Anda di halaman 1dari 21

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN KHAS


TAJUK KAJIAN MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT MURID BEKEPERLUAN KHAS TERHADAP WARNA MELALUI KAEDAH PESTALOZZI

NAMA PENYELIDIK MOHD SHAH RIZAL BIN MD SUPIAN SURI NOOR ADILAH BT ABU HASSAN NURUL AIN BT RAZAK NOOR HASHIKIN BT MOHAMMAD TAHIR L20112007605 L20112007624 L20112007611 L20112007617

NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI, 01000 KANGAR, PERLIS

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

ABSTRAK Seni merupakan istilah yang sukar untuk ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.

Di Malaysia Pendidikan Seni dilaksanakan dan dijadikan sebagai program pendidikan yang bersistem terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Kesimpulannya, Pendidikan Seni merupakan suatu sistem pengajaran dan

pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas memberi fokus kepada usaha mencungkil, mengembangkan bakat serta potensi murid bekeperluan khas supaya dapat mengamalkan kemahiran yang diperoleh di mana ianya lebih menegaskan kepada proses penghasilan yang merangkumi pemahaman, penghayatan dan kritikan. Aspek yang sering diberikan penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar dan kemahiran melukis. Proses ini juga memberi keutamaan kepada aktiviti melukis, membuat corak dan rekaan, membuat binaan dan menghasilkan kraf tangan berdasarkan kreativiti murid. Setiap komponen yang terkandung di dalam Pendidikan Seni Visual ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif berikut iaitu mengembangkan bakat dan kreativiti, menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor murid, menilai keindahan alam dan warisan budaya, mengenal, membezakan serta menggunakan warna dengan betul, menghasilkan karya seni yang kreatif dan memberi peluang ke arah kerjaya. Seni dan warna saling berkait rapat antara satu sama lain. Menurut buku Art Fundamentals Edisi 10 (2006), menyatakan... Color is one of the most expressive elements because it affects our emotions directly. When we view a work of art, we do not have to rationalize what we are supposed to feel about its color; instead, we have an immediate emotional reaction to it.. Berdasarkan petikan ini satu yang penting ialah kesan emosi. Warna adalah anugerah Tuhan untuk kita dan melalui warna kita dapat menikmati keindahan alam ini. Justeru karya seni visual menyempurnakan anugerah itu dengan menyerikan melalui palitan warna oleh para seniman. Secara langsung warna dalam karya seni visual telah memberi suatu ruang ilusi yang sungguh istimewa melalui kesan unsur nilai cahaya. Dalam subjek Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas, murid didedahkan dengan asas mewarna iaitu warna asas dan campuran dari warna asas yang juga lebih dikenali sebagai warna sekunder. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, murid bekeperluan khas tidak terkecuali mengenal dan membezakan warna dan seterusnya berguna di mana hadapan.

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

1.2

Refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Sewaktu guru memeriksa ujian latihan amali asas warna pelajar, guru agak terkejut dan hairan kerana mendapati murid masih tidak mampu menguasai warna asas dan warna sekunder. Dalam semakan ujian yang telah dilaksanakan bersama-sama mereka, secara purata murid menghadapi masalah dalam mengenal warna seperti yang telah diajar oleh guru. Apabila guru menunjukkan carta roda warna kepada murid berkeperluan khas (lembam) dan meminta murid menyatakan warna yang terdapat di dalam carta warna tersebut, 90% daripada mereka menyatakan tidak tahu membezakan warna tersebut walaupun sebenarnya mereka telah pun mempelajari topik tersebut sebelum ini. Guru juga mengenalpasti masalah ini terutama sewaktu pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Sebilangan besar mereka kelihatan terkial-kial dan terpingapinga apabila guru meminta untuk membezakan warna asas dan warna sekunder. Mereka hanya boleh menyebut warna yang ditunjukkan oleh guru di dalam carta roda warna. Mereka juga menunjukkan minat yang rendah terhadap topik warna ini. Selain itu, murid-murid tidak mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan guru dan menceritakan masalah yang mereka hadapi seperti tidak dapat atau kurang memahami apa yang diajarkan oleh guru berkaitan topik warna sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, mereka ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain dan gagal menyiapkan tugasan yang diberi. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar ini? Perlukah guru mengadakan kelas khas berkaitan topik warna? Apakah yang boleh guru lakukan untuk menarik minat pelajar bagi mendalami pengetahuan tentang warna? Persoalan yang timbul di sini ialah, apakah tindakan bagi menangani masalah ini? Guru telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang lemah dalam mengenalpasti warna dan membezakan warna asas dan warna sekunder. Guru berpendapat, kelemahan pelajar ini disebabkan

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

masalah lembam murid, kurangnya minat, pengetahuan lemah megenai warna. Perkara yang paling penting sekali, murid malu dan tidak mahu mengambil inisiatif untuk bertanya kepada guru. Sekiranya keadaan ini tidak dibetulkan, pasti murid tidak akan memperoleh markah yang baik di dalam peperiksaan yang akan datang. 1.3 Model Kajian Tindakan melalui Kaedah Pestalozzi

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

2.0 FOKUS KAJIAN Terdapat 4 bidang utama di bawah kurikulum subjek Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas. Bidang yang pertama ialah melukis, yang kedua membuat corak dan rekaan, bidang ketiga pula ialah mereka dan membuat binaan dan akhir sekali bidang mengenal kraf tangan. Namun begitu, para pengkaji memfokuskan kajian ini terhadap bidang melukis. Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti. Telah dikenalpasti bahawa pelajar memiliki pengetahuan yang sangat terhad berkaitan topik ini. Mereka hanya mampu mengenali warna tetapi tidak boleh membezakan antara warna asas dan juga warna sekunder. Antara lain-lain kelemahan yang sering dilakukan oleh murid bekeperluan khas (lembam) ialah: Murid mempunyai masalah mengingat walaupun belajar berulang kali. Murid tidak dapat mengenal dan membezakan warna asas dan warna sekunder. Murid tidak boleh memberi tumpuan ketika pengajaran dan pembelajaran.

Dengan membantu murid bekeperluan khas (masalah lembam) dalam menguasai warna, saya yakin kajian menggunakan kaedah Pestalozzi ini boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dalam meningkatkan penguasaan mengingat mereka bagi topik warna ini. Hal ini seterusnya akan dapat membantu mereka mengenal dan membezakan warna dengan betul di samping dapat mengembangkan bakat serta potensi murid dalam subjek Pendidikan Seni Visual.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid bekerperluan khas (masalah lembam) diharap akan dapat mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

Meningkatkan penilaian dengan peningkatan peratus kelulusan subjek Pendidikan Seni Visual bagi murid bekeperluan khas 3.2 Objektif Khusus Meningkatkan penguasaan mengingat murid bekeperluan khas (masalah lembam) terhadap warna Meningkatkan minat murid bekeperluan khas (masalah lembam) terhadap warna di dalam bilik darjah Meningkatkan kemahiran mengenal dan menggunakan warna dengan betul Meningkatkan keupayaan menguasai warna Membantu pelajar menguasai warna melalui latihan amali

4.0 PERSOALAN KAJIAN Dalam kajian ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan iaitu: a) Siapakah murid bekeperluan khas? b) Adakah murid bekeperluan khas dapat mengenal dan membezakan warna ? c) Bagaimanakah kaedah ini dapat membantu murid mengingati istilah dan konsep warna dengan lebih mudah? d) Bagaimanakah konsep warna boleh membantu murid melalui persekitaran mereka?

5.0 DEFINISI

5.1

Penguasaan Menurut Kamus Dewan (1989),penguasaan membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau kemampuan (untuk

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

melakukan ataumengerjakan sesuatu). Maka, perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai ilmu Balaghah yang dipelajari. 5.2 Mengingat Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam dan mengadakan dalam fikiran; membuat jadi ingat 5.3 Murid Bekeperluan Khas Menurut Kamus dewan Edisi ke Tiga Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciriciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." 5.4 Warna Menurut Wikipedia warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa. 5.5 Kaedah Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

spesifik dalam jangka pendek. Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. 5.6 Pestalozzi

Pestalozzi merupakan seorang pengasas konsep pastalozzi. Nama sebenar beliau ialah Johann Heinrich Pestalozzi. Menurut Pestalozzi (1746-1827) dalam Rohani Abdullah et. al (2004), yang terpengaruh dengan falsafah Rousseau, juga menyarankan pendidikan awal kanak-kanak adalah berasaskan persekitaran semula jadi. Beliau berusaha menghapuskan pendekatan pengajaran melalui hukuman dan pembelajaran berbentuk penghafalan. Oleh itu Pestalozzi berpendapat, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup yang sebenar. Kaedah pengajaran Pestalozzi menitikberatkan penerokaan melalui pengalaman deria. Cara terbaik untuk kanak-kanak belajar adalah melalui pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat. Contohnya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah melibatkan aktiviti seperti melihat , menyentuh, dan menghidu bau bunga mawar melalui deria memberi impak yang lebih berkesan kepada kanakkanak jika dibandingkan dengan aktiviti pengajaran melalui gambar ataupun perbualan sahaja.

Beliau juga menggalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan yang terdiri daripada kanak-kanak yang berbeza dari segi umur. Dalam kumpulan, kanak-kanak yang lebihbesar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil. Pada masa yang sama, untuk mengajar kanak-kanak yang kecil dalam sesuatu kemahiran, kanak-kanak yang besar merasa terdorong untuk kemahiran tersebut mengukuhkan penguasaan mereka dalam

10

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

6.0 SOROTAN KAJIAN Sorotan tinjauan merupakan kajian-kajian lepas yang dijadikan panduan untuk meneruskan kajian ini. Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian. Ia membincangkan beberapa persoalan kajian yang dibuat berkaitan dengan minat pelajar terhadap tajuk kajian ini. Kajian berhubung dengan minat pelajar merupakan kajian yang popular di kalangan penyelidik pendidikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 2003), minat ialah keinginan, kesukaan atau kecenderungan kepada sesuatu. Minat bermaksud suatu kecenderungan yang menyebabkan seseorang berusaha untuk mencari ataupun mencuba aktiviti-aktiviti dalam bidang tertentu.Minat pelajar selalu dijadikan ukuran dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, motivasi memainkan boleh peranan penting dalam

pembelajaran subjek dalam kelas. Menurut Hashim (2000), minat secara keseluruhan dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi. Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang menaruh minat untuk belajar. Mereka akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. Mereka aktif juga di dalam dan di luar kelas, mudah bergerak mengikut arahan guru. Selain itu, mereka boleh berdikari dan suka memberi pandangan dan pendapat dalam kelas. Diri seseorang itu dianggap sebagai memainkan peranan yang penting dalam motivasi dan pembelajaran. Minat pelajar boleh menjadi penggerak dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kejayaan hidup keseluruhannya. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu sikap belajar dalam bilik darjah ( Mohd Daud Hamzah,2009 ).Minat pelajar yang mendalam dalam subjek kemahiran hidup turut mendorong mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

11

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

Pembelajaran kolaboratif telah diperkenalkan dengan pelbagai cara dalam pelbagai aspek yang berbeza dalam pendidikan. Oleh itu, amat penting bagi kita meninjau istilah dan konsepnya terlebih dahulu. Menurut menyatakan bahawa pembelajaran menekankan usaha bersama di kalangan Whipple ( Dipetik daripada Kimber, 1994) kolaboratif adalah corak pedagogi yang pelajar-pelajar, fakulti dan pentadbir. Ia

menekankan konsep inquiry sebagai asas proses pembelajaran. Kaedah ini mula digunakan dalam pembelajaran falsafah di sekolah di Greek dan Roman (Kimber, 1994). Ia digunakan dalam falsafah Socrates ketika kaedah wacana di kalangan pelajar mula diberikan penekanan. Begitu juga apabila pelajar mula digalakkan untuk bertanya ketika pembelajaran falsafah berlangsung. Kedah ini mula digunakan dengan ketara pada lewat abad ke-17 dan awal abad ke-18 di Eropah dan England. Pada permulaan era baru selepas revolusi perindustrian di Eropah, kebanyakkan sekolah menghadapi masalah kekurangan guru terlatih. Melalui kaedah monitorial sistem, seorang pelajar dilantik sebagai ketua yang akan mengajar pelajarpelajar yang lebih muda atau pelajar yang kurang berkebolehan daripadanya. Keadaan ini mewujudkan interaksi pelajar dua hala dengan lebih ketara melalui kolaboratif dan sistem monitor ini. Dalam model pembelajaran kolaboratif yang dikemukakan oleh Ried (1989), terdapat lima (5) fasa untuk membentuk instruksi bagi pembelajaran kolaboratif, iaitu penglibatan, eksplorasi, transformasi, persembahan dan refleksi. Pada fasa penglibatan, guru menyiapkan kelas dengan aktiviti kolaboratif seperti mengarahkan pelajar membaca dan menyemak serta memeriksa jenis bahasa pujukan yang ditemui dalam karya seperti iklan, brosur dan papan tanda. Aktiviti tersebut membolehkan pelajar-pelajar menganalisis srategi-strategi yang digunakan oleh pengiklan untuk mempengaruhi potensi pembeli. Fasa kedua, pelajar boleh melakukan penerokaan mencari idea dan maklumat. Guru perlu menetapkan berapa banyak input yang perlu diberi sebagai tugasan belajar dan berapa banyak menggalakkan yang dapat meningkatkan kematangan pergantungan para pelajar pada pelajar tersebut. Bagi ini, guru boleh peringkat

mengemukakan soalan kepada pelajar dalam kumpulan untuk mendemontrasi pembelajaran mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah maklum balas.

12

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

Fasa ketiga adalah transformasi atau perubahan pengetahuan. Di sini pelajar dalam kumpulan terikat dengan aktiviti untuk membentuk semula maklumat-maklumat dengan mengatur, menjelaskan, menghuraikan atau menghubungkan konsep-konsep pembelajaran. Dalam peringkat ini memerlukan pelajar-pelajar menyumbangkan idea dalam kumpulan. Pada pada fasa keempat, pelajar diberikan peluang untuk mempersembahkan perbincangan mereka kepada penonton dari kumpulan lain. Pada peringkat ini, harus dipastikan penonton memberikan maklum balas terhadap maklumat yang dijana oleh kumpulan pembentang. Fasa terakhir ialah para pelajar memberikan analisis sesuatu yang telah mereka pelajari dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses pembelajaran yang telah dilalui oleh mereka dan mencari pelajar mencari penyelesaian. Keberkesanan aspek kolaboratif ini turut dibukti oleh syarikat Federal Express dan perusahaan penerbangan Boieng ketika melakukan penstrukturan semula agensi mereka. Setelah menerapkan pendekatan kolaboratif ini, ternyata syarikat Federal Express dapat meningkatkan 40% produktiviti perusahaannya. Begitu juga Boeing telah meningkat prestasinya sehingga 50% daripada sebelumnya (Lookatch,1996). Melalui model kolaboratif ini, guru dapat membantu pelajar dalam melakukan jalan untuk mereka memperbaiki pembelajaran mereka. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembimbing kepada berbincang dan

sesuatu dengan berjaya sebagai satu kumpulan atau sebagai sebahagian anggota kumpulan. Di samping dapat mengembang ketrampilan dan meningkatkan kualiti kerja dalam kumpulan (Asrori, 2001). Tinjauan Cooper, Sanches, Prescott dan Lawrence (1988) (dipetik dari Gan Siow Lee dan noran Fauziah, 1998) mendapati pembelajaran kolaboratif adalah lebih berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar berbanding kaedah tradisional yang melibatkan prosedur tersendiri prosedur individu dan prosedur yang mengehandaki persaingan individu (Cooper & Boyd, 1994).Johnson & Johnson (1992) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran mendapati pelajar yang belajar secara kolaboratif dan

13

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

koperatif menunjukkan prestasi 2/3 sisihan piawai melebihi purata pelajar yang belajar sendiri dan dalam situasi persaingan. Menurut mereka, pelajar yang belajar secara kolaboratif dan koperatif dapat mengembangkan komitmen dan keperihatinan antara satu sama lain, tanpa mengira sikap dan tanggapan awal mereka antara satu sama lain. Iklim emosi yang positif ini dapat menambah kemahiran social yang berkaitan dengan sokongan sosial dan tanggungjawab interpersonal. Kajian Slavin (1996) pula menemukan pembelajaran kolaboratif membawa kesan positif terhadap self esteem pelajar. Kajiannya juga mendapati bahawa teknik pembelajaran kolaboratif mempunyai kesan yang kuat dan berpanjangan terhadap perhubungan antara kaum dan bangsa sama ada kulit putih, hitam dan sebagainya di kalangan pelajar. Selain itu, guru juga menjadi motivator kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya

dalam kehidupan mereka. Guru yang mempunyai motivasi ialah guru yang dinamik , cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya supaya bergerak dengan aktif dalam mempelajari subjek elektif ERT.Oleh itu, peranan guru dan cara pengajaran guru haruslah di utamakan untuk memupuk minat pelajar terhadap subjek ERT khususnya bahagian jahitan.

7.0 LOKASI KAJIAN Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis. 8.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini menggunakan 20 orang sampel kajian yang terdiri daripada murid-murid bekeperluan khas yang mempunyai masalah lembam (slow learner).

14

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

9.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 9.1 PELAKSANAAN AKTIVITI

BIL

AKTIVITI/TUGASAN

TARIKH

CATATAN

Membuat tinjauan masalah melalui latihan 1. amali, semakan latihan, soal selidik dan UjianPra.

01/10/2012 10/10/2012

2.

Maklum kepada Pihak Pentadbir tentang Kajian Tindakan dan membuat perbincangan.

12/10/2012

3.

Menyediakan proposal Kajian Tindakan.

13/10/2012 15/10/2012

4.

Melaksanakan Kajian Tindakan.

17/10/2012 24/10/2012

5.

Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan.

25/10/2012 30/10/2012 1/11/2012

6.

Menyerahkan Laporan Kajian

15

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


10.0 METADOLOGI KAJIAN 10.1 Lokasi dan Masa kajian

KPR 4063

Penyelidikan ini melibatkan lokasi kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Pelis. Kajian ini melibatkan respoden murid bekerperluan khas yang mempunyai masalah lembam (slow learner). Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi terletak kira-kira 3 kilometer dari Kangar. Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, mempunyai jumlah murid seramai 1900 orang dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 manakala bagi murid Pendidikan Khas pula seramai 40 orang. 9.2 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian dilakukan untuk membolehkan persoalan kajian dalam penulisan ini terjawab. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif untuk melakukan kajian. Melalui pendekatan kuantitatif, persoalan kajian boleh dijelaskan dalam bentuk numerik. Dapatan kajian boleh didapati melalui bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula-formula tertentu. Kajian tinjauan ini digunakan untuk mengkaji persoalan kajian. Menurut Sabitha Marican (2007), kajian tinjauan ialah satu method untuk mengumpul maklumat dengan menggunakan satu set soalan kepada sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak diuji. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpulkan data menjawab persoalan kajian. Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang memerlukan kos yang terendah berbanding kaedah lain. Ia juga boleh mencapai respoden yang berada di jarak jauh. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan penjelasan yang tepat kepada persoalan kajian yang hendak dikaji. Persoalan kajian merupakan sejauh manakah minat pelajar terhadap bidang jahitan subjek Ekonomi Rumah Tangga.

16

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


9.3 Prosedur kajian

KPR 4063

Prosedur kajian ialah meminta kebenaran daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, untuk menjalankan kajian dalam kawasan sekolah tersebut. Selepas itu, mencari respoden pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek ERT iaitu Tingkata 4 Yakin dan memberi borang soal selidik sewaktu kelas ERT masing-masing. 9.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik. Soal selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3. Bahagian 1 ialah dimensi minat. Dimensi ini adalah untuk mengkaji sejauh minat pelajar terhadpa bidang jahitan dan faktor mempengaruhinya. Antara faktor yang mempengaruhi minat ialah penyampaian guru, pengaruh rakan, motivasi kendiri, dorongan keluarga dan kerjaya. Bahagian 2 pula adalah dimensi pengajaran. Dalam dimensi ini, kajian tentang pengetahuan pelajar terhadap bidang jahitan menjadi fokus. Antara fokus yang dilihat ialah pengetahuan sedia ada, pengalaman lepas, dan tahap pemahaman. Bahagian 3 pula ialah dimensi kolaboratif. Dalam dimensi ini, kajian tentang sejauh mana minat pelajar terhadap kerja secara berkumpulan. Melalui demensi ini, penyelidik akan dapat mengetahui secara asasnya samaada teknik kolaboratif sesuai digunapakai. Sampel hanya perlu menandakan pilihan berdasarkan empat point skala Likert bagi setiap soalan yang dikemukakan dalam setiap bahagian tersebut.

17

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


9.5 Populasi kajian

KPR 4063

Populasi adalah sekumpulan individu , keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti, peristiwa atau perkara yang hendak dikaji oleh penyelidik. Populasi merupakan satu agregat elemen yang telah diperincikan secara teori. Populasi merangkumi semua individu yang hendak dikaji. Populasi kajian ini ialah murid bekeperluan khas bermasalah lembam (slow learner) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis. Populasi kajian melibatkan 20 orang murid bertujuan untuk mengetahui minat dan penguasaan murid bekeperluan khas terhadap warna. 9.6 Sampel Kajian Kajian ini melibatkan 20 orang sampel yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 4 yang mengambil jurusan ekonomi rumahtangga. Penyelidik memilih pelajar bagi sebuah kelas iaitu 4 Yakin memandangkan sekolah tersebut hanya mempunyai sebuah sahaja kelas bagi jurusan ekonomi rumahtangga. Maka sempel kajian adalah kecil dan tetap. Penyelidik menjalankan kajian sewaktu kelas ekonomi rumahtangga sedang berjalan. Namun begitu, penyelidik tidak mengetahui latar belakang pelajar tetapi mengetahui latar belakang dari segi kelas pelajar. Latar belakang kelas yang berbeza turut boleh mempengaruhi tahap minat pelajar terhadap bidang jahitan subjek ERT. Ini boleh dilihat bahawa penyelidik memilih populasi kajian tetap iaitu sebuah kelas yang sememangnya mengambil jurusan tersebut dan merupakan satu-satunya kelas yang ada bagi jurusan itu. Matlamat penyelidik ialah bertujuan memilih populasi untuk mengetahui tahap minat pelajar terhadap topik jahitan bagi subjek elektif ERT dan samaada kaedah pembelajaran kolaboratif sesuai digunakan untuk meningkatkan minat mereka.

18

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

11.0

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian yang dijalankan ini bertujuan memberi manfaat kepada murid bekeperluan khas terutamanya murid bermasalah lembam (slow learner) agar celik warna iaitu mengenal warna-warna asas dan warna sekunder dengan betul. Selain itu kajian ini juga bertujuan bagi memudahkan kemahiran murid secara kreatif dan kritis Melalui Kaedah Pestalozzi ini, setiap kelemahan yang dapat dikenal pasti dapat di atasi oleh murid. Pendekatan melalui Kaedah Pestalozzi ini berupaya membantu murid bekeperluan khas untuk memahami serta mengembangkan potensi diri mereka agar lebih kreatif dan inovatif. Selain itu, Kaedah Pestalozzi juga berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Selain itu, Pestalozzi telah mengembangkan kurikulum murid-murid bekeperluan khas ini mengingati istilah dan konsep warna dengan tepat di samping dapat meningkatkan

permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik.


Justeru itu, dengan adanya kajian ini sedikit sebanyak mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. 12. KESIMPULAN Kesimpulannya, untuk mengukur tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bagi bidang jahitan subjek Ekonomi Rumahtangga, teknik pembelajaran untuk memancing minat pelajar adalah amat penting. Dorongan minat adalah penting demi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap topik jahitan ialah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu melaui keadah pembelajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Manakala antara faktor yang mempengaruhi pelajar hilang minat terhadap topik tersebut ialah kerana murid gagal mengikuti sesi pembelajaran sepenuhnya. Ini kerana

19

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

murid tidak memahami isi kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka juga takut untuk bertanya dan tidak mahu mengambil inisiatif berjumpa dengan guru bagimtujuan pencerahan isi pembelajaran. Memandangkan subjek ini penting dari segi kemahiran kelansungan hidup, maka adalah penting untuk pelajar mempunyai minat dalam topik ini. Seperti yang telah dinyatakan, minat itu sendiri akan mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Minat itu pula boleh ditingkatkan melalui teknik pembelajaran yang efektif. Oleh itu, kekreatifan guru bakal memberi situasi baru untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari subjek Ekonomi Rumahtangga bagi bidang jahitan pada peringkat menengah atas.

20

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

BIBLIOGRAFI
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/tokoh-pengasas-pendidikan-awalkanak.html http://leonardoansis.wordpress.com/goresan-pena-sahabatku-yono/pandanganpestalozzi-dan-froebel-tentang-pendidikan/ http://www.scribd.com/doc/53337207/PENGERTIAN-SENI http://www.scribd.com/doc/101203192/Penulisan-Ilmiah-Mengetahui-Falsafah-DalamPendidikan-Awal-Kanak-kanak

http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/07/warna.html

21

Anda mungkin juga menyukai