Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan
Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai fungsi yang sangat penting
terutamanya kepada negara kita yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum.
Berdasarkan pengetahuan sejarah membolehkan kita mengetahui latar belakang
kepada sesuatu masalah, tindakan dan isu dengan tepat dan benar. Melalui sejarah
kita akan dapat mengetahui dan memahami latar belakang negara Malaysia dan
sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah terjadi di negara kita.
Sejarah boleh mengelakkan sikap melampau, dengan kata lain sejarah dapat memberi
panduan dan menjadi guru yang memungkinkan kita terlepas daripada mengulangi
kesilapan yang sama. Sejarah dapat memberi teladan, iktibar, menunjukkan batasan-
batasan kerana melalui sejarah kita belajar daripada contoh-contoh yang pernah
berlaku pada zaman lalu (Zainal Abidin, 1992).

Rentetan daripada itu, bidang penulisan merupakan salah satu bidang yang
penting dalam disiplin sejarah. Sejak zaman-berzaman, manusia daripada pelbagai
tamadun yang terbesar seperti Islam, China dan Eropah telah menghasilkan penulisan
daripada pelbagai sudut. Orang yang menulis mengenai pensejarahan digelar
sejarawan. Tambahan pula, kedatangan imperialis Barat telah turut memberi kesan
kepada perkembangan pensejarahan yang menyebabkan wujudnya hasil karya
penulis kolonial dan penulis tempatan. Realitinya kebanyakan karya mengenai
Malaysia sama ada budaya atau masyarakat-masyarakat ditulis oleh penulis-penulis
kolonial.

2.0 Pensejarahan Barat dan Malaysia


Dari sudut bahasa, pensejarahan diertikan sebagai karya atau penulisan
berkaitan dengan sejarah, sumber sejarah, dokumen atau rekod sama ada dalam
bentuk bertulis mahupun bercetak (Haron Daud, 1989).  Pensejarahan juga dikenali
dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian dan penulisan oleh
sejarawan. Dengan ini, pensejarahan Barat merujuk kepada penulisan sejarah negara
yang dilakukan oleh penulis Barat yang turut dikenali sebagai penulis kolonial. Penulis
Kolonial merupakan pegawai-pegawai berbangsa Eropah dalam kalangan negara

1
yang pernah menakluki Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan British (Khoo Kay
Kim, 1975). Sebagai contoh, setelah Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511,
maka lahirlah beberapa orang pegawai Portugis yang menulis tentang Tanah Melayu
seperti Tome Pires dengan bukunya yang bertajuk “Suma Oreintal”.

Pensejarahan Malaysia berkembang dalam dua tahap perkembangan iaitu


pensejarahan zaman feudalisme iaitu tradisi Melayu terdahulu dan persejarahan
moden iaitu penulisan sejarah yang dicatat oleh sejarawan british yang bersifat Euro-
Centric iaitu sentrik Eropah (Kassim Ahmad,1975). Sejarah Malaysia, khususnya
sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau ini, kebanyakkannya ditulis
dengan menggunakan pendekatan sentrik Eropah. Pada umumnya, sentrik boleh
diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan
yang tertumpu kepada sesuatu perkara. la merupakan satu unsur yang boleh muncul
dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam
penulisan sejarah. Justeru, terdapat penulisan yang bersentrikkan negeri atau kaum
seperti sentrik Eropah, sentrik Malaysia dan sebagainya. Misalnya, apabila dikatakan
sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik Malaysia, ia membawa maksud
bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan penumpuan
kepada perlakuan orang Malaysia sendiri. Karya yang ditulis pada zaman feudalisme
iaitu tradisi melayu lama ditulis oleh penulis tempatan manakala karya pensejarahan
moden ditulis oleh penulis kolonial.

3.0 Persamaan Penulisan Kolonial dan Tempatan


Hasil karya penulis kolonial dan tempatan mempunyai persamaan dan
perbezaan. Antara persamaan yang dapat dilihat dalam karya penulis kolonial dan
tempatan adilah kedua-duanya mempunyai undur bias dalam penulisan mereka. Hal
ini kerana kedua-dua penulis mempunyai sifat sentrik yang mendapat terhadap
pemerintah dan negara mereka sendiri. Justeru, mereka cenderung untuk
mengagung-agungkan pemerintah dan kehebatan pentadbiran masing-masing bagi
menyembunyikan kelemahan yang wujud.

2
Dalam pensejarahan Melayu tradisional, kecenderungan penulisannya dilihat
berlegar ke arah golongan pemerintah dan istana. Sebagai contoh, Bustanus Salatin
karangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri dilihat cenderung untuk mengagung-agungkan
Sultan Acheh pada ketika itu, Sultan Iskandar Thani manakala Tuhfat al-Nafis pula
terlalu mengagungkan suku Bugis dalam istana Riau pada ketika itu. Kecenderungan
ini berlaku disebabkan oleh keterikatan para penulis dan pujangga istana terhadap
titah dan perintah diraja ke atas mereka yang dititahkan untuk menulis kitab-kitab
sejarah tersebut. Misalnya, Tun Seri Lanang telah menyelenggara dan melengkapkan
kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) atas perintah Yang diPertuan Raja di Hilir
Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah setelah dibawa oleh Orang
Kaya Suguh dari Goa.

Kecenderungan penulis kolonial menulis pula dapat dilihat melalui penulisan


mereka yang bersifat euro-centric. Euro-centric merujuk kepada perspektif dan
pemikiran yang melihat semua perkara di dalam dunia ini menerusi perspektif Eropah.
Para pegawai yang menulis pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung untuk
melakukan penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial yang dianggap
sebagai membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu. Hal ini kerana kebanyakan
penyelidik dan penulis kepada pensejarahan kolonial di Tanah Melayu adalah terdiri
daripada pegawai British (Khoo Kay Kim, 1975). Unsur ini dapat dilihat melalui
pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh pejuang tempatan dalam penulisan
pensejarahan kolonial. Para pejuang tempatan seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji
Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau di Pahang dan lain-lain yang
menentang pentadbiran kolonial British di Tanah Melayu dianggap sebagai
penderhaka kerana kononnya menentang Sultan mereka sendiri walhal para pejuang
tersebut menentang British dan bukannya Sultan mereka. Oleh itu, apabila munculnya
penulisan sejarah yang bersentrikkan tempatan, baharulah para penentang British ini
diangkat sebagai para pejuang.

3
4.0 Perbezaan Penulisan Kolonial dan Tempatan

Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat dalam karya penulisan penulis
kolonial dan tempatan. Antaranya adalah dari aspek tema dan genre penulisan,
penggunaan tarikh dan kronologi, penggunaan sumber dan unsur mitos yang terdapat
dalam hasil karya mereka.

4.1 Tema dan Genre Penulisan

Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah karya


kesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi pelbagai genre penulisan seperti
sastera kitab, undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentuk puisi, pelbagai
cabang sastera rakyat seperti penglipur lara dan cerita jenaka serta sastera istana
(Muhd. Yusof Ibrahim, 1988). Penulisan pensejarahan Barat pula dibuat dalam
bentuk penulisan naratif dan deskriptif yang bercorak ilmiah. Malah, tema
penulisan dalam penulisan pensejarahan tradisional Melayu tidak lari daripada
membicarakan soal salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan dengan jatuh
bangun sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan.
Tulisan-tulisan yang dimaksudkan umumnya tertumpu kepada kesultanan Melaka.
Satu-satunya karya sejarah tempatan yang amat bernilai ialah Sejarah Melayu
yang boleh dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia yang pertama.
Contoh lain ialah Syair Perang Siak, Hikayat Raja-Raja Pasai dan sebagainya
Apabila pengaruh kolonial Inggeris mula menguasai Tanah Melayu, tema
penulisan sejarah kolonial mulai meluas. Tema penulisan sejarah di Tanah Melayu
pada ketika itu termasuklah sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu, sejarah
yang berkait dengan masyarakat, budaya dan Bahasa. Para pegawai kolonial
mengkaji hal-hal berkaitan teks kesusasteraan Melayu, bahasa dan ilmu-ilmu
dalam bahasa Melayu, kepercayaan, adat-resam, agama dan corak kehidupan
masyarakat di Tanah Melayu.

4
4.2 Penggunaan Tarikh dan Kronologi

Karya pensejarahan tradisional Melayu tidak mementingkan penggunaan


tarikh dan kronologi dalam penulisan mereka. Hanya karya pensejarahan Melayu
seperti Tuhfat al-Nafis, Misa Melayu dan Undang-undang Kedah yang mencatitkan
penggunaan tarikh dalam penulisan mereka. Dalam penulisan sejarah kolonial,
penggunaan tarikh adalah amat penting dan tarikh adalah merupakan sebahagian
daripada fakta sejarah (Andaya, B. W. & Andaya, L. Y., 1982).

4.3 Penggunaan Sumber


Karya-karya pensejarahan tradisional Melayu dibuat tanpa kajian dan lebih
berpandukan kepada pemikiran dan intelek para penulisnya (Ali Ahmad, 1987).
Walaupun sebahagian penulisan pensejarahan Melayu dilihat mengambil sumber-
sumber daripada penulisan lain untuk dimuatkan dalam penulisan mereka,
pernyataan sumber tidak dinyatakan dalam penulisan mereka. Sebagai contoh,
penulisan Bustanus Salatin yang menggalurkan kembali sejarah raja-raja Melayu
semestinya merujuk sumber seperti Sejarah Melayu atau sumber Pahang dalam
penulisannya, akan tetapi penulisnya, Syeikh Nuruddin al-Raniri tidak menjelaskan
mengenai sumber penulisannya.

Berbeza dengan penulisan kolonial, penggunaan sumber dinyatakan secara


jelas seperti penulisan Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya
yang menceritakan mengenai kemasukan pengaruh kolonial dan pentadbirannya di
Tanah Melayu yang diambil daripada rekod-rekod kerajaan Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu sesuai dengan kedudukannya sebagai Gabenor
NNMB sebelumnya. Selain itu, dalam membantu memahami budaya dan bahasa
masyarakat tempatan juga, para penulis kolonial turut mendapatkan bantuan
daripada para pemikir tempatan. Contohnya, W.G Shellabear telah mendapatkan
bantuan daripada Sulaiman bin Muhammed Nur dalam mengkaji hikayat Melayu

5
seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Seri Rama, selain berkerjasama
menerbitkan Kitab Kiliran Budi, kitab pepatah Melayu pada tahun 1909.

4.4 Menolak Unsur Mitos


Penulisan sentrik Eropah dalam kalangan pegawai British dapat dilihat melalui
ulasan R. O. Winstedt terhadap Hikayat Hang Tuah. Kewujudan Hang Tuah
sebagai seorang Laksamana di Istana Melaka ditolak oleh beliau. Hal ini kerana
beliau beranggapan kewujudan pengaruh sastera panji dalam Hikayat Hang Tuah
menjadikan watak Hang Tuah tidak lebih daripada sekadar mitos seperti epik-epik
Hindu-Jawa yang lainnya (Muhammad Yusof Ibrahim, 1996).

5.0 Justifikasi Terhadap Penulisan Karya Penulis Kolonial dan Penulis Tempatan
Setelah diteliti dan difahami tentang pengertian sebenar dan juga bagaimana
kemunculan pendekatan Sentrik Eropah dan juga Sentrik Malaysia dalam pensejarahan
Malaysia, dapat diambil iktibar disini bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan dan
sedikit persamaan. Walaupun penulis kolonial dan penulis tempatan cuba untuk
mempertahankan pendekatan mereka, namun mereka seakan lupa bahawa dalam
membicarakan tentang sejarah Malaysia kedua-dua pendekatan seharusnya diambil-
kira untuk mengelakkan wujudnya sifat bias di dalam penulisan mereka. Sejarah
sepatutnya dikaji secara "both side of the coin" dan bukannya menyebelahi mana-mana
pihak demi menjaga keobjektifannya. Dengan kata lain, sama ada pendekatan Sentrik
Eropah mahupun Sentrik Malaysia, keduanya mempunyai kaedah dan tujuan tertentu
yang tidak dapat lari dari cuba mengutarakan mengenai tokoh dan peranan masing-
masing. Kedua-duanya boleh dikatakan tidak dapat berfungsi sebagai sejarah ilmiah
yang sebenarnya kerana ketepatannya masih boleh diragui atau dipertikaikan.

Tahun-tahun 1950-an dan 1960-an telah memperlihatkan kepada kita mengenai


kesungguhan ahli-ahli sejarah Tanah Melayu yang telah berusaha demi memastikan
keutuhan Sejarah Malaysia yang seharusnya mempunyai keperibadian yang tersendiri
dan bukan sekadar satu kajian pinggiran kepada Sejarah British. Pergolakan ilmiah
yang berlaku pada waktu itu sedikit sebanyak telah berjaya memberi ruang yang agak
terjamin kepada Sejarah Malaysia. Oleh itu boleh katakan bahawa perbahasan yang

6
berlaku adalah wajar dan amat perlu terutamanya untuk masa depan sejarah Malaysia
sendiri. Apa yang kehendaki, bukanlah sejarah dari sudut pandangan imperialisme dan
tidak pula dari sudut pandangan nasionalisme yang sempit. Kedua-dua konsep ini
merupakan penyelewengan dari garis kebenaran. Yang kita kehendaki ialah satu
sejarah kebangsaan yang objektif dan saintifik, yang dapat menghuraikan proses
sejarah dengan mendalam dan benar.

6.0 Kesimpulan
Tuntasnya, sejarah merupakan satu medium penting dalam memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sejarah juga
mampu membantu kita sebagai rakyat Malaysia mengelak daripada mengulangi
kesilapan yang sama. Contohnya, penjajahan kuasa asing ke atas tanah air kita sendiri.
Dengan ini, bidang penulisan sejarah adalah satu daripada aspek yang dapat
membantu kita dalam mencari fakta yang betul dan sahih. Penulisan sejarah negara
dari perspektif kolonial banyak memaparkan kehebatan yang dimiliki oleh pihak kolonial
dari segi pentadbiran. Kehebatan yang ditonjolkan oleh pihak kolonial akan
mengukuhkan dan mengagungkan martabat orang Eropah di mata dunia (Muhammad
Yusuf Hashim, 1988). Justeru, martabat masyarakat Timur khususnya di Tanah Melayu
akan dipandang rendah oleh masyarakat lain.

Oleh yang demikian, penulis sejarah tempatan bangkit untuk mengubah dan
menulis semula sejarah negara mengikut perspektif sentrik Malaysia. Terdapat
beberapa faktor seperti timbul kesedaran, kebangkitan semangat nasionalisme,
kesediaan bahan rujukan dan lain-lain telah mempengaruhi perubahan pensejarahan
Malaysia daripada konsep sentrik Eropah kepada sentrik Malaysia.

7
Rujukan

Ali Ahmad. (1987). Karya-karya sastera bercorak sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Andaya, B. W. & Andaya, L. Y. (1982). A history of Malaysia. London: The


Macmillan Press.

Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu: Satu kajian daripada aspek pensejarahan
budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad. (1975). “Satu Konsep Sejarah Kebangsaan Malaysia”. Dewan


Masyarakat. 11(1), 65- 71.

Khoo Kay Kim. (1975). Pensejarahan Malaysia (Syarahan Tun Seri Lanang).
Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Muhammad Yusuf Hashim. (1988). Persejarahan Melayu Nusantara. Kuala


Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.

Muhd Yusof Ibrahim. (1996). Pensejarahan Melayu 1800-1960. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. (1988). Sejarawan dan pensejarahan: Ketokohan dan


karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid. (1992). Sejarah Malaysia pentafsiran dan
penulisan. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin bin Abd.Wahid. (1992) Malaysia: Warisan dan perkembangan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8
9

Anda mungkin juga menyukai