Anda di halaman 1dari 18

LAPORAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6

Nama Pelajar

: Zaidi bin Ahmad @ Abd Rahman

No. Kad Pengenalan

: 741126085731

Nama Sekolah

: SK Kampong Sera 09100 Baling Kedah Darul Aman.

Program

: Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011

Kelas

: 8J

TAJUK

: Penggunaan Acuan Botol Mineral Dalam Menghasilkan


Kraf Tembikar Menggunakan Teknik Lingkaran.

Mata Pelajaran

: Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Tempoh Pelaksanaan

: 60 Minit

1.0

PENGENALAN
Tembikar merupakan artifak kraf yang paling awal dapat dikesan dalam tamadun
manusia dan merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui
perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat pada satu ketika dahulu.
Penghasilan tembikar bukan lagi hanya sekadar memenuhi keperluan untuk
hidup tetapi ianya juga merupakan satu lambang penyataan yang ekspresif
kepada masyarakat.
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi
dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu,

program inovasi dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat
murid-murid Tahun 6 Bestari di SK Kampong Sera untuk lebih kreatif dan inovatif
dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual dalam Bidang Mengenal Kraf
Tradisi.

2.0

RASIONAL
Meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang
menggunakan teknik lingkaran bagi murid Tahun 6 Amanah melalui alat acuan.

3.0

PERNYATAAN MASALAH
Terdapat

beberapa

permasalahan

timbul

ketika

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran berlangsung. Salah satu permasalahan adalah daripada segi


bahan. Doh yang tersedia kurang mampat dan pejal, dan ini menyukarkan
proses penghasilan tembikar.
Permasalahan kedua adalah, murid tidak dapat menghasilkan kraf tembikar
dengan mengikut bentuk yang dikehendaki. Melalui pemerhatian, pengkaji
mendapati murid mengalami kesukaran ketika membuat tembikar dengan
menggunakan doh dan salah satu daripada faktornya adalah kerana bentuk dan
struktur doh yang kurang mampat dan kurang pejal. Hasilnya, kraf tembikar yang
dihasilkan tidak mencapai kehendak pengkaji dan pelbagai bentuk kraf tembikar
terhasil.
Menyedari hal itu, ketika sesi apresiasi dan refleksi, saya mengambil peluang
tersebut untuk mengadakan sesi soal jawab bagi mengenal pasti permasalahan
yang dihadapi oleh murid ketika membuat aktiviti kraf tembikar tersebut. Masalah
yang dihadapi oleh murid-murid tersebut ialah, mereka tidak dapat menghasilkan

kraf tembikar 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran dengan baik dan
mereka kurang keyakinan diri serta cepat berputus asa apabila berdepan dengan
aktiviti yang sukar. Masalah yang wujud ini mungkin berpunca daripada jangkaan
guru sendiri yang meletakkan aras dan tahap yang terlalu tinggi terhadap muridmurid tersebut. Manakala faktor kesukaran mewujudkan perasaan cepat putus
asa di dalam diri mereka, dan secara tidak langsung mereka mula mencari cara
yang lebih mudah untuk menghasilkan kraf tembikar. Hasilnya, pelbagai jenis
dan bentuk kraf tembikar terhasil ketika aktiviti membuat kraf tembikar
dijalankan.

Rajah 1 : hasil karya tembikar sebelum inovasi

4.0

OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1.

Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

2.

Meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi


menggunakan teknik lingkaran.

3.

Membuktikan keberkesanan penggunaan kaedah demostrasi dalam


pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual.

4.

Melihat keberkesanan penggunaan alat sebagai acuan bagi menghasilkan


kraf

tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik

lingkaran.
5.

Membina suasana pembelajaran yang

lebih

menyeronokkan dan

menggunakan kaedah pembelajaran di luar kebiasaan.

5.0

KONSEP INOVASI
5.1 Perancangan Projek inovasi
Semasa fasa tindakan, saya telah melaksanakan tindakan yang telah dirancang
dan mengenalpasti hasil dapatan. Sebelum menjalankan projek inovasi, saya
telah mengadakan satu sesi soal jawab dan perbincangan bersama-sama murid
bagi mengenal pasti tahap pengetahuan murid tentang aktiviti-aktiviti yang
terdapat dalam bidang kraf tradisional. Sesi soal jawab dan perbincangan itu
juga diadakan bagi mengenal pasti sejauh mana pengetahuan serta jenis-jenis
aktiviti yang pernah murid lakukan sebelum ini dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.

Langkah pertama prosedur

adalah, saya telah membuat refleksi dengan

mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung.


Saya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi.
Antara isu yang diperhatikan adalah sama ada murid boleh ataupun tidak
menghasilkan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik

lingkaran. Manakala isu sampingan pula, samada murid dapat memahami atau
tidak prosedur yang diterangkan oleh saya.

Daripada refleksi yang dilakukan, saya telah mengenal pasti masalah yang
sering berlaku dalam kalangan murid. Saya berhadapan dengan murid yang
mempunyai kemahiran lokomotor yang lemah iaitu kemahiran tangan, kurang
pemahaman, kurang berminat dan kurang penguasaan dalam bidang kraf
tradisional dalam aktiviti membuat kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang
menggunakan teknik lingkaran. Kemudian saya mengenal pasti permasalahan
yang sering dihadapi murid ketika melaksanakan aktiviti Pendidikan Seni Visual
dengan mendapatkan maklumat dari guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
SK Kampong Sera.

Ujian pra dijalankan bagi menilai kualiti hasil karya yang dihasilkan oleh
muridsebelum menggunakan alat acuan. Rakaman dalam bentuk foto dilakukan
bagi melihat perbezaan dari segi kualiti hasil karya kraf tembikar yang
menggunakan teknik lingkaran. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran,
saya membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid bagi mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi responden ketika menghasilkan kraf tembikar
dengan menggunakan teknik lingkaran.

Ketika sesi apresiasi, saya mengambil kesempatan tersebut untuk merungkai


permasalahan sebenar yang dihadapi oleh murid. Hasil dapatan tersebut,

direkodkan

dalam

bentuk

catatan

bagi

memastikan

kesahan

dan

kebolehpercayaan ujian pos yang akan diadakan. Permasalahan yang dihadapi


oleh murid mencetuskan idea kepada saya untuk mereka sejenis alatan iaitu
acuan dari botol mineral bagi meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar yang
menggunakan teknik lingkaran. Ujian pos diadakan bagi menilai hasil kraf
tembikar yang dihasilkan dengan menggunakan alat acuan. Hasil karya tersebut
direkodkan dalam bentuk foto dan akan dibandingkan dengan hasil karya kraf
tembikar sebelum menggunakan acuan. Semasa intervensi dijalankan, pengkaji
juga akan mendapatkan maklumat melalui pemerhatian yang dilakukan.

5.2 Hasil Dapatan


Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian, saya akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini
bermaksud pengkaji perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh
daripada

ujian

pra

dan

pos

berdasarkan

hasil

karya

kraf

tembikar

responden.Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa


instrument seperti ujian pra dan ujian pos bagi melihat kualiti hasil karya kraf
tembikar dan perubahan tingkah laku murid ketika membuat aktiviti tersebut.
Data yang diperoleh ini akan digunakan dan dijadikan sebagai pengukur sama
ada kajian ini berjaya atau gagal.

Sebelum

Peringkat sebelum intervensi :


Hasil tembikar responden tidak menepati
struktur tembikar yang dikehendaki
Selepas

Peringkat setelah intervensi :


Hasil tembikar murid berjaya membentuk
tembikar mengikut bentuk yang
dikehendaki
Pada fasa ini, saya akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak.
Kajian yang berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta
peningkatan kualiti hasil karya kraf tembikar murid. Sekiranya kajian ini gagal
atau tidak mencapai sasaran, saya perlu mengenalpasti punca kegagalan dan
mengadakan kajian semula dengan penambahbaikkan.

Perancangan

Saya mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki. Masalah
utama yang membawa kepada keadaan ini adalah kaedah pengajaran dan
kekurangan Alat Bantu Mengajar (BBM). Keadaan
penghasilsan sejenis alat acuan

ini

mencetuskan idea

dari botol plastik bagi memudahkan murid

menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik acuan.

Gambar menunjukkan penggunaan alat acuan dari botol mineral.

Saya telah menjalankan inovasi terhadap murid Tahun 6 orang. Saya telah
mengubah kaedah pengajaran dan menambah alat bantu mengajar iaitu alat
acuan bagi memudahkan murid-murid menghasilkan kraf tembikar serta
meningkatkan kefahaman murid tentang proses menghasilkan kraf tembikar
dengan menggunakan teknik lingkaran.
Pada peringkat tindakan, intervensi dilaksanakan dengan penambahbaikkan
yang telah dilakukan. Pemerhatian juga akan dilakukan pada masa ini. Ujian pos

akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan penambahbaikkan tersebut.


Setelah selesai, sesi temu bual diadakan bagi mendapatkan pandangan
responden mengenai perasaan mereka ketika membuat kraf tembikar sebelum
dan selepas menggunakan alat acuan.

Borang kaji selidik selepas penggunaan alat acuan dalam menghasilkan kraf
tembikar.

Bil
1.
2.
3.
4
5

Soalan
Adakah bentuk tembikar kamu sama
dengan rakan ?
Adakah proses membuat tembikar
teknik lingkaran mudah bagi kamu ?
Adakah doh yang digunakan dapat
mengekalkan bentuk tembikar kamu ?
Adakah kamu dapat menyiapkan
tembikar kamu mengikut masa yang
ditetapkan ?
Adakah aktiviti ini menarik minat
kamu ?

BORANG KAJI SELIDIK SEBELUM INOVASI

YA

TIDAK

NAMA :

. TAHUN:
BIL

Soalan

1
2

Adakah bentuk tembikar kamu sama dengan rakan ?


Adakah proses membuat tembikar teknik lingkaran mudah bagi
kamu ?
Adakah doh yang digunakan dapat mengekalkan bentuk
tembikar kamu ?
Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar kamu mengikut masa
yang ditetapkan ?
Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ?
SKOR

3
4
5
6

Tandakan (/)
Y
T

Tanda tangan
BORANG KAJI SELIDIK SELEPAS
BIL

Soalan

Adakah bentuk tembikar kamu sama dengan rakan ?

Adakah proses membuat tembikar teknik lingkaran mudah bagi


kamu ?
Adakah doh yang digunakan dapat mengekalkan bentuk
tembikar kamu ?
Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar kamu mengikut masa
yang ditetapkan ?
Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ?
SKOR

3
4
5
6

Tandakan (/)
Y
T

Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak
berdasarkan kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh.

Gambar menunjukkan hasil karf tembikar setelah menggunakan alat acuan.

6.0

SKOP DAN BATASAN


saya telah menggunakan instrument analisis dokumen iaitu rakaman foto dan
rekod hasil Ujian , pemerhatian dan temu bual bagi tujuan tinjauan masalah.
Berdasarkan tinjauan masalah, sayai dapat mengenalpasti beberapa isu yang
berkaitan dengan masalah ini:
1.

Murid kurang tahu tentang teknik-teknik kraf tembikar.

2.

Murid tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan

teknik lingkaran.
3.

Murid kurang mahir menggunakan teknik lingkaran dalam penghasilan

kraf tembikar.
4.

Murid kurang faham dan kurang memberi tumpuan ketika membuat aktiviti

yang sukar.

Bidang kegiatan menggambar, membentuk dan membuat binaan, membuat


corak dan rekaan dan kraftangan memerlukan murid berinteraksi dengan alat
dan bahan semasa proses kerja menyiapkan karya. Kita ambil contoh aktiviti
membentuk dan membina kad dalam mbidang seni membentuk dan membuat
binaan , dalam proses kerja menyiapkan kad ucapan, murid-murid menggunakan
alat seperti gunting untuk menggunting bentuk yang diingini. Selain daripada
itu,murid juga dapat memanipulasikan bahan yang diberikan iaitu kertas dengan
melipatnya bagi mendapatkan lipatan kad yang diingini. Interaksi yang kritis dan
kreatif telah ditunjukkan dalam aktiviti seni yang saya jalankan.

Dalam organisasi kurikulum Laura Chapman (1986) turut menjelaskan bahawa


penerokaan

adalah

antara

organisasi

kurikulum

yang

penting.

Melalui

penerokaan terhadap alat dan bahan maka akan terhasilah kreativiti dan ideaidea yang menarik. Sebenarnya, dalam ke empat- empat bidang kegiatan seni di
sekolah rendah di Malaysia, murid- murid digalakkan membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif mereka. Murid- murid akan
menggunakan pelbagai bahan dan alat yang mana dapat memperkembangkan
domain psikomotor dan kemahiran asas seni visual mereka.
Menurut Simpson (1956), interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
menunjukkan hasil belajar domain psikomotor yang jelas dan tampak dan
kemampuan bertindak individu. Hasil belajar Psikomotor ini merupakan lanjutan
dari domain kognitif iaiatu memahami sesuatu dan domain Afektif yang baru
tampak dalam bentuk kecenderungan- kecenderungan perilaku.

Menurut Hilgard dan Bower (1975), mengemukakan belajar berhubungan


dengan perubahan tingkah laku seseorang terhadap sesuatu situasi tertentu
yang disebabkan oleh pengalamannya yang berulang-ulang dalam situasi itu.
Dimana

perubahan tingkah laku itu tidak dapat dijelaskan atau dasar

kecenderungan respon pembawaan, kematangan atau keadaan-keadaan sesaat


seseorang (misalnya kelelahan, pengaruh ubat, dan sebagainya). Berdasarkan
pengertian di atas ia memberikan gambaran bahawa proses pembelajaran
harus melibatkan daya kemampuan potensi seseorang kanak-kanak. Semua
pancaindera harus terlibat bukan sekadar mendengarkan keterangan daripada
penyampaian guru namun murid harus terlibat sama ada melalui pendengaran,
penglihatan dan melakukan aktiviti fizikal. Dari definisi di atas dapat disimpulkan
bahwa pembelajaran adalah proses interaksi berlandaskan komunikasi kanakkanak dengan pendidik dan sumber atau bahan. Pembelajaran dengan
menggunakan media merupakan suatu bahagian tidak dapat dipisahkan dalam
proses pembelajaran yang bermakna dan menyeluruh. Penggunaan media salah
satunya melalui permainan. Menurut kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin
banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini
kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang
berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan
penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran
yang

menggunakan

alat-alat

yang

berbagai

pancaindera

akan

lebih

mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik

akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang,
didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan (Atan, 1990).
Menurut Burhanudin, teori belajar yang ada salah satunya tentang Bakat dan
Pengalaman. Menurut teori Perkembangan jiwa anak sangat ditentukan dari
bakat dan potensi yang dimilikinya ataupun perkembangan jiwa anak dapat
ditempa

dari

pengalaman-pengalaman

saat

anak

menjalani

proses

kehidupannya. (Yusak Burhanudin, 2003:37). Teori ini memberikan gambaran


pembelajaran yang baik bukan hanya pemindahan ilmu ke anak didik melalui
ceramah yang akhirnya terjadi verbalisme dan pembelajaran sehala namun
dapat dipadukan dengan pembelajaran yang memberikan pengalaman kepada
kanak-kanak untuk melakukan sesuatu dalam menemukan jawapan dari
permasalahan tema pembelajaran dan memperoleh
maksimum.

Menurut

pandangan

teori

gestalt

pengetahuan secara

seseorang

memperoleh

pengetahuan melalui rangsangan atau informasi dengan melihat strukturnya


secara menyeluruh kemudian menyusunnya kembali dalam struktur yang
sederhana sehingga lebih mudah difahami. Gestalt adalah sebuah teori yang
menjelaskan proses persepsi melalui pengorganisasian komponen-komponen
rangsangan yang memiliki hubungan, pola, ataupun kemiripan menjadi kesatuan.
Istilah Gestalt merujuk kepada sebuah objek atau figura yang kukuh dan
berbeza dari jumlah bahagian-bahagiannya.

7.0

KEPENTINGAN DAN IMPAK INOVASI


Sebelum melaksanakan intervensi, saya dapati kebanyakkan hasil
karya kraf tembikar murid tidak mengikut kriteria-kriteria yang
dikehendaki.

Ketika

membuat

aktiviti

kraf

tembikar,

responden

mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lingkaran demi


lingkaran bagi membentuk sebuah tembikar. Pemerhatian dan huraian
berdasarkan rakaman foto hasil karya kraf tembikar sebelum dan
selepas menggunakan alat acuan, jelas menunjukkan peningkatan dari
segi kualiti hasil karya kraf tembikar. Hanya 14 orang murid
menunjukkan hasil kraf tembikar tahap sederhana sebelum intervensi
dilaksanakan. Berbeza dengan keputusan yang diperolehi selepas
intervensi dilakukan. Bilangan murid yang berjaya menghasilkan kraf
tembikar mengikut kriteria yang dikehendaki adalah 100% dan secara
tidak langsung mereka berada dalam kategori hasil karya kraf
tembikar yang terbaik. Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya
dapat melihat peningkatan yang ketara dalam penghasilan kraf
tembikar berbanding sebelum menggunakan alat acuan tersebut. Ini
jelas

membuktikan

penggunaan

alat

acuan

membantu

murid

meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan


teknik lingkaran.

8.0

ANGGARAN KOS
BIL
1
2
3
4

9.0

ITEM
DOH/PLASTERSIN
PISAU PEMOTONG
KAD MANILA
JUMLAH BESAR

PELAN PERANCANGAN

KUANTITI
HARGA
20 KOTAK X RM 1.50 RM 30.00
10 BILAH X RM 2.00 RM 20.00
5 KEPING X RM0.50 RM 2.50
RM 52.50

10.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa dalam mencapai matlamat Pendidikan

Seni Visual, objektifnya dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, peranan guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini amat penting sekali dalam memberi impak
yang maksimum kepada murid. Ini adalah kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah bergantung kepada kebijaksanaan guru tersebut dalam mengendalikan aktiviti dan
memperkembangkan domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid- muridnya
dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Jelas terbukti melalui program inovasi ini, empat organisasi kurikulum yang dijelaskan oleh
Laura Chapman (1986) iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi dan lanjutan
mempunyai persamaan dengan organisasi pendidikan seni visual sekolah rendah di Malaysia
iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik semua aspek.
Keberkesanaan dan kepentingan pendidikan seni visual di sekolah rendah di Malaysia
sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ia bukanlah mata pelajaran teras sepenting
mata pelajaran UPSR namun, keberkesanannya dalam membantu kemenjadian murid yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial adalah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai lanjutan daripada program ini ini, saya bercadang untuk menjalankan
program yang seterusnya kepada murid-murid akan datang dari kelas tahun 4 dan 5
oleh sebab masih terdapat murid yang menghadapi masalah yang sama semasa
menjalankan aktiviti menghasilkan tembikar dengan teknik lingkaran dan berusaha
mencari kaedah baru bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai