Anda di halaman 1dari 2

PRASEKOLAH SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

NO 1 JALAN P 11C, PRESINT 11, PUTRAJAYA

AKUJANJI IBU BAPA / PENJAGA

Saya, ___________________________________________dan
__________________________________
Ibu bapa / penjaga kepada :
______________________________________________________________

Bersetuju untuk membenarkan anak saya meneruskan persekolahan di PRASEKOLAH ini


mengikut peraturan dan Garis Panduan yang diarahkan oleh kerajaan Malaysia yang
berkuatkuasa. Saya memberi kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan PRASEKOLAH untuk
mendidik, mengasuh dan membantu melaksanakan rutin kebersihan dan keselamatan dengan
sewajarnya. Oleh itu saya bersedia dan bersetuju untuk mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan bagi kepentingan dan kebaikan bersama.
Saya bersetuju untuk :

• Sentiasa mematuhi waktu / masa/ jadual pengoperasian PRASEKOLAH dan saya tidak
akan menyalahkan atau mengambil apa-apa tindakan sekiranya berlaku sebarang
kejadian ke atas anak saya di luar waktu tersebut.
• Saya juga akan mengikuti waktu semasa / waktu standard melalui jam utama yang
terdapat di PRASEKOLAH.
• Mengelakkan anak saya untuk hadir ke sekolah sekiranya anak saya tidak sihat atau
disahkan menghidap sebarang penyakit berjangkit terutama mempunyai symptom batuk,
selsema dan demam.
• Memaklumkan kepada pihak PRASEKOLAH sekiranya terdapat sebarang kesan
kecederaan di tubuh badan anak saya untuk direkodkan oleh pihak pengurusan.
• Memberi Kerjasama dan perhatian kepada setiap arahan/ maklumat terkini yang di
keluarkan oleh pihak PRASEKOLAH sama ada secara lisan atau pun bertulis dan
sebagainya.
• Memberi komitmen penuh dalam setiap aktiviti yang telah dirancang oleh pihak
pengurusan PRASEKOLAH sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan PDPC yang
dirancang.
• Bersikap terbuka dan bertoleransi terhadap pihak PRASEKOLAH dan sentiasa bersedia
untuk berbincang secara baik sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau kekeliruan
tanpa memperbesarkan isu-isu atau melibatkan pihak-pihak yang tidak berkaitan.
• Akur dengan konsep dan amalan PRASEKOLAH agar menyerahkan anak saya dalam
keadaan bersih dan bersedia untuk aktiviti di PRASEKOLAH.
• Tidak menyalahkan PRASEKOLAH sekiranya anak yang disahkan positif Covid19 sepanjang
tempoh persekolahan.

Kami sesungguhnya faham dan bersetuju akan segala perkara tyang tersebut di atas.

Tandatangan ibu bapa/ Penjaga


(Nama: )
No. KP :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai