Anda di halaman 1dari 7

Nur Sakinah binti Wahab & Siti Nur Aishah Mat Hussin/ Model projektor buruj berserta set

hologram
(Sains)

Nur Sakinah binti Wahab


wnursakinah99@gmail.com
@
Siti Nur Aishah Mat Hussin
sitinuraishahmathussin02@gmail.com

SINOPSIS
Topik “Buruj” merupakan salah satu topik yang terdapat dalam Dokumen Standart Kurikulum
Pentaksiran sekolah rendah. Inovasi ini lebih memfokuskan kepada subtopik yang pertama iaitu
“Buruj”. Model Projektor Buruj beserta Set Hologram telah dihasilkan sebagai satu inovasi
berdasarkan satu eksperimen yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 6. Inovasi ini bertujuan
memudahkan proses mengenal pasti bentuk buruj seperti Belantik, Biduk, Pari dan Skorpio. Model
ini merupakan satu inovasi yang berbentuk produk. Perbezaan antara produk inovasi ini dengan
produk sedia ada ialah pembinaan model yang lebih lengkap dengan pelbagai contoh-contoh buruj
berdasarkan bulan-bulan tertentu dan disertakan dengan satu set hologram untuk melihat bentuk
buruj secara tiga dimensi. Ini dapat membantu dalam memudahkan proses pemahaman pelajar
terhadap topik jenis-jenis buruj. Berdasarkan pemerhatian terhadap reka bentuk inovasi, didapati
inovasi ini dapat memberikan visualisasi yang lengkap dan sempurna secara tiga dimensi dalam
menjalankan eksperimen.

1. TAJUK INOVASI
MODEL PROJEKTOR BURUJ BESERTA SET HOLOGRAM (Sains)
(Peserta Kategori Pelajar Guru)

2. OBJEKTIF
Objektif pertama inovasi ini adalah untuk meningkatkan pemahaman para pelajar
mengenai bentuk buruj yang wujud di ruang angkasa bagi setiap bulan yang berbeza.
Seterusnya, objektif kedua inovasi ini adalah untuk memberi gambaran tentang bentuk
buruj secara jelas dan terperinci kepada pelajar. Objektif terakhir adalah bagi menarik
minat pelajar untuk mempelajari topik buruj.
Nur Sakinah binti Wahab & Siti Nur Aishah Mat Hussin/ Model projektor buruj berserta set hologram
(Sains)

3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Rajah 1. halaman buku teks menunjukkan eksperimen projektor buruj.

4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI


Beberapa permasalahan dikesan pada model asal telah menyebabkan inovasi ini dihasilkan.
Permasalahan tersebut ialah saiz model yang terlampau kecil menyukarkan pelajar melihat
bentuk buruj yang terhasil. Selain itu, model tersebut terhad kepada satu bentuk sahaja
menyebabkan model yang sama perlu dibina bagi bentuk buruj yang lainnya. Akhir sekali,
murid tidak mendapat maklumat tambahan berkaitan buruj yang terbentuk bagi bulan-
bulan yang berbeza.

5. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Inovasi ini telah dinamakan sebagai “Model Projektor Buruj beserta Set Hologram”. Model
ini dicipta untuk meningkatkan pemahaman murid tentang jenis-jenis buruj yang dapat
dilihat dengan jelasnya.
Nur Sakinah binti Wahab & Siti Nur Aishah Mat Hussin/ Model projektor buruj berserta set hologram
(Sains)

5.1 Kaitan dengan PdP atau penyelidikan

Topik 11 bagi subjek Sains Tahun 6 iaitu Buruj. Topik ini merangkumi tajuk kecil iaitu
Buruj. Di bawah tajuk ini terdapat topik “Jenis-jenis Buruj” yang menjadi fokus bagi
penghasilan inovasi ini, Model ini menepati matlamat dan hasil pembelajaran yang terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran.

5.2 Deskripsi inovasi

Model ini menggunakan bahan yang mudah didapati serta mempunyai kos yang rendah.
Penggunaan kertas hitam keras sebagai jalur yang ditebuk lubang bercorakkan bentuk-
bentuk buruj yang akan dipancar ke skrin berfungsi sewaktu melakukan pemerhatian. Skrin
pula diperbuat daripada kadbod hitam. Mounting board digunakan sebagai tapak model.
Penggunaan lampu suluh atau lampu flash kamera pintar ialah sebagai simbolik kepada
projektor. Beberapa bahan lain juga digunakan bagi menyempurnakan model seperti blue
tape, klip kertas, plastik lut sinar dan kotak hitam untuk membina ruang set hologram.
Lakaran model ini ditunjukkan dalam rajah 2.

Rajah 2. Model Projektor berserta Set Hologram


Nur Sakinah binti Wahab & Siti Nur Aishah Mat Hussin/ Model projektor buruj berserta set hologram
(Sains)

5.3 Tarikh dan kos

Inovasi ini dibina pada bulan Jun 2019 dengan kos pembinaan dinyatakan dalam Jadual
1.

Jadual 1. Kos pembinaan model


Bahan dan Peralatan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
Kertas Hitam Keras 4 0.70 2.80
Mounting board 1 4.00 4.00
Blue tape 1 3.50 3.50
Klip kertas 1 1.40 1.40
Plastik lut sinar 1 0.60 0.60
Lampu suluh 1 3.00 3.00
Jumlah (RM) 15.30

5.4 Strategi penggunaan inovasi

Lampu suluh dinyalakan dan digerakkan perlahan-lahan pada skrin hitam mengikut buruj
yang asas seterusnya mengikut kitaran bulan bermula dari Januari sehingga Disember. Imej
yang terpapar di skrin adalah berbentuk dua dimensi. Selepas itu, imej buruj secara tiga
dimensi turut dilihat melalui set hologram. Bentuk buruj yang terhasil diperhatikan dengan
jelasnya.

5.5 Keadaan selepas inovasi / kejayaan inovasi

Inovasi ini telah diuji di dalam makmal di mana Rajah 3 menunjukkan keadaan selepas
menggunakan inovasi. Bentuk buruj dapat dilihat secara nyata apabila lampu suluh
digerakkan dan imej buruj secara tiga dimensi juga dapat dilihat melalui set hologram.
Nur Sakinah binti Wahab & Siti Nur Aishah Mat Hussin/ Model projektor buruj berserta set hologram
(Sains)

Rajah 3. Keadaan selepas mengunakan inovasi.

5.6 Perkongsian inovasi

Inovasi ini telah dikongsi dengan pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 Elektif Sains pada 13
Jun 2019 sebagai ujian rintis. Rajah 4 menunjukkan pelajar-pelajar tersebut melihat secara

nyata bentuk buruj yang terhasil.


Nur Sakinah binti Wahab & Siti Nur Aishah Mat Hussin/ Model projektor buruj berserta set hologram
(Sains)

Rajah 4. Pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 Elektif Sains sedang menggunakan inovasi
ini.

6. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Model inovasi ini dapat memberikan pelbagai faedah kepada golongan sasaran
terutamanya semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah.
Berdasarkan pemerhatian, antara faedah inovasi ini ialah ia dapat menambah ilmu dan
mempercepatkan kefahaman murid tentang bentuk-bentuk buruj yang terdapat di ruang
angkasa. Pembelajaran menjadi lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada
penggunaan bahan dua dimensi dan tiga dimensi secara nyata. Selain itu, inovasi ini juga
adalah sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan bahan bantu
belajar berkaitan jenis-jenis buruj.

Faedah seterusnya ialah inovasi ini mudah disediakan kerana ia hanya


menggunakan barang-barang yang mudah didapati. Kos penghasilan inovasi ini sangat
murah dan boleh dianggap berbaloi jika hendak diambil kira dengan pemahaman murid
tentang jenis-jenis buruj yang terdapat di ruang angkasa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
penghasilan model ini menepati ciri kos efektif dan dapat digunakan dalam jangka masa
yang panjang

RUJUKAN

Suwaibatullaslamiah Jalaludin. (2017). Sains: Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka:


Kuala Lumpur.
Nur Sakinah binti Wahab & Siti Nur Aishah Mat Hussin/ Model projektor buruj berserta set hologram
(Sains)

Anda mungkin juga menyukai