Anda di halaman 1dari 50

PENGENALAN

PENSEJARAHAN
MALAYSIA
mismas2019
PENGERTIAN PENSEJARAHAN
MALAYSIA
KONSEP PENULISAN BAHAN SEJARAH DALA
M PENSEJARAHAN MALAYSIA
 Penghasilan penulisan yang terdiri dari pelbagai sudut-sudut tertentu
oleh manusia dari peradapan besar seperti Islam, China, dan Eropah
dikira sebagai pensejarahan samada mengenai peristiwa atau
masyarakatnya yang telah berlaku sebelumnya.
 Mereka ini yang dipanggil sebagai sejarawan.
 Hubungan antara sejarawan dan pensejarahan mengatasi ruang dan
waktu, peristiwa dan pengalaman.
 Mereka diperlukan oleh masyarakat samada dalam keadaan yang
menyenangkan ataupun tidak tetapi sejarawan tetap menghasilkan
bentuk-bentuk pensejarahan yang disukainya atau yang ditugaskan
kepadanya.
 Sejaarawan akan terus menyelidik dan mempersembahkan kepada
umum atau kepada sesiapa yang telah mengarahkannya.
 Sejarawan mempunyai tujuan yang tertentu dalam usahanya untuk
melaksanakan pensejarahannya.
APA ITU
PENSEJARAHA
N
 Pensejarahan (historiography) berasal dari perkataan sejarah (history).
Sejarah secara umumnya diertikan sebagai “the record of events or the
events themselves.” Dalam pengertian ini, “record of event” (catatan
peristiwa-peristiwa) dan “the event themselves” (peristwa-peristiwa itu
sendiri), saling mempunyai pertalian yang relatif. Sesuatu peristiwa
yang terjadi itu dicatatkan maka jadilah ia sejarah.
 Tetapi dalam pengertian yang lebih kompleks, Encyclopedia Britannica
telah memberikan kenyataan berikut:

“…it was only in comparatively modern times that the meaning of the
word (history) was extended to include the phenomena that form their
subject.”
 Dalam konteks ini, ‘peristiwa’ dan ‘catatan mengenai peristiwa’ akan
mengembang dan membentuk perkara-perkara yang selanjutnya.
Contohnya di dalam ‘peristiwa’ sejarah lazimnya dicatatkan perkara-
perkara seperti
(i) benar / sahih ataupun tidak peristiwa itu;
(ii) bagaimana, sebab-musabab, perkembangan dan kesan daripada
peristiwa berkenaan;
(iii) tokoh / watak yang menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa;
(iv) bila peristiwa tersebut terjadi dan lain-lain.
 Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim, pensejarahan dapat
ditakrifkan sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli
sejarah atau sejarawan. Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik
tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan
menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan
kajian  dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti
bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial. Pendapat ini adalah
selari dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan pensejarahan merujuk
kepada penulisan sejarah atau karya sejarah, yang dihasilkan oleh
sejarawan.
 Walaupun pada zaman sekarang memang menjadi tugas ahli sejarah untuk
menulis seberapa yang boleh berhampiran dengan kebenaran, tetapi pensejarahan
merupakan tafsiran seseorang ahli sejarah tentang masa yang lepas, maka sejarah
keseluruhan masa yang telah berlalu adalah bersifat objektif, manakala
pensejarahan pula bersifat subjektif.
 Justeru apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bukanlah bermakna sejarah itu
diubah, yang diubah ialah pensejarahan iaitu tafsiran ahli sejarah tentang satu-
satu peristiwa atau perkembangan yang berlaku dahulu.   
 Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah mudah dan kemuktama dan sukar dicapai.
Para sejarawan akan cuba menghampiri kebenaran sedekat mungkin.
 Bagi sejarawan Malaysia, soal kekurangan sumber, jurang masa, penguasaan
bahasa, perbezaan kebudayaan, soal psikologi dan lain-lain lagi menjadi hambatan.
 Hakikat yang tidak dapat dinafikan samada pensejarahan itu dalam
bentuk tradisi atau moden, pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari
kebenaran yang paling hampir terhadap peristiwa-peristiwa yang dikaji.
Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi tanggapan
terhadap kebenaran ataupun kenyataan sejarah dan juga kaedah untuk
menentukannya
 Mohd. Taib Osman pula mentakrifkan pensejarahan sebagai “kisah
tentang peristiwa –peristiwa bersejarah yang telah disusun dalam
bentuk sastera yang agak baik juga dan fungsinya adalah untuk
pengajaran dan kemegahan generasi semasa pengarang dan
keturunan-keturunan mereka.”
 Manakala di dalam ‘catatan mengenai peristiwa’ pula, di dalamnya terkandung perkara-
perkara seperti;
(a) siapakah yang mencatatkan peristiwa itu;
(b) bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan – tetap atau tidak, bias atau sebaliknya,
obejktif atau subjektif, emosional atau rasional, apa dan bagaimanakah sudut
pandangan pencatat berdasarkan peristiwa dan latar belakang yang mengaitkannya;
(c) apakah cara dan kaedah (metodologi), pendekatan dan teori, falsafah dan
pemikiran yang digunakan dan diambil oleh pencatat berkenaan;
(d) sekiranya dalam konteks pengertian pencatatan peristiwa pada masa ini, di mana
nilai-nilai ilmiah atau saintifik terterap ke dalam pencatatan tersebut dengan
menggunakan sumber kedua (secondary) dan bagaimanakah sumber-sumber ini
dikendalikan dan dipersepsikan.
 Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), penulisan bahan sejarah dalam
tradisi pensejarahan tradisional di alam Melayu muncul dalam pelbagai bentuk.
 Antara bentuk penulisan bahan sejarah termasuklah:
i. Ditulis atas kertas
ii. Dipahatkan di atas batu seperti batu bersurat dan prasasti
iii. Diukir pada bahan ukiran seperti kayu, buluh, belulang dll
iv. Diukir pada kepingan logam seperti di atas wang syiling, cap mohor,
meriam, pedang, perisai dll.
 Semua bahan-bahan ini di mana tulisan-tulisan tadi diperturunkan dapat
memberi butiran dan menjadi sumber sejarah.
 Walaubagaimanapun, bukan semua fakta dan data sejarah telah sedia
ada pada sumber-sumber sejarah tadi kerana hanya sebahagian
daripadanya sahaja yang membekalkan data dan pengetahuan sejarah
secara langsung manakala sebahagiannya diperturunkan secara tidak
langsung.
 Dengan kemunculan kaedah pensejarahan moden, persoalan
keobjektifan dan keabsahan sumber pensejarahan tradisional
kadangkala dipertikai dan mendesak kepada satu kajian ke atas
sumber-sumber tersebut.
 Kedatangan pengaruh Barat ke Tanah Melayu misalnya telah
mewujudkan satu bentuk pensejarahan baharu terhadap Malaysia pada
ketika itu, namun para sejarawan melihat wujudnya ketidakseimbangan
dari segi sumber sejarah apabila pensejarahan Barat di Tanah Melayu
dilihat bersifat Euro-centric.
 Oleh itu, wujud ketidakseimbangan dalam sudut pandangan dalam
penulisan sejarah mereka.
 Sejak zaman kolonial British lagi, sumber pensejarahan Melayu
tradisional telah mula dijadikan sebagai satu disiplin kajian dalam
mempelbagaikan lagi sumber pensejarahan di Malaysia terutamanya
bagi periode pra-kolonial di Tanah Melayu.
 Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah
karya kesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi pelbagai genre
penulisan seperti sastera kitab (keagamaan), undang-undang Melayu
lama, epik, pelbagai bentuk puisi, pelbagai cabang sastera rakyat
(penglipur lara, cerita jenaka, teladan dll) serta sastera istana.
 Kesemua sumber-sumber pensejarahan Melayu tradisional ini penting
dalam merekonstruksi semula pensejarahan di Malaysia sejak zaman
feudalisme di Tanah Melayu.
 Walaupun sumber pensejarahan Melayu tradisional dilihat bercampur
aduk di antara unsur sejarah, mitos dan lagenda, namun berdasarkan
disiplin kajian sejarah, para sejarawan telah melakukan perbahasan
mereka untuk menerima atau menolak sesuatu fakta sejarah dalam
pensejarahan Melayu tradisional termasuklah melalui kajian
perbandingan dengan sumber-sumber sezaman terutamanya melalui
sumber pensejarahan China dan pengkaedahan sejarah yang lainnya.
 Oleh itu, kaedah penulisan sejarah di Malaysia telah merangkumi
pelbagai sumber pensejarahan termasuklah:
i. Pensejarahan Melayu Tradisional (Zaman Feudalisme Melayu)
ii. Pensejarahan Barat (Zaman Kolonial)
iii. Pensejarahan Tempatan (Sebelum dan Selepas Merdeka
 Idea dalam Pensejarahan Melayu Tradisional
•Permulaan karya-karya memuatkan unsur pensejarahan tetapi
kebanyakan karya hanya menulis sejarah secara umum, ketiadaan
nama pengarang pada karya untuk dipertanggungjawabkan dan
serta tidak mementingkan tahun (dari segi kronologi dan tarikh
berlakunya peristiwa sejarah).
•Karya yang dihasilkan dalam pensejarahan tradisional memiliki ciri-ciri
seperti motif, gaya penulisan, bahasa dan jalan cerita yang klasik.
•Terdapat beberapa kelemahan dalam pensejarahan Melayu tradisional
termasuklah:
1. ada unsur dongeng (iaitu data-data yang kerap menimbulkan kesangsian).
2. ada unsur penglipuran (ucapan-ucapan tokoh)
3. kritikannya tidak mendalam atau tafsirannya lemah.
4. menulis tentang sesuatu sedangkan tokoh tidak arif tentangnya (lebih
bercorak seorang penyair atau pujangga kerana sebahagian ceritanya
disampaikan secara puisi).
5. memuatkan unsur telahan, mimpi, kuasa ghaib/ketuhanan (menjadikan
pensejarahannya tidak diterima ke dalam konsep pensejarahan moden yang
sekular).
6. Berunsur berat sebelah atau bais. 
 Konsep dalam Pensejarahan Tradisional Melayu
• Menggalurkan salasilah raja yang memerintah negeri-negeri
• Menggalurkan asal-usul pembukaan negeri
• Menggalurkan kedatangan sesuatu suku atau kaum
(cth: kedatangan suku Bugis ke alam Melayu dlm Tuhfat al-Nafis)
• Melakukan pemerian terhadap peristiwa politik
• Mengangkat kehebatan dan keagungan raja yang memerintah
(cth Bustanus Salatin yang mengagungkan martabat Sultan Iskandar Thani)
• Merekodkan istiadat dan peristiwa diraja (cth: Misa Melayu)
Pensejarahan Melayu Moden
ZAMAN TAWARIKH
 Pada awal abad ke-20, bidang sejarah muncul sebagai salah satu
daripada bidang ilmu dan zaman tersebut turut dikenali sebagai
“Zaman Tawarikh”.
 Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh" menjadi
terminologi untuk sejarah. Hal ini bagi menunjukkan tawarikh sebagai
satu bidang ilmu, selain memisahkan sejarah daripada kesusasteraan
(hikayat & syair).
 Untuk itu, pada tahun 1918, sejarah (istilah "tawarikh") diperkenalkan
sebagai satu mata pelajaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.
 Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi skop/bidang kajian masih
tertumpu kepada institusi perajaan dan riwayat hidup raja dan
pembesar (1920-an).
Contohnya, muncul penulis-penulis seperti:
 i. Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad yang menulis
Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928);
 ii. Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid yang menulis Tawarikh Raja-raja
dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul Ridzuan (1934);
 iii. Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail yang menulis Ringkasan Cetera
Kelantan (1934);
 iv. Muhammad bin Haji Alias yang menulis Tawarih Dato Bentara Luar
(1928).
 Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana mengenai sejarah
dalam majalah dan akhbar. Ini menunjukkan minat masyarakat
terpelajar tentang sejarah.
 Sejarah "kebangsaan" pertama ditulis oleh Abdul Hadi Hj. Hasan yang
berjudul Sejarah Alam Melayu (1920an), yang mengandungi tiga jilid
yang berbeza.
 Walaupun minat dalam bidang sejarah (tawarikh) meningkat ketika ini
tetapi tidak begitu berkembang menuju keilmiahan sejarah sebagai
matapelajaran. Skopnya masih kekal kepada hal-hal perajaan, kerajaan
dan tokoh-tokoh (masih ikut penulisan tradisional.
2. ZAMAN NASIONALISME
 Seterusnya, kesan Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Asia
Tenggara dan Tanah Melayumenyemarakkan proses perjuangan untuk
merdeka.
 Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan
British digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat
masyarakat menentang pentadbiran British.
 Contohnya muncul penulis sejarah Melayu:
i. Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah dan Perjuangan Melayu (1948),
ii. Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka
(1955),
iii. Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya
Semantan(1961)
iv. Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).
 Secara umumnya, walaupun penulis masih memfokuskan kajiannya
kepada sejarah tempatan (kenegerian), dan golongan atasan - raja dan
orang besar, kaedah menulis sejarah adalah untuk menimbulkan
perasaan cinta tanahair, bangga terhadap zaman kegemilangan Melayu.
 Para penulis sejarah tempatan telah memulakan dimensi baharu dalam
penulisan sejarah yang bercorak patriotisme termasuklah:
i. Ibrahim Yaakob yang menulis Sekitar Malaya Merdeka (1957);
ii. Zainal Abidin Daud yang menulis Sejarah Malaya Merdeka (1957).
Bentuk ini dikekalkan oleh sejarawan tahun 1960-an dan 1970an
(penulisan yang mementingkan skop sejarah politik & biografi
politik).
iii. Anwar Abdullah yang menulis Dato Onn (1971);
iv. Mohd. Yunus Hamidi yang menulis Sejarah Pergerakan Politik
Semananjung (tema sejarah bersifat kebangsaan)
 Zaman "Sejarah Kebangsaan" bagi sejarawan tempatan bermula lebih
kurang pada 1957 iaitu setelah kemerdekaan, apabila sejarah
kebangsaan ditekankan dalam kurikulum sekolah.
 Pada zaman ini muncul perdebatan tentang bagaimana sejarah
Melayu/Malaya patut ditulis. Tema perdebatan ialah sejarah Asia
Tenggara (termasuk Tanah Melayu) mestilah ditulis dari sudut
pandangan dan perkembangan Asia Tenggara [Asiacentric]
 Selain itu, muncul desakan penulisan semula sejarah Malaysia dengan
"Malaysian centric".
 Selain itu juga, para sejarawan tempatan mendesak agar pejuang-
pejuang pada zaman penjajahan British diangkat sebagai seorang
pahlawan dan bukannya penderhaka atau penentang. Hal ini akan
meletakkan mereka sebagai tokoh sejarah yang sama seperti para
pembesar dan raja-raja Melayu.
 Seterusnya, muncul juga desakan agar sejarah patut ditulis mengikut
disiplin ilmu sejarah dan bersifat ilmiah.
 Kesedaran tentang ‘sejarah sebagai ilmu pengetahuan’ manusia di
Malaysia lahir pada akhir tahun 1960an. [Keperluan sokongan ilmiah
dari bidang sains sosial terutama antropologi, sosiologi, filologi -
pengaruh perubahan ilmu sejarah yang berkembang di Amerika
Syarikat].
 Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan penyatuan kebangsaan
(integrasi nasional) untuk menentukan keharmonian dan kedamaian
masyarakat. Ertinya keperluan untuk versi sejarah Malaysia yang
berdaya menanamkan kefahaman ras di antara ras-ras di Malaysia.
 Hal ini juga bermakna, wujudnya desakan agar sejarah dijadikan
sebagai satu medium untuk menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia.
 Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan sejarah akademik
ialah sejarah masyarakat berbilang kaum, sejarah tempatan, sejarah
pendidikan, riwayat orang besar-besar, sejarah politik dan banyak lagi.
Tujuannya untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap dirinya dan
ras-ras yang ada di Malaysia, dan mencari tema yang sesuai kepada
sejarah kebangsaan.
 Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan terutama setelah
1969 menonjolkan sifat "autonomous" jika dibandingkan dengan karya
sarjana (pegawai penjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan positif
pentadbirannya dan justifikasi keperluan "peradaban" kuasa penjajah
seperti tulisan Winstedt, Wilkinson, Swettenham, Low, dll.)
 Walaubagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis pada zaman 1970-
an dan kemudian diterajui oleh sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu,
fokus kajiannya masih mengenai zaman penjajahan Barat.
Contohnya termasuklah C.M. Turnbull, The SS 1826-67: Indian
Presidency to Crown Colony (1972), E. Thio, British Policy in the Malay
Peninsula 1880-1910 (1969).
 Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu akademik (oleh
sarjana luar dan tempatan) mengenai sejarah Tanah Melayu yang
membincang tentang tema selain daripada "conventional/national
history" seperti aspek sosial, ekonomi, masyarakat bawahan,
falsafah/ideologi, budaya.
Contoh pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia:
i. A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic on the eve of colonial rule (1982),
ii. Shahril Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 18811941 (1984),
iii. Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and Change in A Malay State - A study of the
economic and political development (1984),
iv. Carl A. Trocki, Prince of Pirates: the Temenggong and the Development of Johor and
Singapore 1784-1885,
v. R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence (1974),
vi. Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1875: the effects of commercial
development on Malay Politics (1972)., vii. Lim Teck Ghee, Peasants and Their
Agricultural Economy in Colonial Day 1874-1941 (1977).
 Era awal pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia ternyata dipelopori
oleh penulisan yang menggunakan bahasa Inggeris sehinggalah
munculnya penulis sejarah ilmiah dalam bahasa Melayu seperti Nik
Safiah Karim, Muhammad Yusoff Hashim dan lain-lain.
 Perbezaan antara sarjana akademik yang berpengaruh ke atas
perkembangan pensejarahan Malaysia ialah falsafah sejarahnya
(kaedah dan pendekatan serta skop).
 Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi luar negeri
berkecenderungan kepada konsep moden Barat. Manakala sarjana
yang dilatih dalam negeri masih melihat pentingnya "conventional
history" - ianya detail tetapi masih berfokus kepada sejarah politik.
 Secara umumnya tujuan sesuatu pensejarahan dihasilkan adalah untuk
memaparkan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah
 Menurut Lepold von Rank Sesuatu peristiwa sejarah seharusnya dikaji
seperti sebenarnya ia berlaku. Ini bergantung kepada kaedah dan
sumber-sumber yang digunakan
 Walaubagaimanapun, suntingan tersebut mestilah diperbetulkan dengan bentuk
yang paling dekat dengan teks aslinya. Untuk itu, ahli filolog telah memperkenalkan
beberapa kaedah dalam mengkaji teks termasuklah fenomenologis, paleografi,
etimologi dan etnolinguistik.
Fenomenologis
• Secara fenomenologis, setiap teks memiliki tiga ciri khas iaitu:
i. Teks selalu menggunakan bahasa sebagai menyimpan dan mengkomunikasikan
isi teks
ii. Teks menyimpan pelbagai ilmu pengetahuan
iii. Teks sebagai artifak memperoleh perlakuan tertentu yang dilakukan oleh
masyarakatnya.
• Disebabkan ketiga-tiga ciri yang ada pada setiap teks, seseorang
filolog haruslah memahami nilai-nilai budaya yang terdapat dalam setiap
teks tersebut.
• Dalam naskhah pensejarahan Melayu tradisional misalnya, para
filolog harus faham akan bahasa yang digunakan dalam teks berkenaan
terutamanya penggunaan aksara lama seperti Pallava, Jawi dsb.
• Selain itu, ahli filologi juga perlu memahami dan mendalami sastera
Melayu yang menjadi medium penting kepada pensejarahan
tradisional yang kebanyakannya berbentuk sastera seperti syair,
gurindam, perumpamaan dsb
 • Selain itu, antara ciri penting dalam fenomenologi ini termasuklah
memahami budaya setempat sebelum mengkaji sesuatu teks tersebut.
Di Jambi misalnya, membuka sesebuah manuskrip sejarah, satu pesta
rakyat perlu diadakan terlebih dahulu manakala di Jawa, ritual tertentu
perlu dijalankan sebelum meneliti manuskrip termasuklah dengan
berpuasa terlebih dahulu.
Paleografi
 • Paleografi merujuk kepada ilmu yang mempelajari bermacam-macam
jenis tulisan dan aksara kuno.
 • Hal ini kerana, aksara kuno adalah sangat sukar untuk dibaca dan
difahami tanpa kemahiran yang ada oleh seseorang pengkaji. Dalam
manuskrip pensejarahan di alam Melayu itu sendiri, terdapat beberapa
tulisan kuno yang digunakan oleh penulis termasuklah Brahmi, Kiwi,
Pallava dan aksara Arab (Jawi).
Etimologi
 • Etimologi adalah ilmu yang menyelidik mengenai asal-usul kata serta
perubahan-perubahannya.
 • Hal ini kerana, setiap penggunaan kata perlu diterjemah secara tepat
mengikut konteks waktu teks tersebut ditulis.
 • Dalam teks pensejarahan Melayu tradisional misalnya, kata
“penerangan” telah digunakan pada abad ke-16 hingga abad ke-18
sebelum ditukar menjadi “pendengaran”. 
  • Selain itu, bagi merujuk kepada ulama, pada abad ke-16, para penulis
cenderung menulisnya sebagai “cerdik pandai” sedangkan dalam abad
ke-19, perkataan “ahli dalam bidang agama” mula digunakan. 
Etnolinguistik
 • Kebiasaannya digunakan untuk penelitian teks lisan terutamanya yang
bergenre mitos, lagenda dan dongeng.
 • Biasa digunakan untuk melihat hubungan antara bahasa dengan
masyarakat pedalaman atau masyarakat yang masih belum mempunyai
tulisan. Permasalahan Filolog dalam Naskhah Pensejarahan Tradisional
Melayu
1. Sejarah Melayu:
 Kajian dan pengumpulan teks Sejarah Melayu oleh para pengkaji sejarah
mendapati terdapat sekurang-kurangnya 29 buah naskhah Sejarah Melayu.
 Setiap satu naskhah Sejarah Melayu pula adalah berbeza dengn naskhah-
naskhah yang lainnya dari segi versi, resensi dan salinannya. Antara yang
paling ketara, terdapat dua buah versi Sejarah Melayu yang berbeza iaitu
versi pendek dan versi panjang.
 Dalam Sejarah Melayu versi pendek, seperti yang diselenggara oleh Munsyi
Abdullah, T.D. Situmorang dan A.E Teeuw serta Dato’ Madjoindo,
penceritaan Sejarah Melayu ini berakhir setakat kematian Tun Ali Hati di
Johor.
 Bagi Sejarah Melayu versi panjang pula, naratif penceritaan dibuat
sehingga kepada pemerian tentang episod serangan Jambi terhadap
Johor pada tahun 1673.
 Antara versi Sejarah Melayu yang paling popular adalah Sejarah Melayu
yang diselenggara oleh W.G Shellabear. Namun begitu, para sejarawan
tempatan seperti Muhammad Yusoff Hashim (1988) mengkritik sikap
Shellabear yang tidak menjelaskan dalam hasil kerjanya mengenai
tindakannya yang telah menggabungkan Sejarah Melayu versi pendek
dan versi panjang secara bersekali.
2. Hikayat Raja-raja Pasai:
 Berbanding Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai hanya mempunyai
satu naskhah sahaja.
 Naskah ini dimiliki oleh Kyai Suradimanggala, Adipati Demak yang
disalin untuk Stamford Raffles pada 1814.
 Disebabkan naskhahnya yang tunggal, tidak begitu banyak
permasalahan filolog yang timbul, namun masih terdapat beberapa
kekeliruan yang timbul.
 Antaranya, berlaku percanggahan dalam pengejaan perkataan yang
serupa dalam teks tersebut seperti “pada”, “tegak” dan “muka”.
3. Tuhfat al-Nafis: 
  Terdapat empat naskhah Tuhfat al-Nafis yang diketemui iaitu milik
Syamsuddin bin Imam Musa di Kelang serta Tengku Fatimah binti Sultan Abu
Bakar di Johor.
 Selain itu, teks Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis serta Sejarah Raja-raja
Riau juga merupakan teks asal Tuhfat al-Nafis berdasarkan kajian yang telah
dilakukan.
 Terdapat dua versi Tuhfat al-Nafis di mana tiga naskhah merupakan versi
panjang manakala sebuah naskhah merupakan versi pendek.
 Teks Tuhfat al-Nafis versi pendek dianggap sebagai teks asas kepada
naskhah Tuhfat al-Nafis versi panjang.
 Hal ini kerana, teks Tuhfat al-Nafis versi panjang berlaku
pemanjangannya disebabkan dua perkara.
 Pertama, proses pembung-bungaan ke atas versi pendek dengan
keberangkalian bertujuan untuk memperindahkan bahasanya.
 Antaranya termasuklah penggunaan kalimah Arab, penggunaan
pepatah, perbilangan, bahasa-bahasa kiasan dll.
 Selain itu juga, terdapat amat banyak dimasukkan kata tambah dan
imbuhan, kata kias, ulangan, gelaran-gelaran tokoh, klise dsb.
 Kedua, Tuhfat al-Nafis versi panjang juga menyaksikan kemasukan dan
penokok tambahan isu-isu, isi serta perkara baru. 

Anda mungkin juga menyukai