Anda di halaman 1dari 2

_____________________________________________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA


32610 Bandar Baru Seri Iskandar Telefon : 05-3711584
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL,MURID HOLISTIK”
Seri Iskandar Faks : 05-3711585
Email : aba8254@moe.gov.my
Perak Darul Ridzuan Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : SKIP/ ( )
Tarikh : 16 Mac 2021
Kepada
………………………………………………………..
………………………………………………………….
Tuan,

MOHON PERUNTUKKAN NAIK TARAF LANTAI BERSIMEN KE LANTAI MOZEK/JUBIN KELAS


PRASEKOLAH SK ISKANDAR PERDANA

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa lantai kelas dua buah kelas Prasekolah SK Iskandar Perdana
masih lagi menggunakan tikar getah kerana lantai kelas yang asal adalah bersimen kasar dan
bergerutu.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon peruntukkan naik taraf lantai kelas
Prasekolah ke lantai bermozek daripada pihak tuan untuk membantu pihak sekolah mematauhi
arahan standard operasi pembukaan sekolah. Sehubungan dengan itu, Pihak Kesihatan juga
menyarankan dan menyokong untuk pihak prasekolah segera mengambil inisiatif untuk gantikan
lantai bersimen yang beralaskan tikar getah ke lantai berjubin demi aspek keselematan murid-
murid prasekolah.

4. Besarlah harapan saya agar tuan dapat membantu pihak sekolah dalam merealisasikan
prasarana yang selesa dan selamat dalam pematuhan SOP pembukaan sekolah secara bersemuka
ini. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah, Disokong oleh :

…………………………………………………………………… …………………………………………………
( )
Guru Besar
Sk Iskandar Perdana

“SEDERAPA MELANGKAH MENERAJUI KECEMERLANGAN”


(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)

Anda mungkin juga menyukai