang berjaya memupuk minat kepada masyarakat Melayu untuk meminati dan
menyedari kepentingan sejarah. Ini bermakna bidang penulisan sejarah telah mengalami satu
perubahan dan mendapat satu suntikan baru dengan dapat mempelajari kaedah dan cara penulisan
yang lebih baik. Bermula dari tempoh tersebut telah banyak berlaku perubahan dalam perkembangan
sejarah sebagai satu disiplin ilmu. Realitinya kebanyakan karya mengenai Malaysia sama ada budaya
atau masyarakat-masyarakat ditulis oleh penulis-penulis Barat.

Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan tujuan dan corak penulisan
pensejarahan Malaysia daripada perspektif penulisan kolonial serta faktor-faktor perubahan
penulisan sejarah Malaysia daripada sentrik Eropah kepada sentri Malaysia. Akhir sekali membuat
cadangan serta rumusan atau refleksi secara keseluruhan terhadap tugasan ini.

2.0 KONSEP PENSEJARAHAN BARAT

Dari sudut bahasa, pensejarahan diertikan sebagai karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,
sumber sejarah adalah dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak
(Noresah, 2007). Pensejarahan juga dikenali dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-
hasil kajian dan penulisan oleh sejarawan.

Dengan ini, pensejarahan Barat merujuk kepada penulisan sejarah negara yang dilakukan oleh penulis
Barat berdasarkan konteks pensejarahan Malaysia. Manakala, penulis Barat pula merupakan pegawai-
pegawai berbangsa Eropah dalam kalangan negara yang pernah menakluki Tanah Melayu seperti
Portugis, Belanda dan British (Khoo Kay Kim, 1975). Sebagai contoh, setelah Portugis menakluki
Melaka pada tahun 1511, maka lahirlah beberapa orang pegawai Portugis yang menulis tentang
Tanah Melayu seperti Tome Pires dengan bukunya yang bertajuk “Suma Oreintal”.

Kemunculan kuasa kolonial British di Tanah Melayu juga menyumbang dalam penulisan pensejarahan
Barat di Tanah Melayu. Para pegawai British di Tanah Melayu telah bertindak sebagai seorang
orientalis selain daripada menjadi seorang pentadbir di Tanah Melayu. Berdasarkan Kamaruddin
(2007), minda orientalis dalam kalangan masyarakat berkulit putih Eropah dan Amerika Utara
dibentuk oleh sistem pemikiran, kepercayaan dan ideologi Barat ketika mereka menjajah kawasan
“oriental”. Oriental bermaksud satu jolokan untuk kawasan Asia termasuklah alam Melayu. Para
orientalis Barat dalam kalangan pegawai kolonial di Tanah Melayu telah memainkan peranan penting
mereka dalam mengkaji dan menyelidik mengenai masyarakat tempatan yang dijajah mereka dari
segi bahasa, budaya, kesusasteraan, cara hidup dan segala macam yang berkaitan dengan masyarakat
tempatan.
Terdapat beberapa pegawai kolonial British yang memainkan peranan penting dalam mengkaji dan
melakukan penyelidikan mengenai masyarakat tempatan di Tanah Melayu, iaitu Stamford Raffles, R.
O. Winstedt, R. J. Wilkinson, J .M. Gullick dan J. Rigby (Siti Aisyah Binte Mohamed Salim dan Ungku
Maimunah Mohd Tahir, 2014). Namun, W.G Shellabear merupakan satu daripada mubaligh-mubaligh
Kristian yang memainkan peranan penting dalam menulis hal berkaitan pensejarahan negara kita.
Mubaligh ini banyak mengkaji naskhah-naskhah kesusasteraan Melayu seperti Hikayat Hang Tuah,
Sejarah Melayu, Hikayat Seri Rama dan lain-lain. Kesan daripada kemunculan tokoh penulis Barat
yang menulis berkaitan pensejarahan Malaysia ini telah mewujudkan satu penulisan sejarah yang
bercorak sentrik Eropah dalam pensejarahan negara.

Walaubagaimanapun, penulisan sejarah terhadap kita tidak terhenti begitu sahaja, malah
berkembang pesat selepas era kemerdekaan oleh ahli akademik Barat yang melakukan kajian atau
penyelidikan yang bersifat ilmiah. Hal ini juga telah memberi kesedaran kepada sejarawan tempatan
untuk menghasilkan buku ilmiah tentang sejarah negara yang lebih terperinci dengan lebih banyak
lagi. Terdapat beberapa buku ilmiah yang telah dihasilkan oleh ahli akademik Barat, iaitu A.C Milner
(1982) dalam kajiannya iaitu Kerajaan: Malay Politics on the Eve of Colonial Rule, Carl. A. Trocki dalam
penulisannya iaitu Prince of Pirates: The Temenggong Development of Johor and Singapore 1784-
1885, R. Bonney (1974) dalam penulisannya iaitu Kedah 1771-1821: The Search for Security and
Independence serta Andaya dan Andaya (1982) dalam penulisan mereka iaitu A History of Malaysia
(Khoo Kay Kim, 1975).

3.0 TUJUAN PENULISAN KOLONIAL

Terdapat beberapa tujuan penting dalam penulisan kolonial di Tanah Melayu. Antaranya ialah:

3.1 Tujuan Ilmiah

Kemunculan universiti-universiti sejak era Renaissance di Eropah telah menggalakkan kegiatan ilmu
yang semakin pesat. Perkataan ‘Renaissance’ berasal daripada perkataan Itali, renisciment yang
bermaksud “kelahiran semula”. Lantas, kewujudan institusi-institusi seperti universiti telah
menyebabkan masyarakat Eropah menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan kerana zaman itu
menekankan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah. Keupayaan ini juga telah
didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat. Dengan ini, keperluan ilmiah di
negara mereka merupakan satu daripada tujuan penulisan oleh sebahagian tokoh kolonial di Tanah
Melayu. Misalnya, kajian dan penulisan R. O. Winstedt berkaitan adat menggunakan ilmu hitam atau
bomoh di Tanah Melayu ketika itu adalah untuk memenuhi tesisnya yang bertajuk “Shaman, Siava
and Sufi: A Study of The Evolution of Malay Magic” (Kamaruddin, 2007). Melalui penulisan tersebut,
beliau telah dianugerahkan Ijazah DLitt. daripada Universiti Oxford pada tahun 1920 (Abu Talib
Ahmad & Cheah Boon Kheng 1995).

3.2 Kajian Terhadap Masyarakat Tempatan

Sejak era penjajahan di Tanah Melayu, terdapat beberapa orang pegawai kolonial yang cuba
membantu perkembangan pensejarahan di Malaysia dalam merangkumi pelbagai sudut yang tidak
ditekankan dalam pensejarahan tradisional. Sebagai contoh, kebudayaan, amalan, adat resam dan
cara hidup masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Pada tahun 1887, penulisan jurnal yang melibatkan
aspek masyarakat di Tanah Melayu seperti bahasa, budaya, sejarah dan sebagainya telah dihasilkan
oleh para pegawai kolonial. Jurnal tersebut merupakan jurnal keluaran khas yang dikenali sebagai
Journal of The Royal Asiatic Society (Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2010). Antara
pegawai kolonial yang banyak menyumbang kepada kajian terhadap masyarakat tempatan ialah:

a) Stamford Raffles – mengkaji naskhah undang-undang Melayu;


b) R. O. Winstedt – mengkaji mengenai masyarakat Melayu berkenaan kegiatan ekonomi, hikayat
penglipur lara dan tatabahasa Melayu;
c) R. J. Wilkilson – mengkaji masyarakat Sakai, masyarakat Perak dan Undang-undang 99 Perak;
d) J. M. Gullick – menulis tentang masyarakat tempatan semasa era perjuangan kemerdekaan.
3.3 Memahami Masyarakat Tempatan

Keinginan mereka untuk lebih memahami tentang masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada masa
itu menyebabkan para pegawai kolonial mengkaji dan menulis berkaitan dengan penduduk tempatan.
Buktinya, R. O. Winstedt telah melakukan pelbagai kajian tentang kebudayaan dan adat resam
masyarakat Melayu di Perak termasuklah yang melibatkan ritual seperti perbomohan sesuai dengan
kedudukannya sebagai seorang pegawai pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu (Badriyah dan
Liok Ee, 1975).

3.4 Laporan dan Tujuan Rasmi

Selain itu, tujuan penulisan kolonial tentang penulisan sejarah Malaysia adalah sebagai laporan dan
utusan rasmi (Muhammad Yusoff Hashim, 1992). Hal ini kerana setiap perkara atau peristiwa yang
berlaku di Tanah Melayu akan dilaporkan kepada pihak pentadbiran kolonial British. Pejabat Tanah
Jajahan yang terletak di London memerlukan beberapa pegawai kolonial yang bertugas untuk
melaporkan sesuatu peristiwa dan keadaan di Tanah Melayu kepada pegawai atasan. Misalnya, Tok
Janggut di Kelantan dianggap sebagai seorang penderhaka kerana menentang sistem pentadbiran
British dan beberapa tokoh tempatan yang menentang British seperti Dato’ Bahaman dan Mat Kilau di
Pahang, Mat Salleh di Sabah serta Rentap di Sarawak.

3.5 Mengangkat Martabat Penjajahan Kolonial di Tanah Melayu

Penulisan kolonial juga bertujuan untuk mengangkat martabat penjajahan kolonial di Tanah Melayu.
Motif mentamadunkan manusia di Timur merupakan satu alasan penjajahan orang Eropah ke Timur.
Dengan itu, membawa kemodenan dan ketamadunan di Tanah Melayu dari aspek kemajuan ekonomi,
pendidikan, infrastruktur dan lain-lain adalah untuk membuktikan kehebatan pentadbiran penjajah
kolonial. Seterusnya, mereka akan mencatat setiap kejayaan dan pencapaian yang telah berjaya
dilaksanakan oleh pentadbiran mereka dalam penulisan sejarah secara terperinci supaya dapat
mengangkat martabat bangsa Inggeris sebagai bangsa paling bertamadun dan berkuasa di dunia pada
ketika itu. Buktinya dapat dilihat melalui penulisan Frank Swettenham (1907) dalam buku “British
Malaya” yang menggambarkan cara dan tindakan beliau cuba menunjukkan kemampuan pentadbiran
kolonial di bawah beliau sebagai Gabenor di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada waktu
tersebut (Hazman, 2013).

3.6 Straits Branch of Royal Asiatic Society (SBRAS)

Sebuah pertubuhan yang bernama Straits Branch of Royal Asiatic Society telah ditubuhkan oleh
pegawai kolonial di Negeri-negeri Selat (NNS) semasa pentadbiran kolonial di Singapura. Matlamat
pertubuhan ini diwujudkan adalah untuk mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan Negeri-
negeri Selat dan negeri-negeri Melayu sekitarnya sebagai dokumentasi dan penyelidikan terhadap
masyarakat serta segala hal yang berkait dengan Tanah Melayu. Kini, SBRAS merupakan pertubuhan
yang aktif menerbitkan jurnal berkaitan sejarah dan informasi berkaitan dengan Malaysia dan kini
dikenali sebagai The Malaysian Branch of Royal Asiatic Society (MBRAS) (Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society, 2010).

4.0 CORAK PENULISAN PENSEJARAHAN KOLONIAL

Corak penulisan sejarah Malaysia berdasarkan perspektif Barat adalah bersifat sentrik Eropah. Antara
ciri-ciri corak penulisan pensejarahan kolonial termasuklah:

4.1 Unsur Bias

Para pegawai yang menulis pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung untuk melakukan
penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial yang dianggap sebagai membawa pelbagai
perubahan di Tanah Melayu. Hal ini kerana kebanyakan penyelidik dan penulis kepada pensejarahan
kolonial di Tanah Melayu adalah terdiri daripada pegawai British (Khoo Kay Kim, 1975).
Unsur ini juga dapat dilihat melalui pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh pejuang tempatan dalam
penulisan pensejarahan kolonial. Para pejuang tempatan seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul
Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau di Pahang dan lain-lain yang menentang pentadbiran
kolonial British di Tanah Melayu dianggap sebagai penderhaka kerana kononnya menentang Sultan
mereka sendiri walhal para pejuang tersebut menentang British dan bukannya Sultan mereka. Oleh
itu, apabila munculnya penulisan sejarah yang bersentrikkan tempatan, baharulah para penentang
British ini diangkat sebagai para pejuang.

Anda mungkin juga menyukai