Anda di halaman 1dari 13

PENGGUNAAN ‘PVC COVER A3’ SEBAGAI BAHAN INOVASI DALAM

MENGHASILKAN TEKNIK CETAKAN SUTERA SARING

OLEH

SITI NADIAH BINTI KHIRUL IDRIS,


FATIMATUZARAH BINTI MARJUGI,
SITI NOR FAIDAH BINTI ABDUL HALIM,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
35950 TANJUNG MALIM, PERAK.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid terhadap masalah yang dihadapai
oleh pelajar tingkatan 4 aliran Seni di dalam subtopik Cetakan Sutera Saring
dalam memperoleh bahan untuk menghasilkan teknik cetakan sutera saring.
Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 Zuhal, SMK Seri Mahkota , Kuantan yang
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui rubrik
pemarkahan berdasarkan tugasan kerja. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak
dapat menyiapkan tugasan kerja yang diberi disebabkan kekurangan bahan dan
masa dalam menghasilkan karya cetakan sutera saring. Perancangan tindakan
difokuskan kepada penggunaan PVC COVER A3 sebagai bahan inovasi dalam
menghasilkan teknik cetakan sutera saring. Pelajar telah didedahkan untuk
menggunakan bahan inovasi iaitu PVC COVER A3 dalam menghasilkan teknik
cetakan sutera saring selama 120 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam
tempoh 1 minggu dalam 4 waktu kelas yang berlainan hari. Keputusan rubrik
pemarkahan berdasarkan tugasan kerja telah menunjukkan peningkatan prestasi
pelajar.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lepas

Pengalaman dalam latihan mengajar selama 4 bulan di SMK Seri Mahkota,


Kuantan telah banyak memberikan input yang mencukupi bagi melaksanakan kajian
tindakan ini. Sewaktu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk mata
pelajaran Pendidikan Seni tingkatan 4 Zuhal dalam subtopik teknik cetakan sutera
saring, pengkaji mendapati pelajar tidak dapat menjalankan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) teknik cetakan sutera saring disebabkan kesukaran untuk
mendapatkan bahan cetakan sutera saring dan tiada kemudahan yang disediakan di
sekolah. Hal ini berikutan kos bagi bahan-bahan cetakan sutera saring sangat mahal
seperti kain sutera saring, cat emulsi, kayu bingkai dan sekuji yang hampir menelan
belanja sebanyak lebih kurang RM200 untuk membeli barangan tersebut. Di
samping itu, kekurangan kemudahan infrastruktur seperti bilik kedap cahaya dan
mesin untuk memindahkan imej ke sutera saring bagi menjalankan cetakan sutera
saring juga merupakan salah satu faktor pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan. Penggunaan software Photoshop atau Adobe Illustrator juga kurang
dikuasai pelajar menyebabkan imej tidak dapat untuk dipindahkan ke atas sutera
saring. Justeru itu, tercetusnya idea untuk pengkaji membuat kajian tindakan bagi
menangani masalah tersebut. Bagaimanakah caranya pengkaji hendak mengatasi
masalah ini? Persoalan ini sentiasa bermain-main di dalam fikiran pengkaji. Adakah
dapat membantu pelajar memahami konsep cetakan dan menyiapkan tugasan
sekiranya pengkaji menggunakan bahan inovasi baru dalam menggantikan PdP
teknik cetakan sutera saring? Perlukah pengkaji mencuba bahan inovasi dalam PdP
agar penghasilan dalam karya teknik cetakan sutera saring yang sukar dapat
dimudahkan dan difahami oleh para pelajar?

Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam


pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya.
Kegagalan pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang
tidak baik kepada bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah.

2.0 Fokus Kajian / Isu Keperihatinan

2.1 Fokus Kajian

Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar


tingkatan 4 Zuhal dalam menghasilkan karya cetakan sutera saring namun untuk
kajian tindakan ini, pengkaji hanya akan memfokuskan kepada masalah
penggunaan bahan inovasi dalam menghasilkan karya cetakan sutera saring.
Ia bermula apabila sesi PdP tidak dapat dijalankan kerana tiada kemudahan
bahan dan alatan serta infrastruktur dalam menghasilkan karya teknik cetakan
sutera saring. Hal ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan serta mempengaruhi pelajar untuk memahami konsep subtopik ini.
Keadaan ini menyebabkan pengkaji mengadakan satu bahan inovasi dalam
menggantikan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan karya cetakan sutera
saring iaitu Cover PVC A3.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar tidak akan dapat menghasilkan karya
menggunakan teknik cetakan sutera saring di samping pengkaji juga tidak dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk tersebut. Selain itu, para
pelajar juga akan menghadapi masalah apabila bertemu dengan tajuk yang sama
pada tingkatan 5 nanti.

Oleh itu, dengan tercetusnya idea untuk menggunakan bahan inovasi Cover
PVC A3 sebagai bahan inovasi dalam cetakan sutera saring diharapkan dapat
membantu pelajar menghasilkan karya cetakan sutera saring dengan mudah di
samping meningkatkan minat pelajar sewaktu PdPc dijalankan.

2.2 Tinjauan Masalah


Tujuan utama pengkaji dalam menjalankan kajian ini adalah untuk merancang
tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapai oleh pelajar 4 Zuhal dalam
penggunaan bahan inovasi untuk penghasilan karya cetakan sutera saring.

2.3 Analisis Masalah

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji menggunakan kaedah


pemerhatian. Melalui kaedah pemerhatian pada PdPc pertama, pengkaji mendapati
bahawa 27 daripada 30 orang pelajar tidak mendapat markah cemerlang dalam
menghasilkan karya menggunakan teknik cetakan sutera saring disebabkan
penggunaan bahan yang terhad. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar dan rubrik pemarkahan berdasarkan
tugasan kerja yang diberi oleh guru.
Kesimpulannya, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar tingkatan 4 Zuhal adalah berkaitan dengan penggunaan bahan dalam
menghasilkan karya cetakan sutera saring. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan
bahan inovasi baru iaitu PVC cover A3 dalam menghasilkan teknik cetakan sutera
saring untuk menyelesaikan masalah para pelajar tingkatan 4 Zuhal dalam
penghasilan karya cetakan sutera saring.

3.0 Objektif Kajian/ Soalan Kajian

3.1 Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan karya cetakan sutera saring
dengan menggunakan bahan inovasi baru dalam PdP.

3.2 Objektif Khusus

a. Membantu murid memahami konsep teknik cetakan sutera saring.


b. Membantu murid menghasilkan teknik cetakan sutera saring melalui
penggunaan bahan inovasi PVC Cover A3.

3.3 Persoalan Kajian

a. Bagaimanakah murid memahami konsep teknik cetakan sutera saring?


b. Sejauh manakah keberkesanan murid menghasilkan karya teknik cetakan
sutera saring melalui penggunaan bahan inovasi PVC Cover A3.

4.0 Sorotan Literatur


Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan
kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986). Hauser (1959), dalam
tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi. Dari perspektif pendidikan
dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika
seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar
lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan
Seni Dalam Pendidikan.

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa


Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang
dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui


pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek
akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-
unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam
“Quadrant Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional
dan intiutif seseorang individu.

Gardner (1953), menyatakan sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau


pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid
tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan
murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang
berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian melibatkan 30 orang pelajar dari kelas tingkatan 4 Zuhal di SMK Seri Mahkota,
Gambang, Kuantan Pahang.

6.0 Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dalam pengumpulan data dalam kajian


ini. Pengumpulan data yang sahih dan tepat amat penting dalam membuat kajian
tindakan. Bagi mengumpul data dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan
data kualitatif. Dalam kajian ini, data ini dikumpulkan melalui pemerhatian.
6.1 Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan terhadap hasil karya cetakan sutera saring dengan


menggunakan bahan inovasi PVC Cover A3 berdasarkan rubrik pemarkahan yang
telah dicatatkan oleh pengkaji. Pemerhatian dilakukan terhadap rubrik pemarkahan
berdasarkan 30 orang pelajar tingkatan 4 Zuhal di SMK Seri Mahkota, Gambang,
Kuantan. Lokasi pemerhatian dilakukan di dalam Bilik Seni Visual SMK Seri
Mahkota pada waktu PdPc dijalankan iaitu selama 120 minit untuk 1 minggu.

7.0 Instrumen yang digunakan


Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah :
a) Rubrik Pemarkahan
Kriteria dalam rubrik pemarkahan adalah seperti berikut :

KEMAHIRAN
YANG DIUJI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang

(1-4 markah) (5-8 markah) (9 -12 markah) (13-16 markah) (17-20 markah)

PEMILIHAN MEDIA
Gagal memilih Menggunakan Menggunakan Menggunakan Menggunakan
(20 markah)
media yang media dengan media dengan media dengan media dengan
bersesuaian. kurang memuaskan. baik. betul dan tepat.
memuaskan.
Alat : Alat : Alat : Alat : Alat :
PVC Cover PVC Cover A, PVC Cover PVC Cover A, PVC Cover A,
A3, cutter cutter A3, cutter cutter cutter
Media : warna Media : warna Media : warna Media : warna Media : warna
akrilik, fabric akrilik, fabric akrilik, fabric akrilik, fabric akrilik, fabric
dye dye dye dye dye
Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang

(1-4 markah) (5-8 markah) (9 -12 markah) (13-16 markah) (17-20 markah)

Tidak Kurang Menunjukkan Menunjukkan Cekap


menunjukkan menunjukkan kebolehan kebolehan menggunakan
PEWUJUDAN IDEA
kebolehan kebolehan mengeluarkan mengeluarkan sumber idea
(25 markah) mengeluarkan mengeluarkan idea dengan idea yang kreatif yang asli dan
idea untuk idea untuk baik untuk untuk kreatif untuk
menyampaikan menyampaikan menyampaikan menyampaikan menyampaikan
mesej. mesej. mesej. mesej dengan mesej secara
jelas. terus dan jelas.

Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang

(1-4 markah) (5-8 markah) (9 -12 markah) (13-16 markah) (17-20 markah)

Tidak dapat Tidak dapat Dapat Dapat Dapat


mengaplikasik mengaplikasik mengaplikasik mengaplikasikan mengaplikasika
GUBAHAN
an hanya 1 an sekurang- an 1 jenis 2 jenis warna n 3 jenis warna
(25 markah) jenis warna kurangnya 1 warna asas dan asas dan 3-4 asas dan 4-5
dan hanya 1 jenis warna 2-3 asas seni asas seni reka asas seni reka
asas seni reka asas dan 1-2 reka dalam dalam karya. dalam karya.
dalam karya asas seni reka karya.
dalam karya.

KEKEMASAN Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang

(20 markah) (1-4 markah) (5-8 markah) (9 -12 markah) (13-16 markah) (17-20 markah)

Warna tidak Warna kurang Warna dikawal Warna dapat Warna dapat
dapat dikawal dapat dikawal denganmemua dikawal dengan dikawal dengan
dengan tepat dan skan dan baik dan tidak tepat dan tidak
dan menjangkit menjangkit menjangkit menjangkit
menjangkit kawasan lain kawasan lain kawasan lain kawasan lain
kawasan lain serta hasil serta hasil serta hasil kerja serta hasil kerja
serta hasil kerja kurang kerja bersih. bersih. sangat bersih
kerja kotor. bersih.
Berdasarkan data daripada rubrik pemarkahan di atas, Pengkaji dapat
mengklasifikasikan kedudukan pelajar mengikut tahap pada pelajar tersebut.

8.0 Analisis dan Interpretasi Data


8.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap hasil karya cetakan sutera saring
dengan menggunakan bahan inovasi PVC Cover A3 melalui rubrik pemarkahan yang
telah dicatatkan oleh pengkaji, seramai 25 orang pelajar mendapat markah
cemerlang manakala 3 orang mendapat markah baik dan 2 orang mendapat markah
sederhana dalam setiap aspek rubrik pemarkahan.

Antara aspek yang terdapat dalam rubrik pemarkahan adalah pemilihan media,
pewujudan idea, gubahan dan kekemasan. Aspek pertama iaitu pemilihan media
dengan menggunakan bahan-bahan untuk membuat cetakan seperti PVC Cover A3,
cutter, fabric dye atau akrilik. Penggunaan alatan dan media tersebut dapat
membantu pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru mengenai
cetakan sutera saring.

Aspek kedua iaitu pewujudan idea di mana para pelajar cekap dan mampu
menggunakan sumber idea yang asli dan kreatif untuk menyampaikan mesej secara
terus dan jelas melalui penghasilan karya tersebut.

Seterusnya aspek yang ketiga iaitu gubahan dalam penghasilan karya. Para
pelajar dapat mengaplikasikan 3 jenis warna asas iaitu merah, biru dan kuning serta
4-5 asas seni reka iaitu garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang dalam
penghasilan karya tersebut

Aspek yang keempat iaitu kekemasan. Aspek kekemasan sangat penting dalam
penghasilan karya cetakan kerana ia memerlukan kesabaran dan ketelitian untuk
menghasilkan karya tersebut dengan cemerlang.
9.0 Rumusan dan Perbincangan
Penggunaan ‘PVC COVER A3’ sebagai bahan inovasi dalam menghasilkan teknik
cetakan sutera saring dalam kajian ini dapat membantu pelajar tingkatan 4 Zuhal
dalam menghasilkan karya cetakan sutera saring dengan baik. Penggunaan bahan
inovasi ini juga telah memberi impak yang positif kerana dapat memudahkan dan
menjimatkan masa pelajar untuk menghasilkan karya cetakan sutera saring. Para
pelajar hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM20 untuk membelanjakan bahan
dan peralatan yang diperlukan bagi melakukan teknik cetakan sutera saring ini
berbanding menggunakan bahan dan alatan sebenar yang membelanjakan hampir
beratusan ringgit. Penggunaan ‘PVC COVER A3’ sebagai bahan inovasi dalam
menghasilkan teknik cetakan sutera saring sedikit sebanyak telah memberi manfaat
kepada pelajar mahupun guru khususnya dalam bidang Pendidikan Seni Visual
pada masa kini dan masa akan datang.
RUJUKAN

Gardner. (1993) Creating Minds. New York : Basic Books.

Hauser, A. (1959) The Philosophy of Art History ditulis semula oleh Eric Fernie (2001)
Art History and Its Methods. New York, Phaidon Press Limited.

Herman. 1991. Strategic Planning in Education: Rethinking, restructuring, revitalizing.


Lancaster, PA : Technomic Publishing Company

Martin. (1986) ditulis semula oleh Noraini Abd. Rahim Gaya dan Aliran Hossien Enas
LAMPIRAN

Gambar 1 : Imej pada PVC Cover A3 yang telah dipotong menggunakan cutter
Gambar 2 : Pelajar melakukan teknik cetakan sutera saring menggunakan bahan inovasi PVC
Cover A3 dengan bimbingan guru.
Gambar 3 : Hasil cetakan yang telah dilakukan oleh pelajar

Anda mungkin juga menyukai