Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI MURID PRASEKOLAH TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt.

 Majlis dengan rasa rendah diri mohon kerjasama semua ibu bapa mengambil
tempat duduk masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

 Majlis dimohon untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman perarakan dif-
dif jemputan, seterusnya kekal berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu
negaraku.

 Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap

 Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah dif-dif
kehormat meninggalkan majlis

 Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama hadirin hadirat sidang
dewan yang dihormati

PERARAKAN MASUK

 PERARAKAN MASUK PARA DIF KEHORMAT :

Mengumumkan perarakan masuk Dif-Dif Kehormat,


Alunan
lagu Yang Berbahagia Puan Zaharah binti Hashim, Guru Besar SK Putrajaya
Gamelan Presint 11(2) diiringi ENCIK Yusre Bin Yusop, Pengerusi Majlis Permuafakatan
Waris Pra Sekolah 2019, barisan Pentadbir SK Putrajaya Presint 11(2) dan
masuk ke dalam dewan.
**************************************Nyanyian lagu Negaraku*****************

Hadirin dipersilakan duduk.


Nyanyian
Lagu
Negaraku)

SALUTASI:
FARAH Yang berusaha
Cikgu Zaharah binti Hashim
Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2)
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Yang dihormati
Encik Yusre bin Yusop, Pengerusi Majlis Permuafakatan Waris Pra Sekolah.

Yang Dihormati

Barisan Pentadbir SK Putrajaya Presint 11(2)


Guru-Guru Pra Sekolah, Pembantu Pengurusan Murid, Jawatankuasa Majlis
Permuafakatan Waris Pra Sekolah, Para Ibu Bapa serta murid-murid Pra
Sekolah yang dikasihi sekalian.

HAdirin dimohon terus berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu


negaraku…
+++++++++++++++++++ lagu negaraku+++++++++++++++++++++++++++
Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sarung ketupat berisi inti


Di bawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana


dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan anak-anak Pra Sekolah
dalam Majlis Apresiasi Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2) bagi tahun 2019.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri bagi sama-sama memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah.
BACAAN DOA
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis ini, marilah sama-sama kita menadah tangan


penuh kehambaan dengan keinsafan, semoga Allah memberi ruang
dan peluang bagi kelancaran majlis kita pada hari ini. Untuk itu, majlis
mempersilakan Al Fadhil Ustaz EN. MUHAMMAD SUHAIB MAHMOD
RADHI bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
------------------------------------------------------------ bacaan doa.................................
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Al Fadhil Ustaz EN. MUHAMMAD SUHAIB MAHMOD RADHI atas pimpinan
bacaan doa itu tadi. Mudah mudahan majlis kita akan mendapat rahmat
dan hidayah sehingga ke penghujungnya.

UCAPAN WAKIL MURID

FARAH Para hadiri sekalian,

1. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput dan


mempersilakan adik HANANIA SAFIYYA BINTI MOHD SALMI
, Wakil Murid dari Prasekolah Ixora , SK Putrajaya Presint 11(2) untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

----------------------------------------------Ucapan Wakil Murid......................................

Demikianlah tadi ucapan wakil murid Pra Sekolah SK Putrajaya Presint 11(2)
yang mewakili suara hati murid-murid Pra Sekolah yang lain. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
(UCAPAN GURU BESAR)
LELA Sidang hadirin yang dihormati,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah t beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang dihormati Encik Yusre bin


Yusop, Pengerusi Majlis Permuafakatan Waris Prasekolah untuk
menyampaikan ucapan alua-aluan. Majlis mempersilakan dengan segala
hormatnya.

------------------------------------- ucapan Pengerusi MPWP-------------------------------

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada yang dihormati


Encik Yusre bin Yusop, Pengerusi Majlis Permuafakatan Waris Prasekolah di
atas ucapan yang telah disampaikan.

PERASMIAN MAJLIS

Jangan tertawan alpa duniawi,


FARAH
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai Kekanda ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis berbesar hati mempersilakan yang berusaha Puan Zaharah binti


Hashim, Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2) untuk menyampaikan ucapan
Perasmian Majlis Apresiasi Prasekolah kali ke 10 bagi tahun 2019. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

-----------------------------Ucapan perasmian ---------------------------------


Bunga selasih di dalam sampan
Harum melati di atas batas
Terima kasih ucapan Puan
Dari hati yang tulus ikhlas
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan
dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi
melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara.

PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PRA SEKOLAH

FARAH Para hadirin yang dihormati sekalian

Majlis seterusnya adalah penyampaian tamat prasekolah kepada murid-


murid prasekolah. Untuk itu, majlis mempersilakan ______________________
___________________ untuk menjemput dan mengiringi Yang dihormati Encik
Yusre bin Yusof, Pengerusi Majlis Permuafakatan Waris Pra Sekolah
menyempurnakan upacara penyampaian sijil Tamat Prasekolah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

** UNTUK MAKLUMAN HADIRIN, PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH


HANYA DIBERIKAN KEPADA MURID-MURID PRASEKOLAH YANG BERUMUR 6
TAHUN SAHAJA

Dipersilakan penerima sijil Tamat Pra Sekolah yang Pertama _________

LAMPIRAN 1, 2 DAN 3

LELA

------------------------Penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah----------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang dihormati


Encik Yusre bin Yusop, Pengerusi Majlis Permuafakatan Waris Pra Sekolah
atas penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah sebentar tadi.
PENYAMPAIAN SIJIL AKADEMIK TERBAIK,
KOKURIKULUM TERBAIK
KEHADIRAN TERBAIK
FARAH Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang


berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Bagi menyempurnakan acara penyampaian Sijil Kokurikulum Terbaik,


Kehadiran Terbaik, Hadiah Nilam, Anugerah Akademik Terbaik dan
Anugerah Tokoh Murid. Dengan segala hormatnya mempersilakan
__________________________Penolong Kanan ___________________________
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Cikgu Zaharah binti Hashim,
Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2) naik ke pentas. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Sijil Kokurikulum Terbaik

***Dianugerahkan kepada murid-murid yang aktif di dalam kokurikulum


dengan mewakili sekolah di peringat Putrajaya atau negeri.

Dipersilakan

1 LAMPIRAN 4

KEHADIRAN TERBAIK
** Anugerah ini diberikan kepada murid yang mempunyai peratus
kedatangan mengikut hari persekolahan tertinggi

Penerima Sijil Penghargaan Anugerah Kedatangan Terbaik, dipersilakan

MUHAMMAD AMSYAR FATHI B. MOHAMAD AIZUDDIN

PUTRI RANIA BINTI MOHD RIZAL

NUR IZAYANI ATIRAH BINTI MOHD AZHARI


HADIAH NILAM
** Dianugerahkan kepada murid-murid yang aktif dalam pembacaan
buku di sekolah dan di rumah ..

Dipersilakan

IMAN SYAURAH BINTI MOHD SHAHRIL

HANANIA SAFIYYA BINTI MOHD SALMI

NUR DARWISYAH UZMA BT. MOHD AMIR WAFFI

ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK

** Dianugerahkan kepada murid-murid yang aktif di dalam bilik darjah


dan menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan bagi setiap
subjek yang dipelajari.

Dipersilakan

NUR ISYAH RADHIAH BINTI MOHD FAZDLI


TAALIA SARA AMINA BINTI MOHD SHARIMAN
SITI NURAISYAH BINTI MUHAMMAD BASRI
HANANIA SAFIYYA BINTI MOHD SALMI
ASFIE’ILLAH BINTI AHMAD A’TOA’
MUHAMMAD ISAAC BIN MOHD HAFIDZ
MUHAMMAD ADAM AARIZ BIN M. FAKHAROZI
RAISYA QAISARA BINTI SYAZLAN
ESHAN DZULFIQAR BIN MOHD EZRIL

Seterusnya, Kemuncak penyampaian anugerah pada hari ini ialah Anugerah


LELA Tokoh Murid Pra Sekolah bagi Tahun 2019. Pemilihan Tokoh ini berdasarkan kepada
kecemerlangan dari aspek Kurikulum dan Kokurikulum. Sebelum diumumkan Tokoh
Murid Pra Sekolah Tahun 2019, izinkan Saya membacakan serba ringkas Biodata Diri
Tokoh Murid tersebut.

BIODATA TOKOH MURID :

Pencapaian beliau di usia 5 tahun. Beliau pernah mendapat tempat


pertama di TADIKA VONAD presint 9. Mendapat tempat ketiga dalam
pertandingan mewarna anjuran JPJ dan anak-anak PALMA. Johan dalam
acara pecut dan 4X50 meter bagi murid 5 tahun perempuan di sukan
Tahunan VONAD. Beliau mendapat latihan Asas Renang sekitar tahun 2018
dan beliau pernah menjadi tetamu jemputan di RTM sempena program MY
KIDS FESTIVAL two thousand eighteen dalam acara mewarna.

Sewaktu menginjak di usia 6 tahun. Beliau pernah menjadi peserta


entropometric deta collection of esian adults. Menjadi naib juara mewakili
sekolah dalam pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak peringkat
putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Beliau juga pernah
menyertai pertandingan junior reading sempena hari terbuka PPK.Beliau
meneruskan minat dengan menyertai pelbagai pertandingan renang
anjuran phirana swimming academy dan telah terpilih menjadi “BEST
STUDENT” di Phirana Swimming Academy. Kejayaan demi kejayaan telah
dirangkul oleh beliau di usia yang terlalu muda ini. Beliau telah menjadi
johan sekolah dan juga mendapat johan mewakili sekolah untuk
persembahan kerjaya iaitu pakaian kerja angkasawan .Beliau mendapat
tempat ke-4 dalam pertandingan pakaian tema Alladin sempena
sambutan hari kanak-kanak SKPP 11(2) baharu-baharu ini . beliau telah
mewakili sekolah dalam acara bola jaring sempena Sambutan Hari sukan
Negara 2019. Alhamdulillah kemucak kejayaan beliau di penghujung tahun
2019 ini, beliau telah mendapat JOHAN dalam pertandingan mewarna
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Prasekolah2 Putrajaya.

Tokoh yang dimaksudkan adalah adik HANANIA SAFIYYA


BINTI MOHD SALMI. OLEH YANG DEMIKIAN, DIJEMPUT KEDUA
IBUBAPA Hanania Safiyya untuk NAIK KE PENTAS bagi SAMA-SAMA
MENERIMA ANUGERAH INI.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian


FARAH
Majlis mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima-
penerima hadiah sempena Majlis Apresiasi Murid Prasekolah 2019.

Seterusnya marilah kita sama-sama saksikan persembahan terakhir anak-


anak pra sekolah yang telah mendapat sentuhan dan bimbingan daripada
guru-guru Pra sekolah dan di bantu oleh Pembantu Pengurusan Murid
sekolah.
_________________________________________________________________________
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan video perjalanan aktiviti
dan persembahan anak-anak ceria pra sekolah Alamanda.. Dengan ini
majlis mempersilakan.

-----------------persembahan nyanyian----------------------------------

Terima KAsih di atas persembahan yang begitu menarik itu tadi.

Seterusnya majlis diteruskan dengan menyaksikan persembahan video


aktiviti dan persembahan daripada murid-murid Prasekolah Ixora. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan dengan persembahan yang sungguh ceria itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput anak-anak prasekolah Jasmin untuk


membuat persembahan mereka. Sebelum itu marilah sama-sama
menyaksikan video perjalanan aktiviti murid-murid prasekolah jasmin
sepanjang tahun. Majlis mempersilakan.

Bergitulah tadi kita dapat menyaksikan persembahan yang sangan kreatif


oleh murid-murid prasekolah Jasmin.

PErsembahan kemuncak pada hari ini adalah persembahan dari semua


murid-murid prasekolah SKPP 11(2) dengan tajuk persembahan mereka
_____________________________________________________. Dengan ini majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid yang telah membuat


persembahan sebentar tadi. Semoga para hadirin merasa seronok dan
tersenyum bangga dengan persembahan anak-anak cilik yang berbakat
dari Pra sekolah SKPP11(2)

UCAPAN PENANGGUHAN
LELA
Indah pekerti indah budi
Bersulam adat Melayu jati
Majlis Graduasi Prasekolah berakhir di sini
Dipanjangkan umur bertaut hati bersua kembali

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.


Mengakhiri persembahan itu tadi maka Majlis Apresiasi Murid Prasekolah
Kali ke 10, Sesi 2019 ditangguhkan. Majlis ingin mengambil kesempatan
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Sekalung tahniah kepada semua murid
prasekolah yang berjaya tamat prasekolah dengan jayanya. Ampun maaf
dipinta atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata. Sesungguhnya, yang
baik itu dari Allah jua, manakala segala kekurangan adalah dari kelemahan
saya sendiri.

Semoga dipertemukan lagi di tahun hadapan. Sekian, Wabillahitaufik


walhidayah, wassalamualaikum warahmatullitaala wabarakatuh.

Mengumukan perarakan keluar dif-dif kehormat keluar dewan. Hadirin


mohon berdiri.

…………………...................................Lagu Gamelan dan bersurai.............--------------------

Anda mungkin juga menyukai