Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM KHAS BERMASALAH

PEMBELAJARAN SK BUKIT JARUM PADA 18 MEI 2016

A. PENDAHULUAN

Perlaksanaan Lawatan Sambil Belajar ini adalah salah satu daripada keperluan guru dan
murid untuk menambahkan pengalaman didalam aktiviti luar bilik darjah. Perlaksanaan
projek ini akan melibatkan kanak-kanak pendidikan khas di samping sebagai pendedahan
dan peluang tambahan kepada para guru dalam merancang, mengurus serta
mengendalikan sebuah lawatan sambil belajar dengan mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran serta pengalaman sedia ada secara berpasukan. Dengan ini, guru dapat
membuat laporan perjalanan keseluruhan lawatan bermula daripada perancangan
sehinggalah pelaksanaan.

B. OBJEKTIF.

Adalah diharapkan melalui aktiviti lawatan seumpama ini, murid-murid khas bermasalah
pembelajaran dapat:

 Merapatkan hubungan antara guru dan murid-murid.


 Membina sikap berdikari diri individu dan kerjasama dalam kumpulan.
 Membina keyakinan dan pengurusan diri sendiri
 Memningkatkan keupayaan sensori murid
 Mendedahkan pelajar kepada suasana bandar yang jauh berbeza dari suasana kampung
halaman mereka.
 Dapat menimba dan menambah ilmu dan pengalaman mereka.

C. RASIONAL

Dunia pendidikan kini semakin mencabar. Ilmu pengetahuan tidak lagi berkisar di kawasan
sekolah sebaliknya menjangkau dunia luas tanpa sempadan. Oleh demikian Falsafah
Pendidikan Negara telah menggariskan keupayaan melahirkan insan yang seimbang
daripada aspek jasmani, emosi ,rohani dan intelek. Bertepatan pula dengan prinsip Falsafah
Pendidikan Khas yang menyebut semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang
sama walau dalam apa cara. Bagi merealisasikan inpian tersebut aktiviti Lawatan Sambil
Belajar adalah sebahagian sukatan pelajaran pendidikan khas bagi memenuhi keperluan
penambahan nilai ilmu pengetahuan terhadap kanak-kanak khas. Melalui aktiviti ini dapat
membina sikap positif dan yakin diri murid berhadapan dengan dunia luar kawasan sekolah
dan rumah mereka. Semoga hasrat murni ini dapat menjadi landasan ke arah masyarakat
yang lebih cemerlang.
D. ANJURAN

Unit Lawatan Program Pendidikan Khas Integrasi Sk Bukit Jarum

E. TARIKH/MASA

o 18 Mei 2016 (Rabu)

F. SASARAN/PESERTA

Murid-murid Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sk Bukit Jarum.

G. DESTINASI YANG DICADANGKAN

BIL DESTINASI

1 - AEON MALL Kota Bharu

H. BILANGAN

 15 orang murid
 4 orang guru pengiring
 3 Pembantu Pengurusan Murid
I. JAWATANKUASA INDUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AEON MALL,
KOTA BHARU

Penasihat
En Zukri Suzita Bin Yaso’
(Guru Besar Sk Bukit Jarum)

Pengerusi
En Mohd Alawi Bin Mustapha (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1
En Azman Bin Yaakob (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2
En Mahadi Bin Mustapha (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha Kerja
En Muhammad Firdaus Bin Rashid (Penyelaras PPKI Sk Bukit Jarum)

J. JAWATANKUASA KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AEON MALL

Naib Setiausaha
Pn Norhaslindawati Bt Abd Manan (Penyelaras PPKI Sk Bukit Jarum)

Ahli Jawatankuasa Bahagian

 Makanan : Pn Yuzlinda Bt Yusuff


: Pn Siti Nur Nadiah Bt Shahimi

 Aktiviti : Pn Norhaslindawati Bt Abd Manan

 Disiplin dan Keselamatan : En Mohd Ridhwan Bin Mat Ali

 Pengangkutan : En Abdullah Bin Ibrahim

 Foto / Dokumentasi : YM Syed Arman Bin Syed Jaaffar

K. SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN


 Seperti Lampiran

L. SENARAI NAMA GURU PENGIRING


 Seperti Lampiran
M. TENTATIF PROGRAM LAWATAN
 Seperti Lampiran

N. KEWANGAN

- Peruntukan Bantuan tabung Perkapita RM 375.00


- Kutipan murid RM 20 X 15 = RM 300.00
- Kutipan guru RM 20 X 7 = RM 140.00

O. ANGGARAN PERBELANJAAN.

Bil PERKARA PERINCIAN JUMLAH


(RM)
Pengangkutan
1 - Minyak Kereta RM 30 x 5 buah = RM 150.00

Makanan
2 1) Sarapan Pagi RM 3 X 15 Orang = RM 45.00

2) Makan Tengahari (KFC) RM 10 x 15orang = RM 150.00

RM 195.00
Tiket Masuk
3 - KidsZoonia RM 12 X 15Orang = RM 180.00
-

RM 180.00

4 JUMLAH RM 525.00

P. PENUTUP

Penganjur berasa yakin bahawa Program Lawatan Sambil Belajar ini akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya menerusi iltizam yang tinggi dan bersungguh-sungguh
semua pihak yang terlibat sama ada pihak sekolah atau badan swasta. Usahasama dan
perhatian yang positif pihak luar juga memberi kesan menggalakkan untuk kejayaan anak-
anak istimewa ini. Bukanlah mengharapkan simpati atau belas kasihan, cukuplah sekadar
menyedari kehadiran mereka di sisi kita. Ilmu pengetahuan tidak akan mendatangi
sebaliknya didatangi. Atas prinsip itulah kami berusaha memberikan sebanyak mungkin
pendedahan kepada ilmu tentang alam semoga dapat melahirkan insan yang seimbang.
Akhir kata jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau pun tidak langsung..

-SELAMAT MAJU JAYA-

Disediakan Oleh, Disokong Oleh,

____________________________ __________________________

(Muhammad Firdaus Bin Rashid) ( Mahadi Bin Mustapha)


Penyelaras Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum
Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum 17050,Pasir Mas Kelantan
17050,Pasir Mas Kelantan

Diluluskan Oleh,

______________________________
(Zukri Suzita Bin Yaso’ )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum
17050 Pasir Mas
Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai