Anda di halaman 1dari 10

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA AIR BAGI MURID SEKOLAH RENDAHSATU TINJAUAN

KAEDAH MEWARNA 60 MINIT SEMINGGU

PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-maslah yang dihadapi
oleh murid sekolah rendah Kebangsaan kampong Bahagia di dalam kemahiran
mewarna. Seramai 22 orang murid SK Kampong Bahagia dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah dan juga melalui ujian bulanan. Hasil tinjauan awal menunjukkan
murid-murid tidak memahami teknik atau cara mewarna menggunakan catan air.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan
kemahiran mewarna mengguanakan catan air. Murid telah didedahkan dengan teknik
mewarna ini pada setiap minggu sekurang-kurangnya 60 minit seminggu. Kajian yang
dijalankan ini diselesaikan dalam masa 6 minggu. Dapatan soal selidik menunjukan
murid lebih memahami,minat dan mahir untuk mewarna setelah menjalani program ini.

2.0 REFLEKSI PENGAJAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Teknik Catan


Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah
Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat

improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.
Sewaktu saya memeneliti hasil kerja murid darjah 5 Dedikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni, saya sungguh terkejut kerana hampir semua muridmurid ini tidak mengetahui teknik mewarna yang betul.Kebnayakan mereka tidak tahu
lengsung menggunakan cat air dalam aktiviti catan dan tidak mengauasai kemahiran
memegang berus dan warna air.Mereka kebanyakan mewarna keluar dari sempadan
objek atau gambar walaupun menggunakan media atau warna kayu.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, ternyata murid ini gagal
menghasilkan warna yang kemas . Murid ternyata gagal menghasilkan catan yang
kemas walaupun gambar yang diberikan sangat mudah.Apabila ditanyakan keadaan ini
mereka mengatakan bahawa sebelum ini mereka tidak diberi penekanan teknik
mewarna yang betul dan tidak diberi pendedahan menggunakan warna air. Ini kerana
guru hanya membiarkan mereka mewarna menggunakan pensel kayu asalkan kerja
yang diberi disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?.Adakah corak
pengajaran saya ini boleh mebantu mereka dalam aktiviti mewarna?Mampukah saya
menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar yang ramai ini?
Apabila

saya

membawa

masalah

ini

dalam

mesyuarat

panitia,

kebanyakan

maklumbalas yang saya perolehi ialah murid ini bersikap sambil lewa dan malas
menghasilkan kerja yang baik,terlalu gopoh gapah untuk menyiapkan tugasan dan
hasilnya gambar yang diebrikan diwarnakan sesuka hati sehingga kehilangan bentuk

sebenar gambar tersebut. Namun begitu, apakah tindakan yang harus saya lakukan
untuk mengatasi masalah ini?.
Rentetan dari dapatan

ini, saya telah mempelbagaikan cara pengajaran dan

pembelajaran agar murid-murid ini dapat menghasilkan warna secara struk yang betul
namun masih ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran catan air ini. Namun
jika dilihat hasil kerja murid boleh dikatakan hampir 95% kurang berkualiti dan tidak
mencapai objektif. Apabila saya menyatakan rasa kekecewaan terhadap situasi ini
kepada rakan sekerja, yag mengajara pendidikan seni,rata-rata mereka memberi
maklum balas bahawa:

3.0

Murid memang lemah dan malas mencuba


Tiada kemahiran mencampur pelbagai jenis warna
Murid lebih banyak bermain kerana menganggap matapelajaran ini tidak penting
Tidak tahu mengawal tangan dan berus semasa menyapu warna pada kertas
Tidak memberi tumpuan pada hasil karya

ISU KAJIAN/TINJAUAN LITERATUR

Untuk mengenalpasti masalah, adalah penting untuk saya membuat tinjauan masalah
supaya perkara tersebut dapat dikenalpasti. Saya telah membuat tinjauan awal bagi
megenalpasti aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam kajian ini ialah kurang latihan dan
tumpuan pada kerja.
Walaupun banyak masalah yang dapat dikesan dalam kemahiran catan ini, saya lebih
memfokuskan kepada masalah penguasaan kemahiran/teknik catan air kerana murid
yang saya kaji adalah murid sekolah rendah tahap 2.Murid saya mempunyai kemahiran

yang sangat terhad.Mereka kebanyakanna hanya mampu menggunakan cat air secara
mendatar dan satu tona sahaja. Oleh yang demikian ruang dan bentuk objek sukar
dikenalpasti. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid kajian saya ialah:

Tidak berani dan tiada kemahiran mencampur warna


Mewarna melangkaui sempada garisan
Tidak tahumenggunakan ton warna untuk membezakan kawasan yang terang

dan gelap
Tidak tahu mengawal tangan semasa mewarna menyebabkan warna tidak selari
dengan objek/lukisan

Dengan membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran di atas, saya yakin mereka


boleh menghasilkan catan air dengan lebih baik. Hal ini dapat membantu murid
mengaplikasi kemahiran yang diperolehi pada ,masa akan dating. Saya yakin jika saya
dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap dan pandanag
negative pada matapelajaran ini akan dapat diatasi. Antara langkah yang telah saya
jalankan adalah seperti berikut:
3.1

Analisis ujian Januari 2012

Saya telah menggunakan ujian bulan Januari yang dikendalikan di peringkat sekolah
sebagai asas kepada kajian ini. Dapatan kajian tersebut seperti berikut:
Perkara
Bilangan murid

A
-

Jadual 1: Bilangan dan Peratus Pencapian Murid


tidak mencapai tahap memuaskan

TH

3.2 Analisis Kesalahan


Setelah meneliti analisis bulan Januari, saya telah menjalankan latihan mewarna teknik
catan air secara menyeluruh dan ringkas dalam masa 60 minit pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, Latihan ini dijalankan bagi mengenalpasti secra lebih
mendalam factor penyebab kelemahan murid mewarna dengan baik. Dapatan daripada
latihan tersebut membuktikan bahawa murid-murid ini memang tidak member tumpuan
semasa aktiviti mewarna yang dijalankan. Kebanyakkan dari kalangan mereka
membuat kerja sambil bermain-main dan tidak member perhatian dan ingin cepat siap.
Dengan ini, saya dapat membuat andaian bahawa mereka tidak mempunyai minat
terhadap aktiviti seni..

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Aktiviti catan air di sekolah-sekolah terutama di sekolah rendah masih lagi berhadapan
dengan masalah yang tertentu bagi menapai objektifnya kerana kebanyakan guru
mengambil jalan senang dengan menggunakan warna kayu yang dapat mengelakkan
kekotoran dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mencari punca-punca yang menyebabkan permasalahan yang diperkatakan di atas dan

mencari jalan penyelsaian agar murid-murid sekolah rendah lebih didedahkan dengan
penggunaan bahan/media catan air dalam aktiviti pendidikan seni mereka. Kjian ini
dapat membantu piahk-ihak yang terlibat dalam program inimerangka sesuatu aktiviti
agar matlamat untuk menarik minat dan focus dalam penggunaan catan air ini dapat
dicapai. Anta objektif kajian ialah:
1) Melihat sejauhmana keupayaan dan minat murid menggunakan catan air dalam
aktiviti mewarna
2) Meningkatkan keupayaan mengaplikasi campuran warna dan ton warna ke
dalam catan air
3) Membantu murid menguasai kemahiran mewarna menggunakan beberapa
teknik cat air
4) Melihat sejauhmana kemahiran pelajar dalam menggnakan alat/media dengan
betul dan berkesan
5) Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kea rah pendekatan yang
berpusatkan murid agar merasa seronok untuk berinteraksi sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.
4.1 PERSOALAN KAJIAN
Meskipun matapelajaran pendidikan seni visual diperingkat sekolah rendah boleh
dikatakan sebagai mata peklajaran terpinggir, seharusnya kehairan atau asas dalam
pendidikan seni perlu diterapkan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ini adalah kerana
melalui cara ini, murid-murid yang mempunyai bakat serta kreatif dapat dicungkil dan
diasah kemahiran mereka. Namun masih juga wujud kekangan-kekangan yang dapat
menyumbang kepada kegagalan dalam menarik perhatian murid terhadap bidang
pendidikan seni khususnya bidang catan ini. Oleh yang demikian, pengkaji ingin

melihat persoalan-persoalan yang mungkin timbul dalam usaha mengatasi masalah


ini .Persoalan seterusnya akan dijadikan panduan unuk melihat tahap kebolehan murid
dalam aktiviti catan menggunakan warna air ini. Antara persoalan yang wujud ialah:
1) Sejauhmana keupayaan dan minat murid menggunakan catan air dalam aktiviti
mewarna?
2) mampukah murid mengaplikasi campuran warna dan ton warna ke dalam catan
air?
3) Bagaimanakah guru dapat membantu murid menguasai kemahiran mewarna
menggunakan beberapa teknik cat air
4) Sejauhmana kemahiran pelajar dalam menggnakan alat/media dengan betul dan
berkesan
5) Bagaimanakah cara guru mengubah cara pengajaran dan pembelajaran ke arah
pendekatan yang berpusatkan murid agar merasa seronok untuk berinteraksi
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 22 orang murid tahap 2 iaitu murid-murid darjah 5
dedikasi SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Dalam kelas ini mempunyai 2
kumpulan tahap kebolehan iaitu murid yang sederhana dan satu kumpulan berada
dalam senarai murid galus. Statistik kumpulan murid seperti berikut:

KUMPULAN
Bilangan Murid
Sederhana
10 orang
Galus
12 orang
Jadual 2: Bilangan murid mengikut kumpulan
Kumpuan sederhana seramai 10 orang merupakan murid-murid yang celik 3M tetapi
murid-murid ini agak lambat dalam pembeljaran bilik darjah. Murid ini agak
berkebolehan dalam aktiviti seni dan menunjukkan minat dalam aktiviti pendidikan

seni terutama dalam kraftangan. Murid ini lebih mematuhi dan mendengar arahan
guru serta senang ditarik perhatian mereka. Kesimpulannya murid dari kumpulan
sederhana ini mudah dibentuk kerana dilihat mempunyai minat dalam aktiviti seni
terutama dalam aktiviti catan menggunakan warna air.
Sementara kumpulan galus yang terdiri daripada kebanyakan murid lelaki agak
suakr untuk dikawal kerana mereka banyak bermain dan seringkali hilang focus
dalam pembelajaran. Sewaktu pengajaran mata pelajaran pendidikan seni, mereka
seringkali membuat tugasan tergesa-gesa dan hasil yang diperolehi sangat kurang
memuaskan. Catan yang dihasilkan pada lukisan amat comot dengan kesan
penggunaan cat air yang cair dan menyebabkan lukisan yang dihasilkan tidak
berbentuk. Ini kerana mereka dari kumpulan galus ini lebih mementingkan aktviti
bermain bersama rakan-rakan yang lain.
6.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
6.1 Menentukan focus
Berdasarkan kepada pemaslaahn yang dinyatakan, saya telah memefokuskan
kajian tindakan ini adalah supaya murid-murid dapat mengikuti proses pemgajaran
dan pembelajaran yang berterusan seperti berikut:
Mengenalpasti daerah kelemahan murid
Menentukan langkah-langkah aktiviti yang perlu saya jalankan
Menentukan cara atau kaedah yang sesuai dalam menjalankan aktiviti
6.2

Langkah melaksanakan Tindakan

Menurut Laporan Prestasi SPM 2003 untuk Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), secara keseluruhan, sebahagian besar
calon-calon mendapat markah yang sederhana dan rendah. Diantara faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar-pelajar mendapat markah yang rendah ialah kerana,
kebanyakan calon tidak dapat mengaplikasikan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip
rekaan seperti penggunaan warna, keseimbangan penegasan dan sebagainya.
Disamping itu untuk calon yang sederhana dan lemah di dapati kereativiti mereka
rendah, malah didapati kebanyakan calon meniru antara satu dengan yang lain
kerana menampakan persamaan dari segi motif dan sebagainya terutama di dalam
Kertas 4 melalui kerja projek yang telah dihantar ke bahagian peperiksaan.
Sebaliknya calon-calon yang dikatogerikan dalam kumpulan cemerlang, dapat
menghasilkan gubahan yang menarik, mengaplikasikan asas seni reka sepenuhnya
disamping kecekapan dalam penggunaan media dan teknik mewarna dengan baik. Ini
jelas menunjukan bahawa kemahiran catan memainkan peranan yang penting

Calon-calon yang cemerlang juga menghasilkan kerja yang menampakan tahap


kreativiti dan pemikiran yang tinggi.

Kemahiran mewarna secara struktur ini meru

Anda mungkin juga menyukai