Anda di halaman 1dari 3

TEKS JURUACARA MAJLIS MERENTAS DESA SK PEKAN II

22 NOVEMBER 2019

Pembukaan Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang _________
EN HASBOLA BIN AMIT, TIMBALAN PENGRAH SEKTOR
PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JPN W.P.
LABUAN.

Yang berusaha,
PN. HJ. DAYANG DAMIT @ SAIDAH BT HJ. YASSIN, Guru
Besar SK Pekan II,
PN HJH TENGKU YASMIN BT TENGKU IBRAHIM, Penolong
Kanan Pentadbiran,
PN. FARIDA BT ABDUL RAHMAN, Penolong Kanan HEM
EN. RAHMAN B. JAAFAR Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati,
Guru-guru, para pelajar SK Pekan II dan hadirin sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan
Merentas Desa SK Pekan II pada pagi ini.

Bacaan Doa Kerat rotan bersama buluh,


Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
MohamadSufian bin Abdullah. Majlis dengan segalahormatnya
mempersilakan..

Amin ya rabbal allamin… majlis mengucapkan terima kasih


kepada Ustaz Sufian atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
TEKS JURUACARA MAJLIS MERENTAS DESA SK PEKAN II
22 NOVEMBER 2019

Ucapan VIP
& Aluan
Pengetua

Tanpa melengahkan masa, majlis, dengan ini mempersilakan PN.


HJ. DAYANG DAMIT @ SAIDAH BT HJ. YASSIN, Guru Besar SK
Pekan II, untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa SK
Pekan II bagi tahun 2019. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan…

Demikian tadi ucapan aluan oleh PN. HJ. DAYANG DAMIT @


SAIDAH BT HJ. YASSIN, Guru Besar SK Pekan II. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

Penyampaian Hadirin sekalian,


hadiah Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan… majlis penyampaian
hadiah kepada para pemenang Kejohanan Merentas Desa SK
Pekan II Tahun 2019.

Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan
_____________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

*Bagi kategori _______________________.


Pemenang tempat ke ……………. Dimenangi oleh
Tempat ke ……………….. Dimenangi oleh
Dan Johan Bagi kategori ___________________ jatuh
kepada:…….
(ulang sampai habis nama pemenang)

Tahniah kepada para pemenang. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih kepada
atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
TEKS JURUACARA MAJLIS MERENTAS DESA SK PEKAN II
22 NOVEMBER 2019

Penutup
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Dengan ini berakhirlah sudah Merentas Desa SK Pekan II pada


pagi ini. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai