Anda di halaman 1dari 5

TAJUK TEKS

Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan


jemputan
(AMIRRUDIN) 1. Yang berusaha,
Cikgu Haji Mohd Yasmin Bin Yusof
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu,

2. Yang dihormati,
Cikgu Haji Rosmadi bin Nasir
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Pembangunan Murid

3. Para pengetua dan guru besar sekolah-


sekolah daerah Setiu

Guru-guru pengiring dan para peserta, masuk


ke dewan.

Pembukaan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


(ATHIKAH) Dipalu oleh Si Muda Mudi
Hadir Tuan Puan meriah terasa
Kami sambut dengan ikhlas budi.

1. Yang berusaha,
Cikgu Haji Mohd Yasmin Bin Yusof
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu,

2. Yang dihormati,
Cikgu Haji Rosmadi bin Nasir
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Pembangunan Murid
______________________________________
3. Para pengetua dan guru besar sekolah-
sekolah daerah Setiu
4. Guru-guru pengiring
Seterusnya..
5. Para pelajar yang dikasihi sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan selamat pagi.
Bismillahirrahmanirrahim… Ahamdulillah,
bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin
rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam majlis perasmian penutupan
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah
Setiu bagi tahun 2022. Selamat datang juga
diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin
hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran
semua majlis kita akan lebih bermakna dan
bertambah serinya.

Nyanyian lagu Sidang hadirin yang dihormati, marilah kita


(AMIRRUDIN) bersama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku dan Selamat
Sultan.

….……………………………………………….

Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Ucapan aluan Hadirin sekalian, tirai majlis kita pada pagi ini


(ATHIKAH) dimulakan dengan ucapan aluan oleh
_________________________________
_________________________________
_________________________________
Majlis dengan penuh hormat mempersilakan.
….……………………………………….
Terima kasih diucapkan
_________________________
atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,majlis kita dimeriahkan lagi


Perasmian dengan ucapan perasmian penutupan daripada
Penutup tetamu kehormat. Majlis dengan penuh
(AMIRRUDIN) takzimnya mempersilakan Yang Berhormat
Cikgu Haji Mohd Yasmin Bin Yusof
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu,
untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan
Merentas desa Peringkat daerah Setiu bagi
tahun 2022. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

….…………………………………………………
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada Yang Berhormat Cikgu Haji
Mohd Yasmin Bin Yusof
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu atas
kesudian beliau menyampaikan ucapan dan
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan
Merentas Desa Peringkat Daerah Setiu.

Penyampaian Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu


hadiah majlis penyampaian hadiah. Kejohanan
(ATHIKAH/ merentas desa peringkat Daerah Setiu pada kali
AMIRRUDIN) ini disertai oleh ...................… buah sekolah
dengan penyertaan seramai .........................
atlet yang bertanding. Kejohanan
ini dibahagikan kepada kategori :
A. lelaki dan perempuan bawah 12 tahun
individu dan berkumpulan
B. lelaki dan perempuan bawah 15 tahun
individu dan berkumpulan, dan
C. lelaki dan perempuan bawah 18 tahun
individu dan berkumpulan
Dengan ini majlis menjemput dan
mempersilakan Cikgu Haji Mohd Yasmin Bin
Yusof, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
diiringi oleh Cikgu Haji Rosmadi bin Nasir
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor
Pembangunan Murid
___________________________________
___________________________________
bagi menyampaikan hadiah.

Kategori:
1. Individu Lelaki bawah 12 tahun
2. Individu Perempuan bawah 12 tahun
3. Individu Lelaki bawah 15 tahun
4. Individu Perempuan bawah 15 tahun
5. Individu Lelaki bawah18 tahun
6. Individu Perempuan bawah 18 tahun
7. Berpasukan Lelaki bawah 12 tahun
8. Berpasukan Perempuan bawah 12 tahun
9. Berpasukan Lelaki bawah 15 tahun
10. Berpasukan Perempuan bawah 15 tahun
11. Berpasukan Lelaki bawah18 tahun
12. Berpasukan Perempuan bawah 18 tahun

Hadirin sekalian, acara kita diteruskan lagi


dengan penyampaian hadiah keseluruhan
kejohanan

13. Johan keseluruhan sekolah rendah


14. Johan keseluruhan sekolah menengah

….………………………………………………..
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Cikgu Haji Mohd yasmin bin Yusof dan Cikgu
Haji Rosmadi bin Nasir,_________________
____________________________________
atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Penutup Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah


(ATHIKAH) itu tadi maka berakhirlah Majlis Perasmian
Penutupan dan penyampaian hadiah Kejohanan
Merentas Desa peringkat Daerah Setiu bagi
tahun 2022 pada hari ini. Kami bagi pihak
penganjur menyusun jari memohon ampun
dan maaf seandainya terdapat kesilapan dan
ketidaksempurnaan sepanjang kejohanan
ini berlangsung.

Subur padi Allah kurnia,


Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat pekerti
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami bagi pihak penganjur menyusun jari
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kesilapan dan ketidaksempurnaan
sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Sekian, wabillahitaufikwalhidayah.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai