Anda di halaman 1dari 3

Konsep Bias/ Memihak Sesebuah karya sejarah sangat sukar untuk lari daripada penyisipan unsurunsur bias ataupun

n memihak terhadap sesuatu pihak yang berkepentingan.

Unsur-unsur ini diselitkan adalah bergantung kepada latar belakang penulis, tujuan sesuatu pensejarahan ditulis, dan kepentingan pihak yang meminta sesebuah sejarah itu ditulis.
Tujuan utama unsur ini diselitkan adalah tidak lain tidak bukan untuk kepentingan pada sebelah pihak semata-mata terutama pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pengarang. Unsur bias dalam sesebuah pensejarahan akan dapat dikesan dengan membuat perbandingan sumber yang digunakan untuk menulis sejarah tersebut. Selain itu, setiap penulis sesuatu pensejarahan juga tidak dapat lari daripada memasukkan unsur ini dalam karya mereka atas disebabkan beberapa faktor seperti semangat nasionalisme yang menebal dan perasaan untuk memperlihatkan kelebihan sesuatu pihak.

Sebagai contoh, dalam karya yang dikarang oleh Frank Swetenham (British Malaya) misalnya, penulis telah memasukkan unsur-unsur bias terhadap pihak British untuk menampakkan kebaikan yang dibawa penjajah British di Tanah Melayu. Hal ini telah memperlihatkan bahawa unsur-unsur yang diterapkan ini mampu untuk mengubah perspektif pembaca (orang luar) terhadap pihak penjajah British dan mula menganggap kedatangan penajajah British ke Tanah Melayu memberi banyak kebaikan kepada masyarakat tempatan.

Apabila adanya unsur-unsur bias dalam sesebuah penulisan sejarah maka, pensejarahan yang dihasilkan itu tidak boleh dianggap sebagai sejarah yang objektif.
Disebabkan kecenderungan penulis untuk memasukkan unsur-unsur bias ini jugalah telah menyebabkan sesebuah penulisan sejarah yang wie es eigenlitch gewesen ataupun benar-benar objektif sukar untuk dihasilkan oleh mana-mana sejarawan.

Anda mungkin juga menyukai